Monday, October 21, 2013

Eidul Adha 2013 :)

Assalamualaikum ;;)

Monday blues uolssss. Malam tadi baru sampai dari Terengganu so kepala agak weng weng sikit ni. Dah rasa mabuk darat naik kete 7 jam. Huhu. Ok nak cerita pasal Raya Haji tahun ni... Weols beraya di Perak. Balik Terengganu tu weekend semalam je Sabtu Ahad saja2, tapi raya haji di Darul Ridzuan tahun ni. Seperti biasa, sistem giliran dah paham2 sendiri dah. Ikut turn. Takda maknanya nak berebut2 bagaiii.

Kami balik Perak hari Ahad before raya haji tu. Sampai dalam 5.30 petang sedang elok dengan majlis kesyukuran kat rumah mak sedara sedang berlangsung. Then macam biasa lah akan tiduran di Ipoh rumah my sis lorh. 

Pagi Raya :)

Rayyan dan kakak2 princessnya hihi

Women and gegirls dalam family kami (kecuali rayyan haha) -- Makcik Maklang Cunina Cuila Makngah Makndak dan Mak.. Yang tiada adalah Makuda je.. Hasya nampak pempes -- untungla haha

Pak sedara, anak sedara dan cucu sedara. 3 generasi. Hihi. Abang Ed dan Aqwa dalam percubaan membuat sarangeyo ke? hihi

Pagi Raya Haji lepas kaum lelaki Solat Sunat Aidiladha baru kami gerak ke Kampung. Mula2 singgah Bota melawat kubur arwah bapa saya. So sad, sebab ada pokok tumbang atas kubur arwah. Adalah dalam 5 6 kubur jadi mangsa runtuhan pokok. Tsk tsk. Baca doa dari jauh je. Tak dapat sentuh batu nisan.

Lepas tu terus shoot ke Kampung mak. Melawat rumah bapa2 sedara. Aktiviti utama sudah pastinya makan. Hihi. Rumah Pak Ngah makan rendang, gulai, ketupat nasi, ketupat palas,rambutan pulak. Phew... Rumah Pak Lang makan laksa mee hoiii!! Laksa mee tuuu. Ko hado? ado? Takdooo kan? :D Laksa mee ni biasanya orang belah pantai macam weols je tau. Memang tak wujud di negeri lain. FYI kampung Mak dekat laut. Kampung Nelayan gituuu. Alhamdulillah hilanggg mengidam kepada Laksa Mee. Thanks Mak Lang :)

Tengah melantak laksa mee la tu hihi
Mekcha sama macam abang. Suka kuih baulu. Sooo traditional anak2 mama ni. Hiks

Rumah terakhir rumah Pak Cik pulak. Dekat Setiawan nun. Yeayyy dapat soto sedap oleh makcikkk. Siap kuah kacang segala. Memang mantap ah. Pastu Makndak pula datang bawak Kek Rainbow. MasyaAllah. Sedap dan rasa nak molotop perot den. Hakhak.

Kali ni raya memang secara express sebab petang raya kan dah kena balik bumi Selangor ni. Ate, besoknya dah kena mencari rezeki semula gitu kan.. Paling kelaka rasa raya taun ni macam kartun sebab tergesa2. Rumah Pakngah 40 minit, rumah Paklang 40 minit, rumah Pakcik je lama sikit sebab rumah last. Dalam jam 4 lebih tu balik Ipoh. Then gerak dari Ipoh lepas maghrib gitu. Fuh memang express gile. Yang penting walaupon kejap tapi sempat la jumpa sedara mara semua. Dapat salam semua Mak dan Pak sedara kecuali sorang Pak Sedara je tak dapat jumpa sebab dia tak sihat. Cousins je tak jumpa semua sebab yelah, ada yang belajar dan kerja jauh2, tak sempat pulang. Kesian hihi.

Bila lagi nak balik kampung? Hujung taun ni cuti MK habis dah. Memang macam tak ada chance nak cuti2 lama. Cuti weekend jelah kalo nak balik pon. Looking forward to November sebab nak celebrate birthday Khair Rayyan. Dan Disember ada wedding cousin di Terengganu. Baju nak pegi kenduri dah beli dah matching2 colors gituuu. Can't wait!! ^___-

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha