Monday, February 10, 2014

Jalan Jalan Penang Day 1 :)

Assalamualaikum ;;)

Awal Januari aritu ada buat trip suka2 dengan officemates and family. Nak test dulu. Kalau misi berjaya next time boleh cuba jalan2 lagi :) Anyhoo. Trip 2 hari 1 malam saje kat penang. Then sambung 2 hari 2 malam kat Kedah rumah my sis. So I would summarize the holiday as splendid. Love love!! (walaupun banyak plan tergendala atas sebab2 teknikal)

Kami bertolak ke Penang jam 12.30am dari rumah masing2. Jumpa 1 am lebih di RNR Rawang. Then, subuh di RNR Seberang Perak. Mandi/Breakfast di RNR before bukit merah. Sampai Penang jam 10 am campur sesat barat bagaiii. Almaklum lah. Travel dengan family2 yang beranak pinak. Maka banyak sangat iklan anak berak la, nak makan, nak minum etc etc. Takpe, baru lah thrill kan. Pegi Penang sampai 10 jam. Ekekeke ;))

Dugaan pertama. Sesampai di Penang shoot terus ke Bukit Bendera. Dah berkobar-kobar. Skali tutup sebab maintenance bole? DANGGGGG!!!! Geram mak!!! So tangkap gambaje dekat entrance konon2 nak naik cable car gitew. Padahallll. HAHA. Kesian kan. Datang dari jauh skali tutup der. Untuk mengubat hati yang lara, terus cari tempat best yang berdekatan dengan hotel. Kami menginap di Hydro Hotel, Miami Beach. Tak bleh blah kan namanya. Miami tuu. Ko hado? Tapi kat beach tu kannnn. Memang dah rupa miami. Errr bukan beach dia, tapi touristnya. Oppsyy!! Censored!! WAKAKA

Lepas discuss2 maka kami plan nak pergi Toy Museum sebab review visitors kat google kata best. So why not give it a try. Tak jauh. A few kilos from our hotel. Masa tu almost 12PM kot. Belum checked in hotel lagi. Terus ke museum toy katanya.

Sesampai di sana... Erm.. mmm... ehh.. emm boleh lah. HAHA. Entrance fees for adult and warganegara is RM15/person. Untuk bukan warganegara tak tahu berapa pulak. Idak teman bertanya. Kids macam Rayyan tak ingat kena bayar berapa tapi memang kena bayar jugak rasanya. So, expectation aku tinggi utk RM15 tu.

Tapi bila masuk... erm... ok sila lihat gambars jelah..

Dekat pintu entrance. Tak kemas, bunga2 banyak mati. Daun2 kering bersepah tak di sapu. Pendek kata, tak terjaga dengan elok.

Feeling ootd sangat. Ingat kau retis??

Eh terskip terus gambar pergi lunch. Malas lah susun gamba elok2. HAHA

Makan kat tepi pantai ni. Makanan ok tapi kelakar sebab semua makanan rasa sama. Nasi goreng ke nasi goreng kampung nasi goreng cina semua sama je rasa. Lambat pulak tu masak. Ate tukang masa sore jah!

Eh terskip lagi. Masa ni baru check in. Bilik memang best. Berbaloi untuk RM150/1 night. Ni pun sebab promosi kat Agoda. Kalau tak RM3** jugak ni.

Few minutes later, baby cot yang direquest pon tiba. Dan acha sangat 'suka' hu hu

Ok sambung balik Toy Museum tadi. Macam ni jelah rupa kat dalam tu. Dia macam sebuah gudang yang dipenuhi rak yang dipenuhi toys. That's it. Kira ko menonton koleksi peribadi toys2 owner ni jelah. Takda apa lah yang interesting sangat pun. Boleh lah..

Acha with papa :)

Acha with mama. Abang memang payah nau nak bergambar dah. Tah ke mana dah dia pegi hu hu

Pergh sexy noks toy sebelah mama ni. Sencoreeeeedddd

Tengok abang tu. Dah elok posing pastu bagi bontot pulak. Haiyoh!! Ok lah dari takdak kennnn. Ok cukup2 sudah untuk Day 1. Sambung entry lain pulak. Banyak jugak gambo rupanya mihmih. Adios!


No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha