Tuesday, February 28, 2012

Beriadah di taman tasik titiwangsa :)

Bila anak dah membesar dan aktif ni, bila ada masa free mesti nak pergi bersiar-siar. Kalo masa takde anak pantang free mesti nak terjah shopping mall. Dapat cuci mata pon jadi. But now dengan budak kecik ni, I prefer lagi pegi taman beriadah dengan dia. Dia pon lebih super duper happy pergi taman dari pergi shopping mall. Hah elok lah tu, budak lelaki mana vasss shopping2 kan. Berlari suka la dia. Tau2 jelah zaman sekarang ni bukan senang nak berlari dalam tempat shopping sebab manusia sesak. Kalo kat taman kan lapaaanggg aje ;;) Hehehe. Cian yayen kecik2 dah stress masuk tempat shopping ekekeke. Takpe lah nak, berlari lah semahu hati kamu. Asalkan anak happy, mama pon happy.



Jadi pada suatu petang kami pon pergi taman yang jauh sikit. Kat taman titiwangsa nun. Wuah kemain excited uols budak kecik tu. Kalo nampak playground langsung lupa mama papa. Sentappppp ;))


Muka stress sebab kena peluk dengan papa. Dia mana suka kena pegang2. Nak jalan sendiri. Nak berlari lari sebebas yang mungkin. Eh, ape ke itam pulak MK dalam ni. Ceh, puteh sangat keee diaaa? ekekekeke

Cara paling effective panjat slide. Nak panjat tangga tak pandai lagi so panjat dari depan wuwuwuw

meng'aim' kemuncak slide. skrg udah terror dah manjat bikin mama terkeluar jantung tengok aksi dia T_T
Jalan2 kat taman dengan anak memang menseronokkan. Tambahan pulak lepas dia main, dia akan keletihan. So pada sebelah malamnya dia akan tido nyenyak bangat sampai kadang2 tu tak bangun untuk susu. Haaa senang keje mama kan ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Currently in Japan

Grrrrrrrrrrrrrrrrr ~~~~ sejuk sehhhhh. Almaklum le kat sini snow tengah lebat turun uols.. Grrrr ~~~ tido berselimutkan 10 helai toto pon still sejuk lagi... grrrrrr.....


Haruslah sejuk kan, ni negative darjah celcius okayyy. Nak dibandingkan dengan temperature kat Malaysia yang dalam air-cond tu memang bagai langit dengan bumi huhu....

Wuahhh comelnyaaaaaa azib lutfan bermain salji ;;)

Eh cop, bukan aku yang kat Jepung, tapi kawan mat rayeng (rayyan dialek ganu) yang sedang berada di Jepun. 10 hari dorang pegi sana. Best siotttt. Aku pon pegi gak Jepun. Tak payah naik flight, duduk aje dalam opis ni, haaa sejuknya dah macam kat Jepun dah :(


Ok until then, bye!


p/s: Mari buat kerja dgn bersemangat. Hopefully tak demam sebab
sejuk gila kotttttttttttt. Haruskah aku berselimut dengan telekung?


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Monday, February 27, 2012

Tutorial: Cara memakai tudung bawal agar sentiasa kemas dan tak selebet

Okay cara tajuk entry kali ni mungkin bisa membuat sesetengah individu jatuh pengsan berkali-kali. Pengsan kemudian bangun dan pengsan semula bila baca lagi sekali. Like, seriously kau nak buat tutorial?? Macam kau gojesss sangat kannn ciare?? Well, tak apa sebab I memang gojes (di mata suamiku hewhewhew ;)) )


Bukan lah nak buat tutorial gaya aku hebat sangat macam kaum artis sekarang yang hebak2 (hebat2) pakai tudung the vasss mahal2 tahap rege ratus2 and riban2 kan. No no no. Tutorial ini untuk orang yang pakai tudung kategori bawal pasar malam jewwwwwww. Jadi siapa rasa dia bukan dikategori itu sila shuhhhh shuhhhh jauh2 okay. Oh, bawal asli no satu ke nombor kosong point lima ke tetap tak masuk kategori. I really mean it, bawal pasar malam sajeeeeeeeeeeee =))


OK semua paham? Mari mula :-

1) Pastikan anda menggunakan sehelai tudung (bawal pasar malam ye pasar malam! sebab kalau kau test pakai tudung mahal tetiba tudung kau rosak aku tak ada duit nak ganti).


2) Dan anda bajet2 nak aim untuk jadi segojes wanita di bawah okay. Sila scroll sambil pegang plastic senang sket kot nak termuntah ke ;))


=))
 3) Kemudian sila beli dulu sebotol spray untuk mengeras-kejungkan tudung bawal (pasar malam) anda yang lembik dan bergoyang2 seperti agar2 atau royal jelly itu. Aku tak sure lah ada jenama lain ke yang jual tapi aku pakai produk di bawah.


4) Spray di bahagian kemuncak tudung anda. Bajet2 la kawasanya. Jangan lah sampai spray ke seluruh kawasan tudung itu nescara anda akan menjadi sebuah robot muslimah yang bergaya sebab tudung kejung ala2 tudung saji ;)) Oh ya, masa spray tu, sila la spray di bahagian yang terbalik sebab nanti dia menjadi habuk2 so macam messy la kalo letak di bahagian elok kan. But dont worry, habuk2 tu boleh je hilang dengan kibasan kuasa super saiya.


5) Kemudiannya gosok dengan penuh berhati waja sambil berdoa anda akan menjadi gojes kuikui.


Hasilnya?? Anda akan menjadi gojes dengan tudung bawal (pasar malam) anda. Silaaaaaa la ikot tips ni sebab hasilnya mantap. InsyaAllah tudung akan kemas dari pagi sampai lah ke petang! :D


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

we had a great weekend!! :D

Hai ya yaa! (cari baru menyapa ke ni? motip tak bagi salam?)


Assalamualaikummmmmm ;;)


Ewah mana tak great weekend kan sebabbbb pegi Sunway Lagoooonnnn :D Ok ok fine sorry I memang over sebab umur dah menginjak (baru menginjak okay belom official lagi ok) 28 tahun ni baruuuuu merasa pegi sunway lagoon okkk. Walaupon pegi sunway pyramid dah lapanploh kali tapi sunway lagoon memang belommm lagi jejak. Takpe la at least tempat ice-skating tu dah penah jejak. Siap jatuh tergolek macam nangka busuk. Kau hado? ;))


Yelah, orang lain pegi universal studio la, disneyland laaaa, mak tak mampu okeyyyy. Masuk Sunway Lagoon je yang mampu. Itu pon, orang sponsor. Hikhik.



Dan seperti yang dijangka budak kecik ni adalah yang paaaalinggggggg excited! Dia boleh berendam dari 10.30am sampai laaaa kul 4pm huhu. Bila ajak dia naik, dia tarik balik ke air. Kalo biarkan, dia relax jer lepak dalam air sorang2 hu hu hu. Merayap je pergi ke air sambil tersengih2. Motip anak mama excited sangat jumpa air? ;))


Utk extreme mama sempat la main kayuh swan (extreme la sgt ;)) ), memanah etc. Papa sempat surfing ok. Kelassss suami mak. Kalo bawak main kat pandai hawaiii terror sangat dah rupanya ;))


Malangnya indoor theme park tak sempat main sebab hujan kul 4pm. Dah hujan baru reti nak benti main air. Yayen pon dia punya excited main air sampai tak hengat makan, tak hengat susu.... Mainnnnnn air je kejenye. Bila da stop main baru terasa lapar dan mengamuk. Lepas tu bleh dia tertido sambil makan french fries. Tertidur yang tahap sambil mengunyah and ada lagi balance kentang goreng dalam mulut. Adehhhh anak mamaaa ;))


Balik rumah semua pengsan hikhik. Emm gamba cukup jelah satu ek? Rasa nak resign la letak gamba banyak2 dalam blog ni. Nak keep it as privacy bole? Cewah ciare!! Konon la cakap macam tu, padahal gamba tak transfer itu sebabnya. Nanti bukan takat 20 keping, tapi 10 album aku upload hihihi.


Cuma yang tak bestnya, anak aku dah jadi macam anak orang minyak. HITAM GELAP BERKILAT. Hasil sunburn seharian. Adehhh, dah la anak tak berapa puteh, tapi terus jadik itam. Mak paknye itam tak apa laaa sebab da kawen. Yayen tak kawen lagi motip itam? Camne yayen nak tekel awek kalo itam berkilat gitu?? Tak seswaiiiiiii huhu


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, February 24, 2012

Main layang-layang di Pantai Morib

Ahad lepas, kami sekeluarga pergi beriadah di Pantai Morib. Bukan plan dirancang pon. Plan mengejut yang best hehe. Biasanya benda yang diplan mesti tak jadi maka mak stress hihi. So malas nak plan2 dah. Ahad ni pon dah plan nak pergi ke Sunway Lagoon. Hopefully jadi realiti la nanti. Ade uols nak pegi sunway lagoon this Sunday? Jumpa di sana yukkk ;))


Jadi aktiviti beriadah makan angin tepi laut je pon. Air laut yang pasang dan berombak deras petang tu membuatkan si kecik tu excited. Terjerit2 tepi laut dan menjadi perhatian orang ramai huhuu. Well, if you ever hear he screams, than you know la betapa HIGH PITCHnya suara beliau ;)) Kalo dalam rumah harus lah bergema bila dia menjerit. Pasti jiran aku stress terpaksa dengar jeritan si Khair Rayyan kehkeh.

Muka masam sebab baru bangun tido. Masa bergerak tido sampai la ke destinasi huhu

Sesampainya di Pantai Morib dalam jam 5pm. Elok pon pegi lewat sebab by that time pon punya la panas matahari terik lagi. Kalau pegi awal2 mesti stress silap2 kena lepak dalam kereta dulu sampai matahari turun sket huhu.


Motip papa goda anak dengan makanan?? Dan sila kau  tengok betapa terliurnya anak aku tengok bapak dia makan =)) Yayennnn yayennn *geleng kepala*

Unedited picture, cuma resize dan taruk watermark. Cantek kan gamba qualiti aipong? hehe
Orang memang ramai petang tu. Especially yang ada anak sebab best sangat nak main layang2. Yayen pon ada jugak dibeli oleh papanya main layang2. He was soooo excited. Terdongak2 ke langit tengok layang2 corak burung helang tu. Sesekali dia menjerit sebab nak lompat tangkap layang2 namun tak terdaya. Mama tukang gelak jer ;))


Anda tau tak yayen ni gayat orangnya. Dia tak bisa melangkah longkang eventhough longkang tu ada besi jarang2 macam gamba di atas ;)) Lawak okey! Sampai malam aku gelak teringatkan peristiwa yayen gayat nak langkah longkang =)) Wuah anak mamaaaa niiiiii. Tak macho lah sayang anok jatang takot2 ni. Nanti kita praktis langkah longkah okeh hehehe.


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, February 23, 2012

Nasib si penyewa rumah :(

Assalamualaikum semua. Apa kabo? Sihat2 belaka kah? Well i sihat jer. Tapi anak jer tak sihat. So harini mama cuti jaga anak. Papa tableh cuti sebab ada exam kat HQ. Good luck papa! Nanti dah lulus naik gaji duit nafkah mama jangan lupa naik 10% ekekeke ;))


So the baby (lah sangat) is not well. Mula dari dua pagi tadi dia start demam dan nangis2. Kebiasaannya kalau demam sahaja hatta batul selsema sekali pon dia tak akan menangis tengah2 malam. So i syak dia nak tumbuh gigi lagi. Sah, gusi bahagian geraham banyak yang bengkak tersembul bentuk gigi tapi gigi belom keluar lagi. Mesti sakit wahai anak mama. Siang ni pon asik la merengek. Pastu dia nak makan benda yang keras2 gatal gusi kot. Bagi nasi roti sup semua taknak. Last skali bagi kacang botak. Hukhuk. Tapi atas pengawasan aku lar. Risau plak tersedak. Tapi dia ok jer. Makan krukk krukk puas hati dapat kunyah kot. Demam dah takde. Harap malam ni jangan demam semula. Biasanya kalo nak tumbuh gigi demam memang akan on off. Tu risau tu.


Wuah panjangnya mukadimah ;)) Padahal tajuk entry ke lain kan. Anyway just want to share my thoughts pasal rumah sewa. Pada uols yang sudah ada rumah sendiri, tahniah. Macam kami, belom ada lagi. Dan sedang berusaha ke arah itu. Biasalah, bila da ada rumah yang berkenan, duit takdak. Bila duit dah ada, rumah plak takde yang berkenan and within budget. For us, it's very hard nak membeli rumah ni. Sebab kalau nak beli memang 100% la ditanggung halal oleh kami berdua. Tak adalah nak harapkan sapa2 sponsor sikit2 je ape kan. Orang lain maybe parents ada duit bleh bagi kat anak2 nak mulakan hidup beli rumah. Untunglah mereka. Itu rezeki mereka kan. Kami, kalau ada duit, baru la dapat beli rumah. Kalo tak ada kau duduk diam menyewalah sampai ke tua. Sape suruh kau tak ada duit kan? Kejam? Well, duniawi memang kejam.


Jadi, pada tahun 2012 ini, kami rasanya sudah bersedia dan ingin memiliki harta yang tak ternilai itu. Home sweet home. Biar lah kecik. Biar lah tak lawa mana. Biar lah tak baru dan sudah diduduki. Biar lah orang mengata sebab bukan duit dia. Biar lah orang nak mencaci kerana kami tak menyusahkan sesiapa. Biar lah apa2 pon, janji, ia rumah kami. Rumah yang akan diduduki oleh kami sekeluarga. Biar lah tak berharta sangat pon, janji cukup kasih sayang kan ;;)


Bulan Mei nanti genap lah 3 tahun kami menyewa di rumah ni. Sedih sebenarnya nak tinggalkan rumah ni. Ceh macam dah nak pindah sangat ko padahal tak beli pon rumah lagi ;)) Yelah mana tak sedih. Pelbagai memori tercatat di sini. Dari kawen sampai lah ada anak. Ni anak pon dah besau. Wuahhhh sayangnyaaa dekat rumah ni. Memang berkeinginan nak beli tapi.... tapi tuan rumah tak mau jual pada kami. Harga rumah ini? Percaya tak kalau aku cakap harga rumah ni RM250k-270k. Keluasan 20'x70' je pon. Kecik kan? Tapi mahal nak mampos sebab tempat ini sedang membangun. Pada siapa yang penah datang rumah ni tau lah betapa keciknya rumah ni. Well, tapi aku serasi. Memang rasa nak tinggal di sini. Beranak pinak di sini ~~~ Well, insyaAllah nak cari jugak rumah sekitar sini jika ada rezeki. Kami dah ada beberapa rumah dalam senarai. Malam ni mula lah misi mencari rumah. Maybe amek masa sebulan jugak untuk cari2 rumah. Tengok2 rumah. Menilai pilihan yang ada dengan budget yang ada. Dan tak akan tunggu lama. Misi ini perlu dicapai jugak selewat2nya 31/12/2012 nanti. Apapon kami hanya mampu berusaha selebihnya ketentuan Allah.....


Sebenarnya dah boring kott duduk rumah sewa. Nak beli perabot banyak dan yang best pon malas. Nak buat apa2 tema pon tawar je hati. Nak cat2 lagi lah tidak. Worst, nak gantung2 frame ke jam je semua tak boleh. Plain and boring. Kalau ade rumah sendiri bestnya bleh cat, deko2, ade tema2...ada kitchen kabinet...bleh ada bilik sendiri untuk menjait (motip??) dan macam2 lagi lah... Tapi semua tu pon perlukan duit bukan? Agaknya lepas beli rumah adalah 5 tahun aku tak buat apa2 pon. Biar je rumah gitu sbb duit da abes beli rumah hahahaha ;)) Tengok lah macam mana nanti. Ya Allah, Kau permudahkan urusan jualbeli rumah hambaMu ini, Ya Allah...Amin amin ya rabbal 'alaminnnnnn.




Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, February 22, 2012

'bantal busuk' yayen

Hye uols, berjumpa lagi. Kalau pagi tadi entry tiada cerita, kali ni maih mak cerita ceriti (sebenarnya memang dasar mulut tak tahu diam adeeee je benda nak cerita ;)) ). Anda yang sudah mempunnyai anak, anak korang ada toys/objek yang dia obses tak? Biasa lah selalunya budak2 kan obses bantal busuk, selimut busuk, teddy bear busuk etc. So motip semua pon busuk? =))


Jadi si yayen ni lately dia amat obses dengan 'bantal busuk' dia iaitu seekor binatang yang telah hidup semenjak purba kala lagi. Iaitu harimau. Nak modern, seekor tiger ;)) Meh layan gambar2 di bawah :-

Presenting, his tiger. Amacam? Takot tak? HAHA

kiss tiger :x

sentiasa di sisi tiger. ekekeke
Tahap keobsesan tu aku tak pasti lagi. Atau maybe dia belom menunjukkan tahap obses dia. So far belom lah tahap wajib bawa ke mana2 sama ada ke rumah BS, ke shopping mall, ke taman etc. Trust me, macam my nieces, dorang terlalu taksub dengan baju busuk sampai kena bawak dalam cinema ;)) Dah 6 tahun and pegi school baru la bole berenggang sket dengan baju busuk. Berenggang tu means, baju busuk hanya di rumah dan dalam kete, bila sampai ke destinasi macam mall kena berpisah gitu. Hazab ok. Tapi my sis dia tabah hihi.


For yayen, so far obses dia berada di tahap awal kot. Tiger tu sebenarnya adik ipar aku punya, untuk anak dia. Tapi anak dia takot tengok mata tiger tu, bole? ;)) Masa balik ganu, yayen was soooooooooo excited main dengan tiger tu. So adik ipar pon bagi kat yayen. Maka bermulalah episode yayen bersama tigernya. Antara aktiviti yayen bersama tiger :-
- Balik school dia akan sebut 'ge ge' so dia cari tiger lah tu. Tapi besenya tak payah cari sebab tiger akan menunggu depan pintu (ceh macam binatang hidup pulak haha) sebab masa pagi2 memang yayen akan pegang sampai la nak kuar umah baru dia lepaskan.
- Bila da dapat tiger dia akan ajak tiger sleep. So dia baring dengan tiger depan tv. Pastu dia gomol2 and gelak2 dengan tiger. Ngeri tak?? Huhu.
- Dia akan korek2 mata tiger, jolok2 idung tiger...
- Dia akan heret ekor tiger dan seret laa si tiger tu satu umah. Haritu nyaris tak seret ke dalam toilet. Huuuuu
- Dan of kos, bila nak tidur dia akan peluk tiger. Huhu.

Kadang2 bila aku nak buat keje rumah time papa dia tak ada, aku pon mula la umpan tiger je pon. Cakap kat dia "yayen jangan kacau mama tau, pegi ajak tiger main"..lepas tu dia akan "ge ge" ke arah tiger dan main2 dengan tiger. Rasa macam kagum pulak hehe. Eh macam terpanjang pulak entry ni.


Ok lah. Antara progress yayen on his 15 months adalah :-
- 12 batang gigi
- Pandai mendengar arahan yang panjang contohnya "Rayyan tolong ambil botol susu". Pastu dia akan jawab dengan "su". Biasanya akan ulang balik sukukata terakhir dalam ayat tu.
- Suka jerit nama sendiri "aaaaaayeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeennn" pastu suka menjerit kalau seronok. Jerit yang bingit telinga ok ;))
- Suka makan sayur bayam. So mama pon selalu buat sup bayam taruk ayam sket. Hehe. Basically dia makan apa saja cuma minat lebih tang ayam dengan ikan salmon.
- Suka main bola sepak
- Suka main air
- TAK SUKA PAKAI pempes/CD. Jadi masa nak pakaikan, memang akan bertarung hebat dengan dia.
- Lagi apa ek? Erm tang bercakap tu bunyi sikit2 aje. Macam yang aku cakap tadi dia suka ulang sukukata terakhir. Kalo tiger jadi ge. Kalo susu jadi su. Mama jadi ma. Yang peliknya kalo Papa jadi ayah ;)) Antara words lain atak (kakak), ik (nenek ;)) ), atuk (tik), apa lagi ek? Em macam tak banyak je. Sebab dia banyak bahasa german hehe. Kalau susu botol habis dia buat gaya tangan 'habis' and bagi botol kosong. Ade/takde dia sebut de. Bila nampak fon letak tangan kat telinga sebut 'yo' = hello. Tiap kali lepas semayang dia akan datang kat kite and salam cium tangan. Then kiss2 pipi. Bila baca doa tau nak amin aje. Huhu.


Ok lah itu saja laporan dari bilik berita. Bye :-h


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wordless Wednesday




Notakaki: Kindly visit our blogshop HERE!

Tuesday, February 21, 2012

We were at Secret Market KL

Minggu lepas lepas, 11 Feb rasanya weols 1st time terlibat dalam aktiviti bazaar ni. Weols tu sapa lagi kalo bukan Anggun Comel Collection (bape kali tuka nama daaaa ;)) ). Macam2 perasaan la waktu sampai sana tu, rasa macam gerun tengok booth lain yang mostly dah experts dan rasanya ada yang sudah ada kedai sendiri. Siapalah kami ni, cendawan baru nak tumbuh lepas hujan orang kata. Lucky for us, masa hari tersebut kami tiada pesaing. Meaning, only kami yang menjual barang2 untuk baby/kids. Yang lain banyak kepada baju wanita, perhiasan wanita, kasut, makanan etc. Tudung pon banyak.. Tapi tak shopping pon sebab pitis komitmen nak jaga booth (tak ada duit padahallll!! ;)) )

Our finalized business cards. InsyaAllah akan hantar printing lebih banyak. Ni print sendiri je pon.

Tak ada pulak gambar keseluruhan meja. Tapi penuh la 2 meja ni. Dan 1 penyangkut untuk baju2 for display

my BFF/business partnes atau partner crimes boleh gak ekeke. Adoiii gemuknyaa mak ni. Dorg berdua tak sampai 50 i pulak 60 lebih macam mak gajah ok!

Cuma yang sedihnya sambutan kurang memberangsangkan. Bukan saja pada kami tapi pada semua booth pon. Maybe lack of promotions from organiser atau memang tempat tak begitu strategic. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Yang penting, pengalaman kali pertama join such bazaar kan ;;) Petang tu dalam kul3 suami masing2 bersama2 anak pon datang untuk memberi sokongan. Thanks papa :x


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Monday, February 20, 2012

So, monday blues everyone? Pada saya, not so blues sebab harini saya yellow. Baru perasan macam terlalu yellow. Ekekeke. Tak pe ok ape yellow2 kang nak seberang jalan mesti semua driver nampak saya. Dah macam traffic light kaedahnya kannn ;)) -- Eh tapi aku mana ada nak seberang jalan2 mana pon kihkih. Oleh kerana Monday Yellows, maka nak mengubati hati lara (sebenarnya nak mengubati perut lapar) dengan kenikmatan dunia di bawah. Most of the pictures already posted via my instagram. iPhone users yang pollow mak tau dah le hehe. Oh yg pollow twitter pon nampak gak la (macam ada orang heran ko post apa kat instagram/twitter???)

Chicken chop with blackpepper source @ Ice-Room Bangi

Spaghetti Bolognaise made by my BFF

Macarons bought during the Secret Market KL

Cempedak yang saya goreng. Jiran bagi buah cempedak hihi. Sedap gilossss

Rainbow cake bought from bakery store besides JM Bariani bangi (lupa nama kedai)

Nasi dagang sedap gila pedas nak mampos di beli di Asam Pedas, Bangi (time taip ni air liur macam nak meleleh sobs)

Spaghetti Black Pepper Chicken @ Ice Room Bangi

French fries bukti kegemukan Sang Penulis Blog ini. SEKIAN
Bagaimana nak membenci makanan (diet) kerana makanan itu adalah sangat nikmat??? Hargailah kenikmatan ini selagi ada nafsu nak makan. Nanti dah tua2 tak ada gigi mampu nak makan lazat2? (ayat menyedapkan hati golongan perut 4 lapis)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, February 16, 2012

Khair Rayyan pergi kelas mewarna ;)

Selamat datang ke blog Khair Rayyan atau nama manjanya Yayen ;)) Adehhhh. Pusing sana pusing sini last skali cerita pasal anak jugak. Well, mama nye tak ada modal nak cerita pasal apa. Naseb laaa kan kihkihkih. OK since 2 weeks ago I dah hanta yayen ke kelas intensif mewarna. Haaa kelas kau mariaaaa. Umur setahun 3 bulan (harini laaa genap 15 bulan ;p) dah pergi kelas. Ko hado? Ekekekekeke =))



Kelas mewarna dibuka setiap hari selama sejam. Biasanya kelas mula jam 8.30pm - 9.30pm. Tapi sebab budak kecik ni belom lagi betul2 pay attention untuk belajar mewarna, biasanya dia hanya fokus maksimum 30 minit saje. Selebihnya hanyalah aktiviti berlari2 dalam kelas sama ada mengejar atau di kejar oleh teacher dia T_T



Look? He's sooooo serious when he wants to. Ni tengah study ni sebab next week teacher kata ada exam. Soalan exam dia senang aje, sbb tajuk dia bebas. Sukati lah nak lukis ape ;)) So yayen, start from tonight study bebetul ok ;))


Yayen ni kadang2 pegang crayon sebelah kiri, kadang2 sebelah kanan. But most of the time he's lefthanded. Ikot sapa pon tak tau maaaa.


Masih gigih mewarna untuk minit ketiga puluh. Lepas tu dia main campak2 color crayon pula. Kesian teacher kena kutip color yang bertebaran. Huhu


Sampai terkangkang nak mengkaler uols. Adehhh cer sopan sikit wahai anak. Ate, dalam kelas pon nan hado kerusi meja. Kalo ada kerusi meja pon he'll end up duduk di bawah kerusi atau meja T_T


Yang penting sila provide kan color non-toxic kepada anak anda. Dan pastikan dia sentiasa diawasi waktu mewarna dikhuatiri akan memakan color yang seperti candy tersebut. Syukur buat masa ini, belom ada lagi sessi memakan color hehe. Selain itu, non-toxic colors juga senang dibasuh. Dan pakai lah hand soap dettol untuk kebersihan maximum. Tetiba ;))

So far kelas mewarna ni dibuka setiap hari tapi yayen sokmo ponteng sebab tertidur awal. Kul8.30 dah tido kadang2 tu. Kalo macam aktif tu hantar je ke kelas mewarna. Kang lama2 dia boring pastu tertidur. Pastu have to wash his hands masa dia tengah terlantar baring gitu. Kesian teacher dia.

Eh eh, ramai ke berminat nak join kelas yayen ni? Sila hubungi teacher ciare baha di talian 019-444-tekan tekan tak dapat ekekekekeke =))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, February 15, 2012

Bukit Merah Laketown Resort

Sudah berperam benarrrr kejadian bercuti di Bukit Merah Laketown Resort ni noks. Jadi sebelum hilang cebisan memori dari ingatan maka elok benarlah jika diluahkan semuanya di sini. By the way, sepatutnya letak entri Pangkor dulu sebab kami pergi Pulau Pangkor dulu. Tapi sebab gamba2 di Pangkor belom transfer dari camera maka peram lah dulu HAHA. Kebetulan gamba di Bukit Merah semua pakai aipong jadi senanggg jelah nak upload kehkeh ;p


Gambar2 pemandangan sekitar Bukit Merah sila pergi ke entry ini dan cerita ketika berada di sana sila baca entry ini ;;) So yang kat bawah ni gamba2 weols pulak kihkih.


Sampai di BMLR dah petang. Kul 5 macam tu. Banyak section dah closed dan dah terpaksa decide untuk sleep over since udah penat dari P.Pangkor hihi

Akak dah tinggi so tak dapat masuk free. Tapi sebab dorang dua beradik, bila bodek2 sikit staff sana, dorang akan kira harga sorang je. Since adek belom masuk 4 tahun cuma dia tinggi macam kakak

Yayen and papa shopping. Muka yayen sun burn hasil kat Pangkor earlier ;))

Sebelum senja weols decide naek boat since itu jer yg still open. Itu pon last sunset ride :D

Di station boat ride ^__^ Tetiba macam dah ada 3 orang anak kehkeh

Kakak yang bergaya hehe

Adek yang setia menyengih depan camera hehe

My sis and adek, my MK and yayen and pakai sepek tu adik ipar ku.

Esok paginya harus lah mandi kolam yg tersedia di apartment, hehehe. Tu haa yayen dah ready nak terjun kehkeh.

Early morning (la sangat) fresh and ready to have fun!!

Oh deer!

Waiting for the animals show impatiently hehe

Oh my! I will never do that. EVER

Beautiful and friendly parrots

Oleh itu, sekian saja laporan sewaktu berada di BMLR. Kesimpulannya kami hanya amek pakej ke Ecopark. Sebab masing2 dah flat and nak balik rumah. Nak masuk waterpark tak mampu dah dari segi tenaga yang sudah dihabiskan di P.Pangkor. Hihi. Next time, insyaAllah. Masa yayen dah besar sket baru best nak pegi theme park kan. Now dia pon tak tau menikmati ke-best-an theme park lagi ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha