Thursday, August 22, 2013

i-cant-believe-i'm-29 conflict HEHE

Assalamualaikum ;;)

Tahniah. I'm another year younger. Hihi. Yes i am 19+10. Wuah. Nak jugak sweet 19 gitu kann. Ku panjat doa kepada Allah swt agar doa di dalam solat-solatku dimakbulkan. Aminnn...

Well, perempuan dan umur adalah MUSUH jika makin lama meningkat. Perempuan takutkan kedut2 muncul dimukanya... takut suami tidak suka lagi melihat wajahnya yg tua... that's cliche. The truth is women love their age. Lagi banyak umur lagi happy. Sebab lagi banyak umur, lagi banyak anak, lagi banyak cinta, lagi banyak kasih sayang, lagi banyak pengalaman, lagi banyak income and the list goes on.

Betul. Yang ditakutkan hanyalah angka 29, 30, 33, 35, 40..... tapi di sebalik nombor2 itu adalah kehidupan. Dan saya sayangkan kehidupan saya. Dan sangat bersyukur kpd Allah kerana diberi peluang untuk hidup di dalam kehidupan seperti ini. Alhamdulillah. Mungkin tidak lawa mana, tidak bijak mana, tidak kaya mana dan macam2 lagi. Tapi, ianya cukup. Cukup cukup sudaaah ~~ eceh nyanyi plak ;))

Rancangan Allah tu cantik. Kadang2 Dia hantar hujan. Kemudian Dia turunkan pelangi. Cantiknya... Bertuah kita kan kawan2. Tempat kita aman damai. Di tempat lain, ada sahabat kita sedang hidup dihujung senapang, perut pun dah bunyi machine gun kelaparan, sembahyang di atas lantai penuh darah ahli keluarganya...

Ya Allah... Terima kasih Ya Allah.. Kerana lahirnya aku di sini yang aman dan sebagai seorang muslimah...



Tuesday, August 20, 2013

Meet my super duper active 2 yrs 9 months HERO

Assalamualaikum ;;)

YA ALLAH!

That's all I could say. Phew. Berhadapan dengan toddler berusia 2-3 tahun memang sangat mencabar. It's getting tougher everyday *lap peluh* Bukan mengeluh ya kawan-kawan. Bukan tidak bersyukur. Cuma menceritakan situasi sebenar bukan rekaan bagaimana realiti kehidupan bergelar ibubapa kepada anak-anak yang sedang membesar. Dan, buat masa ini, adalah penuh cabaran. Apa yang kami perlukan adalah segunung SABAR dan bukannya Sabariah. Jika nama Sabariah boleh membuatkan saya bersabar lebih banyak then YES, saya sanggup tukar nama saya jadi Sabariah T___T Sampai begitu sekali. Can you imagine T___T


Setiap hari bangun pagi, hati akan berdebar-debar. Otak akan ligat berfikir... Antara yang berlegar di ruang otak adalah seperti:-
~ Oh jangan terkejutkan rayyan. Make him wakeup by himself then there will be smiles
~ Jangan marahkan rayyan if dia sepahkan rumah, tumpahkan susu, muntah (sebab menjerit sokmo) sebab nanti bila dia menangis, maka adik pula terjaga. Sebab once he cries, adegan seterusnya adalah muntah (tak tahu kenapa. anak korang macam ni juga ke?) Dan bila muntah akan menambahkan kerja di emak (sebab bapak dah pergi kerja lagi awal) maka terbanglah semua kesabaran si emak haha T___T
~ let him play let him sepah everything and tell him It's ok abang. It's not your fault (bila terjatuh and whatnot)
~ berdoa mood dia baik utk pergi school.. sing ABC songs to cheer him up..
~ berdoa lagi masa di school dia tak gaduh dengan kawan. Normally dia tak akan gaduh dengan orang unless orang tu kacau dia, kacau toys dia gitu. Tapi dia ada nakal nya jugak. Dia akan bekeng dengan kids younger than him. Kalau dia rasa budak tu shorter dari dia, so dia rasa dia hebat dan annoy dengan that kids. Biasanya dia akan push budak tu. Kesian sangat. Don't know lah how he got this habit. Haih. Jenuh lah ajar dia. Don't push your friends. Its not good. Berdosa. Tapi takada jalan pon.
~ Petang ke malam biasanya mood dia baik. Tapi 'baik' standard dia la. Means tak ada nangis2 sangat. Lagipon malam biasa papa dia entertain dia meanwhile mama berkepit dengan adik. Malam waktu adik plak merengek2. Tu buat entry lain lah untuk adik pula ;))

Pendek cerita, he is a normal kid. Lagaknya biasa saja. Tak ada yang pelik. Menjerit. Melompat. Buat sepah. Conteng buku. Punggah dapur. Punggah kain baju. Sorok remote, kunci dan stokin adik T___T

He's just a big baby. It's just mama yang perlu biasakan diri. Mama, you've got looongg way to go. Don't be like this. Don't complaint so much. Just swallow everything. Anak tidak bersalah. They are growing up seperti yang diaturkan ALLAH swt.

I AM THE PROBLEM. The problem is saya tidak dapat terima kenyataan 100% bawah inilah realiti kehidupan seorang MAMA. Bukan lagi bujang tiada anak ada masa bersukaria pegi shopping travel, going out late at night, watch movies whenever you want, sleep 20 hours a day. NO!!

Sebab right now, you don't even have enough time to get a proper shower, a proper meal, a proper sleep lagi lah! Segalanya express!! All in my mind (except work) adalah KIDS, HUSBAND (husband comes no 2 haha), COOK, CLEANING, LAUNDRY, BLA BLA BLA. And the list will never ends rasanya -- again, not complaining, just describing haha.

Oleh itu saya bersyukur kerana masih sihat walafiat dan waras untuk mengendalikan semua ini. Mungkin saya fikir ini susah, tapi fikirkan, orang yang lagi susah dari kita *muhasabah diri*

Sebagai penutup, jom layan gambar my hero. Selasak2 Khair Rayyan, I'm happy if my next baby is a HE. OPPPPS!! ;))


CLIMBING

SILA PANGGUNG MACAM NAK BERSILAT

JONGKANG JONGKIT WITH PAPA

PLEASE-DONT-TAKE-MY-PICTURE EXPRESSION HAHA

KICKING THE COUSIN. HUHU

I WANT TO SIT WITH THE DRIVER PLEASE. YAWN

LET-ME-GO EXPRESSION

GADGET GUY

LET ME TAKE CARE OF ADIK

HIJABISTA

MAMA LOVES ABANG SOO MUCH. AND YOUR ADIK TOO. PLS BE A GOOD BROTHER TO YOUR SIBLINGS YE KHAIR RAYYAN. PLS DONT KACAU ADIK WHILE MAMA MASAK PLEASE. EH!

Thursday, August 15, 2013

Salam Aidilfitri 2013

Assalamualaikum ;;)


Tema raya kedua -- PINK. Raya pertama tema kelabu asap dan hitam. Raya ketiga pula kuning gold gitu. Tapi buatlah tema banyak mana pon. Akhir sekali, gambar tangkap sendiri je seperti di bawah. Tak ada pon sessi bergamba ala2 studio. Plan photoshoot ke studio semua kelaut. Maka, gamba berhashtagkan #selfie seperti di bawah saja lah yang ada. Jadi laaaa. Janji ada. Ini pon sebab Si Mek Hasya masih belum berlari. Nanti dia dah sibuk masuk team ahli pecut negara berlari sama Abang Rayyan, tinggal mama jer lah sorang2 berhashtagkan #selfie kat instagram tu dik. Redha je lah.


Mama with Mek Hasya

Apa pon, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap. Dan, saya sudah memaafkan semua. Walaupun hakikatnya seperti tiada bergaduh dengan siapa2 namun, lembutkan hati untuk memaafkan. Saya maafkan driver kereta yg &*&*&^ di atas jalan raya pagi tadi. Heh.

Raya was a blast! Dapat berkumpul dengan kaum keluarga belah Terengganu yang tidak kurang besarnya. Alhamdulillah. Ada rezeki boleh berjumpa lagi. Yang tak sempat juga tak apa, ada rezeki dan jodoh, ketemu lah kita nanti. Buat kaum keluarga ku tersayang di Perak, I know uols tak rindu langsung sama guwe. Takda siapa pon sms, ini kan nak call bertanya kabar tentang saya. Sobs T___T. Amboiii bukan main lagi makan sedap2 uols lupa sama saya yaaa! Heppp biasa dia tuu!! Hihi. Ok ok tak ambil hati pon. Nanti hari merdeka kita ketemu. Seraya meraikan hari perkahwinan cousin kita tu. Kawennn juga beliau. Ingat tak reti reti nak kawen. Bahahaha.

OK lah sekian saja. Wassalam.

Friday, August 2, 2013

Welcome Ramadhan & Syawal (soon)

Assalamualaikum ;;)

Wuahh motip ciare? Lagi seminggu ramadhan nak meninggalkan kita baru nak welcome2 Ramadhan bagaiiii. Well, sorry. Mak busy. Serius. Busy. Bulan Ramadhan betul2 bulan mencari rezeki pahala lebih. Sebab itu saya utamakan Ramadhan dari tulis blog. Eh.

Dan sekarang, stuck dengan work kejap (working lepas sahur kau ado?) dan sementara dan solat subuh maka terhasillah entry ini.

So bagaimana Ramadhan uols? Bersyukur rasanya... Berpeluang lagi menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah. Dan ketika menjadi seorang Emak kepada 2 bayi (rayyan bayi ke?? haha), tanggungjawab menjadi isteri tu jangan diabaikan. Bulan Ramadhan ni bulan berkasih sayang. Sebab, banyak aktiviti dilakukan dengan suami sama2. Solat sama2, sahur sama2, berbuka sama, mengaji sama2. Ya Allah... Alhamdulillah :') :x

Seronok sangat. Dan sedih, tak lama lagi Ramadhan nak meninggalkan kita. InsyaAllah puasa penuh tahun ni. Seronok sangat!! Hope, dapat bertemu Ramadhan lagi tahun depan, Ya Allah.. Panjangkan lah umur ku, suami ku, anak2 ku, emak ku, adik beradik ku, saudara mara ku... Semoga kami bertemu lagi dengan Ramadhan yang seterusnya. Aminnnn....

Dan seperti biasa, soalan PANAS. Beraya di mana tahun ini?? :) InsyaAllah akan beraya di Terengganu. Soalan panas kedua, balik Perak raya ke berapa? Sorry mak tak balik Perak raya kali ni. Tahun ni kami adik beradik buat keputusan beraya di rumah suami SAHAJA. Tak balik kampung sendiri. Begitu. Mak pula beraya dengan my sis. Tak rindu mak ke di pagi raya? Gila ko tak rindu! Tapi tak apa, aku dah berpeluang berpuasa dengan mak selama 2 minggu lebih. Jadi, bersyukurlah. Pagi raya boleh video call. Apa susah :) So kepada orang2 Perak, do not miss me ok. InsyaAllah boleh jumpa di hujung2 syawal masa wedding cousin nanti. Jumpa di sanaaaaa ^___^

Haih even MK questioning me everyday since raya makin dekat ni, "Betul ke taknak balik Perak ni?". Hehe. So comel. Betul sayang, my raya is when i'm with you baby. So lets raya anywhere, be anywhere, but my raya is when i'm with you... :x

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha