Wednesday, September 26, 2012

Update sikit pasal Abang Rayyan :)

Assalamualaikum ;;)


Hai hai uols. Ehm straight to the point jelah ek. Tak reti dah haku nak bermetafora dalam blog ni. Just nak catit few development progress of my hero itu. Antaranya adalah:

- Makin banyak cakap. Banyak jugak yang aku dah paham. Bila bagi ayat suruh pon dia dah boleh buat. Dan yang bestnya bila dah biasa suruh lama2 dia terus biasa dan buat tanpa disuruh. Ahh comelnya begitu.

- Gigi sudah 12. Eh ke 14 ek? Ke 16? Hahaha ;)) Tak berapa ingat pulak tapi aritu memang dah kira.

- Suka berlari dari berjalan.

- Suka ajak papa naik moto round taman petang2. Kalau tak dapat siaplah dia mengamuk. Papanye pon layannn kan aje. Kalau aku koser nak layan. Sebab tu budak tu pon kalau berdua dengan aku tak macam2 sangat. Kalau dengan papa dia huihhh manja. Aku kan bekeng lately, garang bebenau.

- Kurang makan nasi, terlebih makan sayur huhu. Pastu suke makan keropok ikan (yang kena goreng2 dulu tu). Soooo terengganu la anak mama ni ;))

- Bila nak sayang 'adik' dia akan letak pipi dekat perut. Motip letak pipi. Huhu. Tapi kalo suruh sayang pon memang dia akan sayang dengan pipi. Bukan sayang guna mulut. Haaa paham ke tidok ni?

- Favourite cartoon adalah pingu dan upin ipin. Tapi itu dengan papa dia lah. Kalau dengan aku, aku paksa dia ngadap Alif Ba Ta dengan ABC je. Mama garang ;p

- Suka makan sendiri uolssss. Bila makan sendiri harap maklum lah. Pertama: banyak yang jatuh dari masuk mulut. Kedua: bersepahhhh laaaa tempat makan. Tapi takpe, dia tengah nak belajar kan. Dan comelnya bila waktu makan dia tau tempat duduk dia adalah di baby chair.

Err banyak lagi tapi tak ingat buat masa ni. Nanti2 la bulan depan update pulak. Last but not least, jom layan gamba2 Abang Yayen. Tu pon iols cilok dari instagram jer. Senang.

Rajennyeee abang study hard. Ade exam ke?

Kalo adik yayen gegirl gini la kot ek rupa dia. Kehkeh

Ini sesi amukan la ape lagi.

My cheeky baby.. Forever and ever..

Shhhhhh..iam iam (dia sebut diam tu iam. Bole lah nak hehe)

Sekian sahaja laporan tentang Abang Rayyan ;;)
 

Friday, September 14, 2012

Jika anda blogger sila2 lah click di bawah yer, tq :)

Assalamualaikum ;;)


Ini linknya: https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?pli=1&formkey=dHhqRWdhNElrdDZCc1lxX2Vld1JoM1E6MQ#gid=0


Link apa? It's a survey form. One of my reader sedang mengcompletekan PhD beliau dan besarlah harapan beliau agar para bloggers seperti uols tolong isi survey beliau. Senang je soalannye. Tak payah buat esei pon hehe....


Wuahh memang dah agak jarang2 aku update blog kan. Mula2 rindu lama2 terbiasa makin lama makin lupaaaa. Eh aku ada blog ek? ;)) Anyway just a short update pon. Saya makin sihat sekarang. Walaupon still ada morning sickness tapi sudah kurang. Cuma lately batuk teruk dan cepat demam. Felik mak. Ok see ya later peeps :-h


gamba hiasan

Monday, September 10, 2012

Entry raya..ke?

Assalamualaikum ;;)


OK seriously sebab dah lama sangat dah update blog maka otak sangat beku nak keluarkan maklumat dari otak. Dalam otak ni terlalu banyak SQL kuikui ;))


Since dah takda modal nak cerita so aku ulang2 jelah cerita raya. Sebab lepas raya aritu aku langsung tak tangkap2 gamba. Camera pon terperam gitu jer. Kuar pegi jalan2 pon dah tak ada posing2 dah. Koser haih nak posing2 dengan badan saiz gajah ni. Nyampahhh


Anyway gamba raya dah upload kat pesbuk. Gamba yang sama je pon aku nak upload kat sini. Korang layan jela and buat2 tak penah nampak gamba2 ni ekkk.. ;))


Berhari raya pertama di Perak. Harus pose dgn Mak. Cadang memang nak g tangkap gamba kat studio tapiiii kelauttttt

pemangsa kuih raya tetap

Kami kami. 3 adik beradik perempuan jer weols. Semua dah kawen dan beranak. Yang tak ada dalam gamba adalah abg ipar 1st dgn anak sedara 1st.

Di pusara Arwah Apak..... rindu.....

Alfatihah untuk arwah Apak saya, Allahyarham Baharuddin bin Mat Baki....

 

Friday, September 7, 2012

Sedang mencari confinement lady....

Assalamualaikum ;;)


Begini lah alkisahnya. I know masih awal since kandungan baru 4 bulan plus plus. Tapi sebab taknak kelam kabut last minit maka aku nak buat persediaan awal2. Since aku sudah decide untuk berpantang di rumah sendiri sahaja kali ni. Well nak harapkan siapa lagi kan. Mak aku ade, tapi dia tak berapa sihat. Setakat tolong gitu2 boleh lah. Takkan nak bebankan dia. Mak mertua pon dah tak ada. Adik beradik ipar duai pon semua jauh2 dan dorang pon bekerja. Mak sedara yang tolong jaga aku masa berpantang dulu pon dah kerja. Takkan aku nak suruh dia resign pule ;))


Aku dah buat research sendiri pasal confinement lady ni. Ada jumpa beberapa yang menarik. Tapi saje lah nak up entry ni kot ada antara readers yang pernah ada pengalaman sendiri menghire CL kan. Haaa lebih best kalo orang yang dah ada experience sendiri cadangkan.


Antara rate yg aku jumpa dan agak ok iaitu RM1250 untuk 7 hari. Dia preparekan semua barang2 untuk penjagaan berpantang ibu dan anak. Semua herba2 daun2 yang nak mandi tu. Pilis2 ke bengkung ke tungku ke.. Haaa semua dalam pakej. Dia siap tolong masakkan untuk ko tapi barang2 nak masak kena prepare la dalam peti ais kan. Hmm macam menarik jugak. Kemudian add on pula pakej penutup pantang. Ada urut2 sket tangas2 sket... Dlm RM100.


So nak tanya la uols kot ada cadangan yg lebih best kan.. Pleaseeee share with me ok. Komen je kat entry ni ok ;;)


Dalam pakej tu antara yang aku nak confinement lady tu buat adelahhh..
1. Penjagaan ibu berpantang (mandi daun2 herba, urut, bengkung, rempah2 pilis, etc)
2. Penjagaan bayi yg basic2 macam mandikan je kot.. yg len2 insyaAllah aku bole buat..
3. Masakan ibu berpantang (masak sekali byk je skali lunch n dinner)


Hmm tu je kot.. Kemas2 umah takyah pon takpe. MK bole tolong pas dia balik keje. Lagipon aku nak hire CL bukannye bibik kan. So sila2 lah drop your comment yer sayang2 sekalian. Bye2 :-h Oh lupa, yang penting dia bole datang sendiri ke rumah saya yang beralamat di Seri Kembangan. Hehe

 
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha