Thursday, September 12, 2013

Tak berapa gigih dah sekarang

Assalamualaikum ;;)

Dulu kemain rajin. Tiap2 bulan update timeline pembesaran MKRayyan. Dan timeline terberhenti pada umur beliau 24 bulan. Bukan la sebab tak besar-besar tapi sebab mama yang sibuk membesar. Masa MKRayyan berumur 24 bulan @ 2 tahun yang manis, aku sedang pregnant 6 bulan nak masuk 7 bulan gitu. Konfem laaa makin lama makin malas. Dan akhirnya terus stop.

Jujurnya, tiap hari aku masuk blog sendiri (walaupon tidak update) sebab nak tengok timeline tersebut. Rindu MKRayyan version baby sampai ke toddler. Rindddduuuu sangat. Comellllll sangat dia masa baby. Erm sekarang bukan lah tak comel, tapi comot tu mengatasi comel HAHA. Yelah budak tengah lasak kan. Aku dah siapkan dia ensem-ensem, beri dia seminit je. Lompat sana lompat sini berpeluh sakan terus comot masam pahit payau semua adalah ;))


Sekarang anak dah dua macam tak adil pula kalau adik tak ada timeline pembesaran dia kan. Tapi kalo nak letak semua kat page utama tu, sesak lah blog iols. So cadang nak remove timeline tu, dan masukkan ke menu 'My Love ♥ ' kat atas tu. Haaa nampak tak nampak tak? Cer klik :D Tapi sebab mamanye tak berapa rajin, so tak complete lagi. Tsk tsk.

Nanti la mama free mama sambung ye, anak2. Nanti dah besar, senang la korang tengok. Boleh gelakkan muke masing2. HEHE

OK mama banyak keje, bye!


No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha