Wednesday, October 30, 2013

sentap

Assalamualaikum ;;)

Baru-baru ni mak sentap on instagram. Biasa lah dah makin tua ni mak makin sensitip noks. Sedih tau mak. Haha. Anyway, sebelum ni instagram aku kan takde privacy. Open for public. Sesiapa pon boleh view semua gamba2 yang aku upload on instagram.

But but but... Not anymore. Now aku memilih follower aku. Strictly for FEMALE only. Pasai apa? Ada lah beberapa kejadian. Jantan yang mulut takdak insurans menuduh saya melucah dalam instagram. Wattaheck kan?? Nak tau tak gambar apa yang dia kata lucah?

EBM - Susu badan yang ku pam. Kesian susu tu. Takde aurat pon. Takde salah. Dituduh lucah. Wakaka

Breastfeeding moments - Yakni telah kupastikan tiada seurat rambut secebis kulit aurat pon yang didedah. Gambar aku menyusukan mekcha dalam situasi takda apa yang terdedah di situ... Completely not a sexual harassment ke apa.

Well apapon tafsiran melucah itu subjektif. Because it depends on who interpreted it.

From the bottom of my heart, much apologies to whom may think the pictures I've uploaded made them upset. 

Dan secara rasminya semua follower berjantina MALE telah diblock dari meng-view instagram saya. Yeah, I know. Sebab nila setitik habis rosak susu sebelanga, sebab ada je kawan2 lelaki yang baik2. Well, just berjaga-jaga. Takmau pisang berbuah dua kali gitu.

On the bright side, I feel comfortable for having all female followers. Peace no war :x


Main buai style terbaru

Assalamualaikum ;;)

Haih macam2 lah Khair Rayyan ni sekarang ;))

 Haaa kau ado??? Tak ado kannn? Hahha

Rasa nak babap babap je ponggong budak ni weeheee. Kemain lagi dia main swing sekarang ni. Dulu penakot naik buai sampai menangis2 nak turun. But now tiap2 petang acara wajib main buai (kat taska je pon, not in a park) kalo tak dapat main buai alamatnya memang menangis la sepanjang dalam kereta sampai ke rumah. Tapi mujur kalau hari hujan dia tau tak boleh main. Kalo tak jenuh makkk. Dah la musim hujan sekarang. Huhu. Yes, he is still wearing diapers. 18 days to 3 years old, young man! Besar dah anak mama. Bila nak off diapers ni?

OK adik nak join the picture jugak. This young lady memang rajin. Aktif sangat. Demam 39.9'c pon gigih aktif jugak. Alhamdulillah. Tapi gamba ni dia dah sehat dah :) Cuma masa demam walaupon aktif, dia tak ceria. Hari2 sihat memang ceria awek ni. Kuat membebel dan giggles :D Adik, bila nak tumbuh rambut? Mama tak sabar nak tocang rambut awak ni hihi

My sweethearts. Both of them. Eh, silap. Three of them. I love them all, unconditionally :x :x

Err gambar diakhiri dengan DNA rambut mama yang bertaburan merata2 dalam rumah. Pftttt. Memang fasa gugur rambur sekarang. So badly. Stressssss!!

Get Well Soon..

Assalamualaikum ;;)

Siapa tak sihat ni uols? Hmm siapa lagi, yours truly laaa tak sihat. So Get Well Soon Mama!! Sendiri tak sihat sendiri la wish ye haha. Anyway thanks to MK Darling yang jaga anak2 malam tadi since wife tak sihat. Terharu sangat bangun pagi tengok rumah kemas, sinki bersih. That will make a wife happy haha. Bukan lah sebelum ni dia tak tolong langsung, tapi biasanya kena kerah dulu baru buat ekeke.

Aduh pening kepala bercoding ni. Biasa lah sakit sakit jugak. Kerja kerja jugak. Actually memang menjaga Mekcha yang demam since jumaat lagi. Yelah tiap malam berkepit dengan dia. Siang kerja pulak kena hujan bagai. Maka imunisasi mama pon terganggu jugak. But, Thank You Allah kerana memberi ku sakit setelah Mekcha sihat. Jadi tak adalah risau sangat.

Sakit ni ujian kecil saja. Agar kita bersyukur di waktu sihat :) OKlah until then, bye!


Tuesday, October 29, 2013

Welcome, stress!

Assalamualaikum ;;)

Yeay stress dah datang. Aku tak suka sebut stressed sebab kang orang suruh terbalikkan jadi desserts. I don't like desserts sebab terlalu banyak karbo sugar dan fat. Amik kauuu. Haha. Stress sebab apa ye? Tah la macam2. Bukan stress agaknya tapi more to TIRED. Yeah I'm damn tired. I need to chill. I need vacation. Short trip will do. Dekat2 je. Tak perlu renew passport. Tapi tu lah.. Bila bila? Too many things to handle. Sedangkan power bole trip. Ini kan manpower manusia. Lagi lah bila2 masa boleh OUT OF SERVICE. Hmmm


But anyway, just not think about it. Let's make the days count :) And meaningful gitu. Chill up peeps!

Friday, October 25, 2013

Mobile App Untuk Usahawan-Usahawan Kecil

Assalamualaikum ;;)

Roger-roger kepada usahawan2 yang nak meluaskan empayar perniagaan, ini ada peluang keemasan uols!! Sekarang orang dah tak main website/blog/facebook dah untuk business, orang pakai mobile app je. Kalau tak silap Zalora dah ada mobile app, anda bila lagi?? Jom order mobile app jom hihi

Lawati page Facebook kami...https://www.facebook.com/bgtsb

Pakej #1:
SMECRM Mobile app utk 2 versi; android n ios beserta admin web console hanya RM12K shj. Pakej tsbt termasuk 2 years hosting free n google&apple subsc free.

Pakej #2:
SMECRM Mobile app utk 2 versi beserta admin web console dgn hanya RM899 x 12 bulan.Pakej tsbt termasuk 1 years hosting free n google&apple subsc free.

Pakej #3:
SMECRM Mobile app utk 2 versi beserta admin web console dgn hanya RM499 x 24 bulan.Pakej tsbt termasuk 2 years hosting free n google&apple subsc free.

Untuk rujukan:
Sila download aplikasi android nrbashirah di Google Play Store

Thursday, October 24, 2013

Movie timeeee :)

Assalamualaikum ;;)

Dah bersusuuuuun cerita aku download since last week tapi belommm ada masa nak tengok lagi noks. Malam2 pon bercoding jugak. So bila masanya nak layan movie? Hmmm. Malam tadi riki-riki kat MK. Kabo kat dia, kan best kalau ada TV dalam bilik tidoq. Pastu beli HD player yang portable hdmi tu kononnya, wuahh bestnya. Tv kat ruang tamu untuk channel2 tv, dalam bilik khas untuk pasang video. Best ape. Aku kan gigih download movie, so bila lagi nak tengok kan. Sambil2 nak tidoq tu layan movie ok jugak tu. Alah tv kecik2 je. Yang ringat2 and nipis untuk sangkut ke dinding kennn. Cewah berangan ;))

Skali laki mak cakap, "tak boleh, ada radioactive. bahaya"

Bole? SENTAP MAK. Sejak bila jadi officer kawalan radioactive plak ni. Hiks.


Oleh angan-angan kekal menjadi angan-angan ko duduk diam2 situ ciare. Ko tengok jelah cite2 hok di download tu dalam laptop sorang2 malam2. HUKHUK. Eh, ni konfem ada yang komplen I menyokong cetak rompak ni kang. Anyway ini bukan cetak rompak. Ini adalah version HD ok. Dah release version HD baru aku download. Soooo kira tak cetak rompak la kan? Lagi pon aku bukan amik keuntungan pegi jual ke apa. So far takde sapa2 pon copy cerita aku ni. Adalah sorang dua je yang copy. Jadi, encik polis jangan tangkap saya ye. Peace yo! :p


Flash back balik zaman sekolah menengah dulu :)

Assalamualaikum ;;)

Huih feeling betul lah harini. Bercoding sambil flashback zaman muda mudi. Hihi. Nak bercoding ni perlukan semangat. Dan terusss download full album N'sync. Ada 4 album kesemuanya, kalau tak silap. PLAY ALL SONGS. Sambil2 imbas memori zaman sekolah menengah. Hihi. Dan thanks to Backstreet Boys dan N'sync, aku dapat English A dari darjah 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5. MUET je tak berapa cerdik dah sebab sibuk bercinta wakaka :D


Lepas abis play all songs ni, nak download album2 backstreet boys plak. Terbaekkk. So, u guys suka lagu apa zaman2 dulu? ;;)

What's up mommy of two??!!

Assalamualaikum ;;)

Homak aihhh. It's 1.19am and i'm still awake and segar bugar. Mesti lah segar sebab tengah tulis blog kan. Tadi tak segar sebab tengah bercoding. Sikit lagi dahi nak terhantuk dengan keyboard macbook mak ni. Ceh motip kena mention macbook? Mesti lah kena mention. Tajaan company kotttt tuuu. Hihi. Tapi kalo tak keje dengan company ni dah kena pulangkan la balik. Jangan syok sendiri buat rete plak. PULANGKAN :p

So what's up? Nak cerita apakah? Hmmm. Tah la. Asik2 duk lah cerita pasal anak2 (sewajibnya), pasal diri sendiri yang vain tak boleh blah, pasal where I went, what I did so on so on.. Pendek cerita, semuanya cerita bosan2 je pon. Diri sendiri je syok sendiri kononnya hebatttt sangat ko ciare macam retis. Perasan gile. Kesian...

Haha makin lama cara aku tulis blog makin saiko pon ado. Kuikui. Memang pathetic ko nyah.

MAMA YANG GIGIH SANGAT NAK #SELFIE KESIAN KAT ANAK2 JADI MANGSA SELFIE BELIAU. WAKAKA. AIYOOO NAMPAK LUBANG2 DAN ANASIR2 ALIEN DI PERMUKAAN KULIT MUKA KU. PFTTT SANGAT TAU SHEOLS

Aku mengidam nasi minyak orang kawen style negeri perak. Default punya style. Nasi minyak, ayam masak merak, daging masak hitam, jelatah dan air sirap. Perghhh sedap mantap betol!! Malangnya susah gila nak dapat menu macam ni dah. Orang sekarang suka menu pelik2 lah. Bercendol berbubur bersatay bagai kat wedding festive. Oh my! Sangat modern uols. Sebijik dah rupa open house Aidilfitri. Haritu wedding cousin siap ada menu merendang lemang bagai. Apakah ini?? :p

Yang pastinya masa wedding aku dan kedua2 kakak aku, kami masih mengamalkan menu2 perkahwinan klasik seperti yang disebutkan di atas. Dah la sedap, habis licinnnn gitu. Dan paling penting, kesedapannya disebut2 oleh para tetamu. Itu yang kita nak. Ini, menu sampai 10 tapi 1 pon tak sodap. Hukhuk. Rasa kesian sangat pada pengantin dan ahli keluarga. Catering konfem mahal dah tu, menu ada 10, rasanya? Pftttt

Eh melalut ke menu nasi minyak orang kawen plak. Wiwiiiitttt. Tu la namanya idea spontan. Ko tak tau nak melalut apa tapi sebab ko terror sangat membebel di alam offline, makanya, setakat membebel kat blog ni memang celah gigi jelah. Apa ada hal. Okay lah. Dah 1.29am. Tepat2 10 mnit mengarang entry. Cukup lah ye. Bye!

Tuesday, October 22, 2013

Na Na Na Naa Ganu Kiteeee

Assalamualaikum ;;)

Ok otak tengah penat. Otak letih bekerja. Rasa baru lepas angkat lori 10 tan punya super penat. Begini lah kerja pakai otak. Penat hoih penat. Maka istirehat sebentar sambil tunggu kepala punya berdenyut stop/slow dulu denyutannya. Pfffttt. HAHA

Sambil2 relax tu sempat buat transaction xxx shopping baju anak2. Wakaka. Lepas tu dalam berdenyut2 tu sempat juga menyelam minum ayaq dekat website IKEA dan masukkan lebih kurang 10 itam dalam to-buy-list. Rasa macam nak pergi IKEA next week dan 'menderma' seratus dua. HOKHOK.

Begitu lah pompan (perempuan dalam bahasa Kyrin adalah POMPAN; Err kyrin pula is my niece). See? Ayat sudah tunggang langgang tidak mintak difahami sesiapa. Cukup lah sekadar jari menari-nari atas keyboard sukati bapak jari aku ar nak taip ape. Kau ado? Tak ado diam AGAGA

1. Shopping/window shopping

2. Lihat gambar anak2

Pasti hilang resah di dalam otak ini. Ermm rinduu anak2 mama. Yes anak2. Plural di sitewww. Dua dah anak iols rasa tak percaya EKEKE. Oleh yang demikian, nak lihat gambar anak2 dan suami tercinta sekejap YEAY. LET'S!

Barisan tentera di sebelah keluarga suami saya. Ada 7 cucu kepada arwah Pok Hing dan arwah Mok Lijah. Meriah sekali. Itu pon sorang askar lagi tidak masuk dalam gambar kerana disyaki sedang amukan. Hiks.

Happy mat rayeng di atas riba Umi. Kalau kat perak dia manja dengan Makndak, siap panggil makndak MAMA (sebab kes tak reti sebut makndak lettuww hikhik) dan kalau balik Ganu dia kemainnn manja dengan umi. Gewam nengoknya tuuu. My little heartbreaker. Mucho sarangeyo. Bahasa sepanyol campur korea, ponnn voley.

Last but not least, Mekcha dan Papa. Elok sangat le tu sedondon they'ols. Mama kecik ati lah dengan Acha sebab Acha punya 1st word Papa. Apapapapapapa sokmo. Celik mata papa celik mata papa. Tapi nak mama jugak. Mana aciiiiiii GRRRR. Hihi

Dah 8 bulan baby mama ni. Gigi pon nak masuk 2 batang. Semakin gigih nak bangun berdiri. Mama rasa next month gegirl mama da boleh jalan kot. InsyaAllah :)

p/s: Tak sabar nak jumpa weekend!


Monday, October 21, 2013

Eidul Adha 2013 :)

Assalamualaikum ;;)

Monday blues uolssss. Malam tadi baru sampai dari Terengganu so kepala agak weng weng sikit ni. Dah rasa mabuk darat naik kete 7 jam. Huhu. Ok nak cerita pasal Raya Haji tahun ni... Weols beraya di Perak. Balik Terengganu tu weekend semalam je Sabtu Ahad saja2, tapi raya haji di Darul Ridzuan tahun ni. Seperti biasa, sistem giliran dah paham2 sendiri dah. Ikut turn. Takda maknanya nak berebut2 bagaiii.

Kami balik Perak hari Ahad before raya haji tu. Sampai dalam 5.30 petang sedang elok dengan majlis kesyukuran kat rumah mak sedara sedang berlangsung. Then macam biasa lah akan tiduran di Ipoh rumah my sis lorh. 

Pagi Raya :)

Rayyan dan kakak2 princessnya hihi

Women and gegirls dalam family kami (kecuali rayyan haha) -- Makcik Maklang Cunina Cuila Makngah Makndak dan Mak.. Yang tiada adalah Makuda je.. Hasya nampak pempes -- untungla haha

Pak sedara, anak sedara dan cucu sedara. 3 generasi. Hihi. Abang Ed dan Aqwa dalam percubaan membuat sarangeyo ke? hihi

Pagi Raya Haji lepas kaum lelaki Solat Sunat Aidiladha baru kami gerak ke Kampung. Mula2 singgah Bota melawat kubur arwah bapa saya. So sad, sebab ada pokok tumbang atas kubur arwah. Adalah dalam 5 6 kubur jadi mangsa runtuhan pokok. Tsk tsk. Baca doa dari jauh je. Tak dapat sentuh batu nisan.

Lepas tu terus shoot ke Kampung mak. Melawat rumah bapa2 sedara. Aktiviti utama sudah pastinya makan. Hihi. Rumah Pak Ngah makan rendang, gulai, ketupat nasi, ketupat palas,rambutan pulak. Phew... Rumah Pak Lang makan laksa mee hoiii!! Laksa mee tuuu. Ko hado? ado? Takdooo kan? :D Laksa mee ni biasanya orang belah pantai macam weols je tau. Memang tak wujud di negeri lain. FYI kampung Mak dekat laut. Kampung Nelayan gituuu. Alhamdulillah hilanggg mengidam kepada Laksa Mee. Thanks Mak Lang :)

Tengah melantak laksa mee la tu hihi
Mekcha sama macam abang. Suka kuih baulu. Sooo traditional anak2 mama ni. Hiks

Rumah terakhir rumah Pak Cik pulak. Dekat Setiawan nun. Yeayyy dapat soto sedap oleh makcikkk. Siap kuah kacang segala. Memang mantap ah. Pastu Makndak pula datang bawak Kek Rainbow. MasyaAllah. Sedap dan rasa nak molotop perot den. Hakhak.

Kali ni raya memang secara express sebab petang raya kan dah kena balik bumi Selangor ni. Ate, besoknya dah kena mencari rezeki semula gitu kan.. Paling kelaka rasa raya taun ni macam kartun sebab tergesa2. Rumah Pakngah 40 minit, rumah Paklang 40 minit, rumah Pakcik je lama sikit sebab rumah last. Dalam jam 4 lebih tu balik Ipoh. Then gerak dari Ipoh lepas maghrib gitu. Fuh memang express gile. Yang penting walaupon kejap tapi sempat la jumpa sedara mara semua. Dapat salam semua Mak dan Pak sedara kecuali sorang Pak Sedara je tak dapat jumpa sebab dia tak sihat. Cousins je tak jumpa semua sebab yelah, ada yang belajar dan kerja jauh2, tak sempat pulang. Kesian hihi.

Bila lagi nak balik kampung? Hujung taun ni cuti MK habis dah. Memang macam tak ada chance nak cuti2 lama. Cuti weekend jelah kalo nak balik pon. Looking forward to November sebab nak celebrate birthday Khair Rayyan. Dan Disember ada wedding cousin di Terengganu. Baju nak pegi kenduri dah beli dah matching2 colors gituuu. Can't wait!! ^___-

Thursday, October 17, 2013

Tutorial pakai tudung bawal lilit2 macam shawl gittewww :p

Hahah tajuk rasa nak bagi penampar je kan. Anyway, straight to the point, nah tutorial yg ramai mintak tu. Cewahhh mak feeling2 stylista sangat. Pffftttt. Cara pkai tudung ni memang tak ada inspired sapa2 sebab pada satu pagi it was like ting!! Dapat idea tetiba gara2 malas iron tudung bawal. Kalau lilit2 tak perlu iron sebab bole adjust2 tang lilit2 tudung tu kan. So this is it.



Step 1: Lipat tudung bawal 4 segi seperti gambar. Lipat 3/4 atau 1/3 pon bole

Step 2: Pkai la inner ke ninja turtle ke whatever. Letak di atas kepala. Salah satu adjust pendek mcm gambaq. Tak kesah la belah mana. Janji selesa

Step 3: Lilit bahagian panjang tarik ke belakang dan pin kan bebetui atas kepala hang. Hihi

Step 4 dan 5 tu kira dah siap le tu. Adjust2 ikot suka dan tambah la pin kat mana hang suka bak ang ;))

Sekian sahaja tutorial tak seberapa dari puan ciarebaha. Until then adios dan selamat mencuba!!
posted from Bloggeroid

Friday, October 11, 2013

My sunshine :) -- Happy Eidul Adha uols

Assalamualaikum ;;)

I'm reaaaaaaally looking forward for weekends every weeks. Can't wait for those 2 days in a row. Sebab dapat meluangkan masa with my kiddos. Suami tak termasuk pakej sebab hari sabtu he has to work. Pfffttt. Hehe. Takpe, dah 4 tahun lebih bersama. Since ada anak, tak ada lah sunyi masa dia kerja. Malah kadang2 tak sempat nak rindu2 papa sebab sibuk dengan budak2 berdua ni. Hiks, sorry papa. Don't worry. I love u. Hehe.

And, this week cuti lama sikit sebabbb nak rayaaa. Bukan raya yang diexcitedkan tapi adalah cuti yang tidak disabarkan. Sebab sukaaa sangat bergelumang golek2 dengan kids kat rumah. I don't mind spending 48 hours at home with them. Tak keluar pon tak apa. Tapi this week kena lah keluar kan. Sebab nak balik kampung. Kami akan balik Perak on Sunday morning. Lepas setel hal2 di sini baruuu pulang ke Ipoh. Yeay. Can't wait. Nak main masak2 rendang with sistars :D

Ok lah semua, sempena raya haji Selasa depan, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha ye. Kpd yang membuat Qorban, tahniah. Drive carefully, eat carefully and take care everyone! I end my entry with gambar wajib di tanah blog ini, my two beautiful sunshines. Dan blog diisytiharkan cuti sehingga minggu depan tak tau hari apa. Haha. Bye!

Excited main swing sebab dah pandai swing sendiri. Abang dah besar. tsk tsk

Si sexy ni nak main jugakkkk. Kluar kopek sebelah. Muahaha. Ops!
Until next time, assalamualaikum :)

Thursday, October 10, 2013

#ootd

Assalamualaikum ;;)

Siapa follow instagram mak perasan la kot hashtag #ootd tu. But its not a daily routine. Sebab sebagai mak beranak dua yang bekerja masa aku terhad. Semua kena express. Bila sempat aku akan #ootd. Bila tak sempat. Diam2 sudah. Maka sepilah instagram ku tanpa sebarang #ootd pada hari tersebut. HAKHAK.

Ada orang tanya, ciare OOTD tu apekah? Hmmm... Aku pon dulu tatau gak apa jadahnya #ootd. I used to use #wiwt instead of #ootd. Dah #wiwt ape pulakkkk??? hahaha. Uols, apa kata luangkan 30 saat dan google. And the answer is there.

AcronymDefinition
OOTDOne of These Days (Pink Floyd song)
OOTDOutfit of the Day (fashion)
OOTDOut of the Darkness
OOTDOrder of the Dragon (gaming guild, World of Warcraft)
OOTDOut of the Dust
OOTDOffer of the Day (Offers.com)
OOTDOut of the Dryer
OOTDOrder of the Dragonriders (Age of Conan gaming guild)

#ootd aku bermaksud yang diboldkan dengan kaler merah di atas. Gituuu. #wiwt plak adalah What I Wear Today. So basically, ianya sejenis aksi syok sendiri yang kau perasan kau hebat sangat pakai baju macam retis lepas tu pose gedik lepas tu upload kat social network. Secara kasarnya, u're simply-a-bit-pyscho-fashion-maniac-pftttt. HAHA. Yeah that's me. LOSER je mampu buat semua benda ni :))

Tanpa buang masa, let's see some pictures of me being psycho-perasan-tak-ada-sapa-kesah :D

KAU KENAPA SENYUM MCM TU? NAK KENA TUMBUK?

ANAK ANG PON MASUK #OOTD SEKALI. SIAN ANAK ANG JADI MANGSA MAMANYE. LEPAS TU KANTOI PULA BAJU TUNGGANG LANGGANG DALAM ALMARI. PFTTT. BLAH LA CIARE

TAK PAYAH BERANGAN SLIM LA CIARE. KO POSE MACAM MANA PON TETAP GEMOK. PUI

RIDICULOUS. STOP IT CIARE. HATERS EVERYWHERE. I'M WATCHING YOU

KESIAN LA MINAH PERASAN NI. TAK SUKA!

Sekian sahaja entry saiko. Bye. I hate you (you know who you are. pfttt)

Tuesday, October 8, 2013

Mekcha nak jalan dah uolssss ;)

Assalamualaikum ;;)

Cepat. Memang cepat. Comparing to Abang. Seawal 7 bulan dia mula merangkak laju (sebelum tu menyusur mcm komandor je). Seminggu kemudian dia duduk. Seminggu kemudian dia berdiri. And here she goes. Gigih berdiri tak kira siang malam. Janji mata celik. Kaki bambam tu mula bekerja ^___^ I wonder from who she got the guts tu. Sangat brave anak mama. Hihi. Well we figured it out, her idol is her brother laaa. Mana tak nya. Abang berlari melompat menjerit depan dia tiap saat. And she's copying abang la apalagas. Memang fotostat abang sangat2 perangainya. Just, she's brave-ier. Ade ke word tu. HAHA. Maksudnya sangat berani dan tak mengerti erti takut. 

I LOVE YOU

I LOVE YOU MORE

I LOVE YOU IN EVERY BREATH I TAKE

Membesarlah dengan sihat sayang. Explore like there's no tomorrow. We are here for you. We will protect you. As long as we live.. We will protect you. Be brave no matter what. Cuz, when we're gone. You have to go on without us. But our loves, will never end.

Tsk.

Monday, October 7, 2013

Sesekali layan korean cuisine best wooo ;)

Assalamualaikum ;;)

Maka ke Ko Hyang lah kita. This one was at Cyberjaya. Nak ke midvalley time lunch hour memang tak sempat le kan. So sibbaekkk ado yang dokek. Hihi. Tapi menurut pakar makanan korea, yang dekat Midvalley punya Ko Hyang lebih sedap. Mak rasa sedap jeee. Sebab mak suka makan. Mak tak makan batu dengan kayu je. Yang lain semua sedap. Mihmih.

Jommm cuci matooo ;))

Suka set sudu dan chopstick yang panjang-panjang tu. Sooo korean hihi

My friend's. Tapi rasanya dah tak genuine. Terlalu malaysia. Siap ada cili padi. Rasa pon dah macam masak merah katenye haha

Ramen. Macam maggi je rupanya tapi sodapppp. Lainnya sebab ada kimchi dalam kuah. Dan lotsa beef. Mantapp


Kiwi juice for me

Korean pancake. Macam jemput2 je rasanya hiks

Glass noodle. Tak tau sedap ke tidak sebab tak rasa hihi

Mine was dolsot bi bim bap yang berada di atas kiri di dalam gamba ini. Sedapppp. Mak suka sangat. Last week makan dol sot bi bimbap kat Setia City Mall. Sedap jugak. Mak suka mak suka (nada mei-mei hehe). Kesimpulannya aku suka makan. Bagi la makanan negara apapon InsyaAllah habis ku telan. Hiks. Until then, chow :-h


© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha