Thursday, September 12, 2013

Lukisan di dinding rumah ku -- siapa artistnya?

Assalamualaikum ;;)

Pada suatu hari Jumaat malam Sabtu, tepat jam 12.30 tengah malam aku dikejutkan oleh suara budak menangis. Meremanggg bulu ketiak mak oke. Kebetulan malam tu tido awal. MK tido kul 10 lepas telan panadol, tak sehat suam2 kuku. Aku dengan mek Hasya tido kul 11 lebih macam tu. Rayyan pula masa tu tengah layan tab sebelah papa dia yang dah pessang (read: pengsan) tu.

Bunyi menangis tu mengejutkan aku. Suara tu dari hujung kaki. Seramm mak nak bukak mata. Dah la gelap gelita. Dalam samar-samar tu nampak macam Rayyan. Dia nangis tutup mulut. Tangan kanan dia macam kotor/comot. Aku beliak la mata luas-luas sebab gelap kan. Rupanya ada crayon warna dark blue kat tangan dia.

Oh sudah. Aku jeling kat dinding belah kanan -- Selamat. Selamat dah diconteng. Lepas dia conteng dia menangis. Bole? Tujuan dia menangis = sebab takut kena marah. Hihi. Kelaka pula rasa. Memang terus tak jadi nak marah. Just pujuk dia tido je. Jom tengok hasil lukisan beliau.


Bukan dinding je. Comforter tu pon kena jugak oke. Hmm. Bertabah jelah. Biasanya malam2 memang ajar dia melukis/mewarna/menulis. Dan lepas tu aku akan simpan crayon tu. Malam tu pun dah simpan crayon. Tapi maybe ada yang tercicir kot. Maka dia bosan tak boleh tido agaknya terjumpa lalu melukis dengan bangganya. Tapi bila dah siap melukis baru perasan buat salah dan takot kena marah ;))

Malas nak padam. Biar je lah. Buat kenangan. Kan?

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha