Thursday, May 31, 2012

Pentingkah memilih taska/nursery kanak2 yang berdaftar dibawah akta taman asuhan kanak2?

Assalamualaikum ;;)


Haih begini lah mak2. Selagi anak tak cukup besar untuk menjaga diri sendiri, selagi itulah golongan mak mak ni akan sentiasa risauuuuu sama ada sudah cukup terjagakah kebajikan anak itu ketika mak pak dia kuar pegi bekerja. Pak pak pon risau jugak tapi percayalah golongan2 mak mak paling risau sampai aku asik mengalami mimpi pasal taska for this past few weeks T_____T Duh, bosan giler mimpi mama yayen ;))


Besok genap sebulan yayen di taska baru ni. 2 minggu pertama, penuh cabaran. Dia menangis tak henti2 masa aku hantar tiap pagi. Tapi bila tanya staff, dia cakap yayen nangis kejap aje. Senang nak pujuk dia. Then masuk minggu ketiga tu, bila yayen dah ok sket kat taska baru lah aku perasan few things yang agak tak sedap hati memandang. Dan aku dah kumpulkan 3 sebab utama kenapa aku perlu berhentikan yayen dari taska tu.


Pertama: Tak bersih. Dan waktu pembersihan mcm mop lantai tu lambat sangat. Kul 8-9 pagi which is masa tu budak2 dah penuh rumah. Bukan sekali dua aku nampak okey.


Kedua: Ubat yg aku pesan supaya bagi kat yayen dia tak bagi. Dengan alasan, tak demam pon, tak batuk pon. Sebab tu laaaaa batuk2 dia tu dekat sebulan dah tak baik. Stresssss


Ketiga: Mungkin agak personal atau sebab aku yang sentap lebih kot. Bila aku call gila payah nak angkat. Bila sms just jawab ok ok ok ok okkkkk je. Geram seh.


TAPI UOLS, ESOK DAH 1 HB DAN AKU BELOM DECIDE LAGIIII NAK ANTA YAYEN KE TASKA MANA PULAKKKKK. NANGESSSSS T______T


Cuma dah survey 2 buah taska yang paling dekat dengan umah (around 3km jarak dari umah) yang dapat kelulusan dari JKM. So camne uols? Should i? Or should not?? Waaaa mak stress ni. Apepon balik keje kang, 1st thing aku nak buat adalah nak singgah ke taska2 yang ada kelulusan JKM ni. Hmmm. Harap aku akan dapat penyelesaian yang memuaskan hati. Keee nak anta je ke taska yang ala2 tadika yang ada belajar2 tu ek? Wujud ke tadika di bawah 2 tahun???? Huuuu... Peningnye makkkkk....

Wednesday, May 30, 2012

3 tahun bersama :)

Assalamualaikum ;;)


Syukur Alhamdulillah dipanjangkan umur, diberi peluang untuk bernafas lagi oleh Allah swt dan harini, berpeluang untuk mencapai angka 3 tahun. HAPPY ANNIVERSARY to my darling husband. Semoga perkahwinan ini kekal bahagia dan sentiasa dilindungi olehNya dari sebarang perkara yang tidak elok. Aminnnn. Cinta MK sangat2. Cinta sampai ke Syurga :x InsyaAllah.....


Celebration? So far belom ada plan apa2 lagi. MK too busy mencari rezeki siang malam hujung minggu. Alhamdulillah, rezeki untuk anak. Takkan nak tolak. Maybe will do a little bit of outing jer kot. Nak vacation jauh2 time cuti sekolah ni kena plan betul2. Fully booked kottt semua hotel skrg ni.



Paling penting, tempat terbaik adalah di sisi suami dan bersama anak. I love you both, unconditionally.


Tuesday, May 29, 2012

Kdrama Review: Rooftop Prince *cinta merentasi 300 tahun*

Assalamualaikum ;;)


Okay setelah entry agak seram pagi tadi, aku nak bagi ceria balik rumah ni. Tak mau la blog ni dalam mood seram. Biar la dalam mood happy happy penuh kasih sayang gittewww (padahal dalam hati neves lagi teringat kejadian malam td T____T)


Anyway, dengan ini aku mengumumkan kdrama bertajuk Rooftop Prince yang sangat best tu telah tamat. Final episodenya Khamis lepas. Serius penantian yang berbaloi2 sangat cerita ni. Dan serius sangat sangat best. Sangat best kerana ianya bukan typical korean drama. Plotnya sangat unik sehingga penonton2 tertunggu2 setiap episode yang mendebarkan sebab tak dapat nak teka akan akan jadi. Tapi oleh kerana aku ni penonton yang gigih join forum pasal cite ni, lepas diulangkaji melalui forumer2 tu dapat jugak aku detect few jalan cerita. Haaaa gigih tak siap buat ulangkaji gittewww ;))


Aku ni kan, kalo dah suka kat sesuatu tu, memang itu lah aku hadap sampai ke sudah. Fanatik betul hehe. MK asik geleng kepala jer kat bini dia ni. Dannn, sebab tu lah last episode tu aku tengok masa MK dah tido sebab kalo dia jaga lagi harus dia gelakkan aku cukup2. Hehe. Sebab i'm expecting very sad scenes on the final episode and yeah, I was right. Berbakul2 aku nangis sampai pergi kerja dengan mata bengkak. Huhuhu.


Anyway entry ni cuma review sahaja so dont worry, siapa tak tengok lagi aku takkan bagitau ending dia okay sob sob sob. Walaupun ada sedikit kecelaruan dan ketidakfahaman dekat episode last tu, tapi penceritaannya masih logik. Dan aku kagum salute abes pada script writer. Imaginasi dia sangat di luar jangkaan, well done ;;)


This is the last scene in the last episode and i was crying teresak-esak hahaha. Aaaaa malam kang nak tengok lagi sekali lah hehe

time for the prince being with her is running out T_T

He left just right after the wedding. Dia kembali ke 300 tahun yang dulu

ok taknak cakap ensem nanti MK majuk ;))

The prince solved the mystery so that they will be forever even after hundred of years

Lee Gak/Prince and Bak Ha/Bu Yong

Selepas menangis berbakul2 hehe
Tak silap aku, dekat Astro channel bape tah sedang tayang cerita ni tapi baru episode awal rasanya. Selamat menontot tau uols. Hehe. Bersedialah, episode 19 dengan 20 sumpah sangat sedih. Aku suka sangat kalo cerita tu berjaya mensedihkan aku. Sebab aku ni kalo orang da meleleh air mata aku tengok relax jer, siap nak tertido lagi. Kihkih.

Type: Korean drama
Genre: Love, comedy, mystery
Synopsis: Aaaa tak payah la synopsis sebab panjang gile kottt 20 episodes hehe. So, sapa nak tau tengok lah sendiri tau.


Okay nampaknya ini adalah entry terakhir yang aku akan cakap pasal cerita ni. Hehehe. Lepas ni, no more new episodes, gahhhh already miss Lee Gak and Bak Ha so much.....


p/s: Aku ada full episodes beserta subtitle,
sape nak copy? ;))


khair rayyan 'diganggu'

..... ya benar, my 18 months toddler 'diganggu' malam tadi. Actually aku tak berapa sure diganggu ke tak, tapi i think MK saw something huhuhu. Serammmm.


Alkisahnya begini. Macam bese pas dinner weols lepak2 depan tv, bukak pc or laptop layan youtube etc etc. So start pukul 9 biasanya aku akan bawak yayen masuk bilik dan tidurkan dia. Since last night MK ada job kat depan umah, so memang aku lah yang tidokan dia. Kadang2 kalo MK takde job memang aku mintak dia tidokan anak so aku bleh la ngemas umah dan sbgnya.


So start jam 9 tu mula2 dia merengek2 sikit. Nangis yang tak tahu nak apa. Dan seterusnya meragam sampai ke tahap maksimum. Tapi mula2 aku memang tak terlintas langsung dia tu 'diganggu'. Masa dia meragam tu adalah jugak dalam 2-3 kali MK jenguk dalam rumah tanya apasal yayen meragam teruk sangat sebab dengar dia menjerit2 sampai ke luar umah pon boleh dengar. Aku pon hampir fed-up dah nak memujuk dia. Semua cara pon tak jalan. Sikit jer lagi kesabaran yang tinggal. Huhu. Tapi tetap ingat Allah. Sabar ciare....sabar.... He's just a baby and not knowing anything. Dia hanya boleh menangis untuk meluahkan perasaan... Dalam jam 12.30am tu MK da siap job da masuk umah mandi2 semayang then dia kata...

"Sayang baca ayat kursi pastu ayat last sekali ulang 7x then tiup dari ubun2 ke kaki. Buat banyak2 kali"

Pastu dia pulak terus capai surah Yasin dan baca depan yayen. Oh sudah, adakah? adakah....? Baru aku terfikir, adakah yayen nampak something wuwuwu... Sebab masa dia nangis tu memang muka dia macam lain dan bukan macam biasa. Paling kesian bila dia dah tak mampu nak menangis sebab dah restless tapi tetap jugak meragam dengan raut muka yang pelik..... Aku dah mula seram sejuk darah rasa naik ke muka rasa panas jer. Huhu. Pas MK abes baca Surah Yasin tu dia baca apatah then tiup2 ke muka Yayen. Then yayen terus tido boleh????


Sambil tu MK cakap kat yayen yang baru nak lena tu "rayyan sayang tido k. dia dah balik dah. dia takkan kacau anak papa lagi"......


.................gulp!! dia? dia? siapa? siapa? uuuuuuuuuuuuuu nanges dalam hati. Terus meremang naik segala bulu roma aku. Tapi aku tak tanyala siapa dia tu kat MK. Dan kalau aku tanya pon, dia takkan jawab sebab aku kan fenakotts. Hukhuk.


Pastu dia sambung... "..dari Traganu ni...." Aaaa maksudnya dia tu ikut dari Ganu ke? Sebab weekend aritu weols memang baru balik Ganu sebab pakcik MK meninggal dunia (Alfatihah untuk arwah ayah su). Pastu terus tarik selimut laju dan tido rapat2. Huahuahua. Dasarrrrr penakot kan. Tapi kul 4 tu yayen ada meragam lagi, tapi rupanya dia lapar je ;)) Terus suap roti dan minum susu ;;)


Sekian sahaja kisah yayen malam tadi. Malam yang sangat mencabar. Alhamdulillah semuanya ok dan selamat sejahtera semuanya. Semoga Allah melindungi kami dari gangguan seperti ini di masa hadapan. Aminnn



Wednesday, May 23, 2012

Sedih je tengok....

Apakahhh yang sedih sangat tu dik non? Actually banyak kottt perkara yang boleh disedihkan akan tatapi aku nyatakan satu saja perkara sedih itu. Hehe. Erm tak ada lah sedih sangat kott tapi rasa sedih dalam tawa jugak laaa tadi masa bukak profile aku kat nuffnang tu. Hehehe. Sedih je tengok unique visitor aku hari2 since Monday aritu. Merudum babeeee. Ahha! Aku rasa lah kan reader2 blog ni dah dapat hidayah. Iaitu mereka telah menyedari betapa merepek dan tahapa2 betol penulis blog Ciare's Land ni. Muhahaha :))


Takpe takpe tak ada sedih sangat kot. Sebab seriously, kalo sungguh2 nak berblog, komitmennya besar. Kepada hadek2 yang gigih nak berblog meh la ahkak tulis beberapa tips di sini. Walopon daku bukanlah blogger tegar tapi sempat jugak lah bawak keluar cheque nuffnang sebanyak tiga kali. Jadi nak bagi nasihat dan tips la sikit kalo verangan nak jadi blogger tegar. Actually tips ni bukan dari aku. Tapi dari pemerhatian aku sajoooo. Kalo lah aku buat semua tips ni agak2 tiap bulan bleh dapat kot riban2 dari Nuffnang. Masalahnya mak tak rajennnn. Mak suka merapu sajooo itu pasal laaaa tak dapat cash out earnings tiap bulan ;))


Okeh ini tipsnya :-

1. General tips: Update selalu, jangan private blog dan jangan masukkan ads lain selain nuffnang. Make sure cuma ada nuffnang sajo dlm blog uols. Kalo tak memang sah2 hye hye bye bye.

2. Gaya penulisan tersebut biarlah oriiiiii. Jangan diciplak diplagiat dari mana2 blog. Plis laaaaa. Cukup2 la masa exam sekolah dulu meniru. Motip berblog pon nak meniru??? Huhu

3. Jangan pakai short form terlampau sampai orang tak paham. Lagi satu kaedah sila jangan taip ngengada macam budak2 sekolah sekarang sokmo buat. Eiiii u ni ngadeww ngadeww larrr. Maluww kiteww tauuu. Cioms kunkkkkk muaxxxxx. Wekkkkkk nak muntah aku. Seriously, cara begini memang buat blog ko tersadai di tepian pantai lalu dilanggar tsunami bye bye sahaja. Huhu.

4. Jangan terlalu berwarna warni udah rupa pesta cahaya bulan pulakkk. Berpinauuu bijik mata nak baca. Ugh

5. Pasal isi kandungan blog actually, it depends. Sebab ianya subjective. Yang penting ceritalah apa2 yang pernah kau lalui, kau observe di sekeliling, etc etc. JANGAN CIPLAK idea orang pastu cakap tu cerita kau memang nak kena sekeh laju2.

6. Gambar. Yes pictures. Kerana pictures ada kuasa tersendiri untuk menceritakan sesuatu keadaan. Picture tells stories. Tak perlu tulis banyak, cuma upload gamba dan orang paham. Cumaaaa, jangan la tetiba upload gamba setokin busuk ke hape kann. Please be senonoh eventho bau setokin tu tak bleh transfer ke blogg!! Yikes!

7. Ok tujuh jelah sebab tak larat nak taip dah. Nak pegi tido sebelah anak dan peluk beliau ketat2. Bye bye ols :-h

Sebelum tu aku akhiri dengan gambar artis di tepi kolam sangat sexy macam majalah mangga ekekeke ;))




Apabila yayen besar kelak harus dia malu sebab mama dia pernah upload gamba ni kannn? Hehehehe, okay lah by that time kalo kamu malu sangat mama remove arr gamba ni kuikui. Cayanggggg dia :x


I'm so grateful, for having youuuu....

Assalamualaikum ;;)


Ecewah tajuk tak menahan.... Sila baca dalam nada habang maher zeng yer ;)) Tengah sunyi petang2 ni layan lagu album baru habang maher zeng feeling wooooo. Tambah plak skang kan iols dapat satu bilik sorang hokeyyy. Feeling2 CEO japs agagaga. Dalam pada itu, selang-seli pulak dengan lagu OST Rooftop Prince. Waaah terbahekkk gitu. Hehe. Eh, RTP tinggal lagi 2 episodes jer uolsss. Malam ni make sure menonton live dari korea secara streaming depan laptop masing2 hokeyyy. Make sure pakai unifi pasti lajuuuu. Muhahaha tetiba ada iklan rooftop prince :D


Uolssssssss, tajuk entry ni berkisarkan lagu Maher Zain yang tajuknya my little girl tau. Tapi sebab aku takda little girl, so layan jela gamba anak teruna aku di bawah ;))


Taken sewaktu beliau berumur 6 bulan tak silap hehe

Okay entry ni memang tak nampak arah hala tuju dia sebenarnya. Aku memang buat entry ni secara tiba2 sebab nak hilangkan ngantuk. Keje banyak ni tapi sebab aku suka duduk site baru ni so rasa takda stress sangat. Suasana bekerja best gituuu. Okay lah uols, sampai sini saja daaaaaaa.


Eh by the way, next week our 3rd anniversary. Nak pegi bercuti tapi sebab baru tau yang time tu adalah cuti sekolah so vacation pospon lah. Ateeee, time cuti sekolah tau2 jelah, dah la harga mahal dari biasa, dah tu semua hotel pon ala2 udah fullybook. Malas nak berebut sebab bagi can laa kat cikgu cikgi yang nak bercuti. Dan jugak kepada parents yang nak bawak anak2 pegi bercuti. Weols takpe, anak weols kecik lagi bila2 pom boleh bercuti, kan papa kannnn hehehehe.


Sekian saja, chow!

Tuesday, May 22, 2012

2 episodes leftttt, oppaaaaaa! Huhu...

Assalamualaikum ;;)


Oppa....mengapakah seketika benar rasanya kita berjumpa. Kini oppa sudah mau pulang ke 300 tahun yang lepas ya? Jangan tinggalkan dinda, oppa...


;))


Eh Oppa tau bukan OPAH =))


Dan minggu ini, adalah episod ke 19 dan 20. Dan sudah nak sampai ke penghujungnya K-drama ni. Hmmmm... Gonna miss oppa dan nuna so much. Huks


Oppa

Nuna (yang kiri tu, yg kanan tu demon haha)

Sekian saja entry ringan2 untuk hari ini. Ok bye.


Monday, May 21, 2012

Splendid weekend uolsss

Assalamualaikum ;;)


Very tired weekend. Pfttttt. Apepon best sebab weekend dapat pegi jalan2. Not only the 3 of us. Tapi telah dijoin oleh ahli2 yang lain. Siapa? Nanti2 la cite ok. Apepon aku sangat suke gamba di bawah. Feeling muka putih gojes gitu. Padahaaaalllllllll, gojes ke kau??? *tangan di dada mata ke atas*


Spoil pulak papa duk pejam mate. Tp yelah masa ni panas terik betul. Terpaksa bergamba di bawah bridge kalo nak redup haha

Budak yang paling happy bila dapat berlari di kawasan yang lapang. Eventho berada di tengah panas terik T___T mcm mana laaa kamu tak itam anak oi, suke main panas!

P/s: Pssttt pstttt, next time balik perak MK
janji nak pegi Cameron yahoooo. Nak beli
stok teh stlobeli manyak2 woooo hiks ;))

Friday, May 18, 2012

Istanbul aku datang....??

Assalamualaikum ;;)


Hai hai kesemuanya? Salam jumaat dari saya hehehe. Wah wah ceria uolsss mama yayen arini? Motip? Ekekeke. Anyway I'm happy because of 2 things...oh maybe because of 3 things. Hehe. But not gonna share those things in my blog picisan ini agagagaga :D Anyway tadi jalan2 dalam youtube tetiba terjumpa ni....



What Lisa Surihani punya movie in 2012? Mahbelessss. Bila tengok trailer pon rasa macam sweet so mak rasa nak tengok sangat2 nak. Haha. Tapi malas nak google cite ni akan kuar wayang bile eh uols? Huhu


Thursday, May 17, 2012

Car seat for toddler

Assalamualaikum ;;)


Haih lah anak, demi kamu macam2 yang kami prepare. For your own safety jugak. Currently, the previous car seat for infant tu tak sesuai dah. Seat belt dia pon tali da tak cukup panjang nak menlock budak kecik ni. So, we decided to give him this type of car seat.



Haaa camne? Ensem tak car seat tersebut hehe. Itu pasang longgar2 jer sebab jalan dalam taman. Boleh diketatkan lagi.


Hahah nampak sangat takde modal nak berblog sampai car seat anak pon bleh cerita. Pfttttt. Dah la malas nak layan kau ciare. K thanks bai.

Wednesday, May 16, 2012

Hari ibu dan hari cikgu

Assalamualaikum ;;)


Hehe nampak sangat malas sebab entry hari ibu bergabung dengan hari cikgu ;)) Eh nak tukar lah, bukan hari ibu tapi Hari Mama. Baru betullllllllllllllll. Kihkih. Okey mula2 jom cerita pasal Hari Mak dulu. Eh Hari Mak pulak tadi kata Mama? Derrrr, Hari Mak untuk mak aku, Hari Mama untuk aku. Curlas tak? ;)) Alkisahnya last week, aku ada post adiah untuk Mak. Alah bukan hadiah apa sangat pon, ole2 dari Bandung jer. Sekali la ole2 untuk Kak Rubi, Abg Ed dan Aqwa comei lottteeee hehe. Kakrubi, selamat Hari Umi k. Hihi. So bila dah post barang tu, kebetulan sampai betul2 pada hari Ahad. Mak kat Kedah sekarang kat rumah Kak Rubi, so Ahad sana kan working days, maka sampai la barang tu tepat pada Hari Mak dan Hari Umi. Hehe. Yeayyy :D


Hari Mama pulak, nothing special. Just a normal Sunday. Bangun awal eventho it's Sunday. Buat kerja rumah mengemas segala. Cuma terkejut sebab ada orang beriya2 tolong aku kemas rumah Ahad tu. Haih, nak bodek aku ke ni? ;)) Hahaha. Nampak sangat berfikiran negatif, orang tolong pon suspicious. Tapi aku pikir, dia ni tolong aku buat keje rumah sebab weols nak keluar kot tengahari tu. Ada wedding. Jauh nun di Kuala Selangor. So dalam pikiran aku dia tolong sebab nak bagi keje cepat siap pastu bleh keluar awal. Tak ada pikir pon sebab Hari Mama ke apa. Sampai rumah petang tu jam 7. Ate tempat pon jauh, menyinggah ke banyak tempat. Macam beraya pulak sebab duk singgah ke rumah kawan2 MK huhu. Lawatan sosial kaedahnya ;))


Sampai ke malamnya MK kata nak keluar kejap pegi giant beli minyak rambut katanya. Aku pon malas lah nak ikot. Penat kotttt. Tapi sempat pesan kat dia "Yang ayang nak benda manis lah" Haha dialog tu TERtiru dari Kak Seli. Dah terbiasa kat opis cakap "aaa nak makan benda manis laa" haha. Tapi MK paham dah. Biasanya kalau aku mintak benda manis dia akan beli kit-kat atau ice-cream dan yang seangkatan dengannya. Dia dah paham sangat hihi.


30 minit kemudian dia balek bawak ni.....



Aku pon nak marah dia "laaa orang nak benda manis macam biasa laa. bukan nak kek"...."ni bukan benda manis laaa ni kek hari awak"..."hari ayang??".."hari mama....hihi"...OooooOoOoooo baru paham. Lambat pickup kaedahnya ;)) Alololorh suwitnyaaa. Walaupon hanya beli 3 slice kek, dan bukannya sebijik kek pon. Yang kelakarnya la dia pilih perasa yang aku tak berapa berkenan. Tapi takpe laaaa, yang penting kesungguhan. Hehe. Terima kasih, suami....






Eh entry belom tamat lagi tau ;))


Pasal Hari Cikgu pulak, KEPADA SEMUA GURU YG PERNAH MENGAJAR SAYA, TERIMA KASIH CIKGU DI ATAS JASA KALIAN. SAYANG CIKGU SEMUA. MOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA JASA KALIAN. AMINNNNN. Dedicated to my teachers since 1991.

Sek Ren Pulau Padang (sek kontroversi cikgu shida ;)) )
Sek Men Keb Agama Sultan Azlan Shah (6 bulan je pastu lari sbb homesick. Apepon aku berjaya khatam Quran masa study kat sini)
Sek Men Keb Layang-Layang Kiri (sek kat kg duduk bawah ketiak mak haha)
Sek Men Teknik Gerik (wuaaaaaaaaa sayang sangat dengan cikgu2 kat semetrik. muah)
KMPP (oleh kerana setahun je so aku tak berapa ingat nama lecturer)
UPM (terima kasih, Dr, Puan, Prof sekalian)

Last but not least, Selamat Hari Teacher kepada my beloved sister, Zaleha (teaching in SM Vokasional Leboh Cator, Ipoh)

Tuesday, May 15, 2012

18 bulan

Assalamualaikum ;;)


Wah 1st time mama buat entry ulang-bulan Khair Rayyan awal sehari dari tarikh sebenar ;;) Esok, genap 18 bulan anakanda saya yang bulat gete tu. Hehe tetiba teringat dulu masa pregnant MK suka cakap perut aku bulat gete. Padan lah, memang bulat gete sungguh bayi yang dihasilkan ;)) Kuikui.


Perkembangan 18 bulan. Alhamdulillah, toddler saya sihat walafiat aktif cergas bijak. Syukur kepada Allah swt. Rasa miracle tengok perkembangan seorang bayi yang transform kepada toddler. Sesuatu yang sukar digambarkan perasaannya. Pada umur sekarang ni, dia ibarat rebung yang senang dilentur. Betullah pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'. Benar lah. Dan sebagai parents jugak, masa inilah kena bijak melentur 'rebung' itu. Jangan salah lentur. Ini ingatan kepada diri sendiri, bukan nak cakap aku hebat sangat pulak. As a mom of one child, saya mengaku jawatan ibu bapa yang disandang since 18 bulan lepas sukar. Tapi takkan menjadi sukar bila tengok budak depan mata tu menceriakan hari2 kami. Okay lah taknak taip panjang2. Enjoy the picture of 18 months old toddler :x


Genetik pipi tembam dari mama. Thank you Allah :x

Gigi jagung sbb kecik2 hehe

Da pandai pose bila suruh SMILEEEE ;))

Oh last but not least, thank you MK for the Mother's Day cake. I was touched sebab dia ingat. Hehe. Sambut dengan 3 slices of cakes jer. Bukan potong kek beso pon. Cayaaaaang dia :x


 

Monday, May 14, 2012

Mulah mulah lai lai lai beli, fleee oooooo

Assalamualaikum ;;)


Apa yang mulah (read: murah)? Apa yang flee (read: free)? Haaa apa lagi, tiket belon la yang free. Belon mana satu? Harus lahh belon warna merah tuuu. Hehe mana boleh mention terang2 kat sini. Aku bukan duta dia, mana bleh bagi promosi free HAHAHA. Apepon promo dia memang terbaek. Aku ni dah lama nak pergi Kuching. Agak2 MK approve tak nak beli tiket ke Kuching? Hmmmm. Malam ni kena usaha berperang di website belon merah tersebut. Harap2 still ada lah tiket free tersebut. Aminnnn


Tak cukup dengan promo tiket belon, ada pulakkk promosi baju2 menggoda di poppoppop____ tuuuu. Hahaha motip aku kedekut giler nak bagitau nama websiteeee? Hehehe. Harus lah, kosser aku nak mengkayakan orang tu. Kuikui ape kena la keji sangat woi arini? ;)) Actually baju yang dia upload tadi sangat laaaah comel dan menutup aurat betul2. Mak suka lah. Hmmm. Nak nak nakkkk. Tapi duit dah berkurang. Since esok MK gaji bleh tak aku abeskan aje duit aku harini? =)) Lepas tu sama2 makan megi atau bubur nasi yeayyyyy (gila)


Aku sememangnya masih tak keruan. Pasal apa? Hmmm malas la nak cerita dah. Cerita nya sama jer macam entry yang sebelum ni dengan yang sebelum sebelum ni. Hmmmm. Mama sedih :((

Sunday, May 13, 2012

Assalamualaikum ;;)


....tetiba rasa nak post 1 entry merapu malam ni. Sape baca memang nasib dia laaa. Nasib malang kalo baca ;)) Arini aktiviti seharian adalah macam biasa je. Buat keje rumah yang tak pernah akan habis. Mujur ada wedding invitation so boleh skip buat keje umah muahahaha (gelak evil ;)) ). Yang penting tugasan aku paling tak suka (basuh baju sidai baju lipat baju. pendek kata apa2 sahaja berkaitan baju hehe) sudah siap semalam, walopon semalam demam i buat keje jugak tawwwww ingat kitewww sukewww ngelatttwww buattt kejewww lewww tuwwwww (rasa nak lempang tak taruk wwww gitu? so gedix ;)) )


Aku sebenarnya masih risau ni, risau Mat Rayeng (nama manja di Ganu kitewww haha) nangis lagi pagi besok. Mintak2 laaaa dia da tak nangis time pegi taska. Agar mama dapat pergi kerja dan buat kerja sepenuh hati dan tak ada perasaan berbelah bagi rasa nak belah diri jadi dua. Separuh pegi jaga anak separuh pegi buat coding. Bole? Kau mampuuuuu? Siapa mampu pergi amek gergaji dan potong badan kepada dua bahagian okey.


Okey nak taip itu je. Kesian blog tak berupdate sabtu ahad. So ahad kasi update sikit muahahaha. Sangat takde motip sebenarnya. To those yang baca entry ni saya mintak mahap sebab ni entry gewdixx gewdixx je. Hewhewhew Daaaaaa (^___^)
 

Friday, May 11, 2012

Rayyan dah sihat....tapi.....

...ada 2 tapi....


Tapi yang pertama, aku pulak tak sehat. Semalam start pukul 5pm masa kat opis aku dah terasa badan panas sejuk panas sejuk. Ahhh sudah. Ni memang petanda ni. Pukul 7 tu (masih di opis lagi) badan aku betul2 dah panas. Wuaaaa demam demammm, mak tak sukaaaa. Balik je umah, gigih lagi nak masak. Sebab teringin nak makan sambal udang petai. Peberet MK jugak tu. MK balik awal and dia dah pon tolong rendam udang dengan masak nasi siap2. Dah amik yayen jugak dekat school. Tapi sesudah aku sampai umah, rasa sakit2nya ke tulang temulang sendi2 bagai. Camne nak masak niiii :-s Tetiba ada orang datang umah, eh, BFF anto lauk laaaa ;;) Lauk kenduri adik dia kawen aritu. Daging masak itam. Sedap gilerrrrr. Terus makan laju2, makan ubat, tido sebelum jam 9. Dan pengsan sampai ke subuh tadi. Demam dah hilang, tapi sakit2 badan ada lagi. Nak MC ke? Adoiii nak matik ker? Last week dah MC dua hari. Isnin pulak work from home jaga anak. Haish. Jadi mak gigih jugak datang ke opis. Sekian.


Tapi yang kedua, pasal Yayen. Even tho dia dah sihat dan sudah ceria sikit2 (ade batuk dan selsema sikit lagi), tapi beliau sangattttttt sedih pagi2 masa nak anto ke taska. Bila dah tengok mama pakai tudung segala, dia start nangis manja sebut "mama mama mama" adoiiii mau tak luluh hati kau? Tapi dia nangis tak guling2 atau meraung2 tau. Dia just nangis sedih ada air mata dan sebut mama mama mama. Ini style nangis yang baru ni. Sebelum ni kalo menangis nak kan sesuatu terus berguling dan meraung T_____T. Kiranya style menangis yang baru ni, macam menangis merayu taknak pegi taska gitu. Aku ni mula la pikir bukan2. Kenapa dia sedih sangat dekat taska? (mintak simpang laaaaaaaa dari apa2 kes tak elok Ya Allah. Aminnnn) Tapi aku kuatkan hati jugak. Tetap keluar rumah masukkan Yayen dalam kete, letak kat car seat dia. Elokkk aje dia diam. So start kete, terus pegi taska yang jauhnya cuma 400m or less. Aku stop je depan taska, dia nangis balik "mamaaa mamaaa mamaaa" Siap bangun dari car seat dan datang ke seat driver lalu peluk aku. Wuaaaaaaa, sedihnyaaa. Kenapa ni anak? Kenapa sedih sangat ni sayang? Yayen tak happy ke dekat taska? Cikgu tak best ke? Kawan2 tak best ke? :( T_____________T Terus mama pon menangis jugak sama2 Yayen dalam kete 2-3 minit. Ahhh abes eyeliner mama comot ;))


Jadi.........apa pendapat uols? Napa Yayen tak happy kat taska? Suami pujuk aku, dia kata Yayen belom biasa kott. Sebab semalam petang kan MK amik Yayen, dia kata Yayen happy jer gelak2 dengan friends dia. Emmmm. Mungkin kot, blom biasa lagi. Tapi, harini dah seminggu dah, bila Yayen nak biasakan diri sayang? Please, be happy at taska Sayang? Mama risau. Mama suka pikir negatip, mama suka bayangkan benda2 yang menakutkan. Nauzubillahhhh. Mintak dijauhkan laaa perkara2 tak elok dari anak ku. Semoga dia akan segera adapt berada di taska dan happy bersama cikgu baru dan kawan baru. Aminnnn.


FYI, di taska, Yayen actually refused to get along dengan rakan sebaya dia. Infact, dia nak duduk dekat bilik baby sebab dia suka nanny yg jaga baby tu. Kalo staff lain dekat/pegang dia, dia akan nangis. Kelako pon ada sebab Yayen yg besor tu duduk bilik baby ;)) Aku ada jugak tanya owner, takpe ke dia duduk bilik baby? Tak kacau baby ke? Then dia kata tak apa, sebab dia main sendiri, dalam playpen and tak kacau baby2 lain. Petang2 kalo mood dia baik baru staff bawak dia turun main dengan rakan2 sebaya dia.  Kadang ok kadang tak okay. Anak aku manja uols, bila ada kawan sentuh/peluk/cuit dia pon dia nangis dahh. Adoiii anak mama manja sangat ni...


Ok lah better aku stop sini dulu. Kalau cerita pasal anak ni, memang sampai lusa pon tak akan bleh habis. Sekian sahaja entry bosan dari Mama Yayen yang sedang demam seram sejuk sakit2 badan sakit urat segala. Bye!


Wednesday, May 9, 2012

Anak mama, please get well soon. Sob sob.

...have i told you that my budak kecik is unwell since, err last week? Hmmm sape follow on twitter tau dah kot since aku duk menghuru-harakan timeline twitter tu these past few days haha. Unwell yg macam mana? Tak ada la serious sangat. Cuma yang serious bagi aku adalah dia tak selera makan dan meragam selagi celik mata. Means, kalo pejam mata tidoq baru lah tak meragam. Jadi weols adalah sedikit kepeningan bagaimana nak selesaikan masalah ini. Suspect utama adalah sebab nak tumbuh gigi since 4 gigi taring semuanya dah nak terjojol keluar dari gusi. Sakit gamaknya. Demam batuk pon dah semakin pulih. Anak mama, get well soon please. I miss your talks, your smile, your giggling. Mama rinduuu anak mama yang ceria. Get well soon ya? Sayang? :((


Sesudah yayen sehat nanti mama bawak g jalan2 ke playground k

Pastu kite g mandi pool kat umah kakjie

Dan mama bleh main buli2 yayen seperti sediakala. I MISS YOU SO MUCHHH BABY

You alls, please pray for my son ya. Doakan dia segera sembuh dan ceria seperti sediakala (AMINNN). His mom is terribly missing him smiling and laughing. Sooooo terribly. Sob sobs sobs....

Tuesday, May 8, 2012

'DO and DONT' tips during in Bandung

Assalamualaikum ;;)


Ok since memang tak akan ada entry Day 1 to Day 5, jadi aku akan buat sedikit kesimpulan berdasarkan pengalaman kami di sana. Sapa rasa nak pegi Bandung elok sangat2 lah amik kira point yang aku bakal tulis. Tapi ambil sebagai pengajaran la. Jangan tiru bulat2 sebab mungkin apa yang kami lalui anda tak lalui begitu jugak sebaliknya. So, nah terimalah :-

1. Transportation:- Weols dah book dari Malaysia. Tapi book pakai air liur jelah takde bayar deposit apa2 pon. Better jangan bayar sebab once transportnya sampai dan rupa tak semenggah, then u have a chance to say NO. Dia nak marah pon marah la kan. Customer always right. Lepas tu aku rasakan, better la cari supir once uols dah sampai kat sana sebab mostly harga akan lebih rendah dari yang ko google2 tu. Pastu ada yang bayar contohnya max 700,000 rupiah sehari dan bukannya hanya untuk 12 jam. Percaya lah, you will travel more than 12 hours. So kalo kena bayar OT 50,000 sejam haaaa kan dah bertambah kos. Jadi ambik lah yg jimat2 hehe. Biasanya dekat airport tu dah banyak dah servis transport tu. Pilih aje.

2. Kalau nak jalan2 bawak anak2 elok sangat2 lah kalau pegi Trans Studio. Nak pegi USS kat S'pore nun ntah sampai tahun bila nak merasakan, pegi aje trans studio dulu hehe. Tak adalah best gila tahap disney world ke apa tapi worth it lah sehari suntuk kat sini. Jangan datang lewat pulak, rugi uols nanti.


Di luar Trans Studio

Di dalam Trans Studio

Bapak2nya dengan hero2nya

3. Gunung berapi:- Aku suggestkan korang pegi Kawah Putih. Sebab lebih cantik dan sejuk feeling2 oversea. Eh Bandung memang oversea ape Hehe. Cuma bau sulfur/belerang dia kuat. So kalo bawak anak kecik baby2 macam weols ni tak payah la pegi kot. Kesian anak. Bukan anak, dengan mak bapak skali batuk teruk pas turun Kawah Putih ni. Pakai mask pon tak ada effect huhu.

Kawah Putih. Masa ni aku nak pitam dah sebab cium bau belerang tu


4. Dah pegi gunung berapi tu jangan lupa singgah mandi kolam air panas dengan makan2 strawberries fresh from ladang ;;)

Hotel view from cafe. Anak aku nampak kolam je nak bukak baju. Aduhhh

5. Hotel pon aku rasa better booking via email/call je dulu. Jangan bayar apa2. Dah sampai sana tengok bilik dulu. Kalo ok baru bayar. Bukan apa, takot indah paras dari rupa je.

Apetah nama SPA ni. Lupa dah
6. Dah alang2 ke sana, jangan lupa relax2 kan diri di SPA uols. Aku rasa tangan makcik spa tu memang hebat betul. Sampai kebah demam aku. Tapi esoknya demam balek hehe. Kalo lelaki nak massage2 pon ade je staff lelaki. Request aja dong. Aku siap buat terapi rambut dengan manicure lagi. Hekhek ;))


7. Kalau nak shopping di Pasar Baru, sila lah pergi level bawah sekali. Bawah sekali memang sesak manusia ekon pon tak rasa tapi situ lah level paling murah uols. Aku rasa macam nak ke Bandung sekali lagi khas untuk pegi Pasar Baru ONLY. Balik hari pon jadi lah. Jom geng!! :D


8. Factory outlet paling meriah bagi aku adalah di Jalan Dago. Best sangat nak beli2 blaus dengan baju anak. Shirt utk lelaki pon heavennnn. Pastu kedai baju untuk anak2 yang paling best nama FO nye adalah Anak Kecil. Situ je dekat sejuta aku belanja ;))

1st time merasa pegang USD

9. Untuk tukar duit, better la uols cari money exchange sekitar KL tu sebab sana murah. Weols ni tak ada masa nak pegi tukar duit and pegi tukar kat airport uolsss. Hazab lah currency MAHAL. Pastu siap tukar ke USD plak. Saje gatal2 nak bawak USD belagak kaya lah kau kannn. Sekali uols, kat Indonesia strict gile pasal tukar currency. USD i tak laku okey sebab duitnya tak lawa. Ada banyak kedut2. Padahal bukan aku yg kedut2 kan duit tu. Dah memang aku dapat duit tu dalam keadaan berkedut. Macam poyo kan?? Cakap jelah kau tak mampu nak tukar ke USD aku ;)) Actually nak tukar jugak boleh tapi rugi sebab dia akan potong banyak point sebab duit tak lawa. Rasa nak lempang pon ade gak. So nak tak nak aku simpan jelah USD tu and tukar ke RM masa balik Malaysia. Kaya balik pas tukar USD ke RM hehehe. So untuk memudahkan diri sendiri, sila lah tukar ke Indonesia Rupiah SAHAJA. Dan sila activekan bank anda untuk pengeluaran antarabangsa. CIMB and MAYBANK both can ;;)


10. Untuk makanan pulak aku suggestkan korang rasa masakan tempatan atau kat sana orang panggil Makanan Sunda. Bukan Sunda* okey ;)) Hehe. Pastu cubalah Ikan Gurame Bakar, Gurame Cobek pon layan gak. Ayam penyet pon layan gak. Sodapppp hehehe.


Haaa itu jelah kot 10 tips untuk uols. Ni from my point of view jelah. Dari pengalaman orang lain maybe lain. So jangan terima bulat2 k sayang. Until then, chow :-h

Monday, May 7, 2012

Vacation to Bandung Stories

Assalamualaikum ;;)


Phew. Demi memaintainkan #bufferedearnings #nuffnang aku terpaksa jugak update blog (mata duitan seriously $__$ ;)) ). Tapi nak cerita pasal apa kat Bandung pon tak tahu. Pasal tentative program tu, malas lah nak letak kat blog. Siapa nak just email jer nanti aku forwardkan semua jadual program yg aku rancang few weeks before pegi Bandung. Walaupon it was my second time, preparation rapi tetap perlu dilakukan supaya semuanya lancar dan tak ada kelam kabut. And yes, Syukur kpd Allah swt kerana perjalananan kami di sana sangat cantik. Tempat yang nak dituju berjaya ditujui tapi ada jugak tempat yang tak sempat sampai. Tak apalah bukan rezeki kami. Mana tau nanti ada rezeki boleh pergi lagi hehe.


Ok gambar mana gambar? Alaaa malas dong nak edit size gamba satu2. So aku printscreen jela thumbnails picture dalam album FB aku tu ok. Muahaha. Sapa2 yang jadi friend aku kat FB tu boleh la jengah2. Tapi kalo bukan friend tu, err sorry sebab anda tak dapat tengok. Huhu.




Apa yang seronok di Bandung? Err obviously SHOPPING. Hehe.Gila shopping beli baju sendiri dan anak. Errr MK tak shopping sangat. Dia just sediakan $$$$$$ jer ekekeke ;)) Sight-seeing kat sana, erm boleh la kot. Tak ada lah cantik sangat. Boleh la kott. Cuma aku rasa Bandung bertambah sesak kot jalan raya dia compared to 2 years ago. Apesal ah macet sangat? Huhu.


Makanan? SUPERB. Weols suka makan makanan sunda (tempatan) compared to Padang. Sorry lah tapi aku geli sket makanan padang tu. Yelah, dia kan suka buat konsep, sentuh dan bayar gitu. Pastu dok angkot ke meja berkali2 trip. Tah2 dari pagi lauk tu dah singgah ke 10 meja. Bayangkan! Huhu. So kami pilih makanan panas saje. Ayam penyet pon layan donggg ;))


Cuma yang tak bestnya, pas balik dari Bandung, kami anak beranak semua tak sehat. Demam selsema batuk berganti2. Last skali semalam semua saket. Haaa amek kau. Merasa lah pegi Azzahra, Bangi pagi2 tadi. Huhu.Last week siap aku dapat MC for 2 days lepas amek neb (sedut gas tu). Dan sampai sekarang, perut aku masih lagi tak selesa. Perut aku seolah2 tak adapt pulak dengan makanan Malaysia ni. Choi kan? Padahal masa sampai Bandung telan je semua menu aku rasa. Tapi bila balik sini perut buat hal plak. Perut aku dah kempis ni dekat seminggu tak makan nasi proper. Haish. Tapi okay gak, mana tau bleh jadi kurus macam MK plak tak lalu makan. I loikeeeeeeee HAHAHA :D

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha