Tuesday, December 31, 2013

Simple birthday celebration :)

Assalamualaikum ;;)

Eh Eh tertunggak plak entry birthday celebration abang yang disambut di Taska Gemilang haritu. Eh haritu apa? Dah sebulan kottt HA HA HA. Layan jelaaa labu.. Saje jela suka2 nak bagi anak happy. Buat kek sebijik, buat spaghetti carbonara and beli jajan2 sikit for the kids. Aku bukan jenis mak yang gigih nak siapkan segalamala goodies bag bagai tu. No, aku bukan jenis membazir. Unless duit memang banyak berkepuk2 tu lain cerita. Tak kisah la orang nak cakap apa tapi this is me. I dont do things I dont willing to do. Thats totally not me. Lain la kalo ada buat party betol2 kat rumah and extrabudget, so why not. Jangan cakap goodies, siap sewa clown lagi cewahh. Tapi tak kot, sebab rayyan takot clown ;))

OK sementara nak tunggu server ok sikit moh upload gambo :D


HOMEMADE RED VELVET CAKE FOR MY LOVE; RAYYAN

BIRTHDAY BOY. ENSEMNYEEE RINDU ANAK MAMA
 
SUKE SANGAT MAKAN KEK

NAMA REDVELVET TAPI TAK BERAPA RED SANGAT. KURANGKAN MSG DALAM MAKANAN YE HE HE

I AM OFFICIALLY 3 YEARS OLD

LAST BUT NOT LEAST, ACHA DIRA :D



Monday, December 30, 2013

Assalamualaikum ;;)

Hye hye, jom shopping dengan cutecomeilotecloset (ciare closet) Jom jom jom  :D Jika nak harga istimewa, sila mention 'SAYA BACA BLOG CIARE' Ecewahh :D

 
RM 27 (1 pcs)

RM 26 (2 pcs)

RM 25 (3 pcs)

- 5 pcs and above FREE POSTAGE


Size:

2Y

3Y

4Y

5Y

6Y

7Y


* SMALL CUTTING. We advise you to take 1 size bigger if you prefer to wear it loose

* Actual colour may not be 100% accurate due to different display settings












Thursday, December 26, 2013

Year End Sales @ciarecloset @cutecomeilotecloset :D

Assalamualaikum ;;)

SANGAT SANGAT MURAH. Dah malas nak taip dah betapa murahnya baju2 iols jual. Sila2 lah jenguk album di FB Page ni yaaaa --> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.784937814857030.1073741851.635785049772308&type=1

 Lawa-lawa kannn? Harga melampau2 murah. Kan dah gaji ni kannn uols. Mai la shopping :D

 Gambar di atas dengan gamba di bawah ni, semuanyaaaaa RM29 je tauuu. Gile murahh noks!!

 Last but not least baju yg acha modelkan tu RM25 JE. Dah lah malas nak cakap betapa murah nya. Rugi kalau tak beli sebab 1st Jan harga kembali ke harga asal tau

Nak beli bole PM ke FB page or wassap 016 233 5384 or email norhamsiah.baharuddin@gmail.com

Selamat shopping ^_^

** Barang akan dipos pada hari yang sama jika buat pembayaran sebelum jam 12PM :)

Tuesday, December 24, 2013

Baju babies/toddlers/kids

Assalamualaikum

FB PAGE dah diupdate setelah sekian lama membeku. Jom jom shopping baju baby jom :)

https://www.facebook.com/pages/Ciare-Closet/635785049772308

This blog reader will get SPECIAL DISCOUNT by mention 'i read ciare's blog' upon making order :)

Camne nak order?? Terus sms/whatsapp ke 0162335384

Atau email ke norhamsiah.baharuddin@gmail.com

Happy shopping ^_~

posted from Bloggeroid

Dugaan Akhir Tahun

Apa khabar semua? Kami di sini khabar tidak berapa baik. Dugaan bersilih ganti dari aspek kesihatan. Sorang demi sorang tak sihat. Macam main pass beten plak. Dan paling pilu hati nurani apabila Hasya tak sihat dan terus warded last week. Rabu - Ahad. 5 hari uols 5 hari. Pecah berderai hati jantung mak ni T__T

Alhamdulillah dia sihat menjelang hari ke-5 antibiotik cycle tu siap. Syukur sangat2. OK lah nanti later I'll story in details. Sekarang tak dapat story lagi. Why? Becoz yours truly pula down with fever lah, infection bagai lah. So far I'm getting better. Dapat dose antibiotik dengan painkiller paling kuat skali Doctor cakap. Sebab tu kepala asik ting tong je. Too many drugs. Kalau ikotkan malas nak amik ubat sangat... chemical kan.. But for the sake of my loved ones, akur jelah makan. If i'm not feeling well, who's gonna look after my family?

Until then, nah sekeping gambar bayi 10 bulan yang masuk ward tu...

Hospital Pakar An-Nur, Bangi

Monday, December 16, 2013

#nurhasyahadirah's milestone

Assalamualaikum ;;)

10 months already laaa gegirl mama ni. Last saturday she's 10 months sudahhh. Cepatnyaaa masa berlalu. Bila anak diluar perut rasa cepat je besar. Tapi masa dalam perut tunggu 40 minggu ni MasyaAllah lamanyaaaa. Dah lama 5 bulan alahan teruk. Cobaan betul nak dapatkan gegirl homey homey ni ;)

10 sweet months stories
Crawling tak yah cite la betapa hebaknya
Turun naik kerusi tilam katil meja ape2 jelah. Katil hotel yang tinggi pon selamba dia turun tak ada perasaan takot langsong
Makan adalah hobi. Pantang orang mengunyah dia dah start la droooools ayaq lioq
Belom bercakap. Tapi pandai bersembang dah
Suka ketawa bila dihiburkan
Cepat marah/nangis bila lambat dihiburkan HU HU
Suka mandi
Suka rampas mainan abang
Suka tarik rambut abang
Suka gigit abang

HAHA KESIAN ABANG ;))



Ni lah budak 10 bulan tu. Sedang makan kon ice cream. Aiskrim nya abang dah habiskan. Adik makan kon aiskrim pon jadiiiii lahhh HI HI HI


Chow!!

1st time ke Plaza Masalam Shah Alam

Cerita berminggu sudah ni ;;) Adoi sekarang tak mampu lah nak berblog dan update secara pantas macam dulu. Cerita semalam, tulis harini. Baru lah mantop dan blogger sejati. Ni nak cerita aku ada blog dekat orang pon tak sampai hati. Muhahaha

Anyway, 1st time pegi Plaza Masalam Shah Alam ni. Went on saturday dah sah sah lah hari MK kerja so, single day it was. Errr single beranak 2 memasing. My sis memang husbandnya belom turun kapal masa ni, so manjang solo minah ni HE HE HE

For me tak ada apa yang unik dekat Plaza Masalam. Sama je macam shopping mall lain. Cuma yang bestnya sebab ia TENANG. Aman damai sikit bawak budak2 ni. Masuk je anak2 weols terus haru biru bingit satu mall. Semua mata pasti memandang dan tengok sinis terhadap kehiperaktifan anak2 kami. Takpelah. Saya redha ada anak aktif macam ni. Yang kecik tu pon on the way aktifnya. Get ready mama papa


Sebelum masuk mall isi perut dulu. Ke mana lagi kalau tak bukan melantak sup gearbox di Ani Sup Utara. Memang terbaekkkk. Salah satu tips cara nak menggemukkan badan. Phew


Best buddies ni. Kakak memang rajin melayan Rayyan dan Hasya. Pandai kakak jaga budak2. Mama nye yang tak paham2 signal Kayra nak adik lagi???? ;))



My mekcha omei omei angat ie tuuuuuu :x Time ni nak pulak dia pakai topi tu lama2. Kalo tak, dan 2 saat je lepas tu abes kena sentapppp


Abang DIpaksa duduk dalam stroller. Mujur mau je dia. Cuma time makan je lepas. Bila dah lepas tu harap maklum je lah apa akan jadi. Tunggang terbalik semua


Me and my cute sis. Yeayyy I know. Dia kecik aku mokmok HU HU. Acha gendong pakai carrier tu je. Fuhhh 7kg lebih kot aweks ni. Itu lah kali terakhir aku menggendong dia lepas tu sakit2 pinggang. Riso slipped disc T___T Camtu ke eja slipdis??



Hang out at cafe. Nampak aman je bergambo kannn. TETAPI, 3 budak besor ni kemain lagi. Haru biru kedai. Tuan punya cafe pon macam nak halau kami je sebab anak2 kami mentakotkan customer lain.


Sibuk berlari kasut tak ke mana. Asik menjerit. Dapat air kotak tu abis dipicitnya, lepas tu mengamuk tantrum tak semena-mena. Ini lah perangai Khair Rayyan ni kalau uols nak tau


Last but not least, gegirl teamm :D

Tuesday, December 10, 2013

Dilema ibu menyusukan anak kecik ni haaa

Membesarkan setiap anak tu lain cabarannya. Bila dah masuk anak kedua so aku feeling terror lah jaga anak konon. Skali, lain rupanya peel dan milestone tetiap budak tu. Contohnya aku expect Hasya berjalan time umur setawon, tapi belum 10 bulan dah bertatih. Aku ingat Hasya bila tumbuh gigi tak demam, macam abang dia.. Skali demam terok woo. Wuwu..

Jadi once beranak kecik, back to lesson One. Akan belajar benda baru. Sambil tu boleh nyanyi lagu tema 'I just want to know u better, know u better, know u better now' HE HE HE

Nak dijadikan cerita, perjalanan program penyusuan anak kali ini TELAH goyah. Ada dua faktor.

Pertama: Tak tau lah macam mana tapi ***** tu melecet teruk sangat. Tahap kritikal. Ada masa sakit tu, tak boleh langsung tergesel dengan apa-apa. Dah tu macam mana nak berbaju? Takkan nak buat tiger show depan anak-anak plak kan. Maka ko nangis jela bila sakit. Tahan jela. Telan jela. Dan bila pam memang Nauzubillah punya sakit. Lebih sakit dari ***** tergesel dengan apa2 tadi. Even lebih sakit dari menyusu secara direct

Kedua: Kerja. Boleh dikatakan memang tahap tertinggi punya busy. Kalut sangat sampai lupa bawa pam. Bila bawa pam, lupa nak pam pon ada. Bole? SERIUS, bukan nak ambil enteng. Tidak. Jangan tudung aku dengan cynical words seperti "Nak 1000 daya"

Begitu lah kaedahnya. Daya itu ada akan tetapi daya ke 1000 tu tidak sama kesan dan kebolehannya pada setiap insan. Mungkin 1000 daya saya sampai level 7, 1000 daya anda sampai level 10. Begitu. Dan buat masa ini, ucapan dan soalan berbentuk harsh words memang perkara terakhir aku nak dengar. Bukan tidak optimistik, tetapi I'm still struggling in accepting this whole situation. No, it's not normal to be OK.

Malah aku dalam fasa berkabung. Tetiba kang menangis. Laki aku ingat sakit rupanya aku sedih sebab kesian Mekcha tak ada stok EBM. Kang aku nangis lagi, laki aku ingat aku sedih, rupanya aku tengah menahan sakit ketika menyusukan bayi hampir 10 bulan tu secara direct HA HA HA. Sampai pening dah mamat tu. Dia kata aku ni emosi macam baru lepas bersalen. Pftttt (-_-")

Apa dia ingat 10 bulan tu DAH LAMA sangat ke bersalen? Baru lah hoih! Mujur bersalen normal je, kalau bersalen czer, kesakitan tu terasa-rasa lagi tak gitu?

Begitu lah keluh kesah saya. Sedih. Kalau ikutkan Doktor dorang suruh stop 100% menyusu tapi aku tak sampai hati. Kat rumah aku bagi juga. Biasanya feeding kali pertama dan kedua (lepas balik kerja) BOLE TAHAN lagi. Masuk feeding ketiga memang menjerit2.

Yang kelaka Abang Rayyan pon dah tau mama sakit. Siap pegi dekat adik tepuk2 sambil cakap "Dah dah acha! Dah Dah! Tatit!!" -- Cewah macam dia pula yang sakit kennnn :D Sweet angat abam abam tu hihi

So kerjanya aku sekarang adalah berlumuran dengan ubat sapu pelbagai jenis. Tapi yang paling berkesan adalah minyak gamat. Orang lain pergi kerja wangi-wangi. Aku wangi juga -- tapi version gamat la T___T #untungla laki i tak payah beli perfume untuk i HI HI HI

Erm tu je kot nak cerita... Until then, wassalam

Monday, December 9, 2013

Pengalaman sendiri bila anak hilang -- rasa nak mati

... walaupun hanya hilang selama 5 minit -- tetap rasa macam nak mati. Bukan MAHU mati tapi seakan-akan sedang dibunuh sebab nyawa saya hilang selama 5 minit. Seolah-olah nikmat oksigen ditarik selama 5 minit. Agak-agak boleh hidup ke tak dapat oksigen selama minit? Memang arwah dah la..

Ya Allah, terima kasih Ya Allah.... Kerana memanjangkan pinjaman nyawa saya ini... Alhamdulillah Alhamdulillah

Trauma, takut, hati pedih macam dirobek, tulang rasa dipatah, isi-isi rasa dicarik... Tak dapat digambarkan oleh kata-kata....

Ish tak dapat la nak cerita macam mana... tapi memang mengerikan. Rasa helpless, lemah lutut, mata berpinar, rasa nak blackout. Alkisahnya, Muhammad Khair Rayyan hilang selama 5 minit. 5 MINIT TERPANJANG DALAM HIDUP. Bertempat di dataran berhadapan masjid putra Putrajaya. Kejadian malam minggu. Ketika manusia membanjiri pada jam hampir tengah malam. Memang ramai sangat manusia pada malam tersebut. Sebelum ni ada 2-3x lepak situ tapi tak adalah ramai macam pesta. Tapi ni nak tolak stroller pon terhegeh2 sebab orang ramai macam semut.

Dan tiba-tiba, Rayyan tiada dalam jangkauan pandangan mata ini. Lemah lutut. Lemah.

Ya Allah... Ya Allah... Berdoa macam2. Baca ayat macam2 dah.. Mohon Allah kembalikan anak saya.. Mohon Allah kesiankan saya. Mohon Allah ketemukan anak saya semula. Minta macam-macam pada Allah... Dan pada waktu musibah begitu rasa diri kerdil sangat. Terfikir, siapa aku nak mohon pada Allah? Allah sudi perkenankan doa aku kah? Apa perbuatan baik yang aku dah lakukan sampai boleh mohon Allah macam2?

Kami berpecah cari Rayyan. Mujur masa tu kakak saya ada skali. Dan dia lah yang jumpa Rayyan. Cerita kakak saya -- dia terus ke depan mencari Rayyan. Ke depan dan terus ke depan. Dah jauh dia ke depan, hampir putus asa dan pusing semula tapi hati rasa tak sedap. Teruskan berjalan dan NAH...THERE WAS HIM. WALKING ALONE, CALMLY T___T Pada waktu yang sama beberapa orang yang saya minta tolong carikan Rayyan juga ketemukan Rayyan... Dan salah seorang dari mereka terus peluk Rayyan dan dukung Rayyan. Pulangkan kepada saya -- yang sedang lemah lutut tak boleh buat apa -- mak yang nak mati sangat dah tadi -- nampak Rayyan terus berderai air mata lebih laju gaya meroyan abis lah. Lantak lah ada orang tengok ke ape.

Kepada kawan2 yang membaca ini, jika ada anak macam saya, marilah berhati2 juga ya. Asalnya plan nak pegi ke Big Bad Wolf tu sebab nak pegi malam2 elak kesesakan manusia. Tapi dah jadi macam ni, terus cancel segala mala plan. Takut sangat-sangat dah..

Pengajaran PAHIT untuk saya. Terlalu pahit dan cukup lah sekali sahaja ini terjadi.




Sayang anak mama sangat sangat T______T

Tuesday, December 3, 2013

Hotel Review: Swan Garden Hotel, Melaka

Assalamualaikum ;;)

OK untuk meluangkan masa yang tak berapa nak ada ni, moh kite menulis blog. Since kerja perlu ditangguhkan beberapa minit gara-gara bergaduh dengan server, jadi jangan buang masa. Let's write. Anything will do. Tulis je. Tahukah anda aktiviti menulis dan membaca boleh mengurangkan peratusan mendapat penyakit nyanyuk pabila tua kelak? Tak tahu? Kesian. So go grab the damn pen and start writing HAHAHA tak kelakar pfftt


Maka pada tanggal (bukan dibaca sebagai penanggal) 16 Nov bertarikhkan hari lahir si Rayyan atau dalam bahasa ngerinya, hari aku mengeluarkan dia dari diri ku ecewahhh, kami pergi jalan-jalan Melaka. Short vacation but it was awesome (thumbs up)

Dah book hotel since like 2 months ago dan telah kupilih Swan Garden Hotel. Bilik jenis Swan Suite. Great ambience. No swimming pool. Yes bathtub. Yes good food. And yes near to the city. About 5 miles away kot or less


Interior bilik ni sangat comel. Bertemakan off white memang sangat mentenangkan. Lepas tu ada perabot2 comel ala vintage seperti di atas. So classy right?


TV pelbagai channel. Sepanjang malam layan movie. Kebetulan hujan, mekcha pon not feeling well, jadi duduk bilik layan movie. Kebetulan kedua pula channel movie tu pasang pilem The Twilight SAGA breaking dawn part 1 and part 2. Terbaekk. Hihi


Like like


Dah ada kids ni memang macam2 benda kena bawak. Bekas hijau tu bekas ajaib. Tanpa bekas tersebut maka gundah gulana lah rayyan. Bekas susu dia hihi


Opocot siapa gemok ni??


Wardrobe yang complete dengan safety box, iron segala bagai. Hair dryer je nan ado


Tempat mekcha berendam dalam sinki tu laaa


Shower and bathtub pula tempat kegemaran abang. Layannnn


Abang dah tau dah konsep hotel2 ni. Bila sampai hotel kemain seronok lagi beliau. Terkinja-kinja sampai susah nak amik gambar static huhu


OK macam ni pon jadi lah. Yeayy. Overall saya (tetiba sopan sangat bersaya) beri 4 bintang out of 5 stars. Jika ada hair dryer, swimming pool dan extra lampu dalam toilet pasti dapat 5 bintang :D


© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha