Wednesday, December 5, 2012

Shopping and korean food

Assalamualaikum ;;)


OK sejak dua menjak ni iols memang rajen buat scheduled entry. Gigih okay bukak blog malam2 buta untuk meng-compose eceh ;;) Itu pon setelah setel keje2 surirumahtangga dan setelah anak tido. Bapak tak tido lagi tak apa. Yang penting dia ijinkan. Muehehe...


So few weeks ago setelah lamaaaaa tak keluar shopping bertiga beranak (sebab aku memang selalu buat kerja shopping sorang2 sebab cepat dan pantas) maka keluar lah kami. Dan paling amazing kali ni MK yang ajak shopping. Aku macam blur2 apsal mamat ni nak pegi midvalley tetiba. Mula2 rasa malas sebab pikirkan jem dan kesesakan berlaga bontot. Last2 decide pegi jugak. Itu pon tak lama. Spent time dalam 3 jam jer kat sana. 2 jam shopping dan sejam makan2. Hehe.


Shopping barang iols sikit, MK sikit dan Abang Rayyan sikit. Barang baby baru usha2 jer. Tunggu sales kaedahnya ;)) Dan compare2 dulu kat mana lagi murah, kat mana baju lagi comel etc.


Tolong shoppingkan stokin untuk papa kuikui. Abes semua dikautnya. Ish ish
Kemudian lapar kita pikir nak makan apa pulak. Memula nak makan kat Tony Romas. Then lalu pulak kat Dubu-Dubu, a korean restaurant kononnya. Aku cakap lah aku penah makan kat situ dengan opismate. Then dia pon excited dan nak makan jugak. Biar betul mamat ni. Dia bukan jenis pemakan yang bukan2. Bese makan nasi lauk budu jer ;))


Tapi tak apa. Kita bagi dia cuba dulu. Paling teruk pon dia muntah jer. Hikhik. Eh, dia penah okay muntah pas makan kat sushi king. Apsal tak meloya sangat. Bukannya aku bagi makan raw salmon pon. Tak paham :-?

Ni namanya Korean Pancake. Dalam bahasa korea pajeon kot namanya. Tah la dah lupa. Ni untuk Abang Rayyan. Memang dia suka dan sangat berselera!!

Untuk MK dia makan spicy ape tah. Sedap sangat stew dia. Tapi mee tu agak kenyal dan mengenyangkan.

Dan untuk aku, juga tak ingat nama. Tapi kononnya spicy chicken wing. Hoh SPICYYYY la konon. Sumpah tak pedas langsung. Ayam masak merah lagi pedas kot. So, not recommended.

Apepon memang pengalaman istimewa la jugak sebab 1st time MK dan Abang Rayyan makan korean food. Lenkali buleh cuba lagi. Muehehe ;))


2 comments:

  1. teringin nak makan kat cni jugak...ngk review org sume best2....

    ReplyDelete
  2. cam best je makan kat dubu2 tu. hehe. teringin.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha