Monday, April 29, 2013

Gaya tido seorang abang yang penat menjaga adiknya. Huhu @__@

Assalamualaikum ;;)

Hehe.. mama bosan time lunch sebab puasa. So buang masa update pasal abang khair rayyan ni :x Rinduuu kat abang. Lately abang dah makin pandai jadi abang.. Pandai tolong mama jaga adik. Kadang2 nak main dengan adik tapi sebab tak reti nak main dengan baby pastu tertampo muke adik, pastu mama marah abang, abang pon nangis ;)) Selalu sangat terjadi kejadian tu. Actually abang tak pernah buli adik dengan sengaja. Biasanya dia 'ter'buli adik sebab tak sengaja. Nak main dengan adik, but ended up adik nangis sebab abang kasar.. Abang tak reti lagi bergurau manja dengan adik. Takpe abang, slow2 ya ;;)

Di sini adalah koleksi 17 keping gamba abang yang berpenat lelah menjaga adiknya. Lalu membuat aksi2 kelako time tido. LAYANNNNN. Hihi


Tertido dalam carseat. Well ini perkara biasa. Memang senang tido dalam kete.

Still nak cuddling2. Papa la kena layan dia.. Mama busy jadi ibu tenusu kat adik agagaga

Tido atas kaki mama. HAHA

Tido atas kaki mama lagi. Hebat kan si abang bleh tido gitu ;))

Kalo beriba lagi la senang tido

Celah ketiak mama 1st night baby dilahirkan. Bole? Bukan baby yg tido celah tiak tapi abangnya huhu

Ni memang gaya peberet

Yang ni aksi paling kelaka dalam dunia. Buat masa ni baru ni kali pertama terjadi. Tak tau camne tetiba dia dah tertido kat situ. KAHKAH

Gaya meniarap lagi

Kalo tido terlentang ni maksudnya penat sesangat dah tu

Tertido berdiri pulak

seksi ponggong abang ;))

Tido nak lapik napkin macam adik. Sabo jelah

Peluk tab dia. Ni sah2 tertido sambil tengok ABC atau lori

Kat kampung masa ni. Tak tahan panas

Dah rupa cicakman haha

Encem abang hehe

Sekian sahaja koleksi gamba abang rayyan tido. Harus print ni. Nanti masa birthday nak print and gantung2. Hihi... Birthday abang tahun ni mama nak bake red velvet cake lah *tetiba*

Monday morning =)

Assalamualaikummmm...

Wuarghhhh (yawning) haha. Memang menguap sokmo lahh arini. Actually bangun awal arini. Kul 5. Haaaa kauuuu. Awal kannn. Heheh. Alaaaa awal pon sebab nak bersahur. Makan biskut je pon. Harap bertahan lah sampai ke petang. But now da rasa lapa guane?? ;))

Harap produk tenusu new zealand aku tak merudum harini. Dah bergelen gak minum air tadi. Huhu... hmm tak tau nak merepek ape pon actually. 7.30am nak gerakkan Hasya untuk menyusu. Dan off we goooo anta anak2 ke taska dan pegi keje. Jangan laaa jem pagi ni...

Until then, chow!!!

Nah, satu gambar ;;)



posted from Bloggeroid

Friday, April 26, 2013

Application yang wajib anda install dalam smartphone anda ~~ !!

Assalamualaikum ;;)

Morning semuaaaa. Di hari jumaat yang mulia ni nak berkongsi sesuatu dengan uols semua... Jaman sekarang ni kan semua orang pon dah pakai smartphone kan. Even my cat pon ada. Err okay itu tipu ;)) Dan mostly, PICTURES TAKEN adalah antara barang paling berharga yang takot hilang and so on kan. Kalo henfon ilang ke (mintak simpang la huhu) paling sayang dekat gambar kan. Selain gambar aku sayangkan e-journal aku sobs sobs.

Lepas tu macam malas nak transfer gambar hari2 dari henfon ke laptop betul tak? Sape rajen pakai cloud untunglaaaa ~~ hehe. Tapi aku malas malas malas. Dan akhirnya, sampai dekat 10 ribu pictures taken HAHA. Dannnnn... out of free space.. damnn haha

DROPBOX - my savior :x

Click for clearer view

Click for clearer view

Click for clearer view

Haaaa gitu uolsss ceritanyaaa. Install lah dropbox dalam smartphone anda. Dan gambar akan disynckan ke account dropbox dan boleh view dari mana2 komputer. Yang penting kualiti gambar masih sama. Tu terbaekkk tu. Selamat mencuba! ;)

Wednesday, April 24, 2013

Cerita checkup Hasya 2 bulan :)

Assalamualaikum ;;)


Errrr update cucuk sebulan haritu tak sure ada cerita ke tidak. Haha. Anyway ini kisah checkup Nur Hasya Hadirah pada umur 2 bulan 1 minggu. Kena cucuk 5 serangkai kata doktor. 5 serangkai ek? Bukan 3 serangkai ke? Confuse mak hehe.

Berat beliau ketika 2 bulan adalah 5kg. Mantap kan anak dara mak? Heehee. Tapi Rayyan dulu macam tu jugak. 2 bulan 5 kg. Yelah besar ni dia makan tido jer harus lah domok2. Nanti 3 bulan da pandai meniarap dan sbgnya susut la sikit badan tu... Takpe nak, bambam pon mama okay jer. Kang da besor umur 18 tahun masih bambam juge sila amik SD2 suh papa belanje HAHA :))



Gambar sang Puteri sebelum kene cucuk. Happy2 aje yeeee. Sekali dah kena cucuk menangis sampai biru muka. HAHA. Kelako sangat anak. Sakit yeee. Takpe, kite perempuan, bertabah lah. Nanti kena bersalin lagi sakit nak, percayalah cakap mak ;))

Sekian saja, bye! ~ mak nak pegi mengepam ni. Hehe

Tuesday, April 23, 2013

Tudung 3 Layer Chiffon Size L Batch #2

Harga promosi sehingga 30 April!!!!! ;;)

Alhamdulillah TLC #1st batch sold out less than a week. Tak sangka mendapat sambutan betul tudung saiz L ni. Sebab saya tahu memang susah nak dapatkan saiz L dalam pasaran sekarang. Ada tu ada, tapi rege cecah ratus. Huiih. Mahalllll. Since saya suka benda murah dan cantek, saya nak kongsikan dengan anda semua benda yang saya suka. Yang penting berkualiti!! Kalau tak bagus saya pon tak berani nak jual tau..

Anyway sila la cuci mata untuk batch #2 ni ya. Stok akan sampai selewatnya Jumaat ini. Harini stok dah sampai tapi supplier salah hantar saiz. Stresssaaa... Huhu.. Hopefully kali ni dia hantar saiz yg betul. Aminnn

Nak order bole terus sms/whatsapp saya di 016 233 5384 ok. Happy shopping ^___~







Saya jual special sebab.... Keronsang dijahit pada tudung..awning sangat best..dipos dalam tupperware dan paling penting MURAHHHH. Harga pasaran dari RM75-95 tapi saya jual RM65 SAHAJA!! Dan harga istimewa sehingga 30 April adalah RM59!!! OMG murah bangatttt. Rugiiii kalau tak beli ;;)

posted from Bloggeroid

Being Mom of Two, So Far....

Assalamualaikum ;;)

OK take 5 kejap buat coding. Phewwwww. Nak membebel jap. Haha ;)) Anyway dulu dah berazam nak buat at least ONE DAY, ONE ENTRY. Konon laaah. Kelaut jadinya weh. Jangan kata one day one entry, malah one week one entry pon macam tak nampak bayang nya kan. Itupon sebab ada update pasal Alpha Lipid SD2 dengan jual tudung chiffon 3 layer tu. Kalo takkkk, lagi lah tak tahu mana arah tujuan blog ni dah. Kesiannn Ciare's Land ni.. Telah diabandon kan.

Speaking of the title of this entry, dah tau lah kan mak nak membebel pasal apa. I reaaaaaaallyyyyyy need more hours in a day. 24 hours not enough okaaay. Dah seminggu start kerja tapi masih lagi terkelam kabut nak menjadi emak kepada seorang bayi dan seorang lagi toddler yang betul2 menguji kesabaran sebab dia nak attention setiap masa T________T

Serius, jadi emak lagi penat dari jadi seorang programmer. Tapi gaji programmer lagi besar dari gaji seorang emak. Tapi pahala seorang emak lagi besar dan banyakkkk dari pahala seorang programmer. Oleh itu, bersabarlah wahai emak :)

Secara kasarnya jadual seorang emak beranak dua adalah begini :-

5.30 am: Bangun terpisat2 gosok mata pastu terlanggar dinding masa nak tekan suis lampu ;)) Bangun kemaskan dapur dan kemas rumah yang mana tak siap kemaskan malam tadi. Bukan la aku ni pengemas sangat tapi stress jugak la bila barang2 bertaburan. At least lantai clear tak ada toys, sinki dapur clear takde pinggan mangkuk tak basuh. Mandi solat subuh. Sidai kain. Bersiap diri sendiri.
7.00 am: Abang Rayyan bangun dan menghuru harakan balik rumah :D Then entertain dia nak main etc. Sebab kalo tak layan dia nanti dia merajuk and nangis.
7.15 am: MK pergi kerja. Time ni nak memujuk rayyan pulak sebab dia pasti akan nangis sebab papa tinggalkan dia. Alahai anakk...
7.30 am: Angkut barang2 masuk kereta. Beg rayyan, beg hasya, beg laptop, beg alat2 mengepam, beg tangan lagi. Pftttt moga emak cepat kurus. Aminnn. Haha
7:45 am: Bangunkan adik untuk menyusu
8.00 am: Gedebuk gedebak pukul 8 jugak paling awal baru keluar rumah.
~~~~~~~kerja macam biasa. mengepam pada 11am dan 4pm ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
6.15 pm: Sampai taska amik anak2. Sampai rumah curi2 masa berehat kejap regang2kan otot badan (kalau anak2 tak meragam la. Wuwu). Siap2 kluarkan bahan2 nak masak jap lagi.
6.30 pm: MK sampai rumah.Sinsing lengan baju kurung, bukak kain (perlu ker cite bukak kain? HAHA) dan berketang ketung masak di dapur. Masak simple2 jer. 1 lauk, 1 sayur. Atau lebih cerdik masak 1 lauk jer yang mengandungi lauk dan sayur sekali. Peberet kami adalah sup dan tomyam. Senang sebab campak2 jer. Mujur la tekak MK masih samaaa macam dulu. Tak cerewet. Kalo ikot dia buat ikan goreng je cicah budu. Tapi aku sendiri tak lalu telan kot haha. So gigih la masak yg sempoi2.
7.30 pm: Siap masak. Mandi. Solat.
8:00 pm: Suap abang rayyan makan dulu. Masa ni Hasya da start meragam merengek. Sementara aku suap rayyan makan, MK jaga hasya yang merengek2 tu. Pastu MK makan dulu, aku tengok2 Hasya. Atau sebaliknya la. Yang pastinya kena bergilir2 lah sebab itu memang time Hasya nak orang layan dia. Nak sembang2. Hehe
11 pm: Waktu ni anak2 dah bertenang. Biasanya rayyan dah tido sekitar kul 9 macam tu tapi tengok la jugak tenaga dia mcm mana. Kalau cergas memang lambat la tido. Kalo penat awal tido. Gituuu. Yang pasti hasya memang tido pukul 11. Sebab dia jenis tido siang. Kat taska pengasuh kata senang jaga hasya sebab dia tido jer. So malam dia berjaga nak main dengan papa mama ;;)

~~~ So start 11 pm la aku baru start boleh buat kerja rumah or coding kerja opis ke. Mula la mesin baju, lipat kain, kemas dapur, kemas beg anak2 nak pegi taska esok, nak layan FB, nak balas reply customer tudung (ehem), nak balut2 semua. Phewwww ~~~~ waktu taip ni pon rasa tak cukup napas inikan nak melaluinya di alam realiti. Haha. Aku rasa kalau jadual bapak pendek je kot. Nak jealous boleh? Hahaha... Tak apalah, aku ikhlas buat kerja2 ni. PAHALA babe :)

OK lah stop dulu. Sambung kerja joms

Wednesday, April 17, 2013

1st day Hasya at taska

Asslamualaikummmm ;;)

Kesiannn. Mama tak cerita banyak pon pasal adik. Kalau dulu time abang 3 entry setiap hari mama duk bercerita pasal development abang. Haha. Sorry ye dik. Mama baru2 nak biasa balik keje ni. Buat coding pon otak lembap2 lagi. Yang mama laju kat poplook dan yang sama waktu dgnnya je. KAHHKAHHH

Hari pertama Hasya pergi taska jumaat lepas. Untuk testing. Bagi aku hantar testing ni penting. Nak tau anak kita bole serasi tak dengan staff taska. Dan nak tau staff taska layak ke tidak jaga anak ko di pandangan mata ko. So far alhamdulillah staff taska tu terror jaga baby. Hasya pulak being such a goooood girl. Kalau time mama jaga kat rumah pon Hasya memang baik. Minum susu tido berak je. Biasanya yang memenatkan adalah aktiviti mengejor abangnya si rayyan. Phewwww. Hehe. Tapi tak apa lah. Mama exercisee hikhuk





Tiap hari aku berwhatsapp tanya staff taska. Hasya buat apa ok ke whatever. Tapi staff cakap hasya ok je kak. Rayyan je tak berapa ok. Huhu. Tak ok tu bukan la meragam tapi lebih kepada lasak kot. Hmmm. Anak... Anak... Jangan lasak2 sangat nak. Siannn kakak2 kat taska tu... Yang kelakonya staff taska kata dorang selalu ugut rayyan bermodalkan aku. Means dorg ugut dia Kalau buli kawan nanti teacher report mama. Haaa dan dan nangis kauuuu. Motip takot mama? Walhal kat umah booolayan kalau mama marah. Sabar je lah nak.

Rayyan dah 2 tahun 5 bulan. Hasya pula 2 bulan. Hmmm... Besar dah anak2 mama :x

posted from Bloggeroid

Monday, April 15, 2013

My 1st working day ~~~ weeee ;p

Assalamualaikum ;;)


Pertama sekali, syukur alhamdulillah, bayi gegirl saya tu baik2 aje... Yup now Hasya ada di taska yang sama dengan abang dia. Rasa kesian pulak nak pisahkan dua beradik tu eventho diorang tak faham sangat pon lagi. Tapi sengaja nak sekalikan, biar bonding adik-abang tu lebih cepat develop ;;)


Hari 1st kerja setelah 2 bulan menternak lemak di rumah hehe. 1 week before start keje baru start diet. Diet sebab takot baju tak muat. Kang kena beli baju baru banyak pulak hehe. Berapa kilo puan ciare turun? Haaa itu kita reveal dalam entry lain hehe.


Mencabar betul harini, sebab sampai2 jer terus bekerja keras. Tetiba kena conduct training dan I dont even study pon. Sempat la study 5 minit sebelum start ajar participants tadi. HAHA. Thank God aku masih ingat lagi sistem ni. Yelah aku pon yang buat sistem tu, tapi bila cuti dah dua bulan, nak buat signature sendiri pon mak dah lupa :D


Aktiviti mengepam pon bermula. Meriah uols susu mak. Hehe. Alhamdulillah. Rezeki Hasya Gegirl. Erm ape tah lagi nak tulis ek. Oh ya aku puasa ganti harini. DAY 2. Dan ada banyak lagi hari yang perlu diganti. Memang kena puasa setiap selasa dan khamis supaya nanti tak kelam kabut masa dekat nak puasa. Masa pregnantkan Hasya kan macam2 masalah aku. Trimester pertama. Mabuk hebat. Few times kena drip. 4x kot dalam masa sebulan. Sampai doctor paksa bukak puasa depan dia. Haaaa. Gituu... Macam2 dugaan. Memang teruk masa pregnantkan Hasya. Tapi alhamdulillah, menjaganya sekarang sangat mudah. Syukur sangat2.


Okay lah ada masa sambung berblog lagi. Daaaa uolsss :-h


p/s :- Sape nak order SD2, ada promosi APRIL tauuu. Pakej 2 minggu dapat 1 free shaker dan diskaun RM5/tin. Pakej sebulan pulak dapat free shaker dan diskaun RM8/tin OKAYYYY. See, how much u can save?? Rugi la sape tak grab peluang ni. Nak kurus, kena lah melabur sendiri :)

p/s/s :- Stok tudung 3 layer chiffon tinggal 1 design jer. Yang lain dah sold out. But dont worry, stok baru akan sampai minggu ni jugak. Lebih labuh dari design yang ni. Kalau aritu labuh tudung dari bawah dagu 13-14 inci, now 15 inci okayyy. Mak sukaaa sangat hehe.... ;;)

 

Thursday, April 11, 2013

Tudung 3 layer chiffon saiz L :)

Assalamualaikummmm. Hihi...

Wuah ciare skrg mcm2 ek uols. Dah rupa pasar malam blog dia macam2 ada jual. Haha. Anyway saje je. Macam best pulak berbisnes ni uols ;;) Ni pon kebetulan dapat duit nuffnang so I laburkan borong tudung. Sebab aku sangat IN dengan tudung chiffon 3 layer sekarang. Nak beli yang ratus2 sehelai tu tak mampukannn. So i beli la yang murah2 jeee. Hehe. Janji sedap pakai. Tak gitu?? :)

Nak tengok koleksi tudung 3 layer chiffon tu. Awning pon chiffon jugak. Layan la ekk ~~~







Haaa cantikkan?? Hehe. Tudung ni saiz L. Ukuran 13-14' dari bawah dagu. RM45. Postage RM6. Berminat? Apa lagi, laju2 sms/whatsapp 0162335384. Email pon boleee ciare.baha@gmail.com

Oh lagi satu, sapa nak order SD2 produk terhangat nak slim tu pon still boleeee... Nak jadi partner i ponn bole. Modal RM60 je uols. Pastu bulan2 company bagi duit poket. Fuhh terbaek lah. Jom join New Image jom. Sambil slim2kan badan dapat jugakkk extra income. Yang penting kita tolong diri sendiri dan tolong orang lain dapat bentuk badan idaman dorang kannn.

Berminat tak jadi partner saya? Contact 0162335384 ok byeee :-h

posted from Bloggeroid

Happy birthday MK. Tè amor mucho!

Assalamualaikummmm ;;)


Eh dah 11 April uols. Birthday MK was on 4th April aritu. Yeayyy. Alhamdulillah... Suami saya sihat sejahtera penyayang dan murah rezekinya. Itu lah yang saya doa hari2 ;;) Asalnya nak bake cake. Nak buat redvelvet. Dah study recipe bagai. Then nak pegi la kedai brg2 buat kek skali MK cakap tak payah la kek2 bagai. Betul jugak, dia bukan makan kek2 ni uols. Tengok badan laaaa. Slimmmnm haha. Semua benda2 manis ni dia tak layan ok.


So weols decide g makan2 je. Pegi pija at je pon. Atau nama comercialnya pizza hut. Hehe. Dah bertaun kot tak pegi makan pizza hut. Biasa kalo teringin pizza just order domino sudehhh.



My birthday boy :x Hehe


Masa ni kat klinik. Kebetulan adik kena gigit semut so pegi la klinik amik ubat sapu. Ciann adikkk. Then off we go celebrate birthday MK.. Tapi takde snap2 gamba plak. Bukan senang nak posing mamat tu. Rayyan pon sama dah mula susah nak berposing. Nanti kita berposing berdua jelah ye, dik ;))


Erm ok lah. Until then, chowww :-h
posted from Bloggeroid

Wednesday, April 10, 2013

Turun 13kg dengan SD2 :)

Hai hai semuaaaa.. Morning... Hehe. Sape yang turun 13kg tu? Puan Ciare keee? Wuahhh uols laju je nak tau si ciare da kurus ke blom yeee. Sabaq sabaqqq... On the way. Haha


Anyway ini adalah salah satu testimonial hebat SD2. Produk hebat, testimonial sure habat jugak kannnn ;;)





Terbaeklaahh. Badan slim, sihat lagi tu. Yelah, berat badan kalo dibiarkan terus naik macam2 penyakit pula datang nanti. Jadi, jaga lah kesihatan anda dulu. Tambah2 dah jadi mak ni. Kita kena sihat demi orang lain iaitu suami dan anak2. Kalau kita pon sakit macam mana nak jaga anak2 kan..


Want to lose weight?? Ask me how -- 0162335384 ;)
posted from Bloggeroid

Tuesday, April 9, 2013

Majlis akikah dan berendoi si princess mama :)

Alhamdulillah....

Princess mama dah selamat berakikah pada hari yang ke 44 di Perak haritu. Makan kambeng uolssss. Hihi. Buat gulai kurma. Sedap nak mampos. Slurppppp. Tapi mama makan sikit aje. Takot puteri mama ni panas plak nanti minum susu perisa mbekkkk mbekkkk. Tapi syukurlah takda apa2. Nyesal tak makan byk2 ;))


Nak gambo sewaktu kejadian. Hehe..





Satu gambo cukup la ek. Buat syarat. Daaaa uolsss ~~~~
posted from Bloggeroid

Monday, April 8, 2013

360 camera

Assalamualaikum. Amboi da dekat sebulan ek tak update blog. Sungguh busy beranak pinak. Haha. Hasya pon next week 2 bulan dah. Besarrrr dah anak dara mama.


Erm best bangat app camera yg nama 360 tu kan. Sekarang memang tangkap gamba pakai tu je. Terus muke glowing berseri2. Tak payah pakai tabita. Haha.

Ok nah enjoy some pic of me and my lovessss.







Have a nice day everyoneeee... Erghhg lemahnya.... Cepat laaaa azan maghrib.. Nak berbuka :)
posted from Bloggeroid
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha