Monday, February 25, 2013

Pengalaman Bersalin di Pusat Rawatan Islam Azzahrah

Assalamualaikummm. Wuahhh laju je ko update blog sekarang ek ciare ;)) Kira laju la seminggu skali kan.. Da dapat sikit tune jadual anak2. Ecewah anak2 koooo katenye... Dah plural di situ. Dari anak sahaja sekarang dah jadi anak2. Makcik2 sangat iols sekarang. Mihmih... Makcik pon makcik la... I am one happy makcik. Kahkah...


Jadi... Entry ini adalah bertujuan untuk menceritakan pengalaman bersalen kali ke2... Entry wajib sebab sementelah memory masih fresh dan rasa 'sakit' still fresh lah kena tulis. Nanti2 dah lama lupa tak feel dah. Huks..


13.2.2013 10am. Checkup ke 40 minggu. Kebetulan MK still cuti sbb company Jepun bagi cuti CNY lama. Memang 1st time MK ikut time checkup di Azzahrah sebab biasanya aku pegi sorang. Mamat ni susah nak cuti or time off. Dengan Rayyan skali ikut pegi checkup. So pada hari tu memang penentuan bila nak bersalin. If air ketuban still banyak n baby belum berak boleh bagi extend 1 week. Tapi Doc cakap air ketuban tinggal 7. Minggu sebelum tu air ketuban 11. So bacaan dah kurang, Doc suruh datang esoknya utk bersalin secara induce. Doc check jalan and dah 2cm pun.. Oh lupa nak cite yg aku berurusan dgn Doc Mashitah dari checkup sampai bersalen. Dia niceeeee sangat. Totally recommended ok :)


14.02.2013 8.30am. Sudah terpacak di Azzahrah untuk menyerah diri. Rayyan dah dihantar ke taska awal lagi. Malam sebelum tu aku tak bole tido mengenangkan esoknya dah tau kena bersalen jugak. Mak is nervous dan sebak bila tengok muka rayyan. Wuwu... Sesampai di sana terus warded. Mak Bidan datang check laluan dan nurse buat bacaan CTG kat perut tu. Dah 3 to 4 cm tapi aku belum sakit lagi. Kul 11 am masuk labour room dan pasang drip ubat induce. 11.10am contraction mild. Sammmmmpai laaaa kul 2.30 contraction makin kuat. Aku request ubat tahan sakit sebab nak solat zohor. Skali makin sakit daaaaa. Kul 3.30 sakit sangat2 macam tulang belakang tu kena hiris2 dgn pisau. Wuwu. Aku request epidural skali tak bole dahhh sebab dah 8cm. Uhuks. 3.50 macam tu dah rasa nak teran. Tapi macam tak reti je noks nak teran ni. Hebat betul dengar cerita orang sekali teran anak dah keluar. Aku ni tak paham macam mana nak teran waktu yang sama contraction sakit gila. Aku siap cakap kat doc nape tak bole teran time takde contraction?? Wuwu. 4.05 macam tu doc decide utk vaccum jer. Masa tu lah aku rasa maha sakitnya... Tak tergambar sakitnya. Rasa kena tembak tapi tak penah pon kena tembak, bole? Agagaga.. 4.10 kesakitan hilang sekaligus dengan keluarnya baby G... Legaaaaaaa... Syukurrrrr sangat2.... Proses2 lepas tu ok jer. Jahit sikit je. Alhamdulillah.. Berat baby 2.8kg je uols. But still kena vaccum. Hebatnyaaa wanita yg bersalin anak besar2 takyah vaccum segala. Uols memang superb ohsemm!!


Kul 6.30 baru dapat pegang baby. Dan breastfeed baby. Kul 7 masuk ward. Single room. Dah rupa bilik hotel. Mihmih... Layanan pon sangat2 tiptop. Memang recommended la siapa nak bersalin kat Azzahrah ;;)


Gitu lah serba serbi pengalaman bersalin buat kali keduanya. Yang aku ingat lepas bersalin tu, lepas doc dan nurse keluar, ayat pertama aku cakap kat MK 'ayang taknak beranak dahhh' hahaha.. Gitu la ayatnya. Dulu pon itu jugak ayat aku cakap tapi beranak jugak lagi. Sakit konon. Tapi kau cari jugak sakit tu balik. Hahaha...





Pertama kali memegang dia... :) Masa keluar dari perut tu aku just tgk gitu2 je. Tak lalu dah nak pegang2. Dan just tengok dari atas katil masa proses mencuci baby G tu... Sweeeet sangat moment tu. Masa sakit bersalen tu tak.sweet langsung. Hehe. Apepon terima kasih Allah... Terima kasih Doc Mashitah, mak bidan dan nurse2 yang membantu...


Dan baby G darling telah diberi nama Nur Hasya Hadirah :) Cahaya kesempurnaan yang bijak pandai.... Alhamdulillah... Err G tu girl... Bukan Gina ;))


Okay lah. Next entry nak cerita sikit ward best yang aku dapat masa warded tu ;) See ya later peeps. Wink ^_~

posted from Bloggeroid

15 comments:

  1. Congrats.. Best ya.. Syukur dah selesai semua...

    ReplyDelete
  2. Congrats dearie, dah jd mother of 2. Congrats Abam Rayyan sbb dah jadi big bro. Euwww kenapa-kah time cerita pasal sakit beranak, terus ku terbayang kesakitan masa lalu?. haha. btw sakit yg berbaloi kan. :)

    Selamat berpantang u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit memang berbaloi...sakit membuahkan hasil...tp still ngeri lagi... Tq yer :)

      Delete
  3. waa saya cuak bole? baby ciare comell sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole je cuak tp jgn pikir sgt sbb sakit tu sudah pasti. Just fikirkan baby je k :)

      Delete
  4. salam...
    boleh sy tahu berapa cost utk deliver di az-zahrah?
    thanks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azzahrah panel company sy so xtau berapa kosnya. Pakai GL.. Sorry not helping. Huhu

      Delete
  5. ni yg rasa nk bersalin kat azzahrah ni hehehe...yup gtau la kosnya yer..senang nk buat kira2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh meh bersalin kat azzahrah hehe. ala kite pakai GL la. xtau bape kosnya. Tgu HR inform dulu :)

      Delete
  6. tahniah ...lps ni giliran kak aya pulak..

    ReplyDelete
  7. mesti best bersalin swasta yer dpt layanan first class gitu.. neway tahniah dah selamat semuanya

    ReplyDelete
  8. fuhhh nervous plak bila bc experience ciare..nak melaluinya plak lagi beberapa minggu ni..tak kisahla vacuum pun janji selamat semuanya..dina puntak reti la nak push push ni..gigih kot praktis breathing teknik la apa skrg ni..nnt the real day tak tau camne

    ReplyDelete
  9. sis nak tanya.. brapa total cost kat situ dia charge utk your cases?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hai :) Bil around RM29** haritu. Thank God company cover. Huhu... Hrp info ni membantu :)

      note: tp ni sbb executive room rasanya. my fren bilik single biasa bsalen normal around 2000 je harganya

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha