Tuesday, October 30, 2012

Toyota Family Day @ A Famosa Melaka :) -- Part 3

Assalamualaikum ;;)


Bila nak habis cerita Family Day ni? Hihi. Okay mari sambung ke acara mandi manda kemudiannya check in vilaaa. Yeayyy. Errr tapi gamba mandi manda nan ado sebabnya kataaa tengah mandi, tak ke riso henpon jatuh ke dalam pool. So better forget it kehkeh ;))


Selepas mandi. Masih cargas. Tak paham macam mana dia tak penat. Mama dah longlai

Papa membawa hamper. Tiap orang dapat 1 hamper. Maka berkenduri hamper lah kami haha

Nama tempat kami check in ni Vila De Amor or something like that la bunyi dia. Best sgt villa ni. Ada 4 bilek. Tiap bilek ada 3 katil queen.

Ruang makan

Ruang tamu

Pool yang berada di sebelah bilek kami. Yeayness. Mandi manda harus lah babe. Yayen sampai kecut2 mandi kolam tapi ada dia kesah. Bila cakap sudah, lagi meraung adalah. Bagi jela dia mandi. Esok nya demam. Amek ko.

Memang terasa percutian yang berkualiti sebab last vacation masa pegi Bandung haritu. Ujung April haritu, lama dah kot. Now october baru bercuti semula. Malamnya kami pegi buffet then cowboy town.. Esoknya buffet breakfast di Golf Club. Best gilaa makanannya. Hehe. Mak suka! ;)) Dan kendiannya pegi jalan2 kat town. So itu tunggu lah entry lain kali pulak. Kihkih. Daaa ~~~

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha :)

Assalamualaikum ;;)


Dan.... Selamat Hari Lahir untuk anakanda saya Muhammad Khair Rayyan... Mengikut bulan Islam, harini adalah hari lahir yayen. Tak mungkin dapat aku lupakan tarikh itu. Sehari sebelum Aidiladha. Dan kami hampir2 menamakan beliau Khair Adha ;))


Kpd semua kawan2, selamat pulang ke kampung yer.. Atau ada yang pulang ke bandar? Hihi. Di mana pon raya meriah ke tidak yang penting kita raikan. Malam ni kami balik Terengganu. Dengar cerita dalam FB jemnya bukan main. Dorang siap bleh jalan2 keluar kereta waktu jem. Kelas tak kelas? Huhu. Apepon, moga perjalanan kami malam ni selamat sampai ke rumah.... Jem sudah pasti, jadi kita bawak roti bole sapu jem hukhuk. Sekian, bye bye!!


Gambar hiasan. Gambar lama hehe

Tuesday, October 23, 2012

Toyota Family Day @ A Famosa Melaka :) -- Part 2

Assalamualaikum ;;)


Alamak patutnya update semalam tapi macam2 sangat halangan jadi arini jelah kite sambung dari entry Part 1 k. Cewah, padahal ade korang kesah aku update blog ke tidak???? :D Cite pasal pegi Melaka boleh setel dalam satu entry jer sebenarnya tp saje la nak gewdix2 konon percutiannya panjang sangat. Padahal 2 hari 1 malam jer ;)) OK jom mula. Layan story kat gambar jer lah yer.

Sila spot me yang bambam hehe
Sementara suami2 bersukaneka, isteri2 sila jaga anak yer. Sampai sana kul 10 pagi dorang start main. Abis dalam jam 12.30 pm gitu. Harus lah anak masing2 dah mengamuk baekkk punyakan. Bosan katakan. Anak aku dah tak sabar2 nak mandi kolam lah. Tunggu sukaneka lambat beno abes marah la kawan. Hihi...


Papa yayen yang tak suka mengikut undang2. Orang bg baju family day suh pakai tapi degil taknak pakai. Memang gangster Kampung Pisang haha
Ni masa acara main bowling. Tapi baling pakai buah nyor. Kelako gila kot masa ni. Hahaha. Sebab buah nyo (buah kelapa la uols. Takkan tak tauuuu hehe) kan tak sekata, then tanah pon tak sekata, bila baling abis melilau2 tak kena target haha. Nak pecah perut mak ;))


Alala tomei haha
Ni acara masuk2 gelung ni. Macam comel jek tengok bapak2 yang ganas main game comel2 ni kuikui ;))


Budak kecik yang sudah ready nak terjun kolam. Dah tukar swim suit froggy dia. Hehe. Masa ni cerah lagi, beberapa minit lepas tu langsung sunburnnn. Huhu


Bosan la tunggu papa, bukak tab tengok upin ipin lagiiii best. Hehe. Tapi tahan few minutes jer tengok tab dia. Pastu bosan dia nangis la hape lagi, wuaawuaaa ;))


Mengacau papa main tarik kali. Sibuk jer dia lalu lalang kat kawasan sukaneka. Naik lelah mama ngejornya kuikui.


Lunch time!! Makanan yang disediakan sedap. Aku masih teringat2 bihun goreng ni. Sempoi tapi sedap bangat!!

Masih khusyuk makan sendiri. Hehe. Lepas makan, masa untuk terjun kolam pulaaaaaaaa. Then petang baruuu checked in. Tu sambung next entry lah yek. Daaaaaa :-h

Friday, October 19, 2012

Toyota Family Day @ A Famosa Melaka :) -- Part 1

Assalamualaikum ;;)


Harus lah buat secara part sebab aku kan poyo ;)) HAHA. Gambar pon banyak. Dan rasa nak letak semua. Maka pecah2kan entry okay. Supaya aku dan kamu sama2 tak pening. Pada hari sabtu, sesudah subuh terus mandi2 dan load beg dalam kereta. Budak kecik pon sporting bangun awal and join mama papa mandi. Eh ;)) Dalam jam 10 sampai lah kami ke A Famosa. Bese la benti kencing berak breakfast banyak benooo iklan. Haha. Weols car pool. Harus lah bersama bespren MK. Mael dan Yanti serta anak2. Sebab Melaka dokat je so takpelah bersempit2 kejap dalam kereta.


Sesudah sampai. Posinggggg ;)) Yayen kene buli bawak botol susu sendiri. Mama tak larat. Heeheee. Wuah semua team daddy dan papa. Bile laaa nak tambah ahli gegirl mama ni hehe

Next year kite bukak membership untuk gegirl pulak. InsyaAllah. Bleh join mummy and mama shoping dan mekap2 lalalalala~~~~

Yayen... Masih dengan botol susunya..kihkih

Baru kena panas kejap udah sunburn. Siap banyak nyamuk lagi. Mujur lah anak aku kulit tak sensitip sangat. Ni masa papa daddy tengah masuk acara sukaneka family day dorang lah. Bini2 sila ketepi jaga anak2 k. HAHA

Ni pula acara anak2. Acara rebut gula2. Tapi yayen bukan reti pon. Saje je test dia. Letak kat hujung sekali. Bila bunyi wisel, orang lari ke depan dia lari ke belakang :D

Ni acara belah pagi. Petang pula mandi mandi dan free and easy. Check in villa pukul 4. Sebab berendam kat water park lambek sangat. HAHA. Okay lah, sambung la pulak isnin depan k. Hehehe. Daaaaa....

Cuti cuti Malaysiaaaa :)

Assalamualaikum ;;)


Sihat sihat kah semuanya?? Well done. Bagus if you all sihat. Aku pon sihat. Alhamdulillah. But Khair Rayyan sedang berselsemaan. Asik srottt srotttt. Pastu bila hingus meleleh dia akan cakap 'cepat cepat'. Maksudnya suruh cepat lap. Tapi kadang2 dia jilat jer terus. Yekkk. Haha.


Anyway, aku bukan sedang bercuti. Malah sedang berada di site customer. Sambil tunggu feedback2 tu ada masa terluang jadi jom buat entry blog satuuu ;;) Ni cerita cuti2 last week. Ada Family Day company papa Khair Rayyan. Alah dekat2 je ponnn. Tak kisah lah janji dapat spent time dengan family pastu dapat cuti ditaja sepenuhnya pon mak sokay jerrr. Kihkih.


Kesah bercuti nya sambung next entry lah yek. Kihkih. Ni saje nak show off keberjayaan mempacking untuk 2 hari 1 malam HANYA 1 BEG sahaja untuk saya, suami dan anak. Fuhhh gila bangga. Haha. Sebab sebelum ni tak pernah berjaya. Mesti terlajak sampai 2 3 beg macam nak pegi seminggu dua. Padahal bermalam semalam je kottt ;)) Cuma ada lah beg lebih iaitu beg susu anak dan segala air panas whatsoevaaa. But its okay. Tetap pencapaian paling gemilang cemerlang gemilang dalam rekod hidup ku. Kihkih...


Sekian, wassalam. Jumpa di next entry pasal percutian tersebut. Daaa ~~~

Tuesday, October 16, 2012

Lagi sebulan uolsss

Assalamualaikum ;;)


Pejam celik pejam celik... Sedar tak sedar... Genap sebulan lagi, Khair Rayyan akan masuk 2 tahun. Wallawehhh. Cepatnyaaa masa berlalu. Rindunyaaaa yayen *tetiba*. Apapon harini mama happy, sebab harini 1st day anak mama kat taska baru. Semuanya nampak okey. Pandai bergaul. Yang paling penting, takmo gaduh dengan kawan okay. Main elok2 :)

Di atas menara Taming Sari, 2 days ago

Rasa macam budak kecik ni baby babyyyy je lagi. Tapi..... baby la sangat kannn. Dengan pakej masyammm nye tuuu. Hihi. Tapi tang masam2 yang syiokkk nak gomol2 tu. Hiks. Next month, hari lahir Khair Rayyan jatuh pada hari jumaat. Harus lah mama nak apply cutiiii. Nak spend time dengan anak mama. Tapi kite berdua jelah yer sebab papa dah abis cuti dia. Sobs. Hikhik. Okay lah enough merepek. Mama sentiasa doakan anak mama akan jadi orang yang cerdik, baik, penyayang, taat pada agama dan ibubapa. Aminnnn.

Thursday, October 11, 2012

Yayen kena gigit :(

Assalamualaikum ;;)


Apa kabar uols? Kabar iols TAK OK. Bukan tak ok physically, but mentally. Dengan situasi hati yang mudah pecah macam gelas sekarang ni, isu sekecil2 semut pon boleh buat aku sentap. Ini kan pulak isu besar yang melibatkan anak. Sedih uols.. sedih....


Click utk imej yang lebih jelas okay. Baru nampak kesan gigitan tu

Dari gambar di atas, dah cukup menjelaskan segala2nya. Stress okay. Bila tanya staff taska dan owner, dorang selamber je cakap "tak perasan pulak bila rayyan kena gigit". Tak ada sorry. Takda ucapan to comfort me macam "kami akan lebih hati2 lepas ni" TAK ADA. NONE. Buat muka bodoh lagi ada. Haaaa aku rasa nak bako jer, kite bakooooo. Eh sok kalo ade kes taska kena bako abes plak aku jadi suspect utama huhu. Anyway hati mak dah remuk. Hati anak aku macam mana lahhhh agaknya. InsyaAllah esok akan cuba test di taska baru.


Mama and papa mintak maaf sayang. Sebab terpaksa tukar2 taska. Tapi demi kebaikan yayen semuanya. Kami mintak maaf lagi sebab kami tak kaya. Kalau kaya raya mama dah resign jaga yayen. Kalo hire maid pon aku lagi tak percaya kot. Nak2 maid indon kan. Dia sorang2 jaga sorang anak kat rumah. Eeee, sukar nak percaya. At least kena ada orang lain jugak awasi kerja dia. Tapi siapa?? Mak aku bukan ada sentiasa kat sini. Dia jalan2 jugak pegi rumah kakak2 aku yang lain. Hahhhh, stresssssssss. Bukan stress kerana masalah2 ini. Tapi stress kerana aku tak berjaya jadi mak yang baik. Yang perfect. Sekian.


Wednesday, October 10, 2012

Jalan jalan :')

Assalamualaikum ;;)


Semenjak masalah morning dan motion sickness aku yang tak terbendung memang dah lama tak keluar jalan2 bawak anak beriadah mengukur pusat membeli belah. Hehe. Last skali seingat aku adalah masa bulan puasa itu pon bermotifkan agenda berbuka puasa. Betapa hazabnyaaaa time mabuk2 berjalan2 di shopping mall. Dengan problem saliva melting yang tidak berkesudahan, susah okay. Sobs. Pas raya pon relax2 dekat rumah aje. Most of openhouses memang tidak aku pergi. Takot nak makan walhal memang nak makannn sangat. Pastu takot juga tersalah makan benda berangin ke ape, memang teruk lah mabuk2 aku. Jadi untuk langkah selamat duduk rumah saje.


Sebulan lepas raya Alhamdulillah aku makin okay. Mabuk sikit2 tu standard lah, sekarang pon still ada lagi. Tapi, bila dah okay, MK pule sibuk sokmo. Sampai merajuk2 aku dibuatnya dia kerja sabtu ahad skali okay. Ish tak baik aku ni, walhal dia kerja, cari duit, dia sedar tanggungjawab dia makin besar, tapi aku pula hemo2 tak tentu pasal. Nak wat camne....hormon ;))


Mujur lah kakak aku rajin datang KL, since husband dia pon off-shore maka dia pon bosan dan mengajak aku pergi berlibur. Hehe. Yeay, i likeeee. Maka pergi lah kami berjalan2 tanpa suami masing2. Hanya dengan anak2. Anak dia 2 orang. Anak aku pon 2 orang jugak. Tapi sorang lagi kat dalam ;;)


Happy boy lah dia dapat jalan2. Setelah berminggu2 terperuk kat rumah. Cian iaa. Cian mama juge ;))

Cewah. Ni kalo buat black and white nampak old school ni hehe

Di hari berlainan, pergi ke The Mines pula. Nak menyerang splash park. Anyway, to parents, silalah jaga anak anda dalam kolam ni. Jangan terlepas pandang walau sesaat. Aku memang bersidai jer tepi kolam tu. Tapi ramai parents yg anak dia baya2 yayen duk melepak bersembang plak dengan parents lain. Amboiii. Beberapa kali aku nampak anak dia tenggelam timbul. Dah satu keje pulak aku nak selamatkan anak orang. Whats wrong with you mommies?? HUH

Merancang sesuatu dengan kakak2nya hehe. Ganas weh anak sedara pempuan aku ni. Fuhhh ligattt. Tapi takpe lah dorang dah besar, air pon takat betis dorang jer...

Kakak doing her froggy style huk huk. Time nak balik siap cakap "maksu nanti kita datang lagi yer" hihi

Kakak ni betul2 penyayang, memang always willing to take care of Yayen. Malangnya her parents tak bercadang untuk menambah umat ;))

Was a great weekend. Ni cerita dua minggu sudah ni. Hihi. Last week tak ke mana juga sebab MK ada job. This week baru nak jalan2 balik, ayuh, ke Melaka :D

Tuesday, October 9, 2012

Rayyan and gadget

Assalamualaikum ;;)


Haih tak tahu macam mana boleh terjebak tapi realitinya ini lah yang terjadi. Walhal dari awal aku ade smartphone, memang sorok sehabis mungkin. Tapi selama mana mampu nak sorok kan. Iphone4 aku dah selamat menjadi arwah. Motherboard rosak okey. Akibat dibaling sokmo. Nama pon telefon, takkan manjang aku nak letak dalam laci gobok siap kunci? Kang orang call sms kena keluarkan jugak. Dan budak kecik yang belom mengerti erti value sesebuah benda, tapi dia tahu benda tu menarik. Dah disogok telefon nokia keypad banyak2 tu pon tak jalan. Dia nakkkk jugak telepon hok smartphone tu kannnn.... Lepas buah apple berganti dengan produk korea, maka aku taknak lah terjadi lagi sekali. Aku ugut (ceh siap ugut tu ;)) ) papa yayen belikan yayen sebijik tab made in China agar telefon aku yang masih berumur bayi itu tidak menjadi mangsa kedua. Dan hasilnya, memang melekat dengan tab. Aduhhh....


Dalam terang tengok pingu

Dalam gelap tengok upin ipin. Jangan lupa reduce kan brightness.

Bergurau senda dengan tab -_-"

Papa ajar anak pakai tab

Dan objek ini bisa membuatkan budak lasak ni menjadi diam terpaku di kedai makan
Apepon gadget ni ada pro and connya... Antara yang positive harus lah dia cepat belajar. Agaknya senang tangkap ek dengan melihat video? Zaman mama dulu jangan kata video, powerpoint pon takde nak. -Ve nya lu pikir la sendiri. Tak sampai hati nak tulis. Apapon, kami tetap buat limit. Bukan tiap masa boleh berkepit dengan tab. Ada masanya paksa dia main toys yang sebenar-benarnya toys. Paksa baca buku. Paksa main bola. Haaaa siap kena paksa ;)) Bagi dia paham sikit benda2 tu ada limitnya. So far dia okay. Boleh ikut rentak yang kami decide. InsyaAllah, moga Allah permudahkan..

p/s: Tetiba papa salahkan mama "anak programmer macam ni lah"
amboiiiiiii ;)) hihi


Mengidam makanan korea

Assalamualaikum ;;)


Dan hasil dari tajuk entry di atas, maka sampailah daku ke sebuah restoran makanan korea. Ditemani oleh awek kpop tak lain tak bukan sape lagi kalo tak Eonni Calija. Hehe..

Maka sampai lah kami ke Dubu Dubu, Midvalley

Mine

Hers
Ni memang 1st time aku makan 1 set makanan korea. Sebelum ni penah makan kat foodcourt Times Square. Masa tu makan nasi goreng kimchi. Kelaka giler. Sebab nasi goreng macam nasi goreng kampung tetiba dapat kimchi. Kuh Kuh ;)) Tapi sebab nak feeling2 winter sonata telan jela ;))


But this time memang makan satu set makan korea betul2. Dari nasi, stew dan kimchi2 nye. Bagi tekak aku yang mengidam ni aku rasa sedap giler dah. Tapi bagi peminat makanan korea (eonni calija la sape lagi) dia kata ada lagi yang lebih sedap dari ni. Wuahhh kalo lagi sedap camne laaa rasanya... Ni mak nak makan lgi ni. Hihi


Okay sekian saja laporan dari Seoul, Korea. Bye

Tuesday, October 2, 2012

Video budak mangsa chicken pox (2 months ago)

Assalamualaikum ;;)


Dengar suara opah kat belakang hihi. Kepada bini keri dan bini edy, haaaa video ni uols taknak komen ke? ;))



Budak kecik ni kena chicken pox

Assalamualaikum ;;)


Actually tarikh sebenar Khair Rayyan kena chicken pox sebelum bulan Ramadhan lagi. Tapi masa tu kan mamanya adalah in 'mood swing' tak update blog berbulan kannn, maka dah nak dekat raya haji baru nak masuk blog ;)) Dan masa Khair Rayyan kena chicken pox ni pon aku ada amik maid sebulan. Waktu tu aku memang sangat2 lemah nak angkat kepala dari bantal pon rasa nak pitam. Jadi cara paling selamat adalah meng-hire maid dan Khair Rayyan pon duduk rumah tak payah pegi taska. Kebetulan pulak masa tu dia kena chicken pox jadi memang timing elok sangat dah tu.


Chicken pox ni merebak dari taska. So bila ramai budak dah kena aku just berjaga2 ajelah. Hari pertama aku perasan tu kat belakang badan dia ada tumbuh 2 bijik. Kira itu lah ibu chicken pox dia kot. Esoknya dah naik banyak kat belakang badan.


Mujur laaaa anak aku jenis tak bergaru sangat. Garu sikit2 jelah. Ubat doc bagi pon mujarab. Lepas makan ubat tak banyak bintik baru yg tumbuh. Dia just kecutkan bintik2 yang dah keluar tu jer.

Sapu calomine bagi sejukkk. Tak ada dia bergaru.

Relaxxxx ;))

Ini plak hari2 terakhir chicken pox. Tinggal sikit2 je masa ni. Alhamdulillah dia tak demam teruk. Just demam on off tapi temperature still under control.

Dan keseluruhannya dalam seminggu baik dah kesemua chicken pox tersebut. Parut pon semuanya dah hilang. Syukur sangat tak ada parut yg dalam. Maybe ada sebijik je parut yang tinggal. Bintik yang paling besar kat belakang dia tu. Orang kata ibu chicken pox. Yelah kot. Selain ubat makan doc bagi, just sapu calomine. Pastu selang seli sapu dengan krim buatan sendiri. Iaitu daun semambu tu diblend lumat. Kemudian bancuh dengan bedak sejuk. Haaaa gitu. Mmg sejukkkk ajelah nanti. Takda budak tu bergaru2. Selain dari tu, sepanjang kena chicken pox ni, better mandikan dia dengan air rendaman daun semambu tu.


Itu saje tipsnya, sekian terima kasih ;;)


© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha