Tuesday, December 10, 2013

Dilema ibu menyusukan anak kecik ni haaa

Membesarkan setiap anak tu lain cabarannya. Bila dah masuk anak kedua so aku feeling terror lah jaga anak konon. Skali, lain rupanya peel dan milestone tetiap budak tu. Contohnya aku expect Hasya berjalan time umur setawon, tapi belum 10 bulan dah bertatih. Aku ingat Hasya bila tumbuh gigi tak demam, macam abang dia.. Skali demam terok woo. Wuwu..

Jadi once beranak kecik, back to lesson One. Akan belajar benda baru. Sambil tu boleh nyanyi lagu tema 'I just want to know u better, know u better, know u better now' HE HE HE

Nak dijadikan cerita, perjalanan program penyusuan anak kali ini TELAH goyah. Ada dua faktor.

Pertama: Tak tau lah macam mana tapi ***** tu melecet teruk sangat. Tahap kritikal. Ada masa sakit tu, tak boleh langsung tergesel dengan apa-apa. Dah tu macam mana nak berbaju? Takkan nak buat tiger show depan anak-anak plak kan. Maka ko nangis jela bila sakit. Tahan jela. Telan jela. Dan bila pam memang Nauzubillah punya sakit. Lebih sakit dari ***** tergesel dengan apa2 tadi. Even lebih sakit dari menyusu secara direct

Kedua: Kerja. Boleh dikatakan memang tahap tertinggi punya busy. Kalut sangat sampai lupa bawa pam. Bila bawa pam, lupa nak pam pon ada. Bole? SERIUS, bukan nak ambil enteng. Tidak. Jangan tudung aku dengan cynical words seperti "Nak 1000 daya"

Begitu lah kaedahnya. Daya itu ada akan tetapi daya ke 1000 tu tidak sama kesan dan kebolehannya pada setiap insan. Mungkin 1000 daya saya sampai level 7, 1000 daya anda sampai level 10. Begitu. Dan buat masa ini, ucapan dan soalan berbentuk harsh words memang perkara terakhir aku nak dengar. Bukan tidak optimistik, tetapi I'm still struggling in accepting this whole situation. No, it's not normal to be OK.

Malah aku dalam fasa berkabung. Tetiba kang menangis. Laki aku ingat sakit rupanya aku sedih sebab kesian Mekcha tak ada stok EBM. Kang aku nangis lagi, laki aku ingat aku sedih, rupanya aku tengah menahan sakit ketika menyusukan bayi hampir 10 bulan tu secara direct HA HA HA. Sampai pening dah mamat tu. Dia kata aku ni emosi macam baru lepas bersalen. Pftttt (-_-")

Apa dia ingat 10 bulan tu DAH LAMA sangat ke bersalen? Baru lah hoih! Mujur bersalen normal je, kalau bersalen czer, kesakitan tu terasa-rasa lagi tak gitu?

Begitu lah keluh kesah saya. Sedih. Kalau ikutkan Doktor dorang suruh stop 100% menyusu tapi aku tak sampai hati. Kat rumah aku bagi juga. Biasanya feeding kali pertama dan kedua (lepas balik kerja) BOLE TAHAN lagi. Masuk feeding ketiga memang menjerit2.

Yang kelaka Abang Rayyan pon dah tau mama sakit. Siap pegi dekat adik tepuk2 sambil cakap "Dah dah acha! Dah Dah! Tatit!!" -- Cewah macam dia pula yang sakit kennnn :D Sweet angat abam abam tu hihi

So kerjanya aku sekarang adalah berlumuran dengan ubat sapu pelbagai jenis. Tapi yang paling berkesan adalah minyak gamat. Orang lain pergi kerja wangi-wangi. Aku wangi juga -- tapi version gamat la T___T #untungla laki i tak payah beli perfume untuk i HI HI HI

Erm tu je kot nak cerita... Until then, wassalam

1 comment:

  1. It's ok. Rezeki baby lain lain..takyah salahkan diri sendiri.. anak2 ahkak pun haritu tak sampai dua tahun menyusu..both ada reason yang buat terpaksa melepaskan walaupun tidak rela (cewah buat lirik lagu).. jadi trust your instinct..kalau mmg dah tak boleh, let go.. anggap je rezeki baby sampai situ je..plus dia dah boleh makan.. hehe

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha