Friday, November 30, 2012

30/11/2012..30 Nov...

Assalamualaikum ;;)


Apakah yang penting sangat dengan tarikh hari ini 30 Nov 2012? Well, hari ini mungkin takkan dapat dilupakan sampai bila2.. Kerana genap setahun dia meninggalkan kami... 30 Nov 2011.. Ya, Arwah Ma.. Mak mertua ku di dunia dan akhirat... Rindu Ma... Rindu masakan Ma... 


Okey saya melampau. Ingat makanan pulak. Sorryyyyy T_____T. Wuwu. Yelah, dulu masa mengandungkan yayen, aku mimpi makan masakan ma. Iaitu ikan masak lemak kuning. Tak tahu ikan apa tapi kalo buat masak lemak kuning memang arwah suka masak ikan tu. Macam ikan merah tapi bukan. Sorry iols tak kenal ikan T__T. So lepas jer terjaga dari mimpi tu aku terus bgtau MK. Dia plak pegi cerita kat mak dia. Then, balik ganu hari2 arwah mak masak ikan tu. Fuhhh. Makan pulak dengan sambal belacan arwah buat.. Ya Allah sedapnyaaa. Apsal sedap sangat ma masak? Lepas tu ma suke tengok aku makan. Aku makan banyak. Anak2 dia makan banyak jugak tapi sebab dorang kurus2 so tak best sangat kot. Tengok orang tembam makan lagi syok kot. Huhu. Lepas tu memang arwah suka masak macam2, lepas tu, bila dia tanya aku makan tak menu tu? Aku jawab aku makan. Sebab aku memang makan semua benda kecuali hati ayam/lembu. Tu laaa arwah suka masak macam2. Sebab dia tau aku akan makan punya. Haih.. Rindunyaaa....


Okay lagi sekali melampau sebab cerita pasal makan pulak. Ciare, baik kau stop taip sekarang!! Ok bye!


Tipu jer...


Apepon masih teringat setahun yang lepas, waktu subuh dalam jam 6am lebih.. MK dapat call dari adik dia... 1 ayat jer.. Yang akan diingat sampai bila2.. "Ma takdok doh..." Pastu menangissss.... Terus kemas2 beg balik Terengganu....


Dan hari ini, kami akan pulang ke Terengganu juga... InsyaAllah esok pagi kami akan melawat pusara Ma...


Setahun sudah...


Al-Fatihah..


 

Crepe durian

Assalamualaikum ;;)


Sekarang ni memang wabak crepe durian kan uols? Ramai dah terjebak termasuk aku. Tapi rasanya menu ni dah lama dalam pasaran tapi entah kenapa semenjak penggunaan fesbuk ni, bila dah start 1 perkara, lepas tu best/sedap pulak tu, terus jadi fenomena ;;) Sama la macam dulu fenomena red velvet, rainbow cake, pavlova dan macam2 lagi lah. Errr tapi fenomena makanan jer lah yang aku perahsan. Hehe. Iols kan kuat makan. Hew Hew... Anyway terbaru pula adalah fenomena crepe durian atau pancake durian whatsoeva lah kan. 



Nak nak pula time mengandung ni pantang tengok makanan orang post kat facebook terus tergoda dan dan nakkk jugak. Terus rasa nak lempang diri sendiri sebab cepat terpengaruh kannn. Dah la order2 pon main kat fesbuk jugak. Aduhaii, senang sungguh hidup manusia sekarang kannn ;))


Anyway crepe durian yang aku makan ni aku beli dari Ira atau dalam fesbuk namanya adalah Garam Dan Gula. Nak order pergi lah terjah fesbuk beliau. Hehe. Memang sumpah tak menyesal order dari Ira sebab sedapppp holiauuuu sangat2. Masa amik tu, masuk kereta, terus idung rasa ditusuk2 bau durian. Tak ke namanya crepe beliau kaya durian?? Sebab kalo krim yang lebih iols tak suka. Nak durian yang lebih. Sebab nama pon crepe durian bukan crepe krim hehe ;)) Aku beli 2 set. 1 set RM10 dapat 5 pcs. 1 set jer abes aku ngappp dalam masa 5 minit dalam kete. 1 set lagi bawak balik rumah. Konon nak bagi MK rasa sekali mamat tu taknak daaaa. Fuhh lega tekak makan semua skali. Hakhak.. Pueh ati den.. Selain tu aku suke crepe durian yang Ira buat sebab kulitnya nipisss aje. Lebih nipis dari kulit popiah. Sebab aku penah dengar orang komplen dapat yg kulit tebal whatsoeva. Kalo tebal dah rupe lempeng la pulak. Mana feel kannn.


Hah sementara tengah musim ni, elok2 lah korang pergi mengorder hehe. Aku asalnya nak order lagi tapi sebab dah beli durian dan buat bubur durian seperiuk lepas tu aku makan sorang2 selama 3 hari, rasanya enough la durian kot untuk tahun ni. Tahun depan2 pulak rasa lagi. Hehe, until then, see you next time durian. Kihkih :-h


Mini blogger gathering

Assalamualaikum ;;)


Wuah wuah lambatnya mama yayen update pasal mini gathering ni. Soooo lambat hehe. Anyway sebenarnya bukanlah mini blogger gathering sebab perkara ni dirancang melalui twitter. So adakah tajuk yg sesuai twitterland gathering? ;)) Dan..... jangan lah sesiapa merajuk jika perkara ini tidak dipanjang atau dengan kata lain dijemput kepada semua secara besar2an. Sebab serius memang plan secara tetiba di twitter. Pada siapa yang rajin hye hye kat twitter tu, pasti tau. Dan kami pon mengamalkan konsep jemput diri sendiri. Haha. Means, siapa yang perasan tweet kami boleh je cakap nak join jika available pada tarikh tersebut. Hah tak ke sempoi nyah? :D


So lets begin. Perjumpaan sepatutnya berlaku di Kolam Kanak2 Presint 9 tu. Macam2 tempat dah plan akhirnya decide kat P9. Aku sampai kat situ dalam 5pm skali hujan daaaaa. iols berdua jer okay dengan yayen. Punya la menggelabah takot nak bawak dia sebab dia kan aktif skarang. Kadang2 nak duk dalam carseat. Kadang2 taknak. Mujurrr pada hari kejadian dia okay. Siap tido2 lagi. Syukurrr.... Oleh kerana dah hujan, terpaksa pikir tempat alternative. Mujur laaaa umah si mama Iman Ariana kat belakang kolam tu saje. Maka serang rumah beliau. Hiks.


Makan macam nak jamu 20 orang ;))
Kami bertujuh aje pon pada hari kejadian. Aku, Zaza, Mar, Mekna, Fad, Ana dan Izza. Dan semuanya datang solo. Bawak anak masing2. Lebih senang dan selesa kott kalo husband takde. Tapi, make sure la dah dapat green light dari husband masing2 okay. Baru lah berkatt hihi. Bukan apa, kalo bawak MK aku pasti betapa bosannya dia. Dia bukan la jenis peramah sangat. Malu pon iye kadang2 tu. Tapi kalo dapat kawan yang bole cakap pasal kereta InsyaAllah dia akan bercakap seperti tiada esok. Non stop. Kihkih ;)) Kebetulan, perjumpaan berlaku pada hari Sabtu. MK keje okay hari Sabtu...

Baju purple sedang berjalan tu Iman Ariana. Baju pink tgh duduk tu Iman jugak. Baby nomei2 tgh baring tu adik Iman. Isma Nuha namanya. Dan si rambut fringe itu adalah 'Aish...

Yayen terpukau okay sebab Aunty Zaza bukak cerita Upin Ipin. Thank GOD!! HAHAHA. Thanks Zaza sebab pasang cerita fav yayen. Maka relax lah sikit aku sebab yayen terpaku di situ. Hihi

Gamba yang aku candid... Hehe.. Rasa benci nak bergambar ramai2 sebab sah2 aku paling besar kan. Koser ;))

Gamba yg dicuri dari blog Izza. Complete kesemua blogger ;;)
Majlis bersurai sekitar 8pm lebih... Still hujan masa tu... Mencabar betul. Alhamdulillah perut pon kenyang dan masing2 tapau bawak balik. Bagus senang iols takyah masak dah untuk MK. Hiks. Oh lupa nak cakap, dalam 6 orang ni, kali ni 1st time jumpa dengan Fad dan Izza. 'Jumpa' kat twitter banyak kali dah. Berborak macam dah bertahun kenal ;))


Apepon, MK memang bagi sokongan aku berjumpa kawan2 baru. Dia cakap bagus la sebab ada kawan baru.. Yang juga mak2 orang... Best.. Boleh tukar2 pandangan tentang satu2 isu, especially isu parenting.. Dan bertukar2 resepi :D


Thursday, November 29, 2012

Haris is 1

Assalamualaikum ;;)


Ya ampunnnnn..... Sorry Haris, aunty amik masa lamaaa sangat nak update pasal cerita besday kamu. So ini dia... ;;) Hehe... Anyway kisah ni berlaku last month. Tarikh sebenar aku kurang pasti. I'm bad in remembering date. Mujurkah date2 tertentu dalam hidup boleh ingat jugak. Dengan bantuan gadget2 yg ada reminder haha...


So, pada hari kejadian, aku car pool besan i, si mama liesa. Hehe... Thanks noks tumpangkan iols. Kalo tak, memang tak sampai aku ke rumah dd huhu..


Bagus Imani nak salam dengan Abang Yayen hehe

Tapi Abang Yayen boolayan. Tsk.. Anak aku dah dapat main gini lah. Dia main sorang2 pon dah bahagia huhu

Lalu merampas telefon dari tangan Imani. Whoops!!! Sorry Imani sayang... Huhu. Dia rampas sebab telefon tu mcm telefon dia kat rumah. Feeling dia punya lah tu. Perahsannnn anak haku

Haris. Insan yang diraikan. Bersama mama dan abi ;;)

From left: Liesa, Imani, Aku, Ezzan, Yayen, Dd dan Haris. Sususan adalah berterabur ikot dan hehe.. Bese la dah ada anak kecik gini lah. Nak pose proper pon payah nau...

Thanks dd dan keri sebab jemput weols. Makanan sedap2 dan aku asik mengulang tambah jer. Mujur bole buat alasan MAK BUYUNG KERAP LAPAR :D Hehe.. Sekian saja, daaaa :)

Wednesday, November 28, 2012

My 1st Aidiladha at Terengganu :)

Assalamualaikum ;;)


Akhirnya pada tahun ketiga perkahwinan baru nak merasa beraya aidiladha di bumi Terengganu okay. Kesian beliau nak masuk 3 tahun baru nak raya balik kampung hehe. Anyway bukan salah sesiapa tapi waktu tak mengizinkan.... Kerana...

Raya haji 2009 - Di Perak sebab Aidilfitri di Terengganu.
Raya haji 2010 - Aku bersalen sehari sebelum Aidiladha, so raya kat kota jelah. Seminggu pastu balik kampung berpantang di Perak.
Raya haji 2011 - Di Perak lagi sebab Aidilfitri di Terengganu.
Raya haji 2012 - Hah baruuuu merasa beraya korban di Ganu. Yeayy yeayyy :D

Sesungguhnya aku memang tertunggu-tunggu nak beraya di Tganu sebab orang kata beraya kat sana meriahhhh sangat2. So thats why iols sooo excited hehe. Maka, hari yang ditunggu telah tiba..... Jeng jeng jeng.... Debar tak? HAHA

Budak ni lagi over, kul 8.30pm dah tidor. Dia jaga semula 8am pg esoknya masa dah sampai Tganu. Punyalah lena tidor dalam kereta huhu

Perjalanan ke Pantai Timur bermula pada jam 8 malam. Memang dah agak akan jammed but what to do mike? Sebab MK tak dapat cuti. Jem pon jem lah. Bukan selalu nak redah jem kan. Dan timbullah pepatah baru, sediakan roti ketika jem. Eh ;))

Esoknya raya, so dah bersedia mental dan fizikal pasti akan jem. Sudahnya, dari bukit jalil ke tol Gombak saje udah berjam-jam. Kul 11 malam baru lepas tol Gombak. Kelas kan Maria? HEHE. Then sebab kepenatan, so singgah tidur kat Petronas sebelum Genting Sepah tu. Masa tu dalam 12am lebih. Teruskan pon tak guna sebabnya terlaluuu banyak kereta. Jadi keputusan untuk tidur sangat lah tepat. Jaga, jam 2,45am. HAHA. Then MK drive sampaiiiii lah ke Bentong. Itu pon jalan sangkut2 juga. Lepas tol Bentong LPT baru lah clear sikit. Masa tu dah 4am lebih. Aku pon offer untuk drive. Sebab aku dah segar bugar asik tidur. Well, MK memang hanya approve kalo aku nak drive kat LPT jer. Sebab kan jalan lurus. So aku driveee sampai ke tol terakhir, Jabor. Masa tu dah 6am. Singgah solat Subuh dulu. Dah subuh raya uols. Kereta penuh bersidai tepi jalan. Dah rupa pesta. HAHA. Dari tol Jabor MK sambung drive balik. Tepat kul 8am, baruuu sampai ke kampung halaman. Hah, tak ke 12 jam uols? HEHEHE. Hebat kan? :D

Di pagi raya yang mulia orang pegi sembahyang sunat aidiladha dan makan2, pakai baju lawa2... Kami pula sambung tidur berdengkuran anak beranak. Sebelum MK nak pegi solat Jumaat baru bangun semula untuk makan2. Fuhhh... Memang kenangan sungguh lah raya haji tahun ni. Hehe..

Eh tapi aku dengar cerita bukan Pantai Timur jer jem. Utara selatan pon semua jem uols. Nak ke Kedah pon berbelas jam kononnya. So kalo balik Perak pon aku suspect makan dalam 6-8 jam jugak tuh. Haruuuu ;))

Raya aidiladha pertama tak ada sebarang aktiviti sebab masing2 kepenatan, keesokkannya baru lah pergi ke pusara Arwah ma dan pa... And this picture was taken by my son ok. Terror sungguh.

Dan ini pula dalam perjalanan balik ke ibukota semula. Juga makan masa 12 jam. Hehe. Bertolak 2pm, sampai 2am. Hebat bukan ;))

Fuh terpanjang pula entry ni. Cerita pasal raya haji pulak tu, punya lah pekasam. Well, what to do, now baru ada masa ;;)

Tuesday, November 27, 2012

Happy at new taska :)

Assalamualaikum ;;)


Okay magic, harini ada 2 entry!! Kelas kauuu ciareeee haha ;)) Anyway ada budak tu kan, happyyyyyy sangat kat taska baru. So now mama tak ada nangis dah time ofis hour mengenangkan nasib anak, dan mama boleh kerja dengan tenang sebab mama rasa anak mama happy di sana..  Tarikh berkuatkuasa tukar taska ni hujung Oct lepas. Ke tengah Oct yer? Rasanya tengah2. 16 Oct kot. Hehe. Dan alhamdulillah Syukurrr... Dia happy kat taska baru. Maybe sebab banyak toys. Taska lama dulu, jangan kata toys, sebijik mainan pon tak ada. Kalo tak ada mainan, staff kena la entertain budak2 kan, ini tak. Dibiarkan je budak menangis melolong. Hey geram betul lahh. Benci benci kalo ingatkan balik apsal aku bole hantar anak kat situ. Nak ikut kawan kononnyaa.. Tp as for now biar lah aku ikut kata hati, malas nak ikut kawan2 dah. Hehe.


Happily ever after ;;) Eh gambar ni blur sebab lupa nak lap lense camera fon tu. Hihi...

Okay gamba ni dah clear kan. Hehe. Tengok tu anak bujang saya, dah ligat main slide. Dah reti panjat tangga sendiri dan turun slide tanpa bantuan mama dan papa. Cayanggg dia :x

Kesimpulannya, bila anak happy bangun pagi untuk pegi taska, mama pon effect happy sama. Tapi biasa lah kadang2 ada jugak meragam. Bukan sebab tak suka pegi taska, tapi sebab nak mengempeng sama mama dan papa.. Walaupon happy tapi budak2 pon tau sedih ditinggalkan parents setiap hari... Dan sudah semestinya mama jugak sedih terpaksa tinggalkan kami 10 jam sehari termasuk waktu jem. Huhu. Ketahuilah, mama sayang kamu, my son...


Rayyan dan Aqwa: hero dalam family kami....

Assalamualaikum ;;)


Seriously, ini cerita bulan bila tah. Memang entry basi masam dah ni. Yang penting cerita pasal birthday anak iols dah keluar... Hehe... Anyway, rinduuuu sangat dekat kat anak sedara yang sorang ni. Duduk jauh sangat kat Jitra nun. Maksu rinduuuu Alaqwa tauuu. Dah la jumpa kejap kejap. Tsk... Buat masa ni, yayen dan aqwa la hero dalam family kami. Almaklum lah, adik beradik seme perempuan, cousins pon ramai gegirls, anak sedara ada 2 gegirl, then baruuu muncul yayen dan aqwa. So bila jumpa kejap2 tak puas uols. Haih. Kan best kalo rumah adik beradik dekat2. Sedara mara semua dekat2. Jom semua balik keje kat Perak jom ;))


Alaqwa. Bakal abang juga. InsyaAllah will get a baby sister in December :)

Yayen apsal tah badmood masa jumpa Aqwa ni.

Lu apsal bro? Kata Aqwa hehehe....
Kononnya ada plan nak pegi Jitra masa cuti Deepavali dan nak sambut birthday Yayen kat sana. Tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki. Iols sedih okay :-s Umi kamu dah nak bersalen next month Aqwa, be a good son and a good brother okay. Muah muah...



Monday, November 26, 2012

Majlis hari lahir Khair Rayyan yg ke2 tahun...

Assalamualaikum ;;)


Hye hye uolsss :) Such a blessed month la November 2012 ni. Happy, bahagia. Hehe. Anyway blog ni memang dah bukan perkara penting dalam hidup. Kalo dulu rasa tergedik2 jugak bila lama tak update blog. But now, hah? What? Update blog? Apa tu? Hehehe... Tapi kerna masih mau mengabadikan cerita2 bahagia dalam online diary ni (eceh) maka, kita aktifkan semula bola kuasa. Eh tu skrip boboi boy ;))


Maka, tanggal 16 November baru baru ni, kami menyambut hari lahir Abang Baby; Muhammad Khair Rayyan yang ke 2 tahun secara kecil2an saje. Cuma ada family dan kawan2 rapat. Maaf la tak dapat buat meriah macam last year. Tak cukup masa dan tenaga nak buat semua tu.


Tanpa buang masa, layan gambar je lah ye.


The cake. Tempah kat kedai kek area rumah ni jer. Rainbow cake dan aku request kurang manis. Syukur, memang sedap dan mengikut rasa yang aku nak, iaitu kurang manis. Hehe

Ni gambar sebelum setting meja elok2. Well, tak cukup kakitangan nak jadi photographer. Amik gamba aci dan jer. Banner birthday pon takde. Sangat2 simple :) Menu nya adalah Nasi Lemak dan Bubur Kacang Hijau saja..


Besday boy dan besties

Nampaknya, 2 tahun belum tahu tiup lilin. Terkesima dengan api kot haha


Ni jer the only picture yang sempat amik. Hehe.. Gambo bertiga dengan papa pon takde ;p

Mini party ni memang last minit, sebab sepatutnya nak rai dekat taska jer, then tetiba Opah dan Mak Ndak yayen datang all the way from Ipoh, rasa mcm patut pulak buat kecil2an. Plan dalam masa 2 hari jer. Tetamu dalam 20 orang termasuk kanak2. Mujur Nasi Lemak Sedap sempat order ;)) Koser la nak masak. Then Opah yayen buat bubur kacang hijau. There! Complete :)


Thanx untuk hadiah2.. dan kehadiran dgn short notice invitation hehe. Hasrat memang nak buat meriah macam last year tapi tak cukup masa tenaga dan malas pon ado. Perut dah menjangkau 7 bulan ni, amatlah malas nak buat benda2 party ni. Alhamdulillah, majlis kecil pon dah rasa happy. Dan haruslah paling happy adalah abang baby kan ;;)


Friday, November 16, 2012

Happy 2nd Birthday, Abang Rayyan :)

Assalamualaikum ;;)


Syukur Ya Allah, di atas pemberian yang tak ternilai ini. Seorang anak lelaki yang sempurna di mata kami. InsyaAllah, akan kami pikul jawatan sebagai ibu bapa sebaik mungkin, sampai hujung nyawa... Terima Kasih, Ya Allah... Alhamdulillah...


Mengikut perkiraan aku, lagi 3 jam setengah dari sekarang, dua tahun lepas, aku dah mula sakit contraction nak bersalenkan abang yayen ;;) Ya Allah, betapa nikmatnya beranak uols. Dan betapa cemburunya masa, pejam celik, sudah 2 tahun bayi tersebut. Walaupun dah besar, Khair Rayyan tetap bayi di mata mama. U're always be my baby. Sobs. Tetiba rasa nak menitik ayo mate. Huhu.


Khair Rayyan, today, we'll going to do something special for you. Love you so much that I cant describe. Mama doakan, agar anak mama panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, cerdik pandai dan paling penting menjadi anak yang soleh dan hambaNya yang taat. Aminnnn.




p/s: Bukan tido lewat semata2 nak update blog.
Tp sebab baru balik jalan2 dan mengemas rumah.
Hihi..

Saturday, November 10, 2012

Cantiknyaaa kain cotton ni ;)

Assalamualaikum ;;)


Salam uolssss. Pada sape nak beli kain cotton, sila2 la jenguk ke Anggun Comel Collections. Ada macam2 corak yang gojes antara yang terhangat corak Paisley. Then ada corak butterfly, bunga dan abstract. Sila2 lah jenguk FB Anggun Comel ya. Oh harganya HANYA RM80 dan FREE POSTAGE :D














Thursday, November 8, 2012

Toyota Family Day @ A Famosa Melaka :) -- Part 3 (Jalan2 Melaka Town)

Assalamualaikum ;;)


Hoi ya hoiiih. Bila lah nak habis cerita Melaka ni weh. Sumpah aku pon bosan. Haha. Anyway oleh kerana dah mulakan, maka wajib habiskan. So this is the last part. Hari sebelum check out Villa De Amor yang best tu, kami breakfast di golf club. Nama pon golf club kan, soooo makannya super duper terbaekkk. Dan gamba makanan tiada. Bermaksud, aku sangat busy waktu makan ;))


Interior punya taman ni. Pintu entrance golf club lupa mau snap

Entrance ke tempat makan. Yayen paling laju

Mesmerized looking at the fishes. Asik sebut fish fish fish macam nak menyembur air liur. Haha

Perut 'labu' mama. Besar kan

Lepas check out pegi jalan2 town Melaka. Ni di atas menara Taming Sari. Fuhh kuss semangat, Kalau siapa gayat tak payah la naik hihi

Selat Melaka from Taming Sari Tower


Budak yang tak reti gayat. Aku yang seram nengoknya

Pose anak dan bapak

Bestfriend ;;)

 Sekian saja entry yang tak reti sangat nak taip apa. Sekian saja, wassalam

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha