Tuesday, April 23, 2013

Being Mom of Two, So Far....

Assalamualaikum ;;)

OK take 5 kejap buat coding. Phewwwww. Nak membebel jap. Haha ;)) Anyway dulu dah berazam nak buat at least ONE DAY, ONE ENTRY. Konon laaah. Kelaut jadinya weh. Jangan kata one day one entry, malah one week one entry pon macam tak nampak bayang nya kan. Itupon sebab ada update pasal Alpha Lipid SD2 dengan jual tudung chiffon 3 layer tu. Kalo takkkk, lagi lah tak tahu mana arah tujuan blog ni dah. Kesiannn Ciare's Land ni.. Telah diabandon kan.

Speaking of the title of this entry, dah tau lah kan mak nak membebel pasal apa. I reaaaaaaallyyyyyy need more hours in a day. 24 hours not enough okaaay. Dah seminggu start kerja tapi masih lagi terkelam kabut nak menjadi emak kepada seorang bayi dan seorang lagi toddler yang betul2 menguji kesabaran sebab dia nak attention setiap masa T________T

Serius, jadi emak lagi penat dari jadi seorang programmer. Tapi gaji programmer lagi besar dari gaji seorang emak. Tapi pahala seorang emak lagi besar dan banyakkkk dari pahala seorang programmer. Oleh itu, bersabarlah wahai emak :)

Secara kasarnya jadual seorang emak beranak dua adalah begini :-

5.30 am: Bangun terpisat2 gosok mata pastu terlanggar dinding masa nak tekan suis lampu ;)) Bangun kemaskan dapur dan kemas rumah yang mana tak siap kemaskan malam tadi. Bukan la aku ni pengemas sangat tapi stress jugak la bila barang2 bertaburan. At least lantai clear tak ada toys, sinki dapur clear takde pinggan mangkuk tak basuh. Mandi solat subuh. Sidai kain. Bersiap diri sendiri.
7.00 am: Abang Rayyan bangun dan menghuru harakan balik rumah :D Then entertain dia nak main etc. Sebab kalo tak layan dia nanti dia merajuk and nangis.
7.15 am: MK pergi kerja. Time ni nak memujuk rayyan pulak sebab dia pasti akan nangis sebab papa tinggalkan dia. Alahai anakk...
7.30 am: Angkut barang2 masuk kereta. Beg rayyan, beg hasya, beg laptop, beg alat2 mengepam, beg tangan lagi. Pftttt moga emak cepat kurus. Aminnn. Haha
7:45 am: Bangunkan adik untuk menyusu
8.00 am: Gedebuk gedebak pukul 8 jugak paling awal baru keluar rumah.
~~~~~~~kerja macam biasa. mengepam pada 11am dan 4pm ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
6.15 pm: Sampai taska amik anak2. Sampai rumah curi2 masa berehat kejap regang2kan otot badan (kalau anak2 tak meragam la. Wuwu). Siap2 kluarkan bahan2 nak masak jap lagi.
6.30 pm: MK sampai rumah.Sinsing lengan baju kurung, bukak kain (perlu ker cite bukak kain? HAHA) dan berketang ketung masak di dapur. Masak simple2 jer. 1 lauk, 1 sayur. Atau lebih cerdik masak 1 lauk jer yang mengandungi lauk dan sayur sekali. Peberet kami adalah sup dan tomyam. Senang sebab campak2 jer. Mujur la tekak MK masih samaaa macam dulu. Tak cerewet. Kalo ikot dia buat ikan goreng je cicah budu. Tapi aku sendiri tak lalu telan kot haha. So gigih la masak yg sempoi2.
7.30 pm: Siap masak. Mandi. Solat.
8:00 pm: Suap abang rayyan makan dulu. Masa ni Hasya da start meragam merengek. Sementara aku suap rayyan makan, MK jaga hasya yang merengek2 tu. Pastu MK makan dulu, aku tengok2 Hasya. Atau sebaliknya la. Yang pastinya kena bergilir2 lah sebab itu memang time Hasya nak orang layan dia. Nak sembang2. Hehe
11 pm: Waktu ni anak2 dah bertenang. Biasanya rayyan dah tido sekitar kul 9 macam tu tapi tengok la jugak tenaga dia mcm mana. Kalau cergas memang lambat la tido. Kalo penat awal tido. Gituuu. Yang pasti hasya memang tido pukul 11. Sebab dia jenis tido siang. Kat taska pengasuh kata senang jaga hasya sebab dia tido jer. So malam dia berjaga nak main dengan papa mama ;;)

~~~ So start 11 pm la aku baru start boleh buat kerja rumah or coding kerja opis ke. Mula la mesin baju, lipat kain, kemas dapur, kemas beg anak2 nak pegi taska esok, nak layan FB, nak balas reply customer tudung (ehem), nak balut2 semua. Phewwww ~~~~ waktu taip ni pon rasa tak cukup napas inikan nak melaluinya di alam realiti. Haha. Aku rasa kalau jadual bapak pendek je kot. Nak jealous boleh? Hahaha... Tak apalah, aku ikhlas buat kerja2 ni. PAHALA babe :)

OK lah stop dulu. Sambung kerja joms

2 comments:

  1. supermom kan :) tapi best kan...

    ReplyDelete
  2. baru nak cakap supermom..tp dah ada yg commentkan supermom..hehe
    haii..mcmanalah kyen nanti..aduss...takutnya nak masuk alam ibu bapa nih..risau sgt xbersedia..tp mudahan dipermudahkan Allah..aminn

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha