Tuesday, July 22, 2014

Dugaan Ramadhan di sini dan di sana....

Marhaban Ya Ramadhan,
Kita di sini menyambut Ramadhan
di dalam ketenangan
Belum 1 Ramadhan, dah siap tempah baju raya
Siap sedondon satu keluarga
Sebelum 1 Ramadhan, dah rasa tester biskut raya pelbagai
Siap dah tempah bertong-tong biskut
Dah masuk Ramadhan, setiap hari berbuka puasa tak pernah tak cukup
Malah berlebih
Beli juadah berbuka melebihi ruang perut
Dengar azan maghrib, tak sempat berkurma terus telan 1 jug air
Pukul 8 solat maghrib secara perlahan
Sebab perut dah penuh sangat, bila sujud perut dah berkocak air 1 jug tadi

Ya Allah...

Aku tak bercakap pasal orang lain, ada juga perkara di atas aku buat
Lemahnya diri ini
Pembaziran amalan syaitan, tapi syaitan dah diikat!
Bertuankan nafsu kah kita?

Di bumi Palestine
Umat Islam berpuasa sambil menyelamatkan diri
Dari bom dan serangan rejim zionis
Wanita dan anak-anak fokus utama untuk dihapuskan
Mereka bukan pengganas
Pengganaskah dia jika masih bayi?
Pengganaskah dia sampai dibom ketika memeluk anaknya?

Ya Allah...
Jangankan puasa 14 jam, malah ada yang berpuasa berhari-hari
Kerana terputus sumber makanan
Mereka berbuka timun, tomato, cebisan roti yang telah dibom

Ya Allah...
Kejamnya si zionis Israhell ini
Berhati lebih keras dari batu
Berhati lebih busuk dari bangkai
Bersifat lebih binatang dari binatang
Malah batu bangkai binatang semuanya lebih sejuta kali baik dari Israhell ini
Ya Allah, Kau hapuskan lah mereka yang kejam dari bumi ini
Bumi, kau telan lah mereka ini yang membunuh saudara-saudara kami :'(

Di penghujung Ramadhan ini
Semoga saudara kita di Gaza, di bumi Palestine,
beroleh KEMENANGAN!
Kemenangan sempena menyambut Syawal

Kita di sini, ingatlah mereka
Doakan lah kesejahteraan mereka
Doakanlah syahid syahidah itu pergi meninggalkan kemenangan
Amin Ya Rabbal Alamin

#PRAYFORPALESTIN
#PRAYFORGAZA
#PRAYFORTHEWORLD
#PRAYFORPEACE



Dan aku ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa2 di dalam Malaysia Airlines MH17. Al Fatihah untuk mangsa beragama Islam.

Sama2 juga kita doakan mereka yang 'pergi' di dalam nahas MH17 ini, segera diuruskan jenazahnya. Semoga keluarga juga cekal apabila berhadapan dengan proses2 pengurusan jenazah/pengecaman/keadilan. Kerana faktor2 politik duniawi dan juga konflik peperangan di negara2 terlibat. Amin

#PRAYFORMH17
#PRAYFORMALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha