Thursday, February 28, 2013

Pengalaman berpantang sendiri... Day 15

Alhamdulillah....


Harini hari ke 14... Dah 2 minggu usia Nur Hasya Hadirah. Kecik cinonet je anak dara aku ni. Misi KK yang datang rumah pon blom timbang berat latest dia. Macam tak naik pon berat dia. Haluihh ja aku tengok. Hehe.. Ate abang dulu keluar bambam terus keras2 gitu. Nak pegang pon tak kekok. Adik ni, alahai fragilenyaaaa... Mandikan dia pon secara koboi je. Sian adik.. Hehe. Sbb mama takot la nak mandikan lama2 takot tergelincir dari tangan. Huhu..


Okay straight to the point. Nak cerita pasal pantang sendiri. Yes. Tak balik kampung pon. Berpantang style bandar je. Ecewah. Konon nak hire maid la confinement lady lah. Cittt poodahhhh. Skaliiiii pantang sorang2. Ko buat la semuanya sendiri. Huhuk


Syukur sangat2 MK cuti lama. Sampai hari ke 12 dia cuti... So memang banyak dia yang buatkan. Dan seperti tak percaya je dia sangat helpful. Dari uruskan rumah, masak, tolong apa2 yg aku tak larat, uruskan Abang Rayyan etc etc.... Alhamdulillah.. But now dia start keje aku paham la sangat. Balik keje dia pon melepek penat. Tolong sikit2 bole la... Maka ko buat la sendiri ciare. Dan tadi aku diserang demam seram sejuk gitu. Bentan sikit kot.. Risau gak. Tapi lepas rest and tido dah ok sikit... Kalo tak ok tak ada lah buat entry ni kennn hihi...


Walaupon berpantang sendiri dan agak kelam kabut tapi semua aktiviti urut bengkung tungku tu still buattt. Walopon ada missed gak kdg2 tu. Tapi dulu masa pantang time rayyan mcm lagi banyak ngelattt jek. Hahah. Dan buncit perut pon turun laju sikit compare dulu... Tapi still tebal lagi perut ni. Sila kempis segera ok kalo tak baju peplum yang baru beli tu mana nak muat. Hiks.


Erm tu je kot nak cerita. Nanti story lain k. Kalo nak tengok gamba Hasya sila lah pollow instagram iols. Situ je mak gigih upload selalu. Hihi. Byeeeee....

posted from Bloggeroid

Monday, February 25, 2013

Pengalaman Bersalin di Pusat Rawatan Islam Azzahrah

Assalamualaikummm. Wuahhh laju je ko update blog sekarang ek ciare ;)) Kira laju la seminggu skali kan.. Da dapat sikit tune jadual anak2. Ecewah anak2 koooo katenye... Dah plural di situ. Dari anak sahaja sekarang dah jadi anak2. Makcik2 sangat iols sekarang. Mihmih... Makcik pon makcik la... I am one happy makcik. Kahkah...


Jadi... Entry ini adalah bertujuan untuk menceritakan pengalaman bersalen kali ke2... Entry wajib sebab sementelah memory masih fresh dan rasa 'sakit' still fresh lah kena tulis. Nanti2 dah lama lupa tak feel dah. Huks..


13.2.2013 10am. Checkup ke 40 minggu. Kebetulan MK still cuti sbb company Jepun bagi cuti CNY lama. Memang 1st time MK ikut time checkup di Azzahrah sebab biasanya aku pegi sorang. Mamat ni susah nak cuti or time off. Dengan Rayyan skali ikut pegi checkup. So pada hari tu memang penentuan bila nak bersalin. If air ketuban still banyak n baby belum berak boleh bagi extend 1 week. Tapi Doc cakap air ketuban tinggal 7. Minggu sebelum tu air ketuban 11. So bacaan dah kurang, Doc suruh datang esoknya utk bersalin secara induce. Doc check jalan and dah 2cm pun.. Oh lupa nak cite yg aku berurusan dgn Doc Mashitah dari checkup sampai bersalen. Dia niceeeee sangat. Totally recommended ok :)


14.02.2013 8.30am. Sudah terpacak di Azzahrah untuk menyerah diri. Rayyan dah dihantar ke taska awal lagi. Malam sebelum tu aku tak bole tido mengenangkan esoknya dah tau kena bersalen jugak. Mak is nervous dan sebak bila tengok muka rayyan. Wuwu... Sesampai di sana terus warded. Mak Bidan datang check laluan dan nurse buat bacaan CTG kat perut tu. Dah 3 to 4 cm tapi aku belum sakit lagi. Kul 11 am masuk labour room dan pasang drip ubat induce. 11.10am contraction mild. Sammmmmpai laaaa kul 2.30 contraction makin kuat. Aku request ubat tahan sakit sebab nak solat zohor. Skali makin sakit daaaaa. Kul 3.30 sakit sangat2 macam tulang belakang tu kena hiris2 dgn pisau. Wuwu. Aku request epidural skali tak bole dahhh sebab dah 8cm. Uhuks. 3.50 macam tu dah rasa nak teran. Tapi macam tak reti je noks nak teran ni. Hebat betul dengar cerita orang sekali teran anak dah keluar. Aku ni tak paham macam mana nak teran waktu yang sama contraction sakit gila. Aku siap cakap kat doc nape tak bole teran time takde contraction?? Wuwu. 4.05 macam tu doc decide utk vaccum jer. Masa tu lah aku rasa maha sakitnya... Tak tergambar sakitnya. Rasa kena tembak tapi tak penah pon kena tembak, bole? Agagaga.. 4.10 kesakitan hilang sekaligus dengan keluarnya baby G... Legaaaaaaa... Syukurrrrr sangat2.... Proses2 lepas tu ok jer. Jahit sikit je. Alhamdulillah.. Berat baby 2.8kg je uols. But still kena vaccum. Hebatnyaaa wanita yg bersalin anak besar2 takyah vaccum segala. Uols memang superb ohsemm!!


Kul 6.30 baru dapat pegang baby. Dan breastfeed baby. Kul 7 masuk ward. Single room. Dah rupa bilik hotel. Mihmih... Layanan pon sangat2 tiptop. Memang recommended la siapa nak bersalin kat Azzahrah ;;)


Gitu lah serba serbi pengalaman bersalin buat kali keduanya. Yang aku ingat lepas bersalin tu, lepas doc dan nurse keluar, ayat pertama aku cakap kat MK 'ayang taknak beranak dahhh' hahaha.. Gitu la ayatnya. Dulu pon itu jugak ayat aku cakap tapi beranak jugak lagi. Sakit konon. Tapi kau cari jugak sakit tu balik. Hahaha...





Pertama kali memegang dia... :) Masa keluar dari perut tu aku just tgk gitu2 je. Tak lalu dah nak pegang2. Dan just tengok dari atas katil masa proses mencuci baby G tu... Sweeeet sangat moment tu. Masa sakit bersalen tu tak.sweet langsung. Hehe. Apepon terima kasih Allah... Terima kasih Doc Mashitah, mak bidan dan nurse2 yang membantu...


Dan baby G darling telah diberi nama Nur Hasya Hadirah :) Cahaya kesempurnaan yang bijak pandai.... Alhamdulillah... Err G tu girl... Bukan Gina ;))


Okay lah. Next entry nak cerita sikit ward best yang aku dapat masa warded tu ;) See ya later peeps. Wink ^_~

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 20, 2013

Alhamdulillah... It's a girl :)

Assalamualaikum semua ^_^

Wuah tak sangka betul sebab amik masa jugak nak berblog selepas melahirkan ni. Yes, saya sudah bersalin. 14 Feb 2013, Khamis, 4.10pm.... Secara induce (dalam b.m apa ek? Paksaan bersalen kot huhu) sebab dah overdue dan air ketuban kurang... Normal, tapi vacuum juga mcm abang dia dulu. Sungguh mama tak reti2 meneran maka sila vacuum yer anak2. Hew hew...

So here she is. My beautiful daughter. Ecewah nak jugak letak beautiful kennnn. Woi susah ok bersalen jadi nak cakap cantik jugak. Mihmih :)



Alhamdulillah... Sakit selama 5 jam 10 min hilang sejurus tengok wajah anak yang dikandung selama 40 minggu 1 hari ;;) Terima kasih, Ya Allah.... Inilah kegembiraan yang tak terkata buat kali keduanya bagi kami... Syukur sangat2 semuanya dah selamat.

Cerita pasal adik dan abang, perihal labour room, nama adik tuu, kita pospon next next entry ok. Yeayy dah masuk hari rabu time publish ni. Baby G darling is officially 7 days. Hihi... Cepatnyaaa 7 hari dah sheols... Okay lah til we meet again, bye.

Assalamualaikum :-h

posted from Bloggeroid

Sunday, February 10, 2013

Not Yet.. Belum Lagi.... :)

Assalamualaikum ;;)


Bertabah lah ciare. Hihi. Kerana anda masih berbadan dua... Anyway aku sendiri blur apatah orang lain. Aku ada dua EDD (expected due date) sebenarnya. 10 Feb dan 13 Feb. 10 Feb adalah hari ini. Haaaa nebes takk? ;)) Sempena CNY okayyy :D Kita wait and see ajelah baby nak kuar bile kan. Bertabah lahhh bertabah lahhh.


13 Feb Rabu nanti. Akan pergi checkup. Haritu amik MC la kot. Nak mintak MC terus sampai bersalen kang. Tak larat kott dah nak drive segala. Makanya Rabu ni, 13 Feb adalah penentuan. Doc kata kalo air ketuban still normal dan bayi tak berak lagi, still boleh extend 2 3 hari lagi. Tapi jika sebaliknya, segeralah di-induce Rabu nanti. Gulp gulp *telan ayaq lioq*


Doakan yang terbaik untuk saya dan bayi darling yeeee. Berharap sangat dapat deliver baby secara normal. Aminnnn. Mama cuba yang terbaik!! Aja aja fighting!! p(^_^)q. Halalkan salah silap saya di blog ini kot ada menyinggung perasaan sesiapa yek.


Byeee :-h (harap2 next entry baby dah keluar :) )

 

Tuesday, February 5, 2013

Why uols patut cuba Alpha Lipid SD2 ni??

Assalamualaikum ;;)

Meh nak promote sikit. Partner saya dah start SD2 lepas 3 bulan melahirkan anak. Huihhh saya pon tak sabar nak cuba ni. Membara2 rasa semangat nak kurus tu. Buat masa ni saya amik Lifeline ajaaa, kate mengandung.... Dan harap dapat membantu menyihatkan tulang2 ni haaa. Dan sebagai milkbooster nanti. Aminnn...


Okay harini taknak cakap pasal Lifeline, tapi nak cakap pasal SD2. Tengah hot kott sekarang. Ramai2 orang dah cuba. Berkesan pulak tu. My partner, goodluck to you ek. Chaiyok chaiyok!! :D Jom baca sikit bagaimana SD2 menolong anda untuk mengenyahkan lelemak tepu tu. Cekidoutttt...

Sebelum anda nak tau sebab nya, JOM BACA DULU BAGAIMANA PROSES PEMBUANGAN LEMAK KITA SELAMA SEBULAN/ 4 MINGGU…

1) MINGGU PERTAMA -

BILA DAH LAMA GEMUK, BUKAN SENANG NAK TURUN KG KAN. SO PADA MINGGU PERTAMA INI, LEBIHAN AIR DAN TOXIN AKAN DIBUANG. AIR YG BYK DALAM BADAN ADA LAH TIDAK BAIK, KERANA IA JUGA BOLEH MENYEBABKAN JANGKITAN KUMAN DAN SESAK NAFAS.

2) MINGGU KE 2 -

PADA MINGGU KEDUA ALSD2 MULA MEMECAHKAN LEMAK TEPU TANPA MENGGANGGU OTOT2. BUKAN LA SATU PERKARA YG MUDAH NAK PECAHKAN LEMAK YG DAH BERKURUN BERKUMPUL DALAM BADAN KITA NI. IA AKAN MENGAMBIL MASA BERMINGGU2. TP DGN ADANYA ALSD2, PROSES ITU AKAN DAPAT DIPERCEPATKAN LG INSYAALLAHHH...

3) MINGGU KE 3 -

PADA MINGGU KETIGA LEMAK TEPU DAN LEBIHAN AIR ITU AKAN DIBUANG SECARA BERPERINGKAT2. INI ADALAH SUPAYA BADAN KITA TIDAK MENGHADAPI SATU KEJUTAN. BAYANGKAN LA BILA DAH LAMA GEMUK TIBA2 NAK JD KURUS (MACAM ORG PINDAH RUMAH LA, BUKAN SNG NAK ANGKAT SUMA BARANG KELUAR RUMAH, MESTI MENGAMBIL MASA KAN ..). DAN PADA MASA INI LAH ALSD2 MEMAINKAN PERANAN PENTING BILA SEGALA VITAMINS2 DIGANTI BALIK KEPADA APA YG HILANG DARI BADAN KITA.

4) MINGGU KE 4 -

PADA MINGGU KE 4 NI LAH KITA BIASA MELIHAT PERUBAHAN KETARA KEPADA PENGUUNA ALSD2, BADAN LANGSING, KULIT CERAH,BERSERI DAN CANTIK. MANA TAKNYA KEBANYAKAN TOXIN DAN LEBIHAN AIR TELAH DIBUANG. LEMAK2 PULA TELAH DIGANTI DGN OTOT PEJAL, SUPAYA LEMAK TEPU TIDAK SNG UTK BERTAPAK DI SITU LG LAIN KALI.

OLEH SBB ITU LA KEBANYAKAN PENGGUNA ALSD2 YANG TELAH MENGGUNAKANNYA PALING KURANG SEBULAN (IAITU PAKEJ LENGKAP) AKAN SUSAH UTK MENJADI GEMUK SEMULA. OTOT2 MEREKA TELAH MENJADI KEJAP atau DAH JADI FIT!!!!

DAH FAHAM KENAPA PERLU PAKEJ SEBULAN= 4 tin ALSD2??



Haaaa jadi pada yang nak tau bajet tu banyak ke sikit, harus lah kena melabur sikit. Nama pon nak buang lemak. Tapi jangan la risau, rege dia takde la semahal buat liposuction. Mihmih ;)) Jadi, kalau nak tau offer untuk pakej sebulam berserta free shaker and buku panduan, sila2 lah SMS/WHATSAPP saya di 016-2335384 okayyy. Nak PM kat FB pon bole. Search je Ciare Baha k.


Selamat mencuba korang! ^__-

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha