Tuesday, January 31, 2012

parking lift bertingkat ala2 transformers ;P

Last week kan weols balik kampung Terengganu kan, so harus lah ade jalan2 dan shopping2 kan :') Masa tu pulak Ahad kebetulan office sana kan bukak so amek peluang ni untuk terminate broadband kat umah tu yang macam &^%$$#*& huhu. Lepas tu teman MK shoppingkan barang rumah kat umah kampung dia since ada yang rosak lepas kejadian banjir tu. Beli barang2 letrik la kaedahnya. So masa jalan2 aku adalah terkesima melihat satu bangunan yang tinggi lagi gagah. Tapi bila tengok bebetul, eh, bukan bangunan lah. Macam barisan kontena. Eh, bukan kontena laaa sebab ada kereta kat celah2 dia. Eh, parking laaaa rupanyaaaa. Terus kagum dan ajak MK parking kat situ ;))


Biasanya orang kampung jakun masuk KL kan? Ni orang KL jakun masuk kampung =)) Rupanya kat KL ada ek benda ni? Tapi apesal aku tak tau?? Cer cite, hihi. Masa tengok tu serius aku duk imagine dia akan bertukar jadi transformers ke apa kan. Tak caya cer kome tengok gambo kat bawah.

MULTI STOREY ROTARY TYPE AUTOMATIC PARKING

MULTI STOREY ROTARY TYPE AUTOMATIC PARKING

Itu dia kereta kami. Kereta buatan malaysia ok. Tak mampu beli kete import hihi

Adehhh mukaku kulit tidak sekata dengan jerawat timbul sana sini. Jauh beza beno dengan kulit yayen. Ahuk ahuk. Nak kulit secantik bayi jugeeee T___T

OK sekian saje laporan saya dari Kuala Terengganu. Eh, tapi now ade kat bumi Selangor daaah. Hikhik..


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

stori mori about my weekend

OK seriously aku makin blur nak cakap apa dalam blog. Mungkin akibat terlalu banyak men-tweet maka macam tak tahu apa nak cerita dah. Ok apa kata kita cerita pasal weekend yang baru lepas ni? I had a great weekend. Pegi jalan2 ke ICity for the second time dan pegi shopping; JJ je pon. Walaupon last week tu ada kontroversi sikit mengenai babysitter-taska-bla-bla-bla but now da settle secara baik. Nak cerita detailsnya, erm maybe not. I prefer not to talk personal problem di sini. Biarlah ia duduk di carta hati ini. Eh? ;))


Anyway Khair Rayyan had his 1st tenpayaki salmon grilled (ni aku bagi nama sendiri kat menu ni ;)) ) masa weols shopping kat JJ. He loves it. Especially tang salmon grilled tu. Baru perasan yang budak kecik ni memang suka salmon. Cuma lately dah lama mama tak masak grilled salmon for you. Nanti mama masak ok sayang :x

shopping @JJ Tmn Equine


Di ICity pulak, errrr one word; CROWDED!! Manusia terlalu ramai sampai tak nampak lampu2 neon (ok tipu jer) tapi seriously sangatttt sesak. Ini kali kedua berada di ICity dan ada banyak perubahan. Tapi dah macam fun-fair pon ada. I don't think all those games ala2 fun fair tu should be there. Fun fair biar lah tetap fun fair dan ICity biar lah ICity. But nak buat macam mana kan, ICity bukan aku punya HAHA. So let it be lah.

SAYANG the swan @I-city, Shah Alam

Ok sebelum mengakhiri entry ini jom layan #cartahati by #najwalatif. Aku rasa lagu ni lagi sedap dari #cintamukabuku. What say you? Apepon lirik dia teringat zaman bercinta dengan MK dulu. So I nak simpan lagu ni di #cartahati I....


 

 

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati


Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Monday, January 30, 2012

pencakar langit

Love this girl's voice. Nampaknya dia nyanyi one of my favourite song; Skycrapper by Demi Lovato. Loveee it ;;) ~ source from maddijanemusic

Info: Maddi Jane adalah artis youtube.

Bleh la layan2 sambil buat coding. Jangan mengulorr pulakkk. Daaaaa


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wordless Monday Fever



Eh tak demam pon sebenarnya. Blog je yang demam ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Saturday, January 28, 2012

Gambar makanan je pon, kalau puasa jangan tengok ok


Lunch @ Paparich Bangi

Homemade Ikan kitang sweet sour

Makan free, sponsored by Andaman

Breakfast @ Paparich, Bangi

Makan free sponsored by HSBC Amanah, Bangi

Lunch @Paparich, Bangi


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, January 27, 2012

&*%$#@*&^%$^

This week such a tired week. Bukan tired physically tapi emotionally. Sampai tidur pon tak lena sebab dalam mimpi pon teringat2 masalah yang melanda. Demn kan? Kalau lah boleh rasa nak luahkan semuanya kat sini. Tapi tak boleh. Mungkin sesetengah perkara tu tak boleh dionlinekan. Biar lah kongsi dengan2 orang terdekat yang offline saje. Hihi. Eh tergelak pulak huhu. Sedih plak teringatkan yayen pagi tadi bergenang air mata masa nak pegi taska. Macam tau je arini mama nak hantar tempat testing tempat baru.


Hehe kelakar kan. Macam 1st time nak anto anak ke taska lepas bersalen jer. Anyway, siapa yang sedang jadi parents dorang paham perasaan ni. Hati parents sentiasa tak tenang dan dalam kerisauan selagi tak tengok senyuman anak petang kang after work. At least, sampai anak tu 2 tahun. Kesian kan, he's too young to get thru all of this. Apepon we're trying our best for you baby. Walaupun takde kemewahan tapi kami cuba sediakan keselesaan. And we're terribly sorry for leaving you in other's hands for at least 8 hours.


Kita jumpa petang nanti ya, SAYANG.


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, January 25, 2012

Natural makeup look

Dah lama kan tak cakap pasal makeup kat blog. Conteng-conteng muka memang tak lah jawapannya. Aku risau je segala mekaup staff kat umah aku tuh berkulat. Nak let go sayang pulak kot kot nak pakai. Simpan jelaaaa biar jadi jeruk pekasam ;)) Aku rasa nak jadikan alasan 'mama bekerjaya yang sibuk'sampai tak sempat nak makeup tak jugak. Kalo nak seribu daya kan. Sekurang-kurangnya kalo keluar dengan MK aku akan pastikan aku makeup sikit. Idak la rupa bini MK macam mayat hidup yang gemuk =)) Makeup sikit apa salahnya demi suami :x

Jadi makeup yang paling aku tak boleh tak buat, dengan erti kata lain WAJIB PAKAI adelah foundation/bedal 2 way cake, eyeliner yang tebaaaaal ;)), secalit blusher dan lipsetik. Cukup lahhh tu. Kalo keluar dengan MK baru taruk eyeshadow yg nipis (biasanya natural/earth color) dengan mascara.


Lately macam sudah jatuh cinta dengan makeup look si #Adele tu. Dah la suara sedap, makeup pulak natural tapi sooo sexy dalam cara dia tersendiri. I likeeeee. Lepas ni nak wat camni pulak lah. Hiks. Bagi aku konsep makeup dia adalah natural-nude-sexy look ;;)





So uosl plak makeup camne? Cer cite....hihi



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, January 19, 2012

The Truth About My Wedding

...cewah cerita suspens betul kan. Anyway since keje I dah siap (bos, nak balik bole? ;)) ) so boleh buat satu entry yang bermutu tinggi sikit. Asik lah buat entry melepaskan batuk di tangga, please lah. Since geng2 blogger bertweet2 pasal persiapan kawen, dugaan nak kawen dulu so rasa nak buat satu entry post-wedding bole? Padahal wedding dah nak masuk 3 tahun pon Mei ni kihkih

Antara cabaran2 sebelum kawen adalah DUIT. Betul tu, duit lah objek paling penting untuk merealisasikan sebuah wedding. Tapi tak ada lah sampai nak merompak bank ke apa kan hihi. Tempoh bertunang pon kejap aje. Dalam 5 bulan macam tu. So dalam 5 bulan tu memang budget kena betul. Ikat la perut ye (tapi masa naik pelamin tak ada kurus mana pon). Hantaran dari MK pon biasa2 je noks. Tak sampai 10K. Kalo tahun 2012 ni 10K pon dah busuk sangat dah tu. Paling cikai 13-15K. Ada rasa nak pitam?

Makanya duit hantaran tu pakai molek2. Semua benda yang nak dibeli kena within bajet. Yang terlebih 10sen dari bajet pon tak bolehhhh. Pandai2 la ko kan. Masa tu memang otak serabut sangat rasanya. Dengan nak men-DIY hantarannye kan. Kena ulang-alik balik kampung nak tempah mak andam la, kanopi la, caterer la. Nak test baju la. MK sampai ke sudah tak ada test baju tu pasal dia dapat baju beso. Tengkolok siap boleh masuk kepala bole? ;))


Mujur la pakej mak andam tu dah setel semua. Baju nikah, sanding, outdoor dengan belah sambut menantu. Siap dapat photographer skali. Tapi hasil gambarnye gitu2 aje lah. Sampai skrg aku menyampah tgk album kawen sebab buruk kottt dia tangkap. Redha jelah sebab tak ada duit nak bayar mahal2 utk photog. Kalo skrg orang datang rumah nak tgk gamba kawen sumpah aku tak bagi. Siap simpan dalam gobok bahagian bawahhh skali. Punyalah tak suka ;))


Dan paling tak boleh lupa, peristiwa Tok Kadi lambat datang ke majlis pernikahan. Lambat bukan sejam dua uols. TAPI LAMBAT 6 JAM. Kau mampu?? Kalau ko rajen baca la entry aku bulan June 2009. Ada aku tulis secara detail peristiwa hitam tu. Sampai skrg aku masih lagi dendam dengan Tok Kadi aku tu. Bole?

Memang majlis kawen aku tu tak sempurna di mata aku. Apetah lagi di mata orang lain. Tapi lantak ah situ, janji kawen kannnn

Tapi bila pikir2 balik, ianya tetap menjadi memori paling sweet sekaliiii hehe. Itulah pengalaman yang tak boleh dibeli. Betul tak uols? ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Entry bagi berkualiti sikit boleh?

Tak best langsung la blog ni tak ada entry berkualiti (sebelum ni berkualiti ke? ;)) ). Nampaknya permulaan tahun 2012 tak best sebab kesihatan merudum betul lah. Batuk-sickness teruk betol ni. Apepon harini sangat happy sebab roommate saya dapat bonus berbulan2. Kena pawww ni =)) Oklah untuk bagi berkualiti sikit entry ni aku letak la video Khair Rayyan yang dirakam Sabtu lepas. Selamat menonton...



Rindunyaaa anak mama....


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, January 18, 2012

Don't You Remember by Adele

Meh la layan lagu ni uols. Selain lagu Someone Like You yang dah confirm2 hit tu, lagu ni pon best gak. Feeling gila okey!! Suara Adele mmg power! Mak likeeeee ;;)



"Don't You Remember"

When will I see you again?
You left with no goodbye, not a single word was said,
No final kiss to seal any seams,
I had no idea of the state we were in,

I know I have a fickle heart and bitterness,
And a wandering eye, and a heaviness in my head,

But don't you remember?
Don't you remember?
The reason you loved me before,
Baby, please remember me once more,

When was the last time you thought of me?
Or have you completely erased me from your memory?
I often think about where I went wrong,
The more I do, the less I know,

But I know I have a fickle heart and bitterness,
And a wandering eye, and a heaviness in my head,

But don't you remember?
Don't you remember?
The reason you loved me before,
Baby, please remember me once more,

Gave you the space so you could breathe,
I kept my distance so you would be free,
And hope that you find the missing piece,
To bring you back to me,

Why don't you remember?
Don't you remember?
The reason you loved me before,
Baby, please remember me once more,

When will I see you again?

song taken from here
lyric taken from here

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Tuesday, January 17, 2012

Totally flat!!!

Salam uols. Erm tak penah rasa lemah sgt mcm ni. Cuma mampu terbaring je. Kalo berdiri mula rasa nak tumbang balik. Ok nak sambung tido. Bubbye!!


Layan lagu ni jap


Sent from my iPhone

Saturday, January 14, 2012

Santai di dataran Tugu Negara

 

Salam hujung minggu semuanyaaa. Bagaimana weekend korang so far? Weekend saya so-so jer. Sebab kekanda ku kerja okey Sabtu Ahad. Workaholic sangat dia tau. Tapi tak apa aku jugak dapat habuan banyak nanti hujung bulan kang. Kehkeh ;))


Ahad lepas (punya la 'rajin' update blog asik laaa cite hal basi basi jer ;)) ) punya citer. Mulanya memang tak ada plan keluar dah since MK ada job (walopon dia tak keje, tapi tetap buat job. So no wonder la suami ku sangat kurus sebab dia memang keje manjang. rezeki anak bini katanya. alah buat job depan umah jer pon. so tak terasa sangat) memang aku tak berharap pon nak keluar. Lagipon, lepas job dia setel, tak sampai hati laaa nak paksa2 dia ajak bejalan. Dah la dia penat2 buat keje kan. Tapi oleh sebab dia ajak, mak on jer ;;) Alah, round2 KL je pon noks.


Destinasi sebenarnya adalah bird park tapi oleh kerana agak lewat dan cuaca mendung macam nak hujan jadi cuma jalan2 ke Tugu Negara. Very patriotik. Tapi tak ada la jalan rata sebab awalnya budak kecik tu tido. Tawaf tugu negara pon dia bleh tido. Nak balek baru terjaga. Hehe


On the way nak pegi, tapi lepas tu tido.

Pas bangun n muka blur blur terus pegi main hehe

Menghayati maksud tugu negara kot ;))

Lepas tu terus berlari huhu

Pusing2 KL


Dinner di Ampang. Our favvy ni. Dari zaman bercinta lagi suka makan sini. Hometown Yong Tau Foo belakang ampang point. Menu dia simple tp sihat2 la. Byk sup2 n rebus2 jer. Menu yg tiada dalam gamba adalah ikan kembung masak asam pedas (tp rasa tak macam asam pedas. sedap ok) dengan sayur sawi celur kendian diletakkan sos tiram di atasnya ;;)

Paling suka sebab tempat ni ada hiburan. Budak2 muda nyanyi. Kalo nak bagi duit bagi la. Kalo nak request lagu pon boleh. Hehe. Tapi besenye budak ni nyanyi mula dari 9pm ke atas

Itu lah dia. Sepetang sampai ke malam. Minggu ni tak pegi mana kot. Next week baru kita g cuti-cuti2 k. Yeayyy!!



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha