Tuesday, April 28, 2015

Cousin's Engagement in Kelantan and jalan2

Assalamualaikum ;;)

 Pejam celik pejam celik, sudah menghampiri Mei.. Uuuu tak lama jer lagi dahh beranak 3 uols. Haha. So for the time being, sedang enjoy hari2 beranak 2 gituuu kekdahnya. 'Enjoy' la sangat :D Ok berbalik kepada tajuk entry, kalau entry sebelum ni mengenai majlis pertunangan di Terengganu so this time al kisah bertunang di Kelantan pulak. Wee weee. Bulan bertunang seduniaaa Hehe

Yang bertunang ni adalah sepupu MK jugak. Lelaki. Dan bakal isterinya orang Kelantan. Maka ke kelantan lah kami untuk meminang bunga di taman. Cewah ;) Bertempat ni Melor. Tak jauh dari Pasir Mas kalau tak silap.

So off we go!!



Mek yang excited bila nak berjalan. Takmau duduk dalam car seat. Nak duduk atas riba mama yang empuk ni. Harap maklum T__T

Dan paling tak bleh blah dan tak munasabah skali, dorang suruh laki aku yang rock dan ensem ni jadi tukang karut a.k.a tukang meminang boleh??? HAHAHA lawak gila kot kuikui. Neves la kawan tuuu. Aku risau dia neves tersasul meminang untuk diri sendiri pulak. Adeeeee kena kejar dengan parang tu nanti :'D

Dan sementara papa dia jadi tukang meminang, princess gegirl dia ni sibuk berguling2 sana sini (-_-") Ampunnn tuan rumah. Malunyaa saya tidak terperi. Huhu. Dia bukan tantrum tapi just simply excited maka menari2 dan berguling2 di hadapan semua tetamu keluarga. Nice :p

Tak dok diammm. Adaaaa je acara dia. Huhu


Upacara kemuncak. Tuuu dia mek klate comei lote ngat aiihhh. Hehe. Upacara menyarung cincin. Hihi. Teringat zaman2 bertunang dengan MK dulu ;) Auuuuuuuw hihi


Berpeluh sakan siap main pasir sapu kat pipi macam bedak bole? Siap merayau jumpa kandang rabbit kat tepi rumah dalam hutan sikit huahuaaa.

Malamnya kami bermalam di hotel apatah nama sumpah lupa sebab lama sangat. Tapi scenery sangat lawa sebab berhadapan sungai kelantan. Ni hotel dekat town. Tak jauh dari Pasar Siti Khadijah.


Malamnya sempat berdating dengan BFF since Matrik. Hanaa yeayyy. Walaupon dapat jumpa kejap sebab anak masing2 dah tantrum, jadi laaa. Lepas renduuu Hehe.

Esoknya lepas checkout terus pulang ke KL. Fuhh berpeluh pungkoq okayyy. Tobat rasa takmau pegi kelantan dah haha. Anyway kami silap masuk jalan. Jalan tu dah ditutup sebab ekoran kejadian banjir bulan 12 lepas. Ada jambatan runtuh. Dah jauhhhhh jalan. Skali baru tau jalan tutup. Choiii!!! Rupanya ada signboard masa nak masuk bagitau jambatan runtuh tapi kecik benoooooo signboardnya. Mak stress tahu!!??


Ni la sekitar tempat jambatan runtuh tu. Aku siap nangis kat sini sebab pikirkan sakit pinggang sakit badan segala. Nak balik kl nak balik kl T___T MK plak pegi nyembang lama2 dengan orang kampung. Stress aku. Dah lah nak maghrib dah masa tu. Risaauuuu perjalanan masih jauh tapi hari dah nak malam. Hmmm.

Dan kami pon sampai hampir nak subuh dalam 5am tak silap. Bertolak 12pm. So dalam 15 jam jugak lah. Sweet tak sweet?? Hu Hu.

OK entry berakhir sedikit sendu sebab tak tahu nak tulis apa dah. OK bye! :p


2 comments:

  1. baru baca dah rasa penat ni ciare. agaknya kalau aku join skali mau nanges bersama2 kot. huwaaaa.

    ReplyDelete
  2. wah... sudah mau beranak 3 u....!! kejap je masa berlalu...

    P/s: Jemput datang ke rumah and folo too ye...TQ! puterihannan.blogspot.com

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha