Monday, September 30, 2013

Tengok 12 episode Dexter season 8 sampai demam

Assalamualaikum ;;)

OK tak tajuk entry mak? ;)) Tak tahu lah kenapa aku kalo dah start fanatik dengan sesuatu tu memang poyo sikit sampai nak letak kat blog hihi. Pastu beriya google2 info. Koserrr mak tapi buattt jugak.

Tak tau lah since bila aku ni start suka cerita bunuh2 ni sampai setia tengok channel Fox Crime. CSI NCIS Criminal Minds Dexter bla bla bla. Kalo bosan aku tengok Korean Masterchef or Dancing korea tu jugak. Taste memang tak sama langsung la dengan MK kesimpulannya. Hiks.


Dan since last year aku terjebak dengan Dexter 7 masa tu. Gigih tunggu tiap episode. Pastu siap download season lama2. Pergh best ok tengok cerita pembunuh bersiri ni. So last few weeks, since Dexter 8 dah mula ditayang, aku cari2 rupanya version HD da ada kat torrent. Apa lagi, laju2 la download 12 episode season 8.

Start tengok jumaat malam sabtu (4 epi), sabtu (5 epi), ahad (3 epi). Hasilnya --> DEMAM. To many violence and pool of blood. Sampai terngiang2 suara dexter dalam kepala aku. Jangan sampai aku pon bunuh orang sudah. Kuikui. Sabtu malam Ahad sekali demam. Ahad malam Isnin (malam td) demam lagi. Phew. Seriously.

OK dengan harapan lepas tulis blog ni pasni tak teringat dexter dah. Jom study recipe Snowy Cheese Cake joms ~~~

Kill Kill Kill

Haha saiko giler! :D


Ramadhan Vacation di Zenith Hotel, Kuantan

Assalamualaikum ;;)

Wuah tertinggal plak entry vacation bulan Ramadhan haritu. Actually tak plan pon nak jalan2 before balik raya tapi sebab cuti panjang sangat before raya dan MK risau aku akan bosan melopong balik Ganu awal sangat (hihi) maka tetiba dia tanya 'nak pegi mana2 tak sebelum balik kampung?' wuahhh. Aku riang gembira la jawab NAKKK. Pastu sevey2 lah tempat2 best on the way nak balik Ganu tu... At least nanti tak jauh dah nak balik Ganu. Bulan 6 haritu dah pegi Cherating so kali ni, pegi town pulak lah. Ke kuantann kiteeee :D Zenith Hotel. Best sangat. Betul2 berhadapan shopping mall ape tah nama. Jalan kaki je masuk mall. Pergh terbaek. Amik bilik suite kot... Dah ala2 pent house atasssss sekali. Seram mak. Wiiwiiii

Hari Sabtu (sebelum raya), bertolak jam 11 pagi macam tu. Awal lagi so jalan tak jem since orang suke balik kampung malam raya kekdahnye hihi. Mekcha belum keluar KL dah tidoq. zzzzzz

Favourite part MKRayyan bila balik ganu. Sukaaaa sangat dia bila lalu bawah terowong ni. Asik cakap WOW WOW WOW. Haha

OK dah checked in!! Seperti biasa Hasya akan jadi Quality Surveyor check keempukan tilam hihi. Nyaris tak tergolek mekcha huhu. Bilik spacioussss sangat. I likeeeee. Siap ada free wifi dengan cable LAN. Terbaek noks.

Ada cermin besar jugaaaa. Mak suka. Hiks. Eh masa ni macam kurus. MACAM jelah. Bulan pose dan berat 62kg waktu sebelum berbuka dan 63kg lepas berbuka HAHA.


OK ni tempat favourite MKRayyan. Berejam berendam naik kecut. Tskkk. Aku yg dah gigil teman dia. Papa dia koser lettuwww nak join.


Mekcha

Kuantan's City view from the room. Tinggi ngatttt. Gayat mak.

Tertonggeng2 mekcha

Berbuka weols tapau kat param berdekatan dgn hotel je. Tak mampu mak nak makan buffet hotel RM99 sekepala. Kalo 2 kepala??? Hah. Jenuh. Pas berbuka ringan2 masuk shopping mall kat depan otel. Jalan kaki jeee. Orang ramai gila kotttttt. Ate orang tak abis lagi shopping raya. Weols sambung makan2 dan jalan2 je.

Bedtime stories. ABC songs jela bedtime stories dia. MKRayyan sebut 'ebici congs'. Suka sangat letak 'S' kat setiap perkataan dia. Feeling plural sangat HAHA.

Tidur lah anak. Awal je tido kat katil empuk. Kat umah kemain payah.

Internet ada jangan lupa guna. Rugiii rugii dah bayo memahal. Hiks. Tu air peberet iols kat Starbucks. Green Tea Latte. Perghhhh

Suka dalam duka. Nak nyusu lettuwwww :D

Jem jugak sikit sekitar town. Dah nak raya katakan..

Sahur provided. Aku makan tak hengattt. MK siap sound 'bila nak stop?' haha kuangasemmmm. Ate kalo dah buffet aku laju jeee. Asik menambah and nak rasa semua makanan. Kalo tak rasa rugii woooo. MK memang rugi bawak buffet sebab dia makan secoet jer. Pfftttt.

Nak balik dahhh. Jom siap2.

Nice ambience. We'll come back again.

Gurau2 anak veranak.

Jom balik Na na na na ganu kiteeeee :D Dan berhari raya yeayyy ^___^ On the way balik lalu Awana Kijal plak. Macam best. Next time kita check in awana kijal plak ek papa :p

Mekcha nak tido gitu la. Termenungggg je. Sambil tangan menggaru2 bantal. Hiks. OK tamat sudah short vacation kami di Kuantan!! Tak sempat nak makan seafood kat Tanjung Lumpur. Takpelah next time pulak pegi lagi K. Bye bye!!!~~~~


Thursday, September 26, 2013

Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Innalillah...

Assalamualaikum ;;)

Semalam, jam 2.02 minit pagi, ibu saudara saya (kakak kepada arwah bapa saya) telah kembali ke rahmatullah. Sakit tua. Infact pelbagai sakit arwah kena tanggung sehingga ke hujung nyawa beliau. Sampai anak2 relakan pemergiannya. Tak sunggup tengok arwah terseksa dicucuk sana sini, wayar sana sini, tekan sana sini, besi sana sini... Dah beberapa bulan arwah dalam keadaan begitu. Mesti sakit kan...

Dan petang selasa tu arwah sakit perut tak boleh membuang yg kecil/besar. Masuk ICU (baru je balik hospital dalam 3 hari sebelum tu) dan doktor kata darah dah masam or basi. Kiranya darah dah kotor sebab buah pinggang tak dapat cuci. Nak buang air kecil pon tak boleh. So darah kotor. Doktor nak dialisis darah dia. Proses tu 2 jam. Cucuk di pelbagai tempat sebab tak jumpa salur darah. Salur darah pon tak jumpa sebab darah dah kotor. Tak ada oksigen untuk alirkan darah baru. Sampai ke hujung nyawa darah melimpah ruah. ya Allah...

Tau je berita terus shoot balik perak. Tapi tak sempat tengok arwah buat kali terakhir. Dikebumikan awal sebab darah banyak keluar. Sempat lah kami ke kubur... Masa tu dah habis baca talkin pon... Semoga arwah ibu saudara saya dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Alfatihah

Tuesday, September 24, 2013

Celeb Anniversary di Impiana Resort Cherating

Assalamualaikum ;;)

Bukan selalu dapat bercuti. Rasanya setahun sekali pon susah. Tahun lepas just ada pergi jalan2 ke Bandung. Lepas tu tak ada pon pergi mana2. Dalam Malaysia nan ado, luar Malaysia apetah lagiiiii. Huhu. So untuk memeriahkan lagi rumahtangga yang sememangnya makin meriah dengan kehadiran #nurhasyahadirah, dapat pergi bercuti just the four of us sangat best skali. Before tu, on the exact day of the anniversary memang ada short weekend getaway ke Gold Coast Morib Sepang dengan geng Puteri 7. Tapi yang ni just kami je. Kebetulan balik Terengganu so amik peluang melawat belah pantai timur nun. Seriusly, ini kali pertama singgah Cherating setelah 4 tahun mengkahwinkan diri. Ayat apekah ini - mengkahwinkan diri?? ;))

So joms cuci mata. Apa ada di Impiana Resort Cherating. Overall saya bagi score 4.3/5 bintang. Hihi. Best, ada private beach. Yang tak bestnya sebab resort so bangunan tak tinggi so dapat bilik tingkat 3 ko panjat la tangga T__T

Memang pilih resort ni sebab dia ada seaview room. Gituuu. Nak romantik2 kaedahnya. Skaliiii bila malam bukan nampak apa. Gelappppp je. Mak takuttt haha. Hasya awal2 dah tergolek rasmikan tilam empuk.

Spacious and comfy room

Kemain mekcha

Breakfast on bed. Cheeewah. Eh idakkk. Ni bukan breakfast tapi pre-lunch. Pas mandi pool lepas breakfast tu, lapo. Tu trus call room servis tu. Ingat ada menu lunch tapi blum ready lagi. Ada american breakfast je. Layan jela labuuuuu.

Sakan la abang berlari macam tak cukup tanah. Siap menjerit2 bagai. Dah la ada pokok besor tepi tu. Aku kan kuno sikit. Penakot ya hamat. Mule laa terbayang objek2 pelik celah pokok T___T

Dah sebatu abang berlari menuju ke pandai. Sakan abang eh. Menjerit sampai semua monyet2 tepi hutan tu pon surrender dengan jeritan anak aku ;))

Damainyaaaa tengok laut kan. Aku suka tengok laut. Jalan atas pasir tepi pantai berpegang tangan pelok pelok tapi aku tak suka mandi laut. Melekit. Yucks. Dengan sunburn nya. NO

Best woo lepak bercanda tepi ni. Mengintai2 orang mandi KAHKAH

View from balcony


Swimming-pool-yang-menghantui-rayyyan-sampai-tak-nak-balik :D

Mandi lawot pulakkk. Sampai merah padam muke anak. Siannn

Ni pagi waktu nak checkout. Ada kolam dekat reception area. Cantik

Both tembam


Sesekali dapat bercuti macam ni memang best. Nak buat tiap2 bulan memang tak laaa. Bankrupt mak. Tapi kalau ada masa dan duit lebih memang akan buat aktiviti bercuti anak beranak ni. Rayyan pon happy je kalau jalan2 macam ni. Hasya? Dia blom tau lagi. Nyonyot jee keje dia ;))

Until then, adios!


My birthday treat ~ Jom ke SPA!!

Assalamualaikum ;;)

Kali terakhir pergi spa adalah masa di Bandung. Sebulan sebelum pregnantkan Hasya. Kira dah setahun setengah la lebih kurang. So I DESERVE a spa treat ok. Hihi. Since aku dah join member spa ni (nama spa dirahsiakan haha. nak tau sile pm. koser mak nak buat iklan spa kat sini. i bukan duta :p), maka guna lah privilege member tuuuu. Membazirrr kalo tak guna. Dapat rege member range diskaun RM20-30 gak. Terbaekkk hihi.

Gile kemhooo minah ni.

Waiting room di spa tersebut
Aku amik pakej untuk member. Ada pakej untuk harijadi. Since masa pegi ni bulan 8 so aku amik la pakej besday gituuu. Dalam pakej tu ada face spa (30 min), sauna (30 min), body scrub (1 hour), tangas (30 min) dan hot ginger tea. Total RM120 gitu untuk member. MURAH KANNN :D Cadang nak pergi la bersauna tu at least 2 bulan sekali pasni. Terbaekkk ;)

So kepada isteri2 dan ibu2 di luar sana. Rajin2 lah ke spa, manjakan diri. Anda sangat2 deserve it setelah berpenat lelah di opis, di rumah lagi... Dah serupa bibik kat rumah. Huhu. Lepas pegi tu jangan lupe claim kat suami ye. Adiossss. Hihi...

Monday, September 23, 2013

Hari Malaysia pegi Cameron jap

Assalamualaikum ;;)

Yeay I like unplanned program sebab bila pegi rasa puas. Sebab tak ada plan apa2. Skali ada program pulak. So the black day became white. Paham tak. OK maybe tak perlu paham kan pon. Baca je. Dah dah tak payah baca pon takpe. Muahaha

Dannn sesampainya di Cameron Highlands terus pegi makan. Makan nasi la noks. Takkan lunch nak makan stoberi. Keje gile namanya tu. Agak2 la. Kot ye pon. Tak payah feeling omputeh sangat lah. Nasiiii juga mak cari. MKRayyan pon dah bersuara nak nacik nak nacik gitu. Hasya plak nyonyottt je mentennn. Maka mak perlu makang nasi nati takdok susu guane plop?

Lepas makan baru boleh berfikir secara waras dan jalan2. So weols pergi ke Strawberry farm ape tah. Makan kudap2 stoberi with whipped creams, scones and strawberry jams, strawberry juice, fries for kiddos dan pelbagai lagi. Hahah kata baru lepas makan tapi sakan melantak lagi kan. Ade mak kesah? *sebab tu kau gemok ciare* Eh gamba makanan strawbery tu lupee pulak mak nak snap. Google je lah uols.

Lavender park ni. Gile cun. Atas bukit berbukit2. Tonggek2 mak manjatnye. Phew. Tengok tu rayyan langsung pakai selipar kakak dia. Selipar princess bagai. Gasak lah.

Me and mek hasya tak mungkin berpisah. Melekap saje sokmo dengan mama. This girl memang manja sangat. Suke duk celah tiak hangit mama kann *euuuuwww* haha

Perkembangan terbaru Hasya nanti iols up dalam entry lain la ek. Just want to say yang dia dah berdiri!! :D



Hensem dah skali pakai selipar gegirl plak hadoiiihh. Hilang macho kejantanan anak mak weeeweeee ;))

THE MAN

LITTLE MAN

YAYEN AND AKAK

My sis little family ~~

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha