Wednesday, November 27, 2013

Birthday getaway (part 2)

Assalamualaikum ;;)

WARNING! Sangat banyak gambar. Your computer might be slowing down jika RAM 1G and below. Serius

Anyway, saje nak letak gamba banyak2. Letak gamba kat IG banyak2 nanti orang bising. Sukati lah nak letak banyak mana. Kalau tak suka just unfollow jelah. Itu pon tak tau. Pftttt


MEMANG MAMAT NI JER LAYAN BATH TUB. ADA PERCUBAAN NAK LETAK ADIK TAPI SEBAB ABANG TERKINJA-KINJA MAKA ADIK TAKOT HAHA

PARTIAL BEACH VIEW. JADI LAAA. WEOLS DUDUK SWAN SUITE. BILIK PALING BEST KONONNYA NGEHHH

MEKCHA IN DA HOUSEEE. BEFORE BREAKFAST

HAPPYNYA DIAAAA

LOBBY

LENTOKKK

RECEPTION. STAFF SANGAT FRIENDLY

MENUJU KE CAFE

NASI LOMAK SANGAT SEDAP. ADA BANYAK MENU. PASTA BREAD SALAD PORRIGGE DAN ASSORTED KUIH MUIH TRADITIONAL. SEMUA SEDAP. TAPI SEMPAT TANGKAP GAMBA NI JE. I WAS LIKE....EAT ALMOST ANYTHING EXCEPT CEREAL. YEAH

MAMAM NASI LOMAK. LAMBAT SUAP MAKA DRAMA

ATE SOME PORRIDGE, CEREALS AND NASI LOMAK. GOOD BOY. SYARATNYA SUAP SENDIRI. CONSEQUENCES, LANTAI YANG KENYANG

AFTER BREAKFAST BALIK BILIK TIDO SEBAB ADIK NAK MAKAN UBAT

LAYAN MAMA POSE PFFTTT

SWAN GARDEN HOTEL

AFTER CHECKED OUT

PANDAI DAH ABANG

STREET PERFORMANCE

ON THE BOAT. AWAT SERIUS PAPA

AYI AYI AYI!! TU JELA DIA BEBEL. SEBUTAN KEPADA 'AIR'

ADIK WAS BADMOOD AND WHATNOT. MENANGIS DALAM BOAT. HAIH

OK DONE. ONE PERFECT OF HOLIDAY PICCA :D

Monday, November 25, 2013

Birthday getaway for Abang Rayyan :)

Assalamualaikum ;;)

Short trip!! But a chaos ones. Because Adik was unwell at that time. Nak cancel kesian sebab dah berjanji dengan Abang nak pegi tengok gajah. Dia suke bebenor laaa kat si elephant tu haa. Plus, hotel dah siap booked. Mahal woi, sayang nak cancel HAHA

Maka pada tanggal hari lahir muhammad khair rayyan tersayang, pergi lah kami ke Melaka. Tak ada motif pon. Just nak bawak pergi zoo dan tido otel relaxing santai2 gituu.

Pagi 16 Nov seawal 8 am dah keluar. Pergi breakfast dan off we goooo to Melaka. Rayyan cakap NERAKA boley? ;)) Kesian Melaka jadi Neraka plak. Hadoi... Asal boleh la nakkk HAHA. Ok malas membebel. Lets see the pictures jelah jom

ME AND MY BIG BABY BOY. LOVE YOU ABANG

ME AND MY PRINCESS. SOOO CRANKY CUZ SHE WAS UNWELL AT THAT TIME. MEMANG NAK BERPELOK DENGAN MAMA JEE KEJE

WELCOME TO ZOO MELAKA. AT 29 yo, BARU 1ST TIME SAMPAI SINI

ABANG PAPA AND ADIK. MOTIP PAPA SEDEKIMIAN RUPA? HEHE

PUSING DALAM ZOO NAIK TRAM JE. KOSER LA NAK JALAN. BERKILO METER HOIH

DEER. SO MANY TYPES OF DEER RUPANYA DALAM DUNIA NI

GIRAFFE

TANDUK DIA TU, PERGHHHH. KENA SODOK MEMANG TAK SEMPAT MENGUCAP

MACAM BEST PLAK NAIK TRAM NI RM5/PERSON

OK FINE. LEPAS TURUN TRAM TERPAKSA JALAN BALIK KE TEMPAT GAJAH SEBAB MAMAT NI TAK PUAS TENGOK. MASA NI DIA DUK BERSEMBANG DENGAN GAJAH. MACAM2 SOALAN DITANYA PADA GAJAH. MUJUR GAJAH TAK JAWAB, KALO DIA JAWAB PENGSAN MAMA HAHA

TAK ABES MEMBEBEL PASAL GAJAH

SEBELUM BALIK HE SAID "GAJAH, JOM BALIK!" HEHE. NASIB BAIK GAJAH TAKNAK IKOT NAK, KALO TAK CELAH MANA NAK SUMBAT GAJAH TU HAHA

Monday, November 18, 2013

It was a chaos weekdays and weekend!!

Assalamualaikum ;;)

...and still chaos. Phew. Penat lelah letih risau takut gembira macam2 perasaan lah aku alami since Isnin lepas. Dan... Dalam 7 hari yang lepas, total aku tidur tak sampai 20 jam. 20 jam bahagi 7 hari means dalam 3 jam sehari je aku tido uols.

Ya Allah.

Tapi entah dari mana kekuatan aku masih boleh berdiri untuk mencari rezeki dan menjaga keluarga ku. I'll do my best for both.

Minggu lepas kebetulan sangat2 busy dengan kerja. Memang setiap malam stay up buat kerja. Pukul 4 lebih baru tido and pukul 6 bangun balik.

Kebetulan My Little Princess pula demam. On off demamnya. Siang tak demam. Malam demam. Bila demam boleh cecah 40'c. Ya Allah....risaunyaaaa...

Dalam busy2 dan kepenatan weekend baru ni pergi berjalan kejap ke Melaka. Short holiday for my little prince, sempena he turns 3 years last saturday.

Pegi jalan2, adik badmood. Yelah siang dia takdemam, tapi moody la. Langsung tak ada gelak ketawa adik sepanjang sabtu ahad.. Cecah waktu maghrib plak adik confirm demam sampai subuh. Memang tak tido la haku. Nama je tido kat hotel tapiiiiii...idak tido T___T

Kat Melaka pon just pegi Zoo, jalan2 town, naik river cruise, pergi Dataran Pahlawan Mall.. Cuaca pula hujan memang tak mengizinkan nak berjalan sangat. Sebab takut adik kena tempias hujan tu. Dah la dia badmood je sebab kena makan ubat segala kan. Marah lah sheols huhu

Balik je Melaka lepas Asar tu badan dia dah start panas. Maka terus zassss pergi Azzahrah Bangi. Takde plak doktor check darah. Dia just tukar ubat je. Dan alhamdulillah ada perubahan baik. Legaaa lah skit.

But still, can not miss medication time. And now, here I am, buat kerja. Kepala dah berdenyut-denyut... Tekak terasa kering payau.. Hidung terasa sempit nak bernafas...

Ya Allah, permudahkan segalanya....

Amin

 

Wednesday, November 13, 2013

Stay up jommm :D

Assalamualaikum ;;)

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, nak stay up malam ni. Infact, almost tiap2 malam pon sekarang memang iols stay up sampai 3 am 4 am macam tu. Dah macam kelawo dah teman. Abis tu nak wat cemana, time malam2 ni la idea banyak nak bercoding. Siang2 aku rasa 'panasssss' je rasa nak bergaduhhh je haha. Malam2 ni la baru ada ketenangan. Pakai earphones, pasang lagu wrecking ball kuat-kuat. Eh ;))

Saje je buat entry ni. Nak bagi segar sket bijik mata. Tadi terbancuh milo plak. Aiseh. Patotnya bancuh kopi. Salah plak. Blasah jelah nak. Hehe. Until then, chow!!

 

Tuesday, November 12, 2013

Rayyan turns 3 lagi 4 hari woot woot

Assalamualaikum ;;)

Ape kabo semua. Monday blues? Takyah nak blues sangat lah ok. Just tetiba rasa tak percaya... Nak masuk 3 tahun dah anak iols. Cepatnya masa berlalu!!


Bila tengok gambar di atas plak. Adeh! Besarnya adik!! Cepatnyaaaa adik membesar dengan jayanya. Ok jom tengok development progress sorang-sorang.

Adik (Rabu ni, 9 bulan)
- 2 gigi yang dah semakin besor dah. Asik demam sebab gigi tu keluar selow2
- memang kuat membebel
- berdiri berpaut. blom pernah lagi aksi lepas tangan
- suka berjoget baekk punya kalau dengar lagu

Abang (sabtu ni 3 tahun)
- makin petah bercakap tetiba. dulu tak banyak cakap sangat
- suka bersembang manja2 dengan mama
- tak reti sangat jaga adik lagi
- belom off-diaper lagi hehe

Sekian terima kasih hihi...



Friday, November 8, 2013

#tgif

Assalamualaikum ;;)

Hari yang ditunggu2 setiap jumat. Sebab

1) Rehat lunch panjang so boleh jalan2 jauh sikit. Tapi harini tak kot. Just duduk diam2 buat kerja. It's a hectic week. And will remain like this until next week. Aduh duh duh duh

2) Esok lusa cutiiiii. Yeayyy. Minggu ni tak ada plan pegi mana2. So memang nampaknya just cuddling2 je duduk rumah dengan baby besor and baby kecik tu

Esok macam biasa ada kat rumah je since MK keje. Malam jelah baru dapat keluar pon. Now anak dah dua aku tak rajin dah la merayap. Dulu time anak sorang OK je jalan2 dengan kawan2. Bukan apa, kalau berjalan dengan kawan, taknak susahkan orang sebab Rayyan most of the time is uncontrollable. Jadi memang kena kejar dan sebagainya. Tu memang kerja papa dia bila weols keluar. On the other hand, Mekcha is sooo adorable and a good baby. Nak jalan2 memang senang. Make sure she's happy iaitu kenyang dan pampers tak boleh berat sangat. Biasa lah diva kan ;))

Ahad just nak buat cake untuk anak sedara belah MK. She turns 1 last week. Cepat ja masa berlalu udahh setawon


Pagi ni aku breakfast sihat. Susu+oat. Sebab aku perhatikan kalau breakfast oat perut memang kelihatan lebih kempis. Lunch plak melantak macam biasa. Malam pulak lebihkan lauk kurangkan nasi atau tak perlu nasi kalau lauk banyak sangat

Erghhh I miss sushi sangat2. Tak ada geng la nak pegi melantak sushi. Wuwu

Wednesday, November 6, 2013

Bukti Rayyan dapat DNA MK haha :D

Assalamualaikum ;;)

Ok, seriously, korang rasa abam Rayyan iras rupa mamanye ke? Or papanye? Haaa comment comment. Haha. Dan telah terbukti, rupanya abam Rayyan follow papanya lebih banyak... Serius.. Please scroll down to see the prove!

.

.


.



.



.


.



.




.




.






.



.


.

 
.


.



.

Wahahha comel weh suami iols duluuu. Dulu la tapi. Sekarang comel jugak. Comel dari segi saiz ;)) Malah hensemm. Haha. Dapat pahala weh puji suami. Wink wink.

Sama kan? Sama sebijikkkk. So nanti bila dewasa abam Rayyan akan rupa macam papa sekarang la ek. Ensem nyeee. Hikhik. Moga gadis bertuah lah bersuamikan anak mama nanti. Aminnn. Tetiba berangan abam Rayyan atas pelamin wakaka.

Monday, November 4, 2013

Weekend

Assalamualaikum ;;)

Sabtu tak pegi mana-mana pun. Sebab Mekcha not feeling well. Bontot gegirl melecet. Sian dia. Memula letak ubat cream ape tah. Tak sesuai kot. Lagi teruk melecetnya. Pastu guna kaedah cuba jaya, try bedak aiken. Sebab kan bedak berubat. Sekali ting!! Alhamdulillah. 3x pakai kering dah tempat melecet tu. Maka, mommy is happy jadi jommm pergi jalan-jalan.

Ingat nak pergi KL Birk Park (kalau pergi hari sabtu mesti dapat jumpa Tasha and Bella and of course The Astronaut with her beautiful lady Dr Halina) tapi pikir punya pikir terus tukar plan nak pergi KL Tower. Kesian weh dah dekat akhir 20an baru sampai KL Tower. Biasa tengok dari jauh je kann.

Nak pergi shopping takut sedih sebab tak dapat shopping (note: bulan sengkek haha) maka jalan2 jelah bawa kids kan. Yang penting they're happy :)


Pukul 11 lebih dari rumah. Rayyan lah makhluk paling happy sebab nak keluar jalan-jalan. Hari sabtu he got moody all day sebab papa mama tak kerja apsal duduk rumah? Alahai. Kesian. Jenuh explained adik tak sihat. Tak boleh keluar. But then, malam tu, Mekcha getting better and we went to Giant BK5 untuk mensenyapkan si abang. Berlari tak cukup tanah dalam Giant. Abang, abang... ;))

Yours truly yang tembam. Ye, peha dengan lengan je berjaya dikecikkan dengan diet yang tak berapa diet TAPI, perut belum lagi. BELUM. Masih tebal. Hanya abdomen-workouts sahaja yang boleh memecahkan lemak-lemak di situ. Kadang2 rajin jugak buat sit up. Buat 3 hari sebelum tido. Tapi lepas tu lupa seminggu. Haha. Tak boleh macam tu, kena consistent, tapi....

Naik kuda di KL Tower!! RM25/1 round ride. Boleh lah. Janji merasa. Aku dah naik kuda. Kau ada? HAHA

Kemudian balik lah kami. Just jalan-jalan. Ronda-ronda. Ingat nak naik KL Tower tapi queue punya lah panjang. Mekcha baru sihat, takut plak nak kluar lama-lama kang melecet semula plak. Haa tengok tu, once you have kid(s), all you think is YOUR KIDS. Nak pergi mana, berapa jam, convenient or not, stroller-friendly or not, ada kids meal or not.. Gitu.. Bukan lah CEREWET, tapi bila masuk fasa mak-mak ni, memang akan begini. Most parents are like this, right? Please say yes so I don't feel like i'm a fussy-type-of-mom Hehe


Had asam pedas for lunch then balikkkk. Begitu saja. Malam balik rumah, tengok movie 'The Great Gatsby' hihi. Harini kerja sehari esok cuti balik, yeayness!! :D

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha