Thursday, February 6, 2014

Abang Mithali, Alhamdulillah

Assalamualaikum ;;)

Walaupun Rayyan agak boolayan dengan kewujudan adik dia, but deep in his heart, pasti sayang pada adik dia. Bonding abang-adik ni lambat sikit. Kids lain biasanya time adik dorang keluar masa dalam pantang lagi dah bonding sayang adik muah2 bagai. But not for Rayyan. Dia lambat sikit nak menerima kehadiran adik dia. Mungkin, cemburu, belum bersedia etc.

Bagi adik pula di sebaliknya. Abang lah segala2nya. Nak main dengan abang, nak makan dengan abang, nak buat segalanya dengan abang. She always want to sleep with Rayyan. Dia suka sentuh Rayyan, cium Rayyan.. Alahai sweetnya adik ni. Kesian juga sebab abang keep pushing her away. Dia tak nak bonding dengan adik. Dia lebih suka kanak2 besar dari dia.. Kecik dari dia, dia tak layan. That's the way he is.

Next week, Hasya turns 1 dah korang. Dan syukur sangat2, Rayyan semakin menerima Hasya. Tanda2 mereka makin mesra masa adik warded dulu. Lepas tu, makin hari, makin sayang pada adik dia. Alhamdulillah. Orang lain mungkin tak perasan. Even papa dorang pon macam tak berapa aware perkara ni. Bila aku cerita dia tak percaya sangat. Dia kata biasa la budak2. But, being a mom, we mommies become more sensitive, aren't we? :)

Itu kelebihan kita sebagai emak2. Yang tiada pada bapa2. Kita sensitif. Kita tau apa anak kita cuba cakapkan sedangkan dia sangat pelat etc. Kita tau apa dia nak cakap based on his body language. That's the power of mother. Kadang dorang belum berak lagi, tapi aku dah ada feeling kejap lagi mesti ada yang berak, dan ternyata, benar. Bukan cobaan ok. Jika belum jadi emak, kawen lah, beranak lah. Then you'll know for sure. I'm not bluffing untuk menyedapkan entry blog HA HA

Doa mama: Semoga anak2 mama menjadi BFF sampai besar. Love each other. Hold each other hands. Help each other. And always be with each other. Dan jangan sesekali memutuskan persaudaraan kerana jika berbuat demikian, Syurga tak dapat dihidu.. Apatah lagi nak memasuki. Nauzubillah. Kita mungkin tidak mewah, tapi, kita mewah kasih sayang.. InsyaAllah

Abang ringan tulang sekarang. Dah boleh harap (most of the time)

Love, unconditionally..


Next week hasya setahun uols. Ya Allah cepatnyaaa masa berlalu. Dan seperti biasa, papanya memang tak ingat punya birthday anak (yelah bukan dia sakit beranak sebab tu dia tak ingat HU HU). Saja sembang2..
Aku 'Hasya setahun next week'
MK 'Oh yeke. Cepat je kan'
Aku 'Tu la pasal'
.. Tetiba hasya datang out of no where..
MK 'Hasya nak adik tak?'

Perghh kemain ek. Itu yang ko ingat. Aku plan nak bincang buat party birthday Hasya ke apa. Dia nak buat family planning pulak. Biasaaaaaa dia tu!!!

1 comment:

  1. amboi papa dia.. cubit peha sikit.. gatei nih! hahaha

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha