Tuesday, February 4, 2014

Hasya Warded - DAY 1

Cerita lama dah. Almost 2 months back then. Tapi sebab cerita yang agak menusuk sanubari, maka wajib cerita dalam blog. Tulis lambat pon lambat lah. Janji story mory kan.

Alkisahnya, Hasya dah start demam on off since before Rayyan's birthday lagi. Ada lebih kurang 5x demam dalam masa sebulan setengah. 3x pergi jumpa doktor. Asik2 dapat ubat je. Takkan aku pula nak suruh, doktor cucuk lah anak saya. Test lah darah dia. Dah aku doktor ke? Programmer cabuk je pon mama ni HA HA. Takkan nak cakap Doktor masukan lah anak saya dalam ward. Hati seorang mak, memang takkan lah nak diminta anak untuk dicucuk atau diwardkan. Sebolehnya tak nak. Tapi bila demam berulang kali. Asik menyumbat dadah (read: ubat) dalam perut anak aku, rasa tak seronok lah kan. Kalau boleh test lah lebih2 sikit.

Akhirnya 17 Dec Hasya tak tertanggung lagi. Demam Nauzubillah panasnyaaa. Masuk je hospital (Azzahrah) tak sempat register aku terus paksa nurse check suhu dia terus masuk emergency tu amik darah. Haish. Kalau dari sebelum tu amik darah kan bagus. Ni tunggu anak aku lembik pulak. Then resultnya memang tak memberangsangkan. Platlet darah merosot, infection pon tinggi. Ya Allah, nak pengsan hamba Mu ini!!

Dan, ward semua penuh!! -- Try rujuk jiran Azzahrah yg bernama Annur pulak. Ada ward kosong, tapi kena ikut prosedur, kena jumpa Doktor dulu. Adoiii anak aku panas ni. Tapi layan jelah. Sekali lagi, aku bukan doktor. Karang banyak songeh dituduh memandai pulak.

Manusia punya lah ramai. Musim jatuh sakit mungkin. Tunggu turn bagai nak rak. Hasya tantrum tak tentu hala. Rayyan.. well.. in he's own world tapi tantrum la juga sebab proses nak check adik dia dari pagi sampai ke malam. Akhirnya almost 9pm lebih kot baru turn. Tunjuk surat refer untuk warded dari Azzahrah, doktor MO tu tersenyum SINIS. Aku tak boleh lupa senyuman doktor tu. Lepas tu tanya anak aku sakit apa. Dah ko kenapa? Tak paham ke result lab tu? Serius rasa nak bangun dan tampar doktor tu. Yes, aku emak yang emo sangat bab2 anak ni. Aku ni masa tu muka dah merah (MK kata) rasa nak menangis merayu sujud rasanya supaya mintak ward kosong utk hasya. Tapi.. prosedur prosedur prosedur. Dan balik ke rumah dengan 3 kapal titanic punya makian. Tapi dalam hati jelah. MK tak suka kalau marah maki2 ni. Huhu

Hati kami laki bini tak keruan. Nak balik rumah ke. Nak pergi General Hosp ke. Aku bila emo mula rasa nak bergaduh je dengan MK HI HI. So since Hasya nampak OK lagi malam tu. Kami pulang. Dengan hati berat. Esok pagi2 nekad jumpa pakar. Sebab MO tadi suruh jumpa pakar ESOK. Wadefak? Berjam2 tunggu disuruh balik. Anak2 dah penat tak selesa dia suruh balik. Masa tu suhu Hasya 38'c. Dah mandi masa amik darah dekat azzahrah.

DI KLINIK PAKAR KANAK KANAK AN NUR

Dan esok pagi2 terus pergi Klinik Pakar Kanak2 An Nur. Sebelum tu aku ada call Az-Zahrah tanya ward dah ada kosong ke belum. Nurse kata belum ada kosong sebab checkout biasa tengahari. Dah rupa hotel plak checkout time pukul 12 kennn. Akhirnya turn Hasya jumpa pakar pukul 11 lebih macam tu. Doktor sekali tengok result lab Hasya (yang dibuat pada malam sebelumnya di Azzahrah) terus terperanjat. Amik suhu Hasya. Panas ni, doktor cakap. Jom puan pegi ward, kena warded bayi puan ni. Kena buat xray chest tengok ada phlegm atau tak. Tapi macam ada je ni. AKHIRNYA. Dah kenapa MO yang check malam tadi siap SENYUM SINIS tengok result lab tu? Tanya dengan nada relax dan sinis dan menyakitkan hati??? KENAPA???? Dalam hati aku memang dah berkecamuk. If anything happen, aku akan salahkan MO yang check pada sebelah malam tu. Aku ingat sebijik2 nama dan rupanya. Hey geramnyaaaa!!!!

Maka, terus laju2 ke ward. Hati ni gundah gulana toksah cakap lah. Risaunyaaaaaaaaa jika makin teruk ke apa. Okaylah tetiba rasa sebak nak nangis. Jom layan jelah gamba2 Mekcha di bawah semasa masuk ward hari pertama. TSK TSK

RUTIN NEB SETIAP 6 JAM SEBAB ADA KAHAK TEBAL DALAM PARU2

LONGLAI DI RIBAAN MAMA. DAY 1 AND 2 MEKCHA MEMANG AGAK LEMAH. RISAU SGT MASA NI




LAPTOP WAJIB BAWA SEBAB KENA BUAT KERJA DARI WARD JUGAK T__T


CIANNYAA IAAA :(

TOO SMALL FOR THE PAIN :(

CAYANG IAAA

SLEEP WELL MY PRINCESS. MAMA LOVES YOU

1 comment:

  1. Sedihnya babe.

    Kita ni pun emak yg melampau emo juga. Anak demam 3 hari pun kalau boleh nak doc buat blood test bagai, ini kan pulak anak yg demam 5 kali dlm sebulan lebih. Ms Alia dulu Alhamdulillah, MO time tu terus refer ke specialist even ms tu dh petang.

    Apa pun, moga Hasya makin sembuh ya sayang. Sakit sesekali takpe tao, jgn selalu ehehe.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha