Tuesday, March 5, 2013

1st night with Nur Hasya Hadirah...

Assalamualaikummm ;)


Okay ramai yang tanya berapa kos bersalen kat Azzahrah tu. Sesungguhnya iols tak tau. Sebab pakai GL ofis. Panel company katanyaa... Tapi masa sebelum warded tu ada tanya staff situ.. Range harga kalo bersalin normal maksimum RM3K kalau amik semua procedure painkiller,epidural dengan vacum. Aku just painkiller n vacum je. Epidural rm700 kalo tak silap. Kat bawah ni harga ikut bilik..


Bilik 4 bedded RM90 1 malam
Bilik 2 bedded RM120 1 malam
Bilik single RM180 (kalo tak silap) 1 malam
*meals incl


Aku amik bilik single. Sbb bilik lain tu suami tak bole teman. Perempuan je bole teman. Ikut pengalaman, memang perlukan peneman bila lepas bersalen. Sebab semua benda perlukan bantuan hatta memakai sepender. Jadi memang kena amik bilik single sebab aku takda perempuan yg bole jadi teman. MK jela satu2 peneman setia aku...


Tapi dengar cerita kawan yg baru bersalen di putrajaya presint 8 (seminggu lepas aku bersalin) dia dapat bilik single okayyy. Bernasib baik betul lah. Ko ingat senang nak dapat bilik single kat hosp gov?? Hihi...


Anyway perlu diingatkan di sini, bersalin kat private ke gov ke, sakit tetap sakit. Tak semestinya bayar mahal tak sakit. Kalo amik epidural sah2 la tak sakit kan. Tapi ubat bius abis karang sakit jugak koo. Cuma sebab utama aku pilih Azzahrah sebab dia pusat rawatan islam. Doc perempuan. Staff2 o&g semua perempuan. Serik rasanya bersalen kat hosp gov pelbagai doctor lelaki perempuan ada bukan islam pulak.. Seluk2 baekk punya. Serius rasa kena rogol je. Huhu. Jadi, jika ada pilihan apa salah pilih yang islamik sikit. Paling bersyukur laaaa sebab company punya panel azzahrah.. Dan bole cover kos bersalin. I love u lah company! Nanti naik kerja akan lebih bersungguh2!! Eceh ;;)


Sekian saja laporan dari saya tengah malam buta ni. Daaaaaa

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Annur year 2010 punya kos tu Ciare kihkihhh
    3 years later, kite tunggu & lihat jelah. Kite rasa cecah RM4k ^^
    Akhirnya kite pilih Annur jugak sbb looks like lebih byk komplikasi for this 2nd pregnancy. Hrp semuanya OK. Doakan kite yer ^^

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha