Thursday, March 29, 2012

Life Not As We Expect

Assalamualaikum ;;)


Hehe ni namanya tajuk yang 'selamat'. Sebenarnya aku nak taip 'bestnyaaaa kalo dapat jadi macam dia dah la cantik kaya pandai blablabla' ;)) Tapi nampak tak bersyukur pulak. Maka untuk meng-kaver buat2 la tajuk orang bertamadun sket kannn.


Blogwalking ni sebenarnya bleh buat aku stress. Tambah2 plak kalo blog yang kita baca tu empunya blognya sangat sweet (from what she writes) pastu semuanya indah2 belaka yang dia ceritakan. Contohnya dia keje sebagai eksekutif korporat company xxx pastu pegi keje pakai suits cantek2, kasut lawa2, balik umah maid dah buatkan semua, tinggal layan anak and suami jer, makan kat restoran hebat2 pas suami balik keje, suami bagi adiah beg rege ribu2, tinggal dalam rumah lawa macam istana, cantek bergaya, pergi melancong ke oversea sebulan sekali, bla bla bla. Sungguh stress membacanya HAHA ;)) Sebab tu kadang2 aku malas jer nak blogwalking. Just blogwalking kat blog kawan2 yang kite dah kenal rapat jer. Kalo dengan kawan2 takde nak jeles2nya hihi.


Sebab tu lah aku lebih prefer melepak di twitter kot. Lama2 kalo baca blog yg berciri2kan di atas bleh buat aku saiko dan rasa tak bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang. Nanti syaitan mula la bisik2 "pegi la beli beg macam dia. suruh suami kau belikan"...haaa ni contoh jeee. So far belom penah lg mintak MK belikan beg rege ribu2 ni ;)) Hehe. Sedangkan, dengan apa yang aku dah ada ni, dah cukup bersyukur dah. Ada tempat tinggal (walaupon bukan rumah sendiri tapi masih mampu menyewa, better dari merempat), ada kereta kecik buatan malaysia yg memudahkan perjalanan dan urusan kami, cukup makan minum, cukup pakaian, etc. Kesimpulannya daily basis punya ciri2 dah ada. OK la kan? Better dari orang lain yang mungkin kehilangan kerja, takde transport, takde pitih nak beli beras etc. Nauzubillah himinzalik. Jauhkanlah ujian2 seperti ini kepada kami. Aminnnn.


Buat masa ini, bersyukur ada suami, anak, mak, adek beradek, sedara-mara, kawan2..... Better dari hidup sebatang kara dan tidak dipedulikan sesiapa. Sedih gile kalo hidup sebatang kara kan.


Errr motif entry ni adalah......bersyukur dengan apa yang kita ada.



Alhamdulillah.

 

New header for my belog hehe

Assalamualaikum ;;)


Apa kabar kah anda sekalian. Wah semalam takde up entry. Tapi dalam tak up entry pon, 3++ lebih gak unique visitor. Hehe. Sikit je pooonnn. Motip nak bagitau unique visitor? Kau ingat kau hot ke? ;)) Erm tapi just nak mention yang hit blog paling tinggi pon 6++ lebih je noks. Tu pon dalam seminggu ade sekali je kot dapat 6++. Ate, bile nak kayanya pendapatan ads kalo belom sampai 1K ye dop? Kagum aku dengan blog2 yang tiap saat blog mereka dikunjungi ratusan visitor. Sehari mau beribu2 unique visitor. Kerrlassss noks. Hehe.


Eh eh aku cakap begini bukan sebab nak berlawan2 blog siapa ramai visitor. TIDAKKK hokey. Aku cuma buat pernyataan bagi pihak diri aku aje. Sebenarnya bila tengok visitor 6++ tu aku takot. Taktau takot sebab apa tapi rasa unsecure boleh? Sebab tu kalo bole aku memang tak tulis semua yang berkaitan dengan aku secara detail. Memang aku ada post banyak gambar. Contohnya aku post 1 gamba aku dengan anak dekat satu tempat. Tempat tu aku cuma nyatakan secara general kalau aku rasa maklumat dia sensitif. Maybe aku tulis rumah kawan, rumah sedara. Takde pulak aku tulis bergambar di rumah no 3, pox 1235, kampung pink, istana darul ciare (ok tak address gini? ;)) ). Melainkan aku pegi tempat2 yang da glemer contohnya shopping mall ke mane kan. Haa yang tu takpe la sebab tempat awam. Pastu kebiasaannya waktu gambar tu diambil pon aku tak tulih tarikhnya. Sekadar tulis gambar was taken about 1 week ago, 2 weeks ago. Gitu. Yang paling penting, aku tak suka nak nyatakan KE MANA aku akan pergi secara specific. Cukup lah sekadar tulis nak pegi jalan2 di taman. Takde nak tulis taman mana, hari apa, pukul berapa.


Bukan ape uols, aku tengok blogger2 yang baru2 ni, semua benda nak cerita. Tahu tak benda tu bahaya. U need to secure yourself lah sayang. Tapi tak kesah la, up to you lah kan. Masing2 pon dah besar. Pepandai lah yek ;;)



Last but not least, so happy with my new header. Bleh tak nak feeling2 header tu cantek giler? HAHAHA =)) Biar la kann, mak dah lama tak mendesign, sekali design rasa lawo sesangat kahkah. Okay lah tu saje, until then, CHOWWW!! :-h


Tuesday, March 27, 2012

Kamus Bahasa Terengganu

Assalamualaikum ;;)


Tanpa melengahkan masa, ini antara perkataan yang aku belajar setelah hampir 3 tahun menjadi menantu orang Terengganu:-
  1. Saing - Kawan
  2. Bekwoh - Kenduri
  3. Makan gula - Pegi kenduri
  4. Lenbek - Tilam
  5. Tanoh - Luar rumah
  6. Timun cine - Tembikai
  7. Manih leting - Sangat manis
  8. Bulak gete - Sangat bulat atau gemuk (-_-")
  9. Galok - galak/gedik? huhu
  10. Supik - Plastik
  11. Tubik - Keluar
  12. Pitih - Duit
  13. Takdok mende - Takde apa2
  14. Takdok starang - Takde langsung ;))
  15. Tek - Ni bukan perkataan lucah ok. Tp maksudnya sukar diterangkan haha
  16. Pirah - Kutu yg melekat kat kucing tu hehe
  17. Nang oseng - 60sen =))
  18. Dok dang - Tak dan, atau tak sempat
  19. Ork - Penyedap ayat ekekeke ;p
  20. Gok/gop - Jugak
  21. Leni - Sekarang
  22. Kekgi - Sikit lagi
  23. Bakpe - Buat apa
  24. ...
So far ini je yang aku ingat. Percayalah, ada banyak lagi tapi sebab jarang pakai so mana nak ingat kan. Hehe. Apepon aku rasa bahasa terengganu mudah dipelajari. Kalo dorang cakap pekat camne pon insyAllah aku paham cuma nak balas balik dalam dialek ganu tu mak fail lah. Tapi kesian la kalo family aku tak bape paham. Jadinya kalo dorang borak kira tak kick lah sebab takde sefahaman bahasa hehe. Macam aritu aku bawak Mak g ganu. Dia asek tak paham apa dorang cakap. Jenuh aku jadi translator hehe. Orang sana pon tak paham jugak certain bahasa Perak yg mak aku cakap ;))

So orang Terengganu, feel free to drop your comment here okay :D


Monday, March 26, 2012

Alkisah membeli rumah

Assalamualaikum ;;)


Boy!! It's not easy as ABC or XYZ. It's definitely susah wehhhh nak beli rumah. Bertambah susah bila bajet tak berapa nak ado. Ade limit yang perlu diambil kira. Rumah yang weols aim last month tak dapat. Bukannya tak lepas loan tapi sebab owner tu main tarik tali. Tetiba macam taknak jual. Hmm. Tak apelah, bukan rezeki kami.


Oleh kerana terlepas satu peluang, kena lah cari peluang2 yang lain. Yang menarik. Yang Berbaloi. Dan yang mampumilik. Jadi semalam ada round2 la cari rumah. Member nak cari rumah sewa. Weols teman sambil2 usha nak beli rumah. Ada banyak la rumah yang for sale/let. Bila call, perghhh semuanya 300K uols. Bawah 300K memang hye hye bye bye. Kalo 300K tu dah bleh dapat banglo 4 tingkat kat Bota, Perak. Tahu? ;))


Rumah sekarang heibattt heibatttttt. Ngeri kot dengar harga dia. MK buat lawak "ni kalau gadai semua harga kita pon tak mampu nak beli. mampu beli dapur dia jer" ;)) Kelako lah haiii laki aku ni =))


Menggayakan hijab dengan penuh gaya

Assalamualaikum ;;)


Okay harini ahkak nak membebel pasal hijab. Nowadays people love to say hijab rather than tudung and whatnot. Fesyen tudung (eh bukan tudung la tapi hijab!) pon udah pelbagai sekarang. Designers tudung pon (again ciare. hijab hijab hijab. not tudung. grrrr ;)) ) berlumba2 membuat fesyen2 yang gempak untuk menarik perhatian si pemakai2 tud..ok ok hijab ;))


Bab rekaan tudung tu biarlah ek. Siapa aku nak menjudge lawa ke tidak. Sempurna ke tidak. Sedangkan aku sendiri belom tentu sempurnanya. Cuma nak berkongsi pengetahuan yang aku dapat menontot rancangan 30 min bersama Ustaz Don few weeks ago. Kelaka kan cara presentation dia. Tapi ilmunya lekat di hati. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, tengok cite jangan tengok saje. Amek pengajaran di sebaliknya. Orang sekarang tengok cite, tengok boddo je ;))


So, mengenai isi kandungan rancangan ustaz don tu, uols bleh review kat youtube. Cuma rasa best sangat sebab dalam rancangan tu, ustaz siap panggil 2 wanita untuk mendemokan cara pakai tudung (errr, hijab ;)) ) yang betul dan mengikut syara'. Ada macam2 la gaya terbelit sana terbelit sini, jangan terbelit tengkok pastu tak bernapas sudahh ekekeke. Jadi sedikit atau sebanyak, dapat jugak ilmu masa menonton rancangan tersebut.


Okey sekian saja entry pada hari ini (alah setakat publishkan entry draft je pon. ape susah ;)) )


Friday, March 23, 2012

Short vacation to Pangkor (part 2)

Assalamualaikum ;;)



Ok sambungan kepada part 1 ek. Jangan risau. Hanya ada dua part saje. Lepas ni boleh menarik nafas lega okay. HAKHAK. Anyway lepas sesi mandi manda di pool hotel, weols pegi serang the nearest beach pulak. Which is sangat dekat kottt. Jalan kaki jer noks ;)) Nama pon ke pulau kann. So aktiviti mandi manda jelah kaedahnya. Shopping2 pon tak apa sangat nak dishoppingkan. Just beli baju I love Pulau Pangkor untuk yayen. Mama pon ade gak. Papa takyah pon takpe. Sila dahulukan anak bini k. Weehuuu.


Jom layan gambar2 di beach ;;)


Yayen dengan floatnya. Terpaksa beli float kat hotel sebab lupa bawak. Huhu. Layan perasaan nampaknya anak mama ;))

Cuzzies

Aku and my sis dua2 takbleh pakai sebab tak tau swim. Mama tumpang pelampung yayen jelah ek ;))

Yayen with cikma

Hep! Taknak turun dari float. Huhu

Family. Eh MK kena senset sket tu hekhek

Time nak g dinner terjumpa Alif Satar. Such a sweet person. Macam2 posing tangkap dgn weols. Dia layan jek. HAHA

Esok paginya ronda2 pulau, mandi kolam (again?? Hehe) and ehecked out.

Tips:- Sila check out awal. Jangan masa peek hour nak check out baru check out, alamatnya memang hazab nak tunggu teksi pegi jeti. So waste time la menunggu teksi. Sbb teksi van kat pulau tu sikit je. Kalo masa check out memang semua sibuk.


Sekian saja percutian pendek kami ke Pangkor. Best walopon tak best mana. Tapi okay lah. We had fun ;;) InsyaAllah ada rezeki boleh pegi lagi. Kalo tak dapat Pangkor kite g Mataking jelah ek papa :D #over

 

Thursday, March 22, 2012

Short vacation to Pangkor (part 1)

Assalamualaikum ;;)


Ok ini kisah about 2 months ago yang tertunggak. Serius aku macam dah lupa2 dah kejadian di sana sepenuhnya. Harap gamba2 ni dapat mengembalikan detik2 itu hihi. Anyway, kami pergi ke sana seramai 4 family. Iaitu :-
1) Aku MK Yayen
2) My sis Kyra Kyrin (abg ipar takde sebab naik kapal hehe)
3) Adik ipar + suami + anak + anak
4) Adik ipar + anak

Pastu tambah sorang adik ipar aku hok bujang tu. So you see betapa meriahnya situasi tersebut? Dgn kanak2 seramai 6 orang. Pfffttt memang meriah ;))


Gamba 1st aku tangkap using my canon setelah hampir setahun tak menggunakannya HAHA. Ini masih di Lumut. As usual Kyra Kyrin si kembo berlainan taun menceriakan suasana hehe

Anak sedara belah Ganu. Kakak, afiq adik kpd kakak. And Alia.

Welcome tu Terminal Jeti. Untuk pegi ke Pangkor, sila parking kereta anda di bangunan bertingkat yang terletak berhadapan dgn jeti. Tapi kena jalan sikit la.

Menunggu turn naik feri. Mmg sangat ramai dan queue panjang tapi jangan risau. Feri sentiasa ada :)

Yayen sebelum dapat sunburnt.

Dalam feri. Mabuk wehhh haha

Dah sampai pulauuuuu :D Sesampai aje terus cari teksi van menuju ke Hotel Coral Bay. Tak jauh dalam 3-4km gitu

Check-in timeee :D Amboi yayen rasmi siap2 ek? Hehe. Weols amek apartment 2 rooms. Luas la but have to add another extra bed which was costly. Hmm.

Lps check in terus serang pool laaa. Macam biasa ada pool for kids and adults. Sakan lah budak2 ni mandi. Yayen pon tak reti sejuk2. Bila dukung dia naik atas, dia nak terjun balek. Terjun tanpa rasa takot pulak tu. Tak sedar diri tu ketot. Berdiri pon tak stabil lagi dalam airrr. Risau mama ni. Grrrr

Kakak adik tak hengat dunia dah. Sampai mengamuk mamanye suh naik atas ekeke ;p

Ni pool for adults. Jeles aku tgk MK swim dgn anak. Jeles sebab taktau swim. Sumpah dalam weh kolam ni. Betol2 had dagu aku. Itu kalo menjingkit tu. Tak ke gila dalam?? Pfggttt.

Pas dah boring kat pool, weols sambung kat beach pulak. Hehe. Itu, next entry lah ek. Buat 2 part jelah sebab duk sana pon sehari semalam jer noks. Kalo 3 hari 3 malam bleh la buat 6 part ekeke ;))

 

Wednesday, March 21, 2012

Kisah jiran berjiran

Assalamualaikum ;;)


Wuah i masih lagi dalam mode terkejut ni. Mana taknya, semalam baru i found out yang my neighbour is pregnant for the 2nd child. And she's already 8 months plus plus going 9 months. Can you imagine??? Sila imagine betapa ketidakpritahinnya aku terhadap jiran!! Wuaaaaaaaa. Serius aku malu sgt sebab tak tahu. Bukan suka jaga tepi kain orang and whatnot. Cuma, sifat kejiranan tu telah makin pudar nowadays. Adakah ini berlaku pada aku sorang saje? Uols dengan jiran uols camne ek? Life aku bersama jiran adalah begini :-

7:30 am - Keluar rumah sama2 panaskan enjin kete. MK plak mmg dah kuar awal 7 lebih gitu. Tapi jiran aku (yang aku baru tau dia pregnant ni tadi) memang husband dia lah yg panaskan enjin kete hari2. Takkan aku plak nak menegur sapa suami orang kan? So cuma pandang2 jelah. Kalau suami dia senyum aku senyum lah. Takkan nak buat muka kelat kan. Senyum itu sedekahh tapi takbleh lebih2 la. Huhu.

7.40 am - Baru si Eja (jiran aku yg pregnant tu) keluar dgn anak sulung dia. Biasa dia dukung anak, aku pon tengah mendukung yayen nak masuk dalam kete. Then aku senyum2 la bila nampak dia. Pagi2 biasa lah masing2 nak cepat tak ada lah sembang2. Just hai-hai bye-bye gitu ;)) So aku pon tak ada lah perasan keadaan perut dia tu.

6.30 pm - Time aku balek keje plak memang dorang dah sampai umah and pintu dah tutup segala. Takde la pulak aku nak intai2 kan. Huhu.

Kalau weekend pulak, dorang suami isteri memang cuti sabtu ahad so banyak la aktiviti dorang keluar ke mana2 kan. Weols pulak, sah2 sabtu aku duk umah je tak ke mana2 sebab MK keje. Then jiran pon keluar, jadi memang aku tak bersosial la dengan si Eja ni. Last skali sembang2 lama masa birthday yayen dulu. Percaya tak?

Kalo jiran sebelah kiri (chinese) pulak memang lagi la tak bertegur. Kalau nampak ade lah cakap morning, hye etc. Tapi dengan pagar batu dia jer dah tinggi, nak nampak pon payah ekekeke. Jiran depan plak okay. 1 family. Tapi jarang nampak gak. Gituuuuu.


So yesterday when I found out she's pregnant i was like whatttttt!! Macam mana aku boleh tak tau kan. Itu pon kebetulan semalam aku tak keje dan dia pon balik awal. Aku kat luar rumah masa tu, aku ternampak perutnya yang comel tu. Sah2 itu perut mengandung bukannya perut LEMAK macam aku ni kan =)) Dia cakap nak masuk 9 bulan dah. Huhu. Last borak pnjang masa birthday yayen. About 4 months ago gitu. So that time dia dah pregnant 4 bulan la macam tu tapi sumpah masa tu selim melim je aku tengok. And dia cakap, masa birthday yayen dia pon masih tak tahu dia pregnant (ni mesti kes belom period lagi lps bersalen dats y tak sedar pregnant). Sbb masa tu anak dia baru 8 bulan macam tu. Sebab now anak dia baru nak masuk setahun next month dan dia sedang pregnant 8 bulan. Kelas kan? :) Itu lah rezeki dari Allah namanya. Happy sangat! Suka tengok orang pregnant hehe.


Jadi sebagai jiran, saya rasa sangat bersalah pulak. Kena buat makan2 utk meraikan ni hiks ;)) Okay lah sebelum mengakhiri entry ini, sila layan gambar yang tiada kena mengena dengan entry ini. Tajuk gamba2 di bawah ialah "little cousins" :x


Left: Adek (kyrin) yang semakin lincah. She cares about nothing but only her toys haha. She like to run shout and bullying her elder sister ;))

Right: Kakak (Kyra) yang sudah ada ciri2 kakak2. Suap yayen makan. Pujuk kalau menangis. Bila tanya "kakak nak adek tak?" she replied "abah tak kasi". Hehe tak ke comel? ;))



Left: Amir Al Aqwa yang comellllllllll. Malangnya tak sempat nak amek gamba masa jaga. Masa tido jer sempat. Adoiyaiiiii. Eeee geram seh kat aqwa ni. Muahhh!!

Right: Sape lagi kalo bukan Tuan Besar Yayen ;))


Suka tengok 4 beradik ni main sama2. Kyra sibuk nak jadi nanny jaga aqwa and yayen. Kyrin plak sibuk berlari tak kira la adik2 baby ni baring ke ape hehe. Aqwa dgn aksi meniarap dia tu. Tapi laju wooo dia komando. Yayen plak sibuk nak menunggang Aqwa sbb dia suka main kuda2. Uhuk ;)) Ya Allah Kau peliharalah zuriat kami dari segala kejahatan dan kekejaman di dunia ini. Dan bimbinglah kami untuk membimbing anak2 kami menjadi anak2 yang Soleh dan Solehah. Aminnnnn.


Gambar Mistik

Assalamualaikum ;;)


Ibu mengandung jangan tengok eh gamba ni. Bahayaaaa. Hihi ;)) So tengok2 lah gamba ni mistik ke tidak ok.



Tak mistik pon sebenarnya. Effect gambar bergoyang jer. Tapi sekali pandang bleh berderau gak darah huhu :-s


Monday, March 19, 2012

Para bloggermama yang hot belake :)

Assalamualaikum ;;)


Last 2 weeks, ada buat mini-gath para blogger region Bangi. Cewah poyo jer bunyinya. Ekeke. Anyway, saja2 la jumpa sementelah lunch rest hari Jumaat kan panjang. Kebetulan Na pon ada turun dari pantai timur, so kita buatla ala2 gathering kann. Hehe. Ada ramai lagi tapi mereka tak dapat datang atas sebab2 tertentu. Its ok, lenkali bleh jumpa lagi, jika dipanjangkan umur. InsyaAllah ;;)


From left: Zaza, Na, N, Mar. Such a sweet people :)

Perjumpaan yang pendek aje. Lepas makan borak2 then blah. Hehe. Aku pon sampai lambat sangat padahal Wong Solo je ponnn. Uols, lenkali kite kuar dating lama2 sket lah. Bawak anak dan suami masing2 pon okey gakkk. Heee. Baru best bleh mengejar anak sesama ekeke ;))


Sesi bergambar para jelitawan agagaga

Assalamualaikum ;;)


Isnin sudah kembali yooo ;;) So, apa khabar semua? Kami sekeluarga sihat alhamdulillah. Syukur kerana diberi peluang untuk terus bernafas. Weekend was short. Sebab Ahad semalam g opis so weekend sudah terpendek. Tapi takpe sebab berjaya tengok wayang cite John Carter. And it was the 1st movie aku dan MK tengok wayang bersama lepas kewujudan yayen. Sebab biasanya lepas ada anak ni, aku tengok wayang dengan kawan2/family dan MK selalu tak dapat join. And for Yayen, it was his 3rd movie in cinema. Hehe. Currlasss. Nak wat camne. Hobby mama tengok wayang, anak pon terpaksa menjebakkan diri huhu. Yang penting masa bawak anak tengok wayang pilih la cite molek sikit.


Eh membebel panjang lagi. Aku ni sokmo gini. Okay straight to the point. Anyway, saje nak taruk kat belog gamba2 photogediks bersama adek beradek. Siblings I ada tiga orang jer, so nak bergediks santai pon senang. Takde la susah2 nak kumpul sampai 13 adek beradek.


From left: Kakrubi (ibu Aqwa), Kakleha (1st sister) and Kyrin terjoin pulak hehe

Kakrubi and me. Tetiba ada Alia dengan Yayen ;))

Kak leha and me. Dan percuma Kyra di tepi ;)) Eh my sis not ready, again please ekeke.

Konfem photogediks HAHA. Tapi terexpose lubang idong pulak. Gasak lah ek.

Yayen with Auntie Alia

Me and my beloved Yayen. Sebenarnya MK ade kat sebelah tapi aku dah crop bole? ;)) Bukan apa, taknak expose suami banyak sangat. Mana bolehhhhhh. Kuikui

Wuah memang seronok bila bersama2 family. Cuma, masing2 jauh. Aku di bumi selangor, Kakrubi di Kedah, Kakleha di Ipoh. Tak ada lah jauh sangat kot tapi tetap tak selalu jumpa. Kadang2 sebulan sekali. Dan ada jugak sampai berbulan2 tak jumpa. Huhu. Takpelah, sekarang teknologi di hujung jari. Nak video call segala pon dah ada. Senanggg ;;) By the way, kakrubi, happy belated birthday :x


Friday, March 16, 2012

Hantaran Tema Ungu

Assalamualaikum ;;)


Haaa bersambung dari cerita Majlis Doa Selamat haritu yer.  Jadi lepas penat berkenduri kendarat, tiba masanya untuk pergi ber-convoy untuk meminang gadis idaman sepupu saya di Taiping. Jadi sebelum pergi, kita posing2 dulu barang hantaran yer. Hehe.


Sorry gambar ditangkap secara tonggang terbalik huhu. Ate, gini la kaedahnya sebelah tangan tangkap gambo, sebelah tangan mendukung anak. Haaaa very supermama kannn ;)) 1 jer komen aku bila tengok hantaran2 ni. SUPERB. You see, Abg Man (sepupu aku) is a perfectionist type punya orang. Overall, memang dia yang tentukan nak rupa macam mana, setting macam mana, then Makcu yang akan execute untuk menjadikannya hantaran. The best part is, tempat letak cincin dia buat sendiri hokayyyyy. Ko mampu nak buat sendiri tempat letak cincin? Aku tak mampu. Aku mampu tengok aje ;)) Itu pon masa dia buat tu pon aku dah tak mampu nak tengok so aku masuk tido terus boleh? Kuikui. Esok paginya tengok2 dah siap. Tadaaaa!!! Memang mabeles ah Abg Man ;;)


Oh tapi gamba tempat letak cincin tu tak ada dalam gamba di atas sebab masa ni tak siap lagi Hehe. Nanti aku try korek kot kot ada tersnap gambonya yea. Ok tu je kot. Cite kisah meminang ke Tepeng tu lain entry lah ek. Daaaa ~~~~


Thursday, March 15, 2012

MK ke 'Amsterdam' tanpa i

Assalamualaikum ;;)


note:- Entry ini ditulis pada Selasa malam. So dah outdated dah hehe.

Wuahhh sedihnya... Now suami tiada di bumi Selangor. Dia berada jauh dari sisi okay. Woowooo. Tadi anto dia naik flight. Keja aku memang dari dulu sampai sekarang hanto orang naik flight aje. Boring okay. Cepat sikit bulan April please, aku plak nak naik flight. Huhu. Alaaaa baru berapa jam je berpisah dengan MK tapi dah rindu. Yayen pon dah rindu papa tuu. Sobs. Hmmm. Cepat balik, please. Papa :-s


Gambar papa di 'Amsterdam' katanya ;))

Wuahhh orang yang pegi 'Amsterdam' tuuu. Pegi sorang2 tinggalkan iols. Huuuuu. Muehehehe. Okay uols, tipu jer. Sebenarnya MK tak pegi Amsterdam pon. Dia balik Terengganu jer sorang2. Ada hal urusan paduka baginda hehe. Yang pergi Amsterdam tu dalam angan2 dia jer. Aku tak tahu la kenapa tempat yang dia teringin pegi adalah Amsterdam. Best ek sana? Ada apa ek kat sana? Cer cite. Hehe. By the way, berani dia nak pegi Amsterdam tak bawak aku dengan yayen??? Wuahhh mau aku meroyan kena tinggal ekeke ;))



Apepon, by now, MK sudah berada di sisi. 1 malam jer balek Ganu. Mana bleh lama2. Kalo lama2 aku kompom nak ikot gak kehkeh. So thats why lah aku tak bersiaran semalam. Duk rumah bergusti dengan anak. Bukan sengaja nak cuti tapi belom bisa menguruskan anak sorang2. Nanti la bila dia dah besar tu aku dah boleh manage kot. Huhu.


Tuesday, March 13, 2012

Majlis Doa Selamat

Assalamualaimum ;;) 


So macam mana weekend korang baru2 ni? Harus semua pon happy2 kan. Ade balek kampung, ada cuti2 Malaysia, ada cuti2 Milan (baru lepas tengok instagram Lisa Surihani, mak jeles okay ;)) ) Hehe. So kami cuti2 balik kampung aje. Rasa dah lama sangat tak balek Perak.... Rindu.... Huhu...


Balik kali ni pon bukan balik saja2. Balik ada hasrat besar. Nak pergi meminang untuk yayen. Eh ;)) Utk Yayen plak. Hihi. Nak pergi meminang untuk abang sepupu aku. Alhamdulillah akhirnya jumpa juaaaa wanita idaman untuk dinikahi. InsyaAllah, akan bernikah tahun hadapan. Kalau ikutkan nak kawen secepat mungkin tapi atas sebab2 tak dapat dielakkan, kena buat Mac next year jugak. Sabar ye abg man hehe :">


Sebelum pergi meminang ke Taiping, kami buat kenduri doa selamat/kesyukuran/tahlil segala siap2. Amek berkat katanyaaa ;;) Majlis berlangsung dengan sangat meriah skali. Syukur. Semoga ikatan yang bakal terjalin dipermudahkan oleh Allah swt. Aminnnn.


Eh papa yayen encemmnyee (aci tak puji laki kat sini? kuakuakua ;)) )

Lepas baca2 doa selesai, apa lagi? M A K A N laaa apa lagi?? Hehe. Aku rasa ni lah keje kegemaran orang Melayu. MAKAN tak sudah. Lepas makan, masak lagi, makan lagi, masak lagi, makan lagi. Tapi yang masak tu bukan aku la. Aku dalam golongan makan jer ;)) Lepas tu bila anak dah membesar aktif ni, perhatian kat dia kena lebih. Semua benda dia nak pegang, nak cabut, nak gigit. Wuaaaa stress mak. Huhu. Paling risau dia pegi lanyak hantaran tu. Perghhh mencabar mencabar. Nak nak pulak bila moody dia tak nak orang lain dukung. Nak mama/papa jer. Haaa rasakan laa ;;)



Menu kampung jer tapi sedap holiaauuu. Dimasak secara gotong royong oleh jiran tetangga

Kaum bapak makan dulu sesudah selesai acara bacaan doa semua. Mak2 makan trip kedua. Nak makan trip ketiga belas pon tak apa. Lauk banyak. Hehe

Kakak . Aunty Alia . Adek . Alia ni adalah sepupu aku yang paling kecik. Dulu mak2 sedara yang berlumba beranak. Now golongan anak sedara (kami ler) pulak yang berlumba beranak. So far mak2 sedara kami dah ada 8 orang cucu. Hehe. Since akak aku anak sedara sulong, so Kyra adalah cucu sulong ;;)

Menantu bongsu mak saya ;))
Hehe. Sekian. Muah to MK (tetiba)

p/s: Hari ini bakal di tinggalkan oleh MK. 
Beliau akan ke Amsterdam (laa sangat ;)))

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha