Thursday, October 24, 2013

What's up mommy of two??!!

Assalamualaikum ;;)

Homak aihhh. It's 1.19am and i'm still awake and segar bugar. Mesti lah segar sebab tengah tulis blog kan. Tadi tak segar sebab tengah bercoding. Sikit lagi dahi nak terhantuk dengan keyboard macbook mak ni. Ceh motip kena mention macbook? Mesti lah kena mention. Tajaan company kotttt tuuu. Hihi. Tapi kalo tak keje dengan company ni dah kena pulangkan la balik. Jangan syok sendiri buat rete plak. PULANGKAN :p

So what's up? Nak cerita apakah? Hmmm. Tah la. Asik2 duk lah cerita pasal anak2 (sewajibnya), pasal diri sendiri yang vain tak boleh blah, pasal where I went, what I did so on so on.. Pendek cerita, semuanya cerita bosan2 je pon. Diri sendiri je syok sendiri kononnya hebatttt sangat ko ciare macam retis. Perasan gile. Kesian...

Haha makin lama cara aku tulis blog makin saiko pon ado. Kuikui. Memang pathetic ko nyah.

MAMA YANG GIGIH SANGAT NAK #SELFIE KESIAN KAT ANAK2 JADI MANGSA SELFIE BELIAU. WAKAKA. AIYOOO NAMPAK LUBANG2 DAN ANASIR2 ALIEN DI PERMUKAAN KULIT MUKA KU. PFTTT SANGAT TAU SHEOLS

Aku mengidam nasi minyak orang kawen style negeri perak. Default punya style. Nasi minyak, ayam masak merak, daging masak hitam, jelatah dan air sirap. Perghhh sedap mantap betol!! Malangnya susah gila nak dapat menu macam ni dah. Orang sekarang suka menu pelik2 lah. Bercendol berbubur bersatay bagai kat wedding festive. Oh my! Sangat modern uols. Sebijik dah rupa open house Aidilfitri. Haritu wedding cousin siap ada menu merendang lemang bagai. Apakah ini?? :p

Yang pastinya masa wedding aku dan kedua2 kakak aku, kami masih mengamalkan menu2 perkahwinan klasik seperti yang disebutkan di atas. Dah la sedap, habis licinnnn gitu. Dan paling penting, kesedapannya disebut2 oleh para tetamu. Itu yang kita nak. Ini, menu sampai 10 tapi 1 pon tak sodap. Hukhuk. Rasa kesian sangat pada pengantin dan ahli keluarga. Catering konfem mahal dah tu, menu ada 10, rasanya? Pftttt

Eh melalut ke menu nasi minyak orang kawen plak. Wiwiiiitttt. Tu la namanya idea spontan. Ko tak tau nak melalut apa tapi sebab ko terror sangat membebel di alam offline, makanya, setakat membebel kat blog ni memang celah gigi jelah. Apa ada hal. Okay lah. Dah 1.29am. Tepat2 10 mnit mengarang entry. Cukup lah ye. Bye!

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha