Thursday, January 31, 2013

Adik Baby version 4 Dimensi ;)

Assalamualaikum ;;)


Pagi tadi checkup on 38 weeks di Azzahrah, Bangi. Macam biasa, dalam jam 10 lebih gitu dah settle... Hasil checkup? Alhamdulillah. Bayi sihat dan baik2 aje.

Berat mak: Naik 600 gram
Berat baby: 2.8 kg
Urine: Normal
BP: OK
Air ketuban: Cukup tapi doctor pesan minum air masak banyak2. Ni yang malas ni. Hihi...
Heartbeat baby: Mula2 laju sgt h/beat dia, rupanya dia tengah jogging ;))

Perut mama dah drop, kepala baby dah engaged. So 'it' could be anytime, anywhere. Gulp! Dag dig dug rasanya... Takut weh. Siapa tak takut bersalen? Tapi takut dalam excited. Tak syabar nak peluk iom baby amma niii. Tetiba jadi AMMA? Deyyyy ;))



Ni gambar lama. Dah lama buat 4D scan ni. Around 7 months gitu. Actually tak ada nak buat sangat, tapi since masa checkup doc kata baby macam kecik 3 minggu dari saiz yang sepatutnya. Aku apa lagi, memang menggelabah abis, terus buat detail scan. Mujur baby tak ada apa2... Dan semuanya normal. Alhamdulillah....


So pada siapa yang paham gamba di atas bertuah la yer. Paling clear hidung dengan bibir dia tu. Mata pejam dan tersorok oleh buih buih ketuban hihi. Tangan dia suka sangat pegang tali pusat. Omeynyaaa iaaaa :x Tak sabar nak tengok Abang Khair Rayyan punya reaksi berjumpa baby nanti.... Hihi...

 

Wednesday, January 30, 2013

Baby bluess... Gambar2 during my 2nd pregnancy :)

Assalamualaikum ;;)


OK rasanya di blog memang belum pernah tayang perut mengandung adik Khair Rayyan lagi. Bukan nak keep privacy sangat pon, tapi malas. Eh tapi dalam malas2 pon rasanya ada update sekeping kat FB. Jadi lah ork? Tapi kat instagram memang sokmo update. Sape pollow tawu lerrr. Ni link instagram mak version web, tapi still kena log in la sebab utk followers je boleh view. Sape nak follow kat apps instagram tu, search je nama iols, ciare. Sape nak pollow kat twitter search ciareland. Hiks. Motip sangat kan suh orang follow, haha. Bukan apa, just kat sana aku update cerita2 terbaru. Kat FB and blog mak dont like sgt...


Oleh kerana tidak menghampakan harapan orang2 yang teringin tengok saya membulat, nah sikit gamba iols printscreen dari instagram. Nak upload satu2 jenuh. Seperti biasa, alasan ku adalah malas. Hiks.. Layannnn....

*nak tengok clear click la gamba satu2. tak semua pon gamba mak buyong ni, tp ada lah jugak gamba perut iols dalam tu, intai2 la eks*




Sekian saje, bye!
 

Tuesday, January 29, 2013

Testimonial saya setelah mencuba Alpha Lipid Lifeline

Assalamualaikum ;;)


Gigih lagi mak buyung yang belum meletup ni berblog bagai kan. Well, nampaknya blog akan aktif lepas ni sebab saya... ehem ehem... ahuk ahuk (terbatuk pulak haha)... Okay tengok jelah apa yang aku post kat blog ni nanti. Muehehe...


Sebagai permulaan, aku nak buat sikit testimonial setelah amik susu Alpha Lipid Lifeline since pregnant 5 bulan aritu... Ok di sini aku nak buat perbandingan antara pregnant kali pertama dan kali kedua.... Masa pregnantkan Khair Rayyan dulu :-
- Krem kaki sangat dasyat. MC kerap gile. Tak caya tanya akak HR opis aku tu. Huhu... Bertubi2 tahap satu malam kena berkali2 dan kena kedua2 belah kaki... Erk.... Sape penah rasa tahu la mcm mana kan. Walhal amik pil kalsium bagai. Sekarang, alhamdulillah, still boleh kira lah berapa kali krem nya. Tak sampai 6 kali kot. Cuma rasa kebas2 tapak kaki macam tu. Orang yang paling perasan perkara ni mesti lah encik suami. Sebab pregnant kali ni aku tak ganggu dia waktu tido utk tolong urutkan kaki krem. Kalo kena krem pon baru 2x yang betul2 sakit dan gerak MK. Lagi 4 kali tak gerak dia sebab sakitnya cpt je hilang... Syukur
- Gusi berdarah tetiba. Tengah bercakap2 tetiba bau darah.. Rupanya gusi berdarah... Sekarang, baru sekali je gusi berdarah tetiba. Good good. Sebab tak suka betul tgh bercakap2 tetiba bau darah. Choiiii
- 2 perkara di atas paling obvious.. Yang lain2 tu macam start dr 7 bulan dah start sakit kat tutt tu. Awal gila kot. Pastu sakit tulang montot yang kronik... Kali ni start 8 bulan baru rasa sakit2 gini. Yg sakit tulang montot tu pulak memang xde. Sekali dua jer kot rasa itupon minor sgt. Kalo dulu, memang rasa sakit tiap kali nak duduk bangun...

Haaah begitu la sedikit sebanyak antara perbezaan pregnant kali pertama dan kali kedua ni. Apepon semuanya atas izin Allah kan. Sebab aku saje je gatal2 cuba Lifeline ni. Sekali serasi. Alhamdulillahhhh... Hiks... Pregnant kali ni memang aku tak minum susu maternal langsung. Ikut experience, susu maternal tu MANIS!! Erghh tak lalu nak telan. Lifeline ni pulak, memang antara fungsi utama dia kawal kandungan gula dalam darah. Untuk orang diabetes pon memang elok sangat2 lah!! Bukan untuk orang pregnant jer uols. Mak i pon amik Lifeline jugak tau, sebab dia ada diabetes.


Jadi siapa yang nak cuba try tesy Alpha Lipid Lifeline ni, sekarang ada offer tau. Ada pakej istimewa gituuu. Untuk ketahui dgn lebih lanjut pasal offer ni, sila whatsapp saya di 016 233 5384 (ci-are)



Ops! Tak habis lagi, selain Alpha Lipid, sure ramai pernah dengar pasal Alpha Lipid SD2 kan? Memang tengah hot sangat sekarang. Produk untuk kurus tanpa perlu berlapar. Aku belum cuba lah lagi produk ni sebab pregnant kannn. Ko gila nak kurus time pregnant? HAHA. So lepas bersalen nanti kalo tak kurus2, sila lah puan ciare jadi testimonial yek Hihi... So SD2 pon ada pakej istimewa sekarang uols...


So sekali lagi kalo rasa berminat sila la kontek2 iols okay...whatsapp saya di 016 233 5384 (ci-are)... Have a nice day evelibodiii ^_^ Nak PM kat FB pon bole, sila click FB badge kat tepi kiri anda yer. Daaa ~~

Monday, January 21, 2013

Checkup adik baby

Assalamualaikum ;;)


Hye hye. Rasanya macam tak pernah update hal checkup adik baby kan? Ke penah tapi aku yang tak ingat? Whateverrr, malas nak belek2 entry lama. Hihi. Dah alang2 aku start compose entry ni baik teruskan. Sebelum aku cancelllll nak buat entry di pagi Isnin yang mulia ni. Eh pagi ke? ;))


Alhamdulillah checkup adik baby baik2 belaka. Dari awal kehamilan sampai lah sekarang result checkup semua cantikkkk aje. Cuma ada sekali tu jer aku mcm low blood pressure. Pastu sekali lagi tu macam tinggi plak bacaan blood pressure tu. Lepas tu terus insaf jaga makan. Tak berani makan yang bukan2 dah. Gula garam dalam makan semua dikawal uols.


Walaupon checkup adik baby ok tapi mama yang tak ok. Terutamanya dari awal pregnancy tu mabuk teruk. Sampai kena masuk air berkali2. Kena inject sana sini. Huih. Memang kenangan betul lah. Tp tu kira fasa mabuk. Lepas 5 bulan mcm tu alhamdulillah tak mabuk dah. Syukur sangat.


Sampai hujung december haritu aku checkup kat panel MK. Nama jer panel tapi tak cover pon. Mujur aku boleh claim. Tetiba decide nak amik FPP Putrajaya skali lambat sangat daaa. Dah 30 weeks so tak boleh register. Nurse kata da fully booked until untuk bersalen April 2013. Hazab kau ;)) Pastu terus buat keputusan untuk bersalen kat Azzahrah Bangi, InsyaAllah. Under panel aku sebenarnya. So dah alang2 ada panel kan, maka bila lagi nak cuba. So now dah 2x checkup di Azzahrah. Aku checkup dan bersalen dengan Doc Mashitah. So far dia ok. Lembut je. Muda pulak tu doc tu. Segan iols hihi.


Next checkup 31 Jan, jika belum bersalen lagi. Mihmih. Tapi aku rasa macam akan bersalen awal je ni :"> Apepon kita wait and see. Moga segalanya dipermudahkan... Amin... Doakan saya, ya kawan2...

 

Sunday, January 20, 2013

LAPAR

Assalamualaikum ;;)

OK FINEEEEE. Dah 16 hari tak update blog rupanya. Meh kita cuci sawang habuk2 segala ok. Belum, Saya belum bersalen. Sila bersabar kerana saya lagi tidak sabar. Oleh kerana sedang lapar petang2 ni, nak upload gambar makanan. Kejap lagi nak buat cucoq ikan bilis..

Nasi goreng kampung telur mata sambal velacan

Hot and roll sedap. aku suka chicken and cheese

Nasi lemak beli tp letak dalam tupperware hehe. Daging dendeng sedap gileee

Kepok lekor fresh from Ganu

Maggi ketam Besut

homemade

Homemade. Simple2 jerrr

Fuhhh menu paling aku suka. Bubur nasi dgn ikan bilis cili bawang

@ Asam Pedas, Bangi

@ Asam Pedas, Bangi

Shepard Pie yang sedap giler rasa nak pitam sedap sangat. Homemade okay.

Hehe. Tu je, tak ada cerita pon. Bye. Nak masak cekodoq ikan bilih. Daaaaa :-h

 

Friday, January 4, 2013

2013 will be happier, InsyaAllah

Assalamualaikum ;;)


Ecewah, will be happier tajuknya ;)) Well itu adalah sebuah harapan, dan hopefully sebuah kenyataan. Siapa yang tak nak bahagia bukan... Dan insyaAllah dalam masa 40 hari (plus minus) lagi, keluarlah zuriat kat dalam ni ke dunia... Another bundle of joy... Another beginning... Another hope... Aku dan MK akan buat yang terbaik sebagai mama dan papa. Pengalaman menjaga Khair Rayyan bermula dari jam pertama sampai saat ini, akan digunakan untuk menjaga/didik adik pula. Dan of kos, segala pengajaran pula kena lah diambil sebagai ikhtibar. Kerja parenting ni tak akan pernah tamat. Sampai mati pon nanti. Setiap hari akan belajar ilmu parenting yang baru. We are not that perfect right.


Okay sebenarnya ada banyak cerita nak story mory tapi sungguh malas rasanya nak transfer gambar. Nak blog direct dari phone tak feel. Maka, peram lah dulu story mory tersebut lama2. Hihi. Silap2 adik baby keluar dulu baru mama terhegeh2 nak update cerita bulan 12 dan bulan 1. Hikhik. Tak kisah lah apepon. Yang penting sekarang iols is ngantuk dan nak tido. Well, actually tak dapat tido tadi sebab adik baby sangat lah super duper aktif. Suke sokmo yer dik ;;) Nanti adik baby dah keluar kita main gomol2 eh eh eh. Mmmuahhh :x

 
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha