Tuesday, September 10, 2013

Solid Food for mek Hasya

Assalamualaikum ;;)

Dan..... Fasa seterusnya si emak akan bertambah satu lagi kerja. Menyediakan solid food utk si bayi comel bam bam rasa nak picit2 je tu hihi. Bertambah kerja mama pon tak pe nakk. Asalkan awak makan mama pasti suka. Tapi kalau awak tak makan makanan yang mama buat sampai berpeluh2 sakit2 lutut ni siap laaa. Hihi. OK tak ugut macam ni ;))

But, am not a good mom pon. Sebab mama asik ponteng ke dapur. Entah lah. Lepas raya ni tengok bermacam-macam makan lepas tu dapat pulak cirbir lepas pergi openhouse terus rasa trauma nak makan kejap. Tapi kejap jela trauma tu. 3 hari lepas sihat terus melantak sakan balik. Mihmih. Cuma nak masuk dapur tu masih trauma. Eh, jangan lah percaya, bukan trauma namanya. Tu penyakit malas yang tiada sebarang drugs boleh mengubatinya. Kesian saya.

Maka, dah banyak kali lah si mek Hasya disuapkan cerelac punya nestum berbanding dari air tangan mama nye ni. Haih. Jangan kata makanan si hasya, tapi makanan seisi keluarga pon semuanyaaa beli je. Alkisahnya i baru nak tune balik jadual isteri bekerjaya cum mama cum housewife ni. Susah kot. Sebab bulan puasa dah terbiasa mak ada kat rumah. Mak tu sakit2 pinggang pon suka sangat tolong kemas rumah anaknye yang bersepah ni. Siap lipat2 baju. Dah ugut jangan kemas pon dia buat jugak. Siap ugut kooo. Haha. So bila mak dah balik Ipoh, nah kauu. Buatlah semuanya sendiri. Tu yang terkedek2 sikit.

Start semalam baru OK sikit. Dah start masak. Siap buat minum petang lempeng nyor dengan sambal ikan bilis. Lepas tu masak dinner pulak. Phew, sungguh rajin iols. Hihi. Dan mama pon mula memasak untuk Hasya. This week menu Hasya potato lenyek saje. Yeayy :D

So, untuk ibu baru dan ibu-lama-yang-dah-lupa boleh tengok hasil googlean saya di bawah. Mana tau boleh dapat idea nak masak utk si kecil malam ni. Let's!

*sila klik gamba utk lebih jelas ye adik2*






Selamat mencuba!!

4 comments:

  1. Teringin nak bagi baby makan... xde rezwki... doakan saya cecepat dpt baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan ada rezeki nak berbaby tu nanti :) Amin..

      Delete
  2. Ciare, nak share ye.. sgt berguna. taks abar nak tggu baby boy ni lagi 2 bulan nak bagi solid food jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole boleh sila lah. memang utk dishare pon :)

      Salam kenal ^_^

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha