Thursday, February 6, 2014

DAY 3,4 & 5 -- kisah acha warded

Assalamualaikum ;;)

DAY 3

Rasa lama betul duduk ward. Dah tak kenal siang malam. Dah tak tau tarikh berapa haribulan. Asik mengulit anak je. Aku langsung tak keluar bilik dari hari pertama sampai hari ketiga. Sampai MK pelik dan risau aku normal ke tidak. Sebab pakcik tu konfem la tak normal kalo boleh berkurung dalam 1 bilik sehari suntuk. Siap paksa aku keluar, biar dia jaga anak2 katanya. Huih yelah tu. Tak percaya den. HAHA

Acha was getting better on the 3rd day. Dah happy dan ceria. Mama pon happy sangat2 :D

Cuma masa warded ni, dia senang tidur. Yelah, mabuk ubat agaknya. Tak perlu dodoi pon. Tertidur dengan sendirinya. Kagum kejap. Kalau kat rumah,.... Jangan harap lah, ini budak lebih lasak dari abang dia ;)

Hari2 makan wong solo sampai naik 2KG duduk hospital ngeh ngeh. Tapi masuk hari ke 3 rasa tak boleh telan dah wong solo ni. Erkkk

Ni kerja papa lah ni, habis di spike kan rambut anak tu huhu

Rutin seorang Muslim. Solat 5 waktu. Tahniah abang. Tapi semayang style dia la. Kadang2 macam gangnam style pon ado. Huhu. Tak pelah, janji ada ikhtiar solat tu

Dan hari ketiga malam baru berjaya keluarkan diri dari ward. Lari kejap kami 4 beranak. Nurse nampak terus cakap, ehh kena isi borang dulu kalo nak keluar. Ekekeke. Lupa plak mak. Ingat duk otel mihmih

Rayyan dan kentang goreng kegemarannya. Sebab tu pipi je besor. Yg lain2 kurus

Tak lalu telan nasik dah, try ala2 american breakfast jap. Walhal waktu dinner ni. Lepas tu malamnye terus gigil kelaporan hihi. Rebus maggi la :D

DAY 4

Sian abang. He was super duper bored teman mama papa jaga adik dekat ward. Sampai ada adegan berdarah sebab jatuh katil. Lepas terjatuh atas thomas train dia yang besi tu. Langsung berdarah dahi. So mama bawa abang jalan2 keliling hospital tengok kawasan hehe Kot2 nak jadi doktor besar nanti :)

 Abang suka makan toti (roti). Sungguh enak dimakan begitu sahaja

 
Alhamdulillah adik pon sangat2 ok dah masa ni. Berdebar jugak tunggu result hasya pada keesokan harinya. Kalau ok boleh discharge. Kalau tak ok, kena sambung lagi 3 hari. Phew... Rasa bole meroyan kot duduk spital lama2. Huhu

DAY 5

Dan berakhirlah kisah di ward si Mekcha... Alhamdulillah. Result OK. Syukur sangat2. Anak mama kuat!!! Tough crib this one :)

 

 Bukti dia sangat tough. Tak dapat kacau pakai tangan, dia pakai kaki. Mujur abang redha je. Hehe

Last but not least, mama pula sambung MC 2 hari setelah menjaga anak selama 5 hari. Phew... Memang cabaran betul. Dulu pon masa rayyan warded 4 hari, last skali mesti aku sambung MC. Bukan senang jaga orang sakit ni. Takpelah janji budak yang sakit tu dah sehat. Mama sakit sikit pon takpe lah kan. Jangan semua sakit serentak memang haru biru dibuatnya kan!

Itu sahaja cerita kisah Hasya warded selama 5 hari. Bil pon...wohooo banyaknyaaa. Mujur company cover. Alhamdulillah.. Terima kasih company tersayang :) Nak buat macam mana, insurans tak cover la dekat hospital tu dengan alasan An Nur/ Az Zahrah tu kecik. Kena pegi Columbia Asia ke.. KPJ kee... Huih mak tak biasa pergi hospital sana. Takpelah next time ada yang sakit kita try check in Columbia Asia or KPJ plak. Tapi, hopefully tak ada lah yang sakit sampai warded2 dah k. Semoga keluarga kami dilindungi Allah dari sebarang penyakit teruk... Aminn... :) -- Sakit sikit2 takpelah, penghapus dosa2 kecil.. Wallahualam...

p/s: Si Abang demam skrg... get well soon abang.. cranky sangat abang malam tadi..
mama nak pitam dah ni pegi keje tak cukup tido. wuwuwu...



No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha