Tuesday, June 26, 2012

Apa kaba semua?? :)

Assalamualaikum ;;)


Eh aku ada blog? Eceh. Serius soooo busy dengan kerja dengan hal peribadi dengan hal2 berkaitan dan macam2 hal lagi. Rujuk lampiran A haha ;)) Life tak berapa easy going lately. Agak tunggang terbalek sikit. Eh bukan sikit. Tapi banyak. Not feeling well pon iye jugak. Yayen pon not feeling well jugak. Haha. Sehati sejiwa lah mak anak ni not feeling well sesama kannn gituu.


duta roti gardenia

Yang sebenarnya memang tak ada modal nak berblog. Eh bukan tak ada modal, tapi tak ada mood yang lebih kot. Perasaan tak stabil dan bercampur baur. Masalah dilema segala bagai. Haaa kesimpulannya entry ni memang entry bermasalah. Ok tak tau nak tulis ape dah. Lenkali lah buat proper entry. Last but not least, renduuuuu yayen mamaaa :x

Friday, June 22, 2012

Selesai merewang, tibalah masa majlis gilang gemilang *haziq is 2*

Assalamualaikum ;;)


Eh semalam dengan kelmarin aku tak update blog ey? Sorry ye mak busy. Huhu. Okay nak sambung cerita majlis besday Hafiy Haziq hari Ahad lepas ni. Weols kan orang kuat majlis tersebut. Eceh perahsantann gitu noks. Anyway layan the gambars okies.


Pagi ahad tu masak nasi hujan panas. Chef la masak weols tolong TENGOK hehe

Resepi jelatah oleh saya. Thanks opah n maktok tolong potong2 :)

Penjual eh jual plak.. Penggoreng ayam goreng berempahh

Dah siap gantung banner. Yayen da start comot dah. Bapaknye belom mandi lg masa ni

Balloons?

Mama tengok ni .

tiga teruna pingitan. eceh.

Love :x

Anti-social baby

are you ready??

Dah rupa beranak kembo 3

what i wore that day hehe

Sekian, wassalam :-h

Tuesday, June 19, 2012

a little touch by ciare :)

Assalamualaikum ;;)


Aku ni kalo ikotkan tak kreatif, pemalas pulak tu bab deco2 ni. So aku sangat pelik dari mana datang semua kerajinan sehingga volunteer nak mendeco2 majlis kesyukuran doa selamat sempena Haziq is 2. Hehe. Ok malas nak berceloteh. Takdak mood. Layan gambaq sudah la noo.


Food Label Tent

Memotong muffin toppers. Gigih tak gigih. Sambil tengok Bella

Birthday banner

Laksa yang tak sempat ku rasa. Kempunannn

Ni mama yayen masak. Kepakaran aku ni. Cewah pakar lah sangat. Puiii

Puding oleh saya jugak. Sedap okey. Sape lagi nak puji kalo bukan aku?

Main course: ayam masak merah + daging dendeng + ayang goreng berempah + jelatah atau nama mengadanya orang KL panggil acar timun (ni je aku buat haha) dengan dalca. SEDAPP terangkatt. Makan pulak dengan nasi hujan panas. Siapa nak order boleh call fizy 0192227687. Harga terbaek sedap pulak hihi

muffin yg moist dan kaya coklat. tp tak tau kawan aku order dengan sapa. sumpah sedap. sebijik 80 sen jek. haaaa

Dan sampai sekarang aku tak percaya aku buat ni. Paling renyah ok. Tapi macam gian pulak. Nak buat tapi nak pakai utk majlis ape kan? Macam orang gila plak kang

Chow!!

Monday, June 18, 2012

Sate Ikan (hanya di pantai timur)

Assalamualaikum ;;)


Wallahhh, entry pertama di hari Isnin adalah makanan? Sorry ye kepada yang berpuasa. Sila la tutup web browser anda sebelum menitis air liur ke atas keyboard anda ;))


Haaa SATE IKAN? Penah makan? Penah? Aku sumpah tak penah makan sampai lah kawen dengan MK ni haaa. Tapi sokmo lupa nak blogging pasal ni. Sebab ini antara makanan pantai timur yang ku rasa unik simple tapi sodappp nyah. Slurppp (telan air liur japp...) Aaaarhh sedapnyaa (lap air liur menitik kejap hehe)


So siapa yang tak pernah rasa , bila korang dengar sate ikan apa yang korang bayangkan? Aku kan jakun gile. Aku bayangkan sate ikan tu adalah merupakan seekor ikan  yang dicucuk dengan lidi dan di panggang. Butttt it was a BIG NO. Rupanya dia adalah ikan yg telah diproses macam ala2 kopok lekor pon ade kot rasa dia. Digumpal2 leper2 kecik2 dan dibakar di atas api kemudian dicurahkan sos berwarna merahhh. Aduhhh sedapnyaa. Minggu ni balik Terengganu dan aku nak makan 10 cucuk sorang ekeke ;)) Eh, yayen pon bleh abes 3-4 cucuk tahu? 


Biasanya gerai yg jual simple2 je tepi jalan macam ni. Kalo ramai orang beratur gak kadang2. Tapi ada jugak yang jual style old school. Dia jual dengan moto. Kiranya kat moto dia ada tempat bakar skali. Gituuu

Pose jangan tak pose

Yeayy inilah dia. Murah je ni.. Kalo beli RM10 bleh dapat sebesen kot haha

Zoooommm gitu. Eh blur plak gambo. Ni pakai camera norkiah E63 ni. Tu gambo cikai jer

See?? This budak very likeeeeee it hehe (ahh membencikan lah pakai tudung express ni pipi tersembul rasa nak tampo je)

Ni adalah antara menu wajib kalo balik Ganu. Sedappp slurp slurp. Laparrrr hehe. MK kata kat KL pon adoo jual benda ni. Tapi aku tak penah jumpa plak. Lagipon feeling makan dia lain kalo kat KL dengan kat Pantai Timur itself ;;)


So pada siapa2 yang tak pernah rasa bleh kot cari2 area KL ni. Yeay tak sabar nak balik Ganu this weekend. Galok ek nak balik sebab nak melantak je? Tu pasal ko gemuk ciare!!

Sunday, June 17, 2012

Today is the day :)

Wuaa penatnye. Rehat kejap sementara nak rebus pasta. Actually today besday bff yayen. Haziq turns 2 today :) Jadi weols adalah merewang utk majlis ni. Kaum bapak tak tido ok malam td. Dorg la caterernya. Masak sendiri hokehh :) Tp MK idak la masak. Dia kupas2 bawang goreng2 ayam bleh lah. Hiks.

Aku plak buat pasta for kids dgn puding. Pasni nak berkejar ke sana buat laksa plak. Hehe. Ok tu saje. Banyak keje ni. Daaaaa :)


Selamat hari ahad ye semuaaa hihi

posted from Bloggeroid

Friday, June 15, 2012

Album lama yayen :)

Okay tak penah2 kan berblog dari rumah jumaat malam sabtu ni. Hehe. Eh bukan la tak pernah langsung tapi tahun ni tak penah buat lagi rasanya (yeke??) Anyway bila anak dah tido. Husband ade keje. So i jadi mama bosannn gittew huhu. Maka marilah kita mengimarahkan blog yang dah suam2 kuku ni.

Oyya siang tadi aku duk mentransfer semua gambo dari phone-yang-bakal-diterminate ke phone pakai skrg ni. So masa transfer tu duk layan semua gambo and video yayen dari lahir sampai besar. MasyaAllah... Menitik air mata ni. Tak sangka budak depan mata ni sedang membesar dgn jayanya. Dulu tecikkk aje. Now bambam. Dulu muke babyface betul kiut gile now muke udah comot berparut sana sini. Sooo masculine okay anok jatang i ngeh ngeh.

Jom layan few pictures yayen yg berusia bawah 6 bulan ;p











Haish cpt betul masa berlalu. Cayangggg yayen sgt2 :x

posted from Bloggeroid

Thursday, June 14, 2012

Khair rayyan's activities at home :)

Assalamualaikum :) Sekejap je dah sampai khamis kan. Esok jumaat pule. Dan cant wait for the upcoming weekend. We're gonna get busy and tired but tak kisah. Yang penting we're gonna have fun ;;)


Oh just to tell you alls apa activity yayen kat umah nowadays. Dia gemar sangat laaaa memunggah wallets n purse weols. Pantang tengok ade beg duit yang mudah dicapai so dia akan mulakan 'projek' dia.. Hehe



Kalau sekali pandang tengok gamba ni aku ingat rumah kena rompak. Tapi sekali kantoi. Aku nampak biskut yayen. Hah sah2 la dia buat keje diam2. Pastu tinggal bukti plak tu hahaha.



Tak lama pastu dia datang blk tempat kejadian and kutip bukti =)) Hihi.



Ini lah orangnya. Yang selongkar purse mama. Huhuk. Haih la anak. Mama sayang kamu sgt2. Muahhhh :x


Kadang2 telatah anak ni bleh buat ko stress tapi bila layankan dia rasa kelaka sgt tengok prangai dia hehe. This week yayen turns 19 months. Sekejapan kan masa berlalu :)


Love;
©¡@r€

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 13, 2012

Ok nak test lagi

Orait babeh i'm trying another android's application for blogging. Hope this one is more friendly than previous. Hihi. Ok lets upload some pictures and put some text between the pictures. Shall we?


Last night after hours of discussion and chosen the new stocks for ACC weols g minum kat kedai ni.



Aku order roti bom dgn air cham. Korang tau tak apa air cham?? Sedap wehh hihi.

Ok la ni entry testing je pon. Hrp keluar la benda2 yg aku taip ni hehehe. Chowwwww

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 12, 2012

cuba try test

Ok sebenarnya cuma nak test camne rupanya update blog from blogger-droid ni. Tapi nampak macam tak berapa best sebab gambar tak boleh organize. Hmmm. So i guess gambar yg aku upload ni akan appear above the entry text. Maybe. Ape2 jelah kan. Janji blog from anywhere tu tercapai..


Anyway am organizing a party this weekend. Cant wait!! Hehe. Party apa? Yang penting bukan party tupperware. Walopon aku member tupperware tapi beli adelah setahun sekali. Tak mampu nok. Bak kata MK "apsal tak pakai tupperware harga seringgit tu" ok findddd darling. Haha. Tapi dalam komen2 tu dia jugak yang bawak bekal dalam tupperware mahal tu. Tampa nak? ;))


Ok tak tau nak merepek ape dah. Until then, chowwww ~~~~~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 11, 2012

Movie review: Snow White and The Huntsman

Assalamualaikum ;;)


Okay kita mulakan dengan entry ringan2 dan menghiburkan agar anda semua tak tertekan ;)) Jom tengok movie review Snow White and The Huntsman.



Cite ni aku tengok masa anniversary aritu. About 2 weeks ago. Pegi dengan MK la siapa lagi. Bertempat di Signature Garden dekat hall primiere class (camni ke eja? Huhu). Dan sungguh kejam kami tinggalkan yayen kat rumah ex-BS then lepas abis wayang dedua menggulupur nak balik sebab rindukan anak walaupon masing2 perut lapar tetap nak balik jumpa anak gak :x


Dan tujuan utama aku decide nak tengok wayang ni sebab minah kat atas ni lah. Hehe. Nak tengok macam mana dia berlakon selain dari watak Bella dalam The Twillight. Itu pon kadang2 aku macam tertunggu2 scene gigi taring vampire dia keluar aci tak? ;))


Review cite taktau nak cite camne. Standard la cite Snow White macam tak bese kan. Cumanya, ia bukan cerita snow white yang kita biasa2 dengar/tengok tu. Kiranya from other aspect atau untold stories gitu nyahh. Tapi perjalanan cerita tetap sama. Parents mati, mak tiri is a witch, mak tiri nak bunuh dia, dia lari, then mak tiri bagi apple beracun... Haa gitu jela kekdahnya ;)) Biasa2 jer... Cuma aku suka sebab ni version snow white yang agak ganas dan suasana cerita dia pon memang ganas. Bukan yang ala2 sweet2 princess2 yang pakai gaun2 gittewww.


Apepon, aku enjoy tengok cite ni. Anniversary celebration yang ni aku belanja. Esoknya sambut anni lagi skali but kali ni berTIGA dan lebih seronok. MK plak banjer makan sedap2 hehe...


Sekian saje review yang tak berapa review dari aku.


p.s: anyway review utk battleship lupa nak tulis ek.
next time lah. then cite terbaru aku tgk adelah
men in black 3 ;;)


Friday, June 8, 2012

Si ciare tak aktif di alam maya???

Assalamualaikum ;;)


Hahahaha yoooo laaa sangat tak aktif ;)) Infact, aku lah yang menghadap internet pagi sampai malam. Kadang2 kat umah buat keje sampai malam. Then da bosan layan movie plak 2 3 round. Dah tu, kul bape tidonye? Huhu. Minggu ni memang memenatkan. Sebab aku ada tetamu di rumah. Adik MK yang baru bersalen tu ada datang. Technically dia memang dah habes pantang tapi tak sedap laaa plak takkan aku nak biar dia terkontang kanting kat umah tak dilayankan? So minggu ni tema aku siang bekerja, malam bibik hasilnya si mata lebam tak cukup tido. Dan putaran masa aku minggu ni jugak ala2 jadual waktu orang dalam pantang gak. Kang kul 2 3 dan jam jam seterusnya aku terjaga time baby nangis.. Wahhh gitu, tapi idak la aku pegi tolong, aku just terjaga dan lepas tu tidur balik. Keji la jugak aku ni. Haha. Nak wat camne, esoknya kena bangun awal nak pegi keje maaa.


Tiap pagi pulak aku dah sediakan brekpes siap2. Lunch pon aku siapkan skali. Haaa mana nak dapat kakak ipar mithali macam ni hah? =)) Pastu kang bila malam2 lepas tidokan yayen nak kemas umah lipat kain segala. Pastu aku kena sentiasa memerhatikan yayen sebab dia sangat berminat nak korek mata bayi tersebut. Ate, mata babynya pon booolat gila, tu yang beliau rasa nak cungkil tu T____T


Yang bestnya bila sepupu yayen datang, dia akan leka nak main dengan sepupu, so aku akan ada sedikit ketenangan untuk memasak khususnya. Aku ni stress gak la kadang2 kalau yayen kacau aku masak. Bukan stress apa, tapi takot sangat2 kalau ada accident masa kat dapur. Tau2 jelah kat dapur ada pisau, kaca, minyak panas, air panas etc. Aku plak asik la terjerit2 kalo dia nak pegang objek yang tak sepatutnya. Dilema sangat, bukan nak marah anak. Tapi marah sebab takot dia tercedera... Nak sorok semua barang pon payah bukannya ada kabinet, semua main letak2 atas meja, sangkut2 kat rak pinggan yang open. Arghhhhh stress sangat duduk rumah sewa ni. Apapon tak boleh. Nak pasang ready made cabinet yang pasang siap pon dia tak bagi tebuk2 paku kat dinding. **** betul la!! Serius aku dalam ketensionan tau. Hmmm. Tapi nak buat camne, paling hebat pon ngadu kat blog jelah T_____T


Ehh macam larik topik pulak (macam tak biasa ;)) )


Oh sebelum tu nak komen, camera iPhone memang terbaik. Phone baru ni tak dapat compare eventho dari segi lain dia dah lebih kurang sama. Hmmm. Jadinya, nak bergambar sangat pon tak ada mood. Pftttttt....

Thursday, June 7, 2012

Budak banyak akai niiii ;p

Assalamualaikum ;;)


Ini lah dia, budak yang da banyak akai sekarang. Macam2 peel la dah keluar hehe. Not so innocent anymore ;)) Tapi tetappp manjer ini budak okeyyy. So peel terbaru dia (tak ada la baru sangat) ialah tiap kali balik dari taska petang2, dia tak nak masuk rumah. Dia akan meraung depan umah taknak masuk, worst akan berguling macam ikan keli (papa cakap ;p). Means, dia nak main dulu kat luar umah tu sampai puas hati sampai berpeluh2 then maghrib kena mandi semula dan tukar baju tido lain. Phew.


i love swimmingggg ^___^

Sebenarnya kalo nak teman dia tu memenatkan, plus aku kan nak masak la ape kan, so semalam dapat idea baru bagi dia berenang dalam kolam dia tu. Haaaa apa lagi, suka bangattt. Macam2 aksi kuak lentang, kupu2 rama2, tonggang terbalik semua ada. Air pon aku tak isi banyak so tak ada lah risau sangat, had buku lali dia jer airnya. Plus, dia dah stabil dalam air, setakat terbalik tu bisa bangun semula kok hehe.


Dan nampaknya ni la aktiviti tetap setiap petang untuk budak kecik ni sampai dia bosan. Tapi senang jugak, pas swim, dia akan cepat penat then trus masuk umah pakai baju bedak2 bagi susu dan ready to restttt. Makan nasi pastu tido leee. Senang kojo mak ;))


p/s: Since now site dokat ajoo dgn umah (15min) bleh
la mama smpai umah awal and bagi dia swim. Kalo
site jauh nanti, tak dapek lah wahai anak yer.


Wednesday, June 6, 2012

Terasa pelik sangat tanpa dia

Assalamualaikum ;;)


Ya benar, sangat pelik. Pelik sampai aku termimpi2 jumpa dia okehh. Wuahhh rindunyaaa padahal baru nak masuk hari ketiga tanpa dia. Ahhhh.... Nak ucap pepatah, yang lepas usah dikenang lagi. Tapi nak meng-executekan pepatah ni pada diri sendiri sangat susah. Aku rindukan dia, aku boleh je hidup tanpa dia dan move on tetapi aku terkenang2...


Wallawehhhhh ayat tak bleh blah kan. Well, gini la kaedahnya. Serius sugul macam orang lepas putus cinta... Padahal yang sebenarnya DIA itu merujuk kepada sesuatu objek yang tidak bernyawa.... Tapi sangat bermakna. MK belikan sempena hadiah bersalen. Walaupon dapat hadiah lewat 5 bulan lepas melahirkan tapi aku suka sangat. Dan gumbira dengan hadiah tersebut....


Iaitu merupakan sebijik apple yang tak boleh dimakan, iPhone4 T________________T


Dlm entry hari apatah aku ada cakap iPhone aku rosak kan, memang motherboard nya yang rosak. Which is costly. Sangat mahal baik beli phone baru je haha. Jadi diri ini telah tukar iPhone tu dengan sebijik phone lain. Phone apa, biar lah rahsia. Nanti la i dah ilang sedih baru nak kabo k....


Alamak, dah kul 1 lebih, patot la lapar. Tetiba teringat bubur chacha di sweetchat The Mines. Sedap giler kottt ;;)


Yummehhh
 

Dan ini pula gambar terbaru putera saya. Nama samaran dia Putera Lilin kerana bila terkena saja pancaran matahari, dia akan berbuat demikian. Hehehe. Makteh kata, yayen kenan vampire dalam Twillight Saga. Sebab mama dia peminat panatik =))

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha