Friday, August 2, 2013

Welcome Ramadhan & Syawal (soon)

Assalamualaikum ;;)

Wuahh motip ciare? Lagi seminggu ramadhan nak meninggalkan kita baru nak welcome2 Ramadhan bagaiiii. Well, sorry. Mak busy. Serius. Busy. Bulan Ramadhan betul2 bulan mencari rezeki pahala lebih. Sebab itu saya utamakan Ramadhan dari tulis blog. Eh.

Dan sekarang, stuck dengan work kejap (working lepas sahur kau ado?) dan sementara dan solat subuh maka terhasillah entry ini.

So bagaimana Ramadhan uols? Bersyukur rasanya... Berpeluang lagi menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah. Dan ketika menjadi seorang Emak kepada 2 bayi (rayyan bayi ke?? haha), tanggungjawab menjadi isteri tu jangan diabaikan. Bulan Ramadhan ni bulan berkasih sayang. Sebab, banyak aktiviti dilakukan dengan suami sama2. Solat sama2, sahur sama2, berbuka sama, mengaji sama2. Ya Allah... Alhamdulillah :') :x

Seronok sangat. Dan sedih, tak lama lagi Ramadhan nak meninggalkan kita. InsyaAllah puasa penuh tahun ni. Seronok sangat!! Hope, dapat bertemu Ramadhan lagi tahun depan, Ya Allah.. Panjangkan lah umur ku, suami ku, anak2 ku, emak ku, adik beradik ku, saudara mara ku... Semoga kami bertemu lagi dengan Ramadhan yang seterusnya. Aminnnn....

Dan seperti biasa, soalan PANAS. Beraya di mana tahun ini?? :) InsyaAllah akan beraya di Terengganu. Soalan panas kedua, balik Perak raya ke berapa? Sorry mak tak balik Perak raya kali ni. Tahun ni kami adik beradik buat keputusan beraya di rumah suami SAHAJA. Tak balik kampung sendiri. Begitu. Mak pula beraya dengan my sis. Tak rindu mak ke di pagi raya? Gila ko tak rindu! Tapi tak apa, aku dah berpeluang berpuasa dengan mak selama 2 minggu lebih. Jadi, bersyukurlah. Pagi raya boleh video call. Apa susah :) So kepada orang2 Perak, do not miss me ok. InsyaAllah boleh jumpa di hujung2 syawal masa wedding cousin nanti. Jumpa di sanaaaaa ^___^

Haih even MK questioning me everyday since raya makin dekat ni, "Betul ke taknak balik Perak ni?". Hehe. So comel. Betul sayang, my raya is when i'm with you baby. So lets raya anywhere, be anywhere, but my raya is when i'm with you... :x

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha