Thursday, February 28, 2013

Pengalaman berpantang sendiri... Day 15

Alhamdulillah....


Harini hari ke 14... Dah 2 minggu usia Nur Hasya Hadirah. Kecik cinonet je anak dara aku ni. Misi KK yang datang rumah pon blom timbang berat latest dia. Macam tak naik pon berat dia. Haluihh ja aku tengok. Hehe.. Ate abang dulu keluar bambam terus keras2 gitu. Nak pegang pon tak kekok. Adik ni, alahai fragilenyaaaa... Mandikan dia pon secara koboi je. Sian adik.. Hehe. Sbb mama takot la nak mandikan lama2 takot tergelincir dari tangan. Huhu..


Okay straight to the point. Nak cerita pasal pantang sendiri. Yes. Tak balik kampung pon. Berpantang style bandar je. Ecewah. Konon nak hire maid la confinement lady lah. Cittt poodahhhh. Skaliiiii pantang sorang2. Ko buat la semuanya sendiri. Huhuk


Syukur sangat2 MK cuti lama. Sampai hari ke 12 dia cuti... So memang banyak dia yang buatkan. Dan seperti tak percaya je dia sangat helpful. Dari uruskan rumah, masak, tolong apa2 yg aku tak larat, uruskan Abang Rayyan etc etc.... Alhamdulillah.. But now dia start keje aku paham la sangat. Balik keje dia pon melepek penat. Tolong sikit2 bole la... Maka ko buat la sendiri ciare. Dan tadi aku diserang demam seram sejuk gitu. Bentan sikit kot.. Risau gak. Tapi lepas rest and tido dah ok sikit... Kalo tak ok tak ada lah buat entry ni kennn hihi...


Walaupon berpantang sendiri dan agak kelam kabut tapi semua aktiviti urut bengkung tungku tu still buattt. Walopon ada missed gak kdg2 tu. Tapi dulu masa pantang time rayyan mcm lagi banyak ngelattt jek. Hahah. Dan buncit perut pon turun laju sikit compare dulu... Tapi still tebal lagi perut ni. Sila kempis segera ok kalo tak baju peplum yang baru beli tu mana nak muat. Hiks.


Erm tu je kot nak cerita. Nanti story lain k. Kalo nak tengok gamba Hasya sila lah pollow instagram iols. Situ je mak gigih upload selalu. Hihi. Byeeeee....

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. tahniah... mari mencuba set berpantang dan menyusu dari Shaklee ...jom singgah http://sihat-sihatsokmo.blogspot.com/

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha