Monday, December 9, 2013

Pengalaman sendiri bila anak hilang -- rasa nak mati

... walaupun hanya hilang selama 5 minit -- tetap rasa macam nak mati. Bukan MAHU mati tapi seakan-akan sedang dibunuh sebab nyawa saya hilang selama 5 minit. Seolah-olah nikmat oksigen ditarik selama 5 minit. Agak-agak boleh hidup ke tak dapat oksigen selama minit? Memang arwah dah la..

Ya Allah, terima kasih Ya Allah.... Kerana memanjangkan pinjaman nyawa saya ini... Alhamdulillah Alhamdulillah

Trauma, takut, hati pedih macam dirobek, tulang rasa dipatah, isi-isi rasa dicarik... Tak dapat digambarkan oleh kata-kata....

Ish tak dapat la nak cerita macam mana... tapi memang mengerikan. Rasa helpless, lemah lutut, mata berpinar, rasa nak blackout. Alkisahnya, Muhammad Khair Rayyan hilang selama 5 minit. 5 MINIT TERPANJANG DALAM HIDUP. Bertempat di dataran berhadapan masjid putra Putrajaya. Kejadian malam minggu. Ketika manusia membanjiri pada jam hampir tengah malam. Memang ramai sangat manusia pada malam tersebut. Sebelum ni ada 2-3x lepak situ tapi tak adalah ramai macam pesta. Tapi ni nak tolak stroller pon terhegeh2 sebab orang ramai macam semut.

Dan tiba-tiba, Rayyan tiada dalam jangkauan pandangan mata ini. Lemah lutut. Lemah.

Ya Allah... Ya Allah... Berdoa macam2. Baca ayat macam2 dah.. Mohon Allah kembalikan anak saya.. Mohon Allah kesiankan saya. Mohon Allah ketemukan anak saya semula. Minta macam-macam pada Allah... Dan pada waktu musibah begitu rasa diri kerdil sangat. Terfikir, siapa aku nak mohon pada Allah? Allah sudi perkenankan doa aku kah? Apa perbuatan baik yang aku dah lakukan sampai boleh mohon Allah macam2?

Kami berpecah cari Rayyan. Mujur masa tu kakak saya ada skali. Dan dia lah yang jumpa Rayyan. Cerita kakak saya -- dia terus ke depan mencari Rayyan. Ke depan dan terus ke depan. Dah jauh dia ke depan, hampir putus asa dan pusing semula tapi hati rasa tak sedap. Teruskan berjalan dan NAH...THERE WAS HIM. WALKING ALONE, CALMLY T___T Pada waktu yang sama beberapa orang yang saya minta tolong carikan Rayyan juga ketemukan Rayyan... Dan salah seorang dari mereka terus peluk Rayyan dan dukung Rayyan. Pulangkan kepada saya -- yang sedang lemah lutut tak boleh buat apa -- mak yang nak mati sangat dah tadi -- nampak Rayyan terus berderai air mata lebih laju gaya meroyan abis lah. Lantak lah ada orang tengok ke ape.

Kepada kawan2 yang membaca ini, jika ada anak macam saya, marilah berhati2 juga ya. Asalnya plan nak pegi ke Big Bad Wolf tu sebab nak pegi malam2 elak kesesakan manusia. Tapi dah jadi macam ni, terus cancel segala mala plan. Takut sangat-sangat dah..

Pengajaran PAHIT untuk saya. Terlalu pahit dan cukup lah sekali sahaja ini terjadi.




Sayang anak mama sangat sangat T______T

9 comments:

  1. ya Allah. kite yang baca pon rasa berdebar2 bagai dirobek2 ulu hati.
    Syukur Alhamdullilah semuanya selamat. Allah beri ujian untuk kite saling mengingati antara satu sama lain :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah kak.. anggap ujian Allah kpd akak. Dia uji kita sbb dia syg kita.. asna pun penah kena dgn haikal.. faham sgt apa yg akak rasa. Alhamdulilah..

    ReplyDelete
  3. Huhuhu..boleh bayang la perasaan dia macam mana.. sakit sangat.. syukur jumpa semula..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah Ciare, akak pun pernah rasa..time tu kat kenduri kahwin kasih boleh hilang tiba-tiba dari pandangan..lepas kejadian tu memang kalau tak nampak depan mata je terus macam orang apa..risau sangat. biarlah orang nak cakap apa..anak kita kan

    ReplyDelete
  5. Aku yang baca pun berderau darah mek. Alhamdulillah Rayyan selamat. Lepas ni kita semua kena extra careful sbb anak masing2 umur2 macam ni mmg suka sangat jalan sendiri lepas tu tetibe je hilang dr pandangan.

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah sangat jumpa, gerun jugak bila baca ni ciare, syukur

    ReplyDelete
  7. Ciare, i dah rasa 3 kali, 3 kali okay. 3 kali dah rasa macam mati hidup semula. Dua kali dengan Tuah, sekali dengan Melaty.

    Memang rasa macam hilang nyawa huhuhu

    ReplyDelete
  8. Aku nanges baca..huhu..aku pnah skali hilang iman, kat downtown the mines..sedang dia elok dok ngadap mainan..pfttttt..nie aku salahkan bapak dia sbb x jaga anak coz time tue tugas dia tgk iman..aku cari iman sambil airmata bergenang..and i know the feeling..

    ReplyDelete
  9. Ya allah ciare.. nieza baru je sudah kejadian ni tadi... dalam masa 5 minit.. allahuakbar. Rasa mcm allah dh tarik nyawa ni.. hopeless... macam org sasau mencari.. allahuakbar.. syukur jumpe sbb die pegi pentas so mcee tu tlg announce.. bile jumpe subhanallah.. terus terkam peluk die dh.. dugaan bulan pose.. pengalaman paling pahit dalam hidup.. cukup2 bermakna.. rasa mcm mati hidup semula.. allahuakbar.. ade hikmah semua ni

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha