Tuesday, June 25, 2013

Been busy!

Assalamualaikum ;;)

Wuah nampaknya entry 2 kali setiap hari tidak dicapati. HAHA ;)) Iols been busy lately.. Busy dengan kerja hakiki (sudah pasti!!). Dan busy dengan onlineshop guwe. Tu yang blog tak sempat menyelit kat tengah2 tu.  Alhamdulillah side income makin stabil. Tak sabar nak menunggu hari side income mengatasi income tetap bulan2. AMinnnnnn :D

Seriusly, income jual susu memang best. Loveeee it. Moga rezeki untuk kami sentiasa ada. Aminnnn...

Gamba hiasan hihi

Thursday, June 20, 2013

Sejuk perut mama mengandungkan rayyan ^__^

Assalamualaikum ;;)

Alhamdulillah, walaupon rayyan belom pandai baca surah2 pendek, atau baca doa2 secara jelas, but at least, dia sudah ke arah itu. Kalau suruh baca doa, berkumat kamit bibirnya ;;) Dan kalau suruh semayang laju2 dia hampar sejadah. Mama sangat2 terharu tengok kelakuan budak 2 tahun setengah ni. Yes, dia anak yang aktif, sukar nak kawal dia, but in some aspect, aku rasa dia sangat2 baik. A VERY GOOD SON. Perghhhh mak mana yang tak suke puji anak kan. Hehe...

Walaupon semayang tertonggeng2 but at least, kita nampak ikhtiar dia... Dia tonggek2 pon, mama tetap happy. Comel sangat tengok anak mama semayang. Mulut kumat kamit sebijik dah mcam rupa orang semayang. Pandai angat anak mama :x


Semayang 4 rakaat penat kot. Jadi dia semayang 2 rakaat jer. Lepas tu menonton papa habiskan solat. Omey angat abang. Sejukkk perut mama mengandungkan abang rayyan dulu. Moga Khair Rayyan jadi anak soleh. Yang boleh bimbing adik2 dengan baik. Aminnn Ya Rabbal 'Alamin....


Wednesday, June 19, 2013

Jom balik mengundi :D

Assalamualaikum ;;)

Alkesahnya cerita ceriti balik mengundi haritu... Awal Jun kan election aritu. Lupa dah iols tarikhnya almaklum la mak encek tak mengundi. FINE saya rakyat tak bertanggungjawab ;)) Apepon, BN MENANG BESAR KAT KAMPUNG AKU. SO BALIK ATAU TIDAK BALIK, UNDI PRO OR CON GOVERNMENT undi aku tetaplahhhh tidak berharga. Sebab aku undi ke tidak, BN tetap menang. Jadi aku tak bersalah la kan hihi.

Makanya iols hanya teman cinta sejati balik mengundi. Sempena ada misi rahsia sikit. Eh nama pon rahsia mana boleh story ~~ lalalalala hihi.

Thanks to 360. Kini kulit saya flawless nak mampos kahkah

Macam bulan jatuh ke riba. Memang sakan bulan hijau kat sini. So memang BULAN MENANG pon kat sini. Hihi...
So ini memang kali pertama berpengalaman balik mengundi di Terengganu. Memang meriahuols. Dah macam pesta raya rasanya 1 hari tersebut. OK lah since tak mengundi tak dapat nak show off jari telunjuk kat sini. OK sekian saja bye hihi.


Adik2 sementara :p

Assalamualaikum ;;)

Dulu meriah sikit site opis ni. Sebab ada extra anak dara 2 orang. But now... tinggal sorang bini orang, sorang suami orang. Mihmih... So agak bosan di situ. Weet weett... Siapa dia anak dara pujaan ittew?? Jeng jeng ~~


Dayah dan Ain. Gonna miss you girls. Hope will see you again in the future. Terasa tua dapat opismate muda2 gini. Yelah.. Aku generasi 80an. Dorang generasi 90an. Almost 10 years gap. Pergh rasa tuan mak encek :D Tak pelah yang penting hati iols maintain muda okay.. Daa ~~~


Tuesday, June 18, 2013

My sweethearts :')

Assalamualaikum ;;)


Tak sangka uols, dah 4 tahun kawen. Ada 2 anak dah. Rasa macam baru 4 hari kawen. Kan papa kan? Eegegegege :P Sempena anniversary haritu weols pergi bercuti kat Impiana Resort Cherating. Sehari semalam je tp best sangat kat sana. Tenang dan sooo relaxing. Tapi tu entry lain lah ek. Ikut turn.. Entry tertunggak ada banyak lg kehkeh.


Rayyan dan keropok kepingnya. Dia ni mamat terengganu sungguh lah. Hantu keropok. Sehari semalam makan keropok tak makan nasi pon takpa. Perghhh jimat beras mama ;)) Ni posing kat kedai Tat Nasi Ayam PUJ2 je pon. Bukan kat Terengganu. Tapi ada pakcik tu jual keropok dari meja ke meja. Rayyan plak nampak keropok terus histeria suruh beli. Haha


Adik yang cool. So far alhamdulillah bawah Hasya keluar memang mudah. Sooo behave la this girl. Merengek sikit2 upah susu jalan dah. Tapi sekarang dia dah sibuk meniarap angkat2 bontot. Belum try makan kat luar pagi, so tengok la apa hasilnya nanti. Ahaha


Me and my boyfie :x Cayang angat abang dengan adik. Cayang papa angat2 ugeee. Mihmih


Cabaran dalam ber-business tudung

Assalamualaikum ;;)


Selain jual susu produk new zealand berdaftar di bawah syarikat NEW IMAGE, aku jugak penjual tudung. Aku fokus specialized kepada tudung 3 layer chiffon saiz L. Sebab aku tahu betapa susahnya nak cari tudung saiz L di luar sana. So bila jumpa supplier yang best, aku pon nak sharing2 dengan peminat2 tudung 3 layer chiffon saiz L di luar sana. Alhamdulillah memang mendapat sambutan. Album batch #6 ni pon tinggal 3 pcs je uols dalam masa beberapa hari. Syukur :)

Tapiiiiiiii... ha ada tapi... walaupon bisnes kecik jer, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, cabarannya besarrrrr. So siapa yg berbisnes secara fulltime aku memang tabik spring. Bukan senang uols. Antara cabaran yg aku hadapi....

1. Masa. Kena manage time betul2. Office hour aku tak dapat la nak promot kaw2 sebab kerja hakiki perlu diutamakan. But thanx to FB PAGE CIARE CLOSET. Kebaikan buat page ni sangat best. Sebab boleh scheduled post tau. Haaa mcm ala2 buat scheduled entry dekat blog laaaa. Gituu. Terbaek kan :) So waktu keje kalau aku ade post entry2 tu means aku dah siap2 scheduledkan. Means, aku tak curi waktu bekerja. Dilarang makan gaji bute ok. Kemudian kat rumah baru after anak2 dah tido dan dah buat kerja2 surirumah baru laaa dapat balut tudung2 utk dipos.

2. Pos. Agak susah nak cari pos opis terdekat. Tapi alhamdulillah MK boleh tolong pos kan. Hari yang dia tak dapat pos, baru la aku pulak pos. Gitu.

3. Fussy customer. Alhamdulillah customer ciare closet sangat BEST! Sebab mereka tak fussy!! Adalah yg segelintir tu but its ok. They make me stronger ;)

4. Supplier. Hmmm supplier memang laaaaa ada banyak masalah hehe. OPS. Bukan masalah apa. Masalah dalaman dorang kot. Sebab bila dah place order then ada order tercicir la, sampai berminggu2 tunggu tudung sampai. Tu belum kes tudung da sampai tapi tudung lain yg sampai. Paham x? Order design lain tapi design lain yg dia bagi. Tu belum lagi ada satu supplier tu i request L dia bg M jugak. Bila dah pulangkan balik, berminggu2 dia delay nak bagi tudung. Lepas tu dia bg semula tudung yg M jugak siap tak ada brooch. Dan sampai sekarang belum pulangkan duit brooch tau. Aku pulak yg rugi kena beli brooch kat kedai RM10 sebijik. Memang blacklist supplier itu dan selagi dia tak pulangkan duit brooch tu memang tak berkat la bahagian dia tu. Hmmm, see? Macam2 tau uols. Sebab tu sekarang ni aku lebih suka amik sendiri stok kat kedai. Boleh pilih sendiri. Cash and carry. Stok tudung pulak bukan dekat KL. Kat negeri lain ok. Takpelah. Layan jelaaa. Rezeki. Ada di mana2.


Proses membungkus. Special dari Ciare Closet. Tudung dibungkus di dalam tupperware/kotak tau

Tudung utk customer ;)

Antara tudung saiz M yg aku dapat. Tak suke! Order L bg M pulak. Pfttttt

Sekian sahaja bebelan dari saya. Daaa ~~ :-h

Monday, June 17, 2013

Dating dengan bloggers :)

Assalamualaikum ;;)

Wuah mencabarnyaaaa nak update entry ni sebab ada gambar makanan sedap lepas tu tengah puasa pulak. Grrrr ~~~ Hihi...

Anyway, now I'm working at customer's office. So dah alang-alang berada di sekitar putrajaya tu, seluk-seluk lah pekasam skali. Ngeh ngeh. Maka pergilah berdating dengan kawan2 di alam maya. Errr takde lah maya sangat sebab we've met before. Just that we all know each other from online gitu.. To be exact, we are blogger mommies. We share opinion, we listen to each other, we advice each other. From multiple backgrounds but we get along very well. Even my husband impressed dengan keakraban kami. Jumpa di blog FB whatsapp twitter... Jauh di mata dekat di hati ^__^


Ana and Kak Jue. Nak ajak zaza skali tapi dia missing in action masa ni. Heh :p

Ana and me. My weight was 68kg masa tu. Lengan da kecik sikit kehkeh. Ana distributor Shaklee, siapa nak barang2 shaklee boleh roger beliau hehe.

We had lunch at Padi House. Restaurant cantek dan makan sodap. Sampai sekarang terbayang2 lamb chop yang ku telan ittewww hehe

LAMB CHOP SUMPAH SEDAP

OK bye. Nak lari laju2 sebab tgh puasa ni. Sedap le pulokkk. GUGUGUGU~~~

My cheeky babies ^___^

Assalamualaikum ;;)

Yes, monday blues. SANGAT. Today woke up at 5am reheat lauk pauk. 5.15am makan sahur sorang2. 5.30am settled makan. Then balut barang2 customer yang nak dipos harini. Since ada customer yang buat payment jap 11.30pm tapi aku dah tido, check masa sahur rupanya dah bayar, so kena la pos kan. Sebab aku janji payment before midnight akan dipos keesokan harinya gituu ;) (Ads jap: Tudung 3 layer chiffon dan SUSU alphalipid SD2 dan LIFELINE -- ready stocks. Whatsapp me to order k. 016 233 5384). Dah la wrappers tak cukup kemudian dengan tak berapa kreatifnya aku wrap pakai A4 paper jek. Huhuhu... X syomellll...

Anyway pas solat subuh pergi melingkar macam ular sawa kekenyangan la sebab baru lepas sahur kan. Bangun pagi timbang berat naik 1kg. DAMN. HAHA.

Whatever it is, monday2 blues ni, tengok jer gamba anak2 then terhibur sikit hati mama. Mama doakan anak2 mama happy kat taska, tak nakal/menyusahkan pengasuh ok... Be a good abang dan adik :x

ABANG

ADIK
Pictures taken about 2 months ago. Hehe. Now Hasya makin chubby hehe. Anyway, flawless gila kulit aku. Biasa laaaa, i pakai cleanser 360 namanya. Free je, boleh download dekat telefon. AGAGAGA. Lariii ~~~~


Friday, June 14, 2013

Ke kelas belajar mencintai Alphalipid :')

Assalamualaikum ;;)

Tak pernah terlintas di otak fikiran nak melibatkan diri dalam jual menjual ni. Sebab aku rasa I have no such talents in selling. In buying aku memang champion. Terbukti dengan duit gaji boleh dihabiskan sambil pejam2 mata, eh da abis da duit? :D

So sampai bila asik nak abiskan duit? Apa kata aku JANA DUIT pula? Kan best, buat duit. Yes I love money. Kaching kaching!! Hehe. Duit tak menjaminkan kebahagiaan dan kasih sayang tapi tapi tapi... fikir lah sendiri apa TAPI tu. Aku taknak tapi tapi dah. I found the way. And I want to excel in it. Ciare boleh!!

Nanti later aku buat entry bagaimana aku boleh jatuh cinta dengan jalan yang aku pilih ni. Why why why? Senangkan banyak lagi produk lain di pasaran kan? Haaaa.. Tu story lain, tak larat la taip banyak2 HAHA.

Kelas berlangsung di rumah cikgu cantik manis omey omey macam Emma Maembong ni hihi. Dah la aku suke bangat si emma maembong. So dapat jumpa dengan iras2 emma pon ok sangat2 dah. Anyway dah kenal anil few years back through her blog. Love her life stories especially about her BIG DAY, wedding day lah apa lagi. Now, tak sangka dah jadi business partner!! *hugs*


Cheque kepunyaan maisarah. Kenal tak siapa maisarah? Sila rujuk gambar di atas, yang berdiri di atas tangga tu. Haaaa. Itu lah maisarah. Umur baru awal 20an tapi gaji bulanan minimum pon RM 5 ribu ke atas. Eh silap2 RM10 ribu ok!! Yang duduk atas tangga tu kenal tak siapa? Tu haziq AF, adik si Anil omey tadi tu. PONNN GAJI RIBU2 bulan2 hasil JUAL SUSU.


Ni pulak cheque gaji team yg atas2 lagi. Perghhh tengok monthly salary dorang hasil jual susu rasa nak pitam bangun semula pitam balik and so on. Pergh!!! ~~~

Abang Wan, antara leader terhebat kau memang da bomm. Bagi semangat kan anak2 didik macam kami yang baru ni. TQ Abg nik. See, that little children? Kids of my business partner. Siapa kata berbusiness macam ni mengabaikan anak? NO NO ok!! Kami siap bawak anak2 lagi pergi majlis2 ilmu macam ni. Pergi royalty pon boleh bawa anak no problem!! Thats why i love this job. Dah la buat part time, pastu just promote saja dalam FB and blog, lepas tu tak pernah tinggalkan anak2. Each time nak pergi amik stock susu pon, siap bawak my kids skali. Syukur Alhamdulillah rezeki anak2 kan :x

Ni pula kakliza. Pangkat dah tinggi diamond intan berlian sibuk ke sana ke mari bagi talk but still humble dan sudi luangkan masa untuk kami. Thats why aku suka biz ni. Kami tak beza2kan upline downline bagai. Bagi kami semuanya business partners tau. Dan seriusly, walaupon dorang dah taiko tapi tak jemu2 beri semangat dan kata nasihat. Sampai weols yang baru ni segan2. Hehe...

Best kan cerita ni? Hehe... So, siapa nak join team kami sangat2 dialu2kan. Bole sms/whatsapp saya di talian 016 233 5384. Advantages jadi ahli adalah, dapat harga member yang JIMAT! Dan dapat insurans cover (tak ingat berapa juta) jika dapat sebarang penyakit disebab produk ini. See?? Insurans cover berjuta2 new zealand dollars OK!! You nak stay prince court setahun pon bole. Ekeke.

Moral of the story, Company yakin produknya sangat selamat (dan HALAL) sampai berani beri uols insurans cover berjuta2!! I dont think ada produk lain yang beri insurans cover berjuta2. NOPE. NEVER.

So apa tunggu lagi, jangan tunggu esok. SMS/WHATSAPP saya sekarang ok 016 233 5384 :)

Thursday, June 13, 2013

Visit baby kak seli :')

Assalamualaikum ;;)

Di hujung2 maternity leave aku, eonni saliza plak bersalen. So sempat la terjah rumah beliau sementelah aku masih bercuti. But at this moment, eonni pon dah masuk kerja balik ok. Bayangkan betapa basinya entry ini KAHKAH :D


Baby Alia. Musim gegirl kekdahnya hehehe

Ala omey omey :x

Sekarang alia da besar pon. Omey bangat ok.

Bila dah lama tak menulis blog ni rasa macam dah tak terror menulis pulak. Sampai kena peram dalam draft berhari2. Kalau dulu, once bukak new post tu, jari jemari dah menari2 nak menekan2 papan kekunci (keyboard LOL) ni haaa. Ekekeke.. Well, faktor makin tua, mungkin? #nangissebakul


Hasya Days Out *During Confinement* Muahaha :D

Assalamualaikum ;;)

HAHAHA Gelak evil japs :D Nasib lah uols terpaksa baca cerita lama2. Nak wat camne, mama rayyan^hasya baru dapat mood berblog semula. Been busy lately. Not that now tak busy, stillll busy dan bertambah busy tapi.... dah dapat semangat baru untuk berblog. Mak suka ^__^

Sewaktu berusia 37 hari 1st time Hasya balik Perak. Nak bawak pegi jumpa family belah mama nye. Dan hari ke 38 1st time Hasya pergi kenduri menikah. Hehe. Mama dah rupa tak dalam pantang jer berjalan sakan HAHA. Yang penting mama still pakai setokin tebal tau pegi kenduri. Segan jek :p

Hari ke 40 dah masuk aeon station 18 ipoh. Mihmih.. Teringat lagi masa ni ada orang nak tangkap gamba dengan Hasya pastu mintak izin upload ke facebook. Malangnya lupa nak mintak nama FB orang tu. Huhu. Dah feeling retis mama Hasya agagaga

Di pangkuan mak ndak sayeeee... hehe.. impossible la di pangkuan mama sebab tengok jari tu kurus ja. Masa ni jari mama saya gemok gila almaklum laa berat mama masa ni 75kg. Kau hado mama gemok camni? KAHKAH

Okay entri di akhiri dengan, bye bye hihi :-h

p/s: Happynyaaaa sebab side income saya dah menjanakan
hasil berbaloi2. Tak sangka buat part-time dan gitu2 nya
tapi hasilnya mantap. Tsk terharuuu~~~
Siapa nak side income jugak? Jom contact saya ok.
Sms/whatsapp 016 233 5384

Wednesday, June 12, 2013

Sambungan cerita pengalaman bersalin di azzahrah (pictures)

Assalamualaikum ;;)

Pergh tajuk tak boleh blah, siap ada uncut scenes dah rupa mcm cerita censored pulak kan nyah? HAHA. Anyway got few pictures to share with you all since ramai yang tanya tentang kos bersalen di pusat rawatan islam az zahrah. Dan ada jugak readers blog yang suruh whatsapp gamba bilik single tu macam mana. Maybe dia nak tau berbaloi ke tidak dengan kos keseluruhannya gitu. Jom ulang balik cerita almost 4 bulan lepas. Ayuhhh ~~~


Malam sebelum bersalin. Masih steady macam biasa. Tak sakit but of kos neves gila sebab dah tau akan bersalen jugak besoknya. Bag mama dan baby da siap. Bag papa dan rayyan pon da siap since memang da plan semua akan bermalam kat hospital. Bapaknya siap tak nebes langsung tido lewat pastu liat nak bangun paginya. Sabau jer lah. Hihi

Sesudah memasukkan diri ke wad, setel registration dalam 9 am lebih, nurse pon mula pasang mesin CTG dengar jantung baby tu. Jam 11 am baru start masuk ubat induce.

Selepas bergelut yang maha sakit bermula dari jam 2.30 sampai 4pm maka keluar lah ini budak. Baby LIFELINE memang steady lah. Hihi. Dah overdue pon relax duk dalam perut mama hehe

Copy paste Muhammad Khair Rayyan kan ;)

Ni bilik aku menginap. Besar macam hotel. Nak sumbat 1 family 10 orang pon boleh. Bawak je toto dengan bantal masing2. Memang selesa sangat2. Dont worry. Ada tv aircond dan toilet. Dan jugak sofa bed utk peneman

Sofabed

Sebelah baby tu ada extra chair utk duduk2. Dan almari kecik utk barang2 personal.

Cubaan pertama abg menerkam adiknya -_-" huhu. seramsss

Masuk je bilik, nampak katil dan sofabed belah kanan

Toilet di penjuru bilik gitu. Toilet pon spacious. Not bad at all. Sepadan lah dengan harga nya yg macam hotel juga HAHA
Begitu lah serba sedikit gamba yang sempat disnap kan. Harap semua terhibur dengan info2 ini. Hihi. Ramai yang email nak mintak gamba tu, boleh je refer entry ini ok. Kepada bakal2 ibu, selamat bersalen molek2 yer :p

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha