Thursday, September 26, 2013

Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Innalillah...

Assalamualaikum ;;)

Semalam, jam 2.02 minit pagi, ibu saudara saya (kakak kepada arwah bapa saya) telah kembali ke rahmatullah. Sakit tua. Infact pelbagai sakit arwah kena tanggung sehingga ke hujung nyawa beliau. Sampai anak2 relakan pemergiannya. Tak sunggup tengok arwah terseksa dicucuk sana sini, wayar sana sini, tekan sana sini, besi sana sini... Dah beberapa bulan arwah dalam keadaan begitu. Mesti sakit kan...

Dan petang selasa tu arwah sakit perut tak boleh membuang yg kecil/besar. Masuk ICU (baru je balik hospital dalam 3 hari sebelum tu) dan doktor kata darah dah masam or basi. Kiranya darah dah kotor sebab buah pinggang tak dapat cuci. Nak buang air kecil pon tak boleh. So darah kotor. Doktor nak dialisis darah dia. Proses tu 2 jam. Cucuk di pelbagai tempat sebab tak jumpa salur darah. Salur darah pon tak jumpa sebab darah dah kotor. Tak ada oksigen untuk alirkan darah baru. Sampai ke hujung nyawa darah melimpah ruah. ya Allah...

Tau je berita terus shoot balik perak. Tapi tak sempat tengok arwah buat kali terakhir. Dikebumikan awal sebab darah banyak keluar. Sempat lah kami ke kubur... Masa tu dah habis baca talkin pon... Semoga arwah ibu saudara saya dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Alfatihah

2 comments:

  1. Innalillah..al-fatihah buat arwah..moga di tempat di kalangan org beriman..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha