Thursday, December 31, 2015

31 . 12 . 2015

Masya Allah,

Tiba-tiba ESOK 2016 chuolsss. Jadi bagaimana keseluruhan 2015 saya dan anda semua? Bagus ke tak bagus ke SO SO ke guane?

Today is also last day untuk anakanda2 kami berada di tadika/taska lama. Starting next week akan bertukar ke tadika dan taska baru. Harap dipermudahkan semuanyaaaa. Amin. Jadi next year akan lebih senang lah sikit nak menguruskan anak2 pagi sebelum pergi kerja sebab tadika/taska lebih dekat dengan rumah. Seberang jalan je. Namun dalam hati sangat risau.

Rayyan, boleh ke terima tempat baru sekolah baru dan kawan baru? Nanti pasti bertanya mana cikgu2 dia? Mana kawan2 dia? T___T

Hasya, ya Allah. Sudah 2 tahun 10 bulan bersama pengasuh (taska) yang sama. Boleh ke dia terima pengasuh baru? Sebab dia manjaaaaaaa sangat dengan cikgu mas T__________T

Rafif, semoga Allah lindungi bayi saya yang helpless ini di bawah jagaan taska yang baru. Semoga pengasuh2 menyayangi dan menjaganya dengan ikhlas. AAAAMINNNNN. Rasa risau tak terperi tak terbendung di hati. Hanya mampu meminta pada Allah, jagalah anak2 saya sementara saya dan suami keluar bekerja mencari rezeki untuk anak2. AMINNN YA RABBAL ALAMIN.

Celebrate tahun baru? Tak ada lah. Rutin biasa je. Duduk rumah dikelilingi anak2 bersama suami. Menonton movie, makan2. Jalan2 pun tak tentu lagi. Paling jauh mungkin hanya pergi gym untuk berzumba :D

Setiap minggu wajib berzumba 2x. Kalau tak rasa tak bessssttt je. Huhu.

OK bye tetiba.

Monday, November 30, 2015

[House Reno] #7 Move out and move in! Yeay jom pindah

Alhamdulillah setelah hampir sebulan berhempas pulas memindahkan barang secara sikit-sikit, dan secara lori-loriannya adalah minggu lepas. Lori 5 tan, 2x trip. Padat sendat. Sebelum pindah dengan lori, dah angkut setiap hari tanpa gagal pakai kereta lebih kurang 2 minggu. Dan lepas pindah naik lori last week, everyday pun MK akan ke rumah sewa lama untuk clearkan apa2 yang patut.

Phew. Really? That much barang weols? Selama 6 tahun menyewa rumah tersebut, sampai 3 orang anak, God knows how macam mana boleh jadi begitu banyak barang. Aku sendiri tak tahu macam mana sedar2 boleh ada banyak barang. Nampak sangat ada sejenis tabiat membeli barang yang tidak perlu. Membazir je kan. Last skali barang yang taknak semua letgo FOR FREE je. Tak jual apa2 pun. Tak apalah, kita share rezeki dengan orang lain jugak kan, jangan tamak k :)

 Officially 1st night at new house. Actually a week before this picture was taken, weols dah duduk seminggu kat rumah ni. Tapi tidur lambak kat ruang tamu je. Atas toto. Sakit badan baq hang!! Huhu.

#syurgaCiareMK -- teratak kecil dan comel kami 5 beranak, Alhamdulillah
Sekian sahaja cerita renovasi2 dan perkara2 berkenaan. Harap dapat beri info pada semua yang memerlukan info. Ada apa2 boleh email or PM kat fb. Kot nak tanya apa2 kan. Pasal perabot, memang 100% pakai yang lama. Masih elok dan jimatttt. Nanti lah ada rezeki lain kita tambah cornish, wallpaper, new furniture, complete kitchen cabinets, nice porch and awning gate whatever. Buat satu2 lah. Nak buat semua, tunggu orang derma kat i RM2.6bil dulu. Kau ado? HAHA

OK bye!!

OK boleh refer pada link2 di bawah k:
1. Design your dreamhouse
2. Chose the right contractor/vendor
3. Shopping materials for your new house by yourself
4. Design your wiring/electrical
5. Tiles installation
6. House Painting
7. Pindah ke rumah baru la apa lagi :D

Wednesday, November 4, 2015

#rayyanhasya's love-hate-relationship (^_^")//

Emmm macam mana ye nak cakap? Relationship antara Rayyan dan Hasya ni. Yalah I mean, they ARE siblings tapi dari segi chemistry tu, lambat dan samar2 HAHAH. I don't know why but I always feel sorry for Hasya. Bukan sengaja melebihkan Abang dia, no and never melebihkan salah sorang. Tapi abang peel dia memang manja dan tak boleh kalah. Hasya pula quite garang dan abang tak suka orang marah2 dia. Nak tegur dia, kena lembut2. So bila Hasya marah2 dan jerit2, jadi macam start lah akan bergaduh. But the sweet thing is, Hasya loves Rayyan soooo much. Dia akan mengalah in any situation. Awwwwww. So sweet kakak. I love you kakak, to the moon and back and forward and back again, infinity. I mean it. Jangan cakap mama lebih sayangkan abang/adik tau. Sama je semua.




[teary eyes]




Rayyan: Acha jom tangkap gambar 
{sambil peluk}

Acha: No. Jangan kacau 
{sambil tepis tangan abang. merajuk sebab apatah huhu}

OK lah abang peace jelah sorang2, huhu. Sian Acha tu merajuk sampai tengok fish je taknak tengok abang.

Hmm seronok tengok kerenah anak2 membesar, sorang macam tu sorang macam ni. Entah macam mana lah perangai korang bila besar nanti. Hikhik. Dah besar nanti uols baca lah kelah kesah mama berceloteh pasal korang dalam blog ni haaa. Berlambak cerita pasal korang tau. Tak lama lagi cerita pasal Rafif plak. Entah cemana lah pulak peel awang tu nanti. Hopefully yang baik2 aja. InsyaAllah. Amin.

Magicnya, cinta kepada anak2 tiada berbelah bagi, dan tidak pernah sayang kurang antara setiapnya. Cinta mama sama untuk kamu semua. Kerana Allah.

:)

:)

:)

Tuesday, November 3, 2015

Kitchen Cabinet


Haaa cantik tak kitchen kabitnet ni. Senang je pasang nya. Yang ni ikea punya. Nampak smartkan letak kabinet warna putih ni. I LIKE LIKE LIKE.

TAPI.



.





.








.





.





.





TAPI BUKAN AKU PUNYA K. HAHAHAHARUN ^_^.

Comel kan kabinet ni? Ikea punya. Murah je pulak tu. Sonang. Easy peasy (yolah tu easy, cer buat sendiri mau terkangkang HAHA). Tapi warna putih tu jelah yang murah. Yang lain warna, atau ada corak kayu ke, kilat2 macam glassy je, haaaa rege dia, ofkos mahal sikit. Tak sikit banyak.


For the time being, dapur memang akan bogel aje tidak berkabinet, kumpul dana dulu k

:D :D

Any tips? Ideas? Comment please ^_^


Bila Cuti Sekolah


Alkisahnya abang bila cuti sekolah (bulan 9 aritu) , memang laaaaaaaah bercinta nak suruh dia pergi sekolah, tapi since cuti sekolah, tadika pon transform jadi Day-Care. Tapi awang ni, dia susah nak terima kenyataan pergi sekolah pakai baju biasa. Means kalau pakai baju biasa, dia takmau pegi sekolah. Gitew. Macam2 gayalah mak pujuk dia.

Upah roti canai di kedai kegemaran dia. Dia kata lepas makan roti canai, dia nak pergi sekolah. Siap JANJI lagi dengan mama


Mata sepet macam tak mandi, tapi mandi jee tu. Mata sepet sebab da nangis kat rumah sebelum keluar rumah. Rambut tu tobek-tobek sebab mama laa yang potong tu. Nak tunggu papa bawak g kedai potong rambut, dari sehari sampai ke dua bulan, tak bawak2, so mama potong jelah sendiri, HUAHUA.


Lepas habis roti canai, mama pun hantar rayyan depan tadika, mama pun nak pergi work dah ni. Skali, dia takmau turun kete, mengeraskan badan.






Jawabnya, terpaksa lah heret ke opis.









Anak oh anak! Ni baru abang, nanti akak acha and rafif semua dah sekolah, cemanaaaa lah peel memasing :D



Malas nak rotate, ok bye!!

Thursday, October 29, 2015

[House Reno] #6 Proses Mengecat

OK ni entry kedua terakhir pasal #syurgaCiareMk ecewah siap ada hashtag tak bleh blah :D Lepas ni (which is lambat lagi) entri pasal pindah rumah pulak. Lambat lagi lah citenye tu sebab last duduk rumah sewa 31/11/2015. Ada 1 month plus lagi gituuu.

Jadi fasa yang paling lama adalah fasa mengecat. Dah 2 minggu lebih mengecat sendiri. Sebab nak jimat kos dan nak puas hati, tapi macam penat je. Silap2 nanti give up dan upah orang jugak kot, wakakaka ^_^

My husband is really fussy about the paint colors or pattern or anything related to the walls. Pastu kemain kreatif lah nak buat gitu nak buat gini, so far rasa macam membazir je beli cat gitu cat gini nak buat gitu nak buat gini. Last2 tak siap2, duit abis beli cat jek. Huhu. Tapi biar lah asal dia gembira. Kalau ikut aku nak cat warna putih je semua. Yup I'm very simple like that. Dinding asal warna PINK okay. Errr zaman pink was sooo 5 years ago. I'm more to earthy colors nowadays. Dan untuk play safe, warna putih paling aku gemari. Biar lah anak kuat conteng pon, nanti da teruk sangat kita re-paint lah semula kan. Ape ada hal.


He's very good in QC. Setiap inci dibeleknya sebelum dicat. Which is good lah. Kalau aku lah, ada aku kesah? Aku lebih QC dalam order2 barang, check barang betul tak sama tak dengan invoice, kira2 item semua. Haaa yang tu aku hebat. We complete each other can you see that? SOOOO LOMENTIK hahahaha.



Antara dinding yang akan dicat. Rumah bahagian living room dan 3 bilik serta 1 bilik air master je yang perlu dicat. Dapur 100% using tiles so selamat dah tak perlu cat2 ni haa.



Bilik stor. Yang ni warna putih sudehhh.



Living room akan ada 3 tone warna. 1) Paling cerah. 2) Medium. 3) Dark. Jadi warna coklat di atas adalah warna medium. Untuk warna paling cerah adalah kelabu yang sangattttt lembut. Yang paling gelap plak warna dark grey bersama effect momento #nipponpaint. Haaa yang momento ni lah agak failed. Yelah, 1st time pon mengecat pastu terus buat momento plak. Sebab momento ni adalah cat speacial effect, so kalau salah teknik dia tak jadi cantik lah gitewww. So tak tau lah apa plan B si MK. Pepandai lah dia HAHAH



Haaa curlass kan. Papa dorang siap belikan berus kecik. Sebab tau anak2 dia sure teringin nak mengecat sama. Dorang pon gigih sangat mengecat. Nak ajak rehat makan pon susah. Last skali.....


.



.




.






.





ko ghase??




.


Capekkk i tell you. Balik rumah sambung tidur siap pakej berdengkur skali. Huhu. Lena betul tidurnya ;)



Haaa tengok lah situasi rumah sambil kami mengecat. Opah tolong monitor baby sambil Papa Mama Abang Kakak mengecat :) Tapi dalam gambar di atas masa baru sampai, tu abang kakak tengah layan tab tu. Dorang tak perasan lagi aktiviti mengecat masa ni. Lepas nampak mama papa duk main berus bagai, dorang pon kecoh lah nak buat sama, aduiyaiii rajin sangat anak2 mama ni :)

Okay lah, so nampaknya ada 2 minggu lagi masa untuk mengecat sebab nak pindah masuk pertengahan Nov. Tapi betul2 rasmi duduk maybe hujung bulan tu. Wuahhh tak sabar!! TAPI....






Risaukan hal taska/tadika anak2 pula. Dah laaaa banyak pulak dengar kes dera akhir2 ni. Kes terbaru dah laaa jadi kat area sini. Jadi, rasa risaunyaaa lah. Aku dah selesa dengan taska/tadika dorang skarang ni. Staff ok sangat. Yang mana kurang sikit2 tu tak pelah pejam mata je asalkan tak melibatkan dia 'usik' anak aku kan. Bukan lah tak bagi usik langsung. Macam rayyan tu faham lah, dia dah besar, di tadika. Takat cikgu marah sikit2 tu mama ok je. Budak2 kalau tak marah/tegur kesalahan dia, mana dia nak paham benda tu salah ye dok?

Selagi kebajikan anak2 mama terjaga, Alhamdulillah mama bersyukurrr pada Allah. Semoga anak2 mama sentiasa di bawah lindunganNya. Nanti nak mula mencari taska/tadika baru, harap2 sangat dapat jumpa yang rasa sejukkk je perut nak anta ke situ. Kalau tak jumpa yang memuaskan, kena lah hantar ke tempat yg sama sekarang ni. Which is more distance and more fuel cost. Demi anak2 kan... Kita cuba cari yang terbaik. InsyaAllah. Amin :)

p/s: Anyway semasa entri ni dipublishkan,
kami sekeluarga tidak berada di bumi selangor.
Berada di utara atas urusan kerja, tapi bawa
keluarga sekali. Yeayyy! A quick gateaway
to release tensionnessss hikhik :D

Tuesday, October 27, 2015

Diet Seimbang?

Actually, aku ni memang dasar pemakan. Boleh makan apa sahaja, di mana sahaja, apa jenis sekalipun tarak hal punya. Dan suka juga cuba menu2 baru. Kesimpulan dia, ciare kalo tak makan sesuatu benda memang pelik. Biasanya kalau pregnant jela kot gitu. Makan masa preggy a bit choosy. But other than that I'm OK. OK sangat. Pon bahaya juga. Sebab bila sudah biasa makan banyak, aku dapati, ialah punca kegemukan aku. Mula2 suka makan2. Bila dah kerja ada duit sendiri pergi makan sana makan sini. Orang lain makan juga tapi mereka makan kuantiti sikit. Aku makan 5x sehari semua dalam bentuk kuantiti yang melantak. Ko ghase?

Tambahan pula lepas beranak 3x belum berjaya turunkan berat badan macam mula2 kahwin dulu. Masa tu 55kg pon aku dah menangis rasa besar gila time atas pelamin tu. Tak ada siapa kisah dan suami pon tak kisah, tapi AKU KISAH. I'm very unhappy about my weight and size. Biaq pi la orang kata tak gemuk sangat ke apa. Dont insult me please. I know I'm big. Wuwu.

Oleh itu lepas bersalin dan lepas habis pantang ni, ada insaf sikit. Maka makan makanan yang sihat2. But still have cheating days of course. Anyway the word 'DIET' itself bukan lah sesuatu yang 'o-m-g saya tak boleh makan'. No. Diet bukan tidak makan. Maksud diet tu adalah 'makanan seimbang'. Makan lah semahu anda, namun, secara seimbang. Apa yang aku amalkan adalah lebihkan lauk dan sayur, kurangkan nasi. Awal2 bersalin tu memang aku stress sangat dengan badan gemuk lembik2 lemak, jadi aku taknak makan sangat, hasilnya susu badan jadi sikit. Ya Allah... Sian kat anak jadi mangsa. Namun, I dont stress myself futhermore. Husband pon cakap makan je, jadi lepas habis 60 hari dan mula bekerja, aku slowly ambil makanan seimbang. Jangan skip breakfast, makan lunch lauk banyak, dan dinner tu kadang makan kadang tak. Ikut mood. Huhu.

Dan aku mula amalkan minuman sihat smoothies dan air detox. Air detox kegemaran aku adalah air suam+green tea+lemon. Tu jer. Tak letak buah2 sebab aku bukan penggemar buah2an. Jadi cara aku mengambil buah adalah dengan membuat smoothies. Gituuuu.

Avocado smoothies

Blueberry smoothies

So far, these two are my favourite. Terutamanya avocado. Biasanya minum ni pagi2 untuk gantikan breakfast, dan kadang2 still perlukan 2 3 ketul kuih atau sekeping 2 wholebread untuk mengenyangkan perut tongdram ni (-_-")

 Nak resepi ke guane? Bulehhh takdok masalah. Nah amik:

Avocado smoothies: 1 cup milk+1 frozen banana+1 avocado

Dan resepi ni sama je untuk buah2an apa pun, just gantikan avocado dgn buah lain.






Cewah makanan sihat kononnn ko ciare. Berat tak turun2 pon Y___Y. Tapi lepas join zumba ni, berat turun 2kg. Hopefully, dapat join zumba secara istiqamah 2x seminggu lepas ni, mana tau dapat slim cepat eceh. Takdelah mengharapkan berat turun jadi 45kg. Memang tipis lah nak dapat. Dpt berat 60kg dan shape yang mantap pon JADILAA. AUMMM hahaha.



:D :D :D

Monday, October 26, 2015

[House Reno] #5 Pemasangan tiles & plaster Siling


Monday blues, anyone? Takyah blue sangat lah. Hihi. Meh cerohkan mata k. Dah sampai entri ke-5 pasal renovate rumah. Ni reno bahagian belakang je uols, kalau reno 1 rumah, wajib minimum 15 entri wakaka :D

Pasal kat mana beli tiles dah cerita kat entri lepas2 kan, now nak cerita pemasangannya pulak, dan juga pemasangan plaster siling. Orang yang buat keje ni lain2, tapi di bawah 1 kontraktor yg kami hire tu lah. Kiranya dia sub2 lah kat orang lain, which dorang semua ni di kalangan family dia juga.

Oh sebelum mula tiles tu, orang pasang tingkap dan grill dulu. Then baru tiles gitu. Pastu baru lah plaster siling.


Dalam proses pemasangan tiles @ jubin. Bleh dikatakan kerjanya memang kemas dan puas hati. Bila da siap tiles baru la rasa mcm 'rumah' sikit. Sebelum tu rasa macam tempat pembinaan terbengkalai jek. Krik krik


Lepas tu plaster siling pulak. Haaaaaaa. Plaster siling dapur sampai ruang tamu. Memang kemas tiptop. 2 hari tepat siap. So far kerja dengan staf2 uncle ni, memang semua menepati masa. Kalau kata 2 hari, memang siap 2 hari. Suka sangat. Kadang2 kami lambat nak check ke, dia yg call berkali-kali minta datang untuk confirmkan apa2. Memang ikut timeline, i like.

Pasal pemasangan pintu, tingkap dan grill pon lebih kurang sama je, tak ada gambar sebab tau2 dah siap. Yelah, masa ni aku dah start keje lepas cuti bersalin tu, so tak ada lah masa sangat nak menjenguk dorang je. Selang sehari pergi lah tengok pagi2, kul 8am dah tercongok depan rumah macam engineer site. Lepas tu baru pergi kerja. Nak pergi petang tak sempat sebab dorang kerja 8-5pm je. Aku kuar office 5.30pm. So tak dapek lah.

Pendek kata Syukur Alhamdulillah. Sebab hal2 ubahsuai rumah ni berjalan dengan lancar. Tak ada delay. Risau juga dengar cerita kontrator bawa lari duit. Minta simpangggg nauzubillah.

Now tinggal fokus nak cat, cuci dan pindah saja lagi. Minggu ni kena outstation pula. Jadi pospon dulu hal rumah. Next week baru sambung semula. Chaiyok!!

Friday, October 23, 2015

Menerjah Mitsui Outlet Park

Rasanya ini adalah outing yang proper since I've become a mother of 3 kids. Which 2 of them equals to 4 kids dia punya havoc. Percayalah statement ini. Pergi lah ke mana2, restoran 5 bintang, hotel 5 bintang, kedai cendol tepi longkang, semuanya mereka terpaling havoc. Terpaling kuat menjerit dan berlari. Tantrum at public tu, agak jarang berlaku. Tapi mereka lebih kepada aktif no matter where when and whoever they are with. Kids dont really care. Tak pasti kanak2 lain, tapi kedua-dua anakku, they surely dont care of other's existence. Mereka di dunia mereka sendiri. Dan dunia ini mereka yang punya -- that's what I thought they thought. Huhu. Pening ayat ni.

Jadi proper outing semestinya only when we have extra helper. Sudah pasti adik beradik aku atau adik beradik MK. But most of the time adalah akak aku lah. My kid's mak ndak atau lebih glemer dengan MAMANDAK gitewww. Umiteh jarang2 datang KL, kita nak pi jitra pon setahun sekali je. Huhu.

Me my sis and our beloved mak :)

Makan2 sambil bagi rafif 'makan' jugak huhu. Awat mak serius benau?? :p

Sama tak muka kami? Macam tak kan? Akak aku kurus & floless, aku gems dan berjerawat hukhuk.

Cucu kesayangan buat masa ini. Biasalah, siapa yang paling kecik dia lah cucu kesanyang, nanti opah ada cucu baru (of course not mine, stop production already) abis laa rafif turun takhta :p

Good baby through out the outing session. Yeayy lulus!! 

Yang tak lulus nya, tuuuu abang dgn akak hang. Pening lah satu mall dengan depa punya teriak. Huiiii bikin hingaq lah satu bangunan dengan teriakan larian macam tempat tu mama depa yang punya. Pandangan sinis orang aku dah biasa sangat dah. Takpe lah mama cool je. Papa yang kuat stress, bila anak takmau diam mula ajak balik cepat ;) Apa lah papa ni, tak cool langsung, relaxxxx arrrr :D

Abis arrr kalau papa baca ni.... larikkkkkkk :D

[House Reno] #4 Wiring

Hola!

Ok moh cerita pasal wiring plak. Actually ini kategori tak wajib pon beriya2. Tapi since rumah tu dah berusia elok lah kita re-wiring balik apa yang patut. Tak semua tapi 90% wiring kami tukar. Plus dulu bumbung ada bocor2 sikit, so risau ada efek dia leaking dan kacau wiring kan. That's why we want to change most of it.

Kalau ikut quotation Uncle tu, memang wiring basic dah masuk untuk di dapur. Iaitu percuma 3 point lampu/kipas tak kisah la nak letak apa tapi percuma 3 je. Basically 3 cukup tapi sebab gedik2 nak lampu pelik2 dan design macam2, maka ada quotation lain lah untuk part wiring ni. Tambah plak kat ruang tamu dan bilik2 semua relocate n tambah itu ini. Gedebak gedebuk tengok bil, pitam jap gelap mata berpinar2 Y___Y


Ni gamba wiring dah siap. Tu wayar2 dah terjulur keluar ready nak pasang lampu n kipas je. Asalnya ada 2 lampu 1 kipas. Then weols tukarkan ada 3 lampu 2 kipas dan 2 wall light. Gituuu.


Haa ini lampu dan kipas dah siap pasang. Cat baru undercoat je masa ni. Nak pasang semua barang2 elektrik ni pon ada cost dia, sebijik lampu kos upah RM13. Untuk kipas upah dia RM30. So kiranya kalo udah kat dapo, stor, bilik2, ruang tamu, memang berpuluh biji lampu, dan kipas ada 5 bijik. Fitams.

Sebab tu banyak kos lain terpaksa cut cost atau cancelkan terus sebab kos wiring ni boleh tahan mahal jugak. Ingat nak buat terus lantai simen kat luar depan rumah, buat dinding batu kat luar sebab rumah tepi kan, nak la nampak secure sikit. But, we can forget that for the time being. Kena kumpul duit dulu baru boleh nak reno bahagian depan. Boleh je nak buat personal loan untuk reno terus habis luar dalam. But I don't prefer to add more loans. Nak bayar rumah sebijik pon rasa macam (-__-") inikan nak menambah loan. Oh no. Tak suka dan pening hutang sana sini. Sudah2 lah tu.

Apapon dah concerntrate renovate dalam rumah. Setel. Pasni apa2 takyah nak kecoh2 nak reno dalam rumah. Sebab rumah setingkat ni payah sikit. Bila dah duduk, susah nak reno bahagian dalam, nanti barang rosak ke hilang ke. Masa orang renovate kita pergi kerja takkan nak terconggok monitor 24jam kan. Jadi lepas ni kalau nak touch up pon bahagian luar je, tak kacau bahagian dalam lah. Apa2 pun dah rasa lega. Dah nampak macam 'rumah' sikit lepas pasang2 barang elektrik tu haaa. Hehe.

Okay lah, next entri mungkin pasal plaster siling atau....mengecat kot.. 

Thursday, October 22, 2015

Wondermilk my fav cupcake since 2008!!

Woot woot

Aduh memang tak boleh la baca nama wondermilk for sure akan rasa sedapnyaaa kat anak tekak ni. It's my favourite cupcake since the 1st time I've tried it. Tapi dulu2 susah nak cari, kena ke Damansara. Now it's a lot easier, kat IOI City Mall ade noks. Comel gilak kot kedainya. Cupcakes nya apa lagi, terpaling comel dan sedapnyaaa rasa rindu-rinduan. Namun begitu, harganya, pejam mata jelah sebab quite pricy. Once in a blue moon takpa kan. Slalu pon kang kena diabetes plak. HEHE.

So moh ke IOI City Mall kitaaaa :D

My favourite ever, choc with orange filling. Sorry tak tau apa nama penuh dia. Yang aku tau bila sampai sudah tentu aku tunjuk yang tu takmau yang lain KAKAKA.

But we've tried others like caramel something, tiramisu ifotgot the name dan ada lah 2 3 bijik lagi. Semuanyaaaa sedap tawwww.

Alkisahnya, sehari sebelum bersalin (khamis) aku mengidam sangat2 cupcake wondermilk. Jadi aku berniat dalam hati, esok pagi jumaat nak singgah IOI City Mall kejap sebab nak makan cupcake kegemaran aku tu. Siap google2 lokasi kedai dan printscreen alamat lagi. 

Skali.... erk...lepas sahur terus contraction daaaa. Rasa nak menangis ok tak dapat cupcake idaman. Masa on the way ke hospital skali lagi berniat, kalau contraction gap lambat, nak tggu IOI City Mall bukak, nak cupcake. Skali lagi, batal niat. Sebab contraction udah kerap. Mall pon tutup lagi derrr. AHAHAHA.

Jadi lepas bersalin pon, adalah wajib nak menebus kembali apa2 yang tak dapat tu. Slagi tak dapat kan, rasa macam, arrrghhh stressnya. Kena makan jugak sebelum aku jadi #makkauhijau :D :D

So, siapa suka cupcake wondermilk macam saya? Angkat tangan pls ;)

Wednesday, October 21, 2015

[House Reno] #3 Shopping for materials

Gituu skali kan entri tentang rumah ni. Percayalah, bukan senang nak renovate rumah dengan kos murah. Sebab bila murah kau akan bersusah payah sikit. Bila kos mahal, ko boleh relax2 goyang kaki tetiba tadaaa siap. Gitu. But since you chose the hard way, so must do it your way. Kos kurang tapi perlukan masa, kudrat, kos minyak kete dan berfikir secara multitasking sampai termimpi2 terngigau2 apa tak cukup, apa belum complete. Tambah ngeri lagi bila ko mimpi duit dalam bank tak cukup. Pastu jatuh muflis KAH KAH. Ok tak lawak T___T

Jadi dalam entri ni aku akan cerita serba sedikit materials yang diperlukan untuk renovate. Kiranya bukan lah material wajib dibeli pun, tapi nama pon nak buat dream house kan, so nak ada jugak. Tak mampu yang mahal, beli yang murah. Dan skali lagi aku tekankan, JANGAN LAYAN CAKAP ORANG yang pandai kritik yang bukan ke arah positif. Cakap kat dia 'shut up and drive' hihi.

1. Tiles. Actually jubin ni, depends. Ada kontraktor yang belikan. Kami memang request nak beli sendiri. This was the hardest decision we've ever made dalam proses memilih jubin ni. Sebabnya, nak capai kata sepakat tu susah. Sorang nak gini, sorang nak gitu, tampa nak? HAHA. Bila tak sama taste mula lah salah sorang akan cakap 'eh renovate ni pakai duit i jugak tau jangan nak pilih ikut taste awak je' -- dan biasanya, itu ayat aku lah tu. KAHKAH. Bukan lah nak berkira2 pasal duit sangat actually, but WIFE SHOULD WINS in any ways. Especially when it comes to the kitchen area kan. Bini yang nak masak oi. Laki tau makan je. Silap2 pinggan pon tak tolong basuh :D So last skali memang tang dapur aku decide, tang bilik air MK decide. Gitu. Lagipon pakcik tu mandi 20 minit. Aku mandi 5 minit tak sampai. Hihi. Maka wajar lah dia decide anything about the toilet.

Semua jubin ni aku beli kat area puchong je, Super Ceramic. Jom tengok cuci2 mata tiles yang sempat aku tangkap gamba.

Tiles untuk wall, saiz kecik. Tak silap 10x13 inci



Yang ni pun wall tiles. MK pilih yang tengah tu untuk sebahagian daripada dinding bilik air. Price RM11.90/piece.

Yang ni cantikkkkkk sangat. Asalnya nak pilih untuk lantai bilik air. RM10/piece. Tapi sebab kena cut cost, so we chose cheaper tiles for the toilet.

They got few display areas. Quite nice.

Tiles coklat lembut (tengah) untuk lantai dapur. Price RM5.80/piece. Harga tu sebelum diskaun. Yang bawah pula design yg sama, warna kelabu lembut, untuk lantai bilik air.


Yang ni tiles untuk table top pulak. Nak yang atas tapi tak jadi. So we chose macam dalam gambar di bawah instead.

Haaa nampak teruih mama gomoks dalam gambar. Haha. Actually warna hitam berkilat dats why jadi gitu. Ada sparkling warna silver+gold. Price RM31/piece.

2. Toilet accesories. Sebenarnya untuk bilik air, cukup ada shower, mangkuk tandas dengan sinki je kan. Tapi MK beriya sikit. Nak bilik air idaman feeling2 hotel. Fineeeee. So merata2 lah hunting benda2 yang dia nak. Nak jamban best la, nak kabinet la memacam la pakcik ni. Kat kedai tiles yang sama, ada jugak jual benda2 ni. So kami beli je terus kat sini set2 bilik air.

Yang ni 1 set cermin+sink+tap+tempat letak toilettaris. Tapi tak berapa minat design dia.

Nice jugak this one, harga pon OK.

Pelbagai koleksi jamban. Mahal rupanya jamban. Nak pakai kencing berak je pon T___T

Pelbagai jenis tap jugakkkk. Padahal nak pakai untuk bagi air keluar je. So weols chose yang murah2 je. Janji hado.

Shower ayaq hujan, pilih yang bentuk 4 segi tu. Fuhhh puas mandi baq hang. Air terjun keluar macam kat waterfall. HEHE.

Yang tempat sangkut ni pon ada mcm2 jenis. Sediakan duit je :p

3. Kitchen appliances. Haa yang ni lagi lah tak wajib, tapi sebab impian MK nak bilik air macam hotel, so dapur impian aku wajib nak kena ada natey ni. Hihi. Yang ni beli kat area puchong jugak. So far this shop sold the cheapest hood and hob. Setelah mensurvey ke lebih kurang 10 buah kedai. Weols pilih brand Rubine ni sebab after study all the brands, this one is good and price boleh laaaaa jugak. Tak ada lah murah bangat. So so lah. Worth the price lah kot.


Alamak gambaq terbalik plak si hood ni.

4. Lightings. Pon beli kat puchong jugak. House of lights. Memang murah compare to other shops. Nak pergi? Boleh silakan, tapi kalau nak pergi weekend, pergi sorang2 je k. Nyesal bawak anak beranak. Sian kat anak. Orang ramai gila kot. Phew. Sini lampu dia memang banyakkkkkk sangat choice. Paling penting sistem kedai ni sistematik. Ada kaunter nombor macam kat bank lagi tau. Siap ada kaunter test lampu. Dan siap hantar barang ke kereta :D Mak like. Kipas siling pon beli kat sini jugak.




Haaa agak2 teleng tak kepala tengok lampu bersidai ni?? HUHU. Ni aku pergi pagi2 hari biasa. Masa ni cuti bersalin blom habis lagi. Kaw kaw aku beli barang2 rumah sebelum mula kerja tu. Nanti dah kerja susah lah nak pergi jadi runner kan.


Haaa amacam? Membantu tak entri ni? Kalau nak lebih detail boleh lah contact aku. Kat wassap ke email ke. Malas nak cerita details sangat pasal kedai kan. Kang jadi 40 mukasurat pulak entri ini. Plus aku da banyak lupa nama2 kedainya, ingat jalan pergi balik ke kedai je, alamat pon tak tau HAHA. Adeiii.

Have a nice day everyone!! ^_^

p/s: Eh ada lagi satu barang, pintu. Tapi lain kali lah cite huhuks.
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha