Sunday, April 29, 2012

We're on vacation :)

Salam semua ;;)

Wuahhh rindunyaaa kat belog. Tapi tak dpt nak taip byk sbb saya tak sehat ni. Demam batuk. Da makan ubat dan ZzZzzzz. Ok goodnight alls.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Cipaku Indah 1,Bandung,Indonesia

Wednesday, April 25, 2012

Nak pegi holiday dah besok....tapi....

Assalamualaikum. Saya bersiaran langsung dari tempat training harini. Anyway bukan pegi training tapi bagi training kat user. But ofkos bukan aku yang jadi trainer. Aku just assist bos utk help out the user to do the tutorial and such.

Anyway, tomorrow i akan start bercuti. Until next monday baru balik. Hope i can reach this blog while i'm away. Hehehe. Tak dapat blogging, dapat tweet2 pon jadi lah kot. Last time i check tempat i nak bercuti tu byk gak port wifi dia. So no worries insyaAllah.

Cuma yg tak bestnya.....terpaksa meninggalkan banyak benda penting di sini. Kerja and family stuff. Dua2 penting. Tapi nak buat mcm mana. Tiket flight da lama kottt beli. Hotel and transport dah bayar. So not having much options i guess. Pergi jelah bercuti, dalam keadaan hati tak senang. Happy happy jugak tapi kalo terlintas dlm hati perkara2 yg ditinggalkan tu rasa tak best.

Anyway uols, my sis in law sudah 3 hari contraction tapi bukaan baru 2 cm. Please doakan dia bersalen dgn segera dan moga selamat semuanya. She's already 4 days overdue. Semoga Allah permudahkan semuanya. Amin.

Until then, see uols again later ok. Selagi ada wifi insyaAllah i akan online. Kat sana nanti mmg harapkan wifi jelah sbb kosser mak nak on roaming utk international ni. Mahallll haha. Ok lah uols, daaaaaa...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Alamanda 1,Putrajaya,Malaysia

Tuesday, April 24, 2012

The day i merajuk dengan MK

Assalamualaikum ;;)


Merajuk? Alaaa merajuk ngengada yang sebenornya. Haha. Aku kalo ikotkan sejarah jarang nak merajuk2 ni sebab aku kan tak ada perasaan atau dalam erti kata lain, waktu yang sepatutnya aku boleh merajuk tapi aku tak perasan bole? ;)) Jadi alkisahnya MK ni kan, telah membuatkan aku amarah betol this few weeks. Sebab apa? Sebab time aku nak berdiet (no dinner) laaa dia sibuk2 nak ajak pegi dinner. Nak nak pulak masuk restaurant yang aku tak dapat lawan perasaan gelodak nafsu ku. Weh sila baca dengan nada serius k. NAFSU MAKAN ok MAKAN. Jangan pikir nafsu lain2 sudahhh. Tampa nak? =))

Mamat yang tak ada perasaan setelah membuat bini merajuk.
MK kata "ala merajuk2 pon makan abes gak". Ngeeeeee geram weh gerammm. Grrrrr. Harus la aku makan licin. Dah la jarang2 dapat dinner sekali masuk kedai best harus la licin aku kerjakan. Ikutkan hati dengan pinggan2 tu aku nak telan.

Buah hati pengarang jantung kami :x

p/s: Scheduled entry. Today and tomorrow
i check-in kat training room lagiii hehe ;p

Sunday, April 22, 2012

Lovely Sunday


Taken 2 weeks ago. Well my baby boy such a drama king baby hehe. Love you sayang :x Its a good sunday. Lets go out and having fun, shall we? ;;)


Friday, April 20, 2012

Beriadah main layang2 di Taman Layang2 Kepong :)

Assalamualaikum ;;)


Menantikan tiap weekend memang best. Tak dapat jalan2 ke shopping mall, jalan ke taman bawak anak pon dah super gojes rasanya ekeke ;)) Anyway aritu weols pegi lepak2 ke Taman Layang2 Kepong. Actually pegi umah adik ipar kat Kepong so pastu lepak2 la ke taman pulak. Sekali sampai..............errr ada kenduri apa ni ramai sangat kat taman tu?? Rupanya memang meriah gitu noks taman situ. Parking kete tepi hiway tu ade sampai 1km kot dorang parking. Giler ah. Pestime aku tengok taman semeriah gitu. Meriah memang meriah tapi dah macam kenduri kendarat guana nak mainnya? Manusia penuh, taman mainan kecek jer. Deeeehhhh. Tak tak apa, Yayen pedulik hape orang ramai2 gitu kan? Dia tetap dengan dunianya tersendiri. Hehe

Kick the ball babeh

Tak berpisah dengan bola

Budak tak duk diam. Nak tangkap gambar dengan cousins pon nak lari. Apa kes?

Bubblesss

Cubaan menangkap bubblesss

Papa jom ah maen kites. Cer tengok muka dia yang bersungguh tu ;))

Selautan manusia. Ni atas padang, belom kat atas jalan, bawah pokok, taman permainan, pfffttt

Yayen's kite is flying. He enjoys it sooo much. Ok sayang nanti kita main kites lagi k ;;)
 

Thursday, April 19, 2012

Wordless thursday

Online from classroom - plaza mont kiara.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Sprint Hwy,Kuala Lumpur,Malaysia

Wednesday, April 18, 2012

Wordless wednesday

Aksi budak kecek ni






 Ada gaya2 sukan renang berirama tak? ;))

Tuesday, April 17, 2012

Resepi: Begedil Ayam/Daging

Assalamualaikum ;;)


Hye hye arini mak nak feeling2 chef hihi. Resepi mudah sajeee. Especially utk anak anda. Tak tau la anak korang suke makan begedil ke tak, tapi yayen, masyaAllah, suka bangat. 5 ketul dia bleh ratah sorang ;)) Jadi untuk tidak melengahkan masa, ini resepinya, layannnnnn....


Bahan2:-
1. Kentang 2 bijik
2. Daging burger ayam/daging 2 keping
3. Garam
4. Mayonis sesudu
5. Lada putih
6. Daun sup/bawang
7. Telur sebiji

Cara2nya:-
1. Rebus kentang bersama garam sampai empuk.
2. Angkat dan toskan kentang. Kemudian lenyek dengan daging burger.
3. Campak secubit garam, secubit lada putih, sesudu mayonis, daun sup/bawang
4. Gentel2kan jadi bulat dan leper. Buat leper agar isi dalam masak sekata.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Celup begedil yg digentel dengan telur. Goreng dengan api yang perlahan.

Hasilnya?? MABELESSSS :D (resepi di atas menghasilkan lebih kurang 10-15 biji begedil depends on size)



Selamat mencuba ;;)


Monday, April 16, 2012

"my little boy"

Assalamualaikum ;;)

Semenjak dua menjak ni aku duk menghayati album Abang Maher Zain ni, eh abang plak ;)) Yer lah Abang la sebab aku respek dia. Takkan nak panggil pakcik plak =)) Anyway setiap lagu dia bila di tambah dengan penghayatan lirik, pasti akan buat ko tersentuh dan nak mengalirkan air mata. Lagu Number One For Me tu aku nangis okey tengok video clip dia :-s Serius tersentuh hati ibu... Dan ini satu lagi lagu yang buat aku tersentuh. Tapi untuk memaksimakan penjiwaan lagu, aku olah sikit lirik dia hihi.


Di olah dari lagu asal "My Little Girl" by Maher Zain. Sorry brother, i edit sikit lagu you untuk menambah feeling lagu ini buat MY SON, Muhammad Khair Rayyan (bajet Maher Zain baca ;)) )


You are a miracle
You are a blessing from above
You brought joy to my soul
And pleasure to my eyes
In my heart I can feel it
An unexplainable feeling
Being a mother
The best thing that I could ever ask for


Just thinking of you makes me smile
Holding you, looking in your eyes
I’m so grateful for having you
And everyday I pray
I pray that you’ll find your way


You know I love you, I love you
My little boy, my little boy
I ask God to bless you, and protect you always
My little boy, my little boy

You’re like a shining star
So beautiful you are
My baby boy
You light up my world
I pray that I’ll get the chance
To be around and watch you grow
And witness your first steps
And the first time when you will call me “mama”


Just thinking of you makes me smile
Holding you, looking in your eyes
I’m so grateful for having you
And everyday I pray
I pray that you’ll find your way

You know I love you, I love you
My little boy, my little boy
I ask God to bless you, and protect you always
My little boy, my little boy

I could spend hours watching you
You’re so innocent, so wonderful and pure
O God I can not express my gratitude!
But I’ll raise him good, ‘cause all I want is to please You
And now I pray You’ll guide his steps forever


You know I love you, I love you
My little boy, my little boy
I ask God to bless you, and protect you always
My little boy, my little boy
 
 
For my little son,
 
 
Mama always love you my little boy. May Allah bless you and protect you forever. Because one day, I might be able to protect you anymore. I wish to be by your side and protect you... Aminnn


p/s: happy 17 months my little boy
mama wish that u're always happy
and love me as much as i love you

 

1st time yayen naik flight ;p

Assalamualaikum ;;)


Neves okayyyyy festime nak bawak anak naik flight. I prepare myself for the worst condition huhu. Yelah, budak kecik kalo dah naik tantrum dia memang sukar dipujuk dah uols. Cuma berharap dan berdoa mood dia baekkk sepanjang perjalanan selama 40 minit tu. Ni kira praktis la untuk terbang selama 2 jam ujung bulan ni huhu.


So nak tau camne prestasi yayen atas flight? Cekidouttttt ;;)


Penumpang warga emas, oku dan keluarga yang ada infant boleh naik dulu. Takyah rebut2 hehe


Tada!! Hehehe. He was good and tak ada perasaan haha. Relaxxxx je. Mama yang sentap masa kapal terbang langgor awan. Yayen gelak2 jer huhu. Cuma last 5 mins masa tu udah landed tapi lambat beno nak kuor, haaa time tu dia dah amuk. Aku plak masa tu tak sabar nak ke toilet sebab nak uweeekkkk. Pening uolsss, macam mama pulak yang 1st time naik flight. Magicnya pas turun flight terus OK. Motion sickness I guess. Pas adik ipar sampai terus beli nasi dagang muehehe.



So yayen, nanti sila behave elok2 dalam flight ok. Kita nak jalan jauh ni. 2 jam kira jauh la kan huhu. Praktis 2 jam dulu. Nanti ada rezeki kita nek flight 4 jam ke Jepun ke Korea ke Aussie ke ;)) Wuahhh mama berangan sudaaa ;))


p/s: Today yayen turns 17 months.
Syukur Alhamdulillah...

Friday, April 13, 2012

Aktiviti di hari Ahad kami adalahhhhhh.......

Assalamualaikum ;;)


2-3 bulan akhir2 ni, setiap hari ahad kalau tak ada plan, mesti aktiviti defaultnya adalah meninjau kawasan. Kawasan apa? Kawasan yang strategik untuk membeli rumah. Bukan senang nak beli rumah yang mengikut kriteria kita nak, especially tang budget. Rumah dah ok, lebih budget. Budget dah ok, jauh sangat pulak. Hmmm. Payah payah. Tapi tak apa, jalan2 aje lah cuci mata kan.


Intan payung busyuk masyam. Dalam gamba nampak macam wangi kan? Cer cium, masyammmmm ;))

Dan yayen pon kebiasaannya tiap ahad mesti asik duk menyarung kasut dia tu. Nak ajak mama papa jalan2 letttewww ;;) Pandaiiiiii.. Oh update yayen yang terkini, bila tanya gigi mana? dia ketap gigi. Mata manaa? Dia kedip2 mata. Tangan manaa? Angkat tangan. Kaki manaaa? Angkat kaki. Huhu. Itu saje sekian.


Apetah sembang budak berdua ni. Azib pandai bersembang. Yayen tak pandai sangat borak2. Dia pandai angguk2 geleng2 dengan menjerit jer ;))

Ni plak salah sorang BFF yayen. Bese la kalo jalan2 harus la membe pon join. Sebab masing2 memang tengah cari rumah. Kalo bleh kalo dapat rumah pon, nak umah dekat2 macam sekarang :) InsyaAllah...


Korean drama review: Rooftop Prince :)

Assalamualaikum ;;)


Yeayyy korean drama yang best is backkkk hehe. Lately aku telah kembali ke alam drama Korean setelah bertahun2 meninggalkannya. Ate, kateee dah ade unifi. 15 min je da abes donlod 1 episode ekeke ;)) Nak cerita sikit cerita ni mengenai apa agar korang pon terjebak sama. Aku suke je menjebakkan orang lain hehe. Sekarang ni gigih tido kul 1-2am untuk khatamkan episode baru. Tapi idak la tiap hari tido lewat. Time episode baru kuar baru le gigih baca forum and tengok teaser dia. Kadang2 tu belasah je tengok episode tanpa subtitle sebab sub bese kuar lambat sehari dua. Layannn jela macam paham kan ;))


Weh korang, cerita ni best sangat. Serius. Pegi la tengok k. Hehe. Meh aku cite sikit cerita ni pasal ape.. Ianya mengenai seorang putera dan 3 orang pembantunya telah memasuki ke zaman sekarang. Segala peristiwa yang terjadi lawak sangat2. Yelah, orang zaman purba masuk zaman sekarang yang bukan main canggih ni kan.


;))


Weh aku tak bleh cerita la sebab nak tergelakk sangat2. HAHAHAHAHAHAHAHA =)) Apa kata uols tengok sendiri

;))



Bila putera tu masuk ke zaman sekarang, dia punya reincarnation (kelahiran semula di dunia sekarang) telah hilang. Dia macam mati lemas tapi I suspect dia coma je kot huhu. Perempuan dalam gamba di atas adalah Bak Ha. Dia reincarnation kepada Bu Yong. Bu Yong ni adalah adik ipar pada putera raja. Bu Yong ni sepatutnya berkahwin dengan Putera raja tapi sebab satu insiden, Putera telah berkahwin dengan kakak Bu Yong. Pada zaman sekarang Putera tak kenal Bak Ha sebagai Bu Yong sebab Bu Yong zaman dulu tu dia ada kecacatan pada muka so dia tutup muka dia. Just nampak mata dia jer.


Pada zaman sekarang tu, putera ternampak reincarnation isteri dia (kakak bu yong) yang telah mati, nama dia Se Na. Se Na ni adalah kakak tiri kepada Bak Ha. Haaaa nampak tak kaitan dia???


So masa Le Gak (putera yang masuk ke zaman sekarang, dalam gambo di atas) berusaha mengejar isteri dia (Se Na) dan dalam masa yang sama dia makin sukakan Bak Ha. Pada zaman dulu tu pon, Putera macam nampak lebih serasi dengan Bu Yong compare tu her sis. Se Na tu pulak dah ada kekasih tapi sebab bila dia tau Le Gak ni tergila2kan dia dan sebab dia lebih banyak harta so dia nak la kat Le Gak ni. Plus, dia nak sakitkan hati Bak Ha sebab dia tau Bak Ha sukakan Le Gak. Gituuu ;))


Tapi aku rasa lama-kelamaan nanti Le Gak akan lebih suka Bak Ha kot sebab with Bak Ha dia lebih ceria dan nampak macam diri dia sebenar. Dengan Se Na dia macam BORING haha ;)) Dan aku rasa jugak, sebab dia diberi peluang datang ke zaman sekarang sebab nak menyedarkan bahawa jodoh dia sepatutnya dengan Bu Yong tapi sebab kakaknya yang jahat tu, dah tak jadi kawen. HUKHUK.

Sekarang ni baru episode 7. Tapi episode 7 baru donlod, sub tak kuar lagi. Hehe. Takpe malam kang bleh tengok yahoooo :D (read: tengok tanpa ada sub, mencabar ok ;)) )


 Jadi uols, sila2 la tengokcite ni ok. Best giler ^____^

Kisah buat passport yang mencabar huhu

Assalamualaikum ;;)


Hai uolss. Apa kabar anda semuaa? Hehe. Adoi lah, semenjak dua menjak ni mood berblog memang merudum sama sekali. Walaupon sebenarnya banyak benda nak cerita. Actually nak cerita pengalaman kami membuat passport baru2 ni. Alkisahnya terpaksa buat time weekend lepas sebab memang lepas ni masing2 busy and takot tak sempat buat pulak. Jadi weols redah jelah buat passport Sabtu lepas di Presint Diplomatik. Nape ek presint 15 tu panggil diplomatik? Huhu


Hari sabtu tu kami akan naik flight pada sebelah petang jam 2.30 di KLIA ke Terengganu. So sebab pagi tu je yang kami free, terpaksa cilok masa untuk buat jugak passport hari tu jugak. Dah la tau masa sangat pack tapi pegi Imigresennya lambat jugak. Bukan apa, sebelah malam tu weols tolong my BFF pindah umah. Actually MK la yang tolong. Aku tolong jaga anak jer ;)) Bayangkanlah, jam 5 pagi baru setel pindah umah. Aku siap tertido kat umah my BFF tu. MK plak terus pengsan after that. Kul 9.30 am baru nak pegi Putrajaya. So bayangkanlah. Dengan gambar passport tak buat lagi. Dah sampai sana, terlupa kuar duit pulak, jenuhh cari ATM. Huhu.


Waktu amek nombor, ada 150 lagi nombor di hadapan kami (-_-"). Tapi alhamdulillah sempat jugak pegi kaunter memohon pada jam 12.30 pm. 12.45 pulak pegi kaunter bayar. Actually aku dengan MK cuma nak renew passport tapi sebab kiosk renew passport tak bukak tu pasal kena join tunggu nombor gak tu. Grrrrrr sabau jelah. Passport yayen kelako sangat gambo dia ;)) Hehehe.


So pas siap bayar passport staff situ kata amek passport besok sebab tak sempat siap haritu jugak (kata siap dalam SATU JAM, yelaaaaaa sangat). So weols pon cepat blah laju2. Kul 1.20pm sampai rumah. Kemas beg then bergegas ke airport. Sampai ke KLIA jam 2.10. Woot woot mujuuuuur flight tak berlepas lagi. Uols kena baca perenggan ni laju2 dan mengah2 tau baru dapat menghayati watak weols pada hari tersebut ekeke ;))



Harga passport:
Dewasa - RM100 - 2 tahun
Kanak2 - RM100 - 2 tahun
Kanak2 - RM150 - 5 tahun

Naseb tak terlepas flight ke Ganu ni huks @KLIA


Sila lah pilih yang mana suka ok. Tapi untuk dewasa yang 5 tahun tu terlupa pulak harga dia. RM300 kot. Kali terakhir pakai passport genap dua tahun sudah. Masa tu membawa yayen yang berusia 7 minggu dalam rahim ;;) Kali ni sangat2 excited nak ke obersea sebab bawak anak kecik tu hehe. Walaupon sebenarnya sangat nebes nak bawak anak ni. Nak prepare barang dia yang super banyak tu. Camne dia nak makan kat sana nanti, ada selera ke. Selesa ke dia nak berjalan2 sakan nanti. Nak bawak stroller ke nak beli travel buggy je kat sana nanti....haaa macam2 soalan di benak pikiran. Kalau boleh rasa nak packing harini jugak haha ;)) Over...;p


Info: 
- Beberapa pejabat imigresen dibuka pada setiap sabtu dan ahad
seperti di presint diplomatik, wangsa maju, jalan duta etc.
- Khidmat mengambil gambar passport disediakan di setiap
cawangan imigresen
- Untuk anak kecil, make sure bawak surat beranak dia ok,
aku siap bawak surat nikah sekali ;)) 

p/s: Sebab balik ganu ni la aku terlepas nak pegi gathering
ukhwah blogger hukhuk :(


Tuesday, April 10, 2012

Aryyan Rifzain 1st birthday bash :)


Note: 4 hari tak update belog hehehe. Lupa mau autopublish. Ada orang kesah kau update blog ke tidak? ;))

Assalamualaikum ;;)


Yeay i likeeee birthday parteyyyy ;)) Hehehe (ko bab makan memang ko suke kan ciare?? Huhu) Alkisahnye last weekend (bukan weekend yg baru ni) ni pegi ke birthday party anak kpd geng UB. Err utk sape tak tahu UB adalah sebuah group bernama Ukhwah Blogger yang dianggotai oleh lebih kurang 100 orang ahli. Nama mesranya N. Hot mama uolsss hehe.


Hehehe curi2 jer snap dari belakang. Tuu dia besday boy yang sgt cumils. Hehe

yayen wif papa :x

last but not least. hot mama. sesat sorang FAT mama T___T. Me, Mar, Asna, Zaza dan N.

Stress berposing dengan mama2 yang slim ni. Nampak i gemuk sangat okeyyy. Eh silap, aku memang gemuk pon. Tak kira la pose dgn sape pon. Kalo pose sebelah dugong pon aku lagi gemuks kot T______T



Friday, April 6, 2012

MK's birthday punye cerita ;)

Assalamualaikum ;;)


Ehem ehem. Apa kabar semua arini. This is just a short entry. Cerita pasal besday papa yayen 2 ari lepas je ponnn. Since bini adalah out of budget to throw a party untuk laki dia, maka buat yang simple2 and sweet je dulu. Eh sweet ke? ;)) Walaupon MK sekeras-kerasnya cakap takmau celeb besday tapi I insist. Alah sambut kat rumah jer. Kebiasaannya kami sambut besday kat restoran dan makan sedap sedap dan order slice of cake. Tapi kali ni berbeza. I dah plan untuk buat little surprise iaitu nak buat muffin blueberry. Blueberry memang kegemaran beliau. Suke benar yg masam2 ni hekhek.


Jadinya, lepas balek keje, terus masak laju2. Alhamdulillah la si kecik pon behave je main bola kat depan. Biar la dia tunggang langgang kat depan janji aku masak dia tak kacau. Hehe. Sambil masak2 tu duk buat adunan muffin plak. Kacau laju2 zassss siap ;)) Terus masuk dalam over. Bila MK balik, dia mandi solat maghrib mengaji pastu kul 8 dia kuar bilik. I pon serve dia and yayen makan nasi macam biasa. I tak makan nasi hokeyyy. Diet katanya, nak skip dinner. Huhu.


Pas MK had his dinner I pon ngemas dapur sikit2 then kuarkan muffin and cucuk2 lilin. Then nyalakan lilin, tutup lampu and nyanyikan lagu besday untuk papa yayen ;;) Yayen pon was soooo excited siap goyang2 and nyanyi lagu besday dalam bahasa jerman. HAHA.


MK puji sedappp. Dia siap tapau bawak g opis semua skali okeyyy huhu

Muffin in the making. I ade letak blueberry filling kat tengah2

Yayen yang teramat suka makan muffin, huhu

BESDAY BOY ;))
Lepas makan muffin dia kata 'sedapnyaa muffin ni yangg. buat la banyak2 kita jual. jual RM2 sebijik hehe' motip papa? Besar kott muffin tu. Paling kurang RM3 sebijik ni =))


Sekian saja entry besday MK. Entry pendek katanya... yooo lah tu ;)) Until then, chow :-h


Wednesday, April 4, 2012

04-04-2012




"Happy birthday, suamiku" :x

p/s: Suke gambar ni. Ni la 'family' saye di KL.
Tp 1 family lagi takde plak. Huhu.

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha