Friday, April 3, 2015

Holiday to Langkawi

Assalamualaikum ;;)

Haaaa ada 15 draft entry dalam dashboard nun, tapi pengeluaran entry tetap sendu seperti biasa HA HA HA. OK bersambung semula update aktiviti berjalan-jalan di bulan Januari lepas. Percutian yang mengejut terkujat tanpa plan apa2 dan tanpa apa2 ekpetasi. Mungkin berjaya seronok mungkin failed dan tidak seronok. Wallahualam.

Yang pastinya malam sebelum kejadian baru decide dan kemas beg. We were like 'Jom esok pegi langkawi'. Idea yang out of nowhere. But it was husband's called. Dia decide. Dia yang nak drive so mak ok je. Masa tu kan mabuk2. Duduk rumah terlantar macam mayat bernyawa. Tak larat masak. Tak larat kemas rumah, tak larat apa sahaja. Jadi mungkin MK terlalu bosan bini dia mandom semacam so apa kata jalan2. Sebab bini dia kalau berjalan memey sihat walafiat.

Jadi awal pagi sabtu, kami pon bergerak dalam 9am dari bumi selangor. Dan sampai ke jeti Kuala Perlis jam 6.30pm. Fuhhh. Kebas segala bontot. Budak2 pon dah mengamuk but we keep on going. Chaiyok chaiyok. Dan alhamdulillah tiket feri masih available. So, Langkawi, tunggu kami datanggggg ^_^ Plan B dia kalau tiket habis, tido rumah my sis di Jitra dulu.

Sampai Langkawi dalam hampir kul 9. Terus laju2 cari kereta sewa. Then lapaaaa sangat. Nampak mekdi. So makan mekdi la kitaaaa. Kemudian cari hotel. Alhamdulillah masih ada kosong di few hotels walaupun ada perayaan pada Ahad tu. Tak ingat cuti apa. Deepavali ke ape tah.

We chose Seaview hotel. Hampir dengan pekan kuah & jeti. Since pergi balik naik feri so better amik hotel dekat2 dengan jeti je. Hotel was superb!

2 king bed. Family room suite.

2 katil luas pon still ado kejadian jatuh katil ;)

Dan keesokan paginya kami memulakan perjalanan. Jam 8am dah siap2 mandi pergi breakfast dan bersedia to rock at Langkawi. Eceh. Rock sangat.

Mamat ni dah pandai konsep bercuti2. So he is the happiest person during the vacation. Hapyy dia memang nampak pada raut muka dia. Adik pula masih blur2.

Sementara matahari belum keluar sepenuhnya, jom pergi Dataran Helang. Dah banyak berubah tempat ni. Cantik. Kalau dulu tempat ni sendu je. Now dah ada shopping kompleks dan banyak kedai2 soviner.

Papa with kids.

Me with kids. Perut baru 15w masa tu. Tapi lihat lah kebesarannya. HAHA

Adik yang moody2 sikit. Yelah nap time oredi maaa. Nak syusyu nak titoo katanya. Hehe

Abang yang makin pandai pose for camera :)

Next we headed to tempat cable car tu. Tapi sebab aku spesis gayat tambah2 riso perut mengandung atau termuntah pula, jadi jalan2 sekitar bawah cable car tu saje. Macam2 adoo situ. Syok syok. So buat aktiviti lain iaitu ride duck bas-boat. Gituuu.

Konsepnya ianya macam naik bas berbentuk itik, jalan2 di area Bay town something like that, lupa sudah apa namanya. Then alih2 bus tu terjun laut jadi lah ala2 boat. Gituuuu

:)

Pemandangan kat laut sini cantik. Kalau Le Tour De Langkawi tu kat sini lah event nya.

Yacht parking bay ni kepunyai Azhar Mansur yang mengelilingi dunia tu. Parking kat sini RM3000/sebulan wehhh. Kayaaaa kayaaaaa.

Then kat bawah cable car tu ada macam town la.. Macam2 ada. Syok syok.

Haa kat belakang pokok ni ada cable car tu. Nampak tak nampak tak?

Next stop adalah Underwater World. Suka la budak2 ni tengok fish, penguin dan segala mak nenek haiwan kat situ.



Sebelah petang pula, sempat tengok sunset di Tanjung Rhu Beach. Damaaaaiii je rasa. Tengok sunset sambil makan pisang goreng hehe.

Abang macam masa pantang tengok air. Adik tengok gitu-gitu je. Dia belum mesra pasir lagi. Macam takut bila tenggelam kaki dalam pasir tu. Dulu masa abang kecik2 gitu jugak. Sekarangggg..... tak takut dah.


Veli lomentik maaaa :)

Adik dah muke bosangg haha

Okeh setelah kepenatan berjalan seharian. Nak tito dahhh. Hehe. Memang berjalan sakan sehari suntuk. Esoknya just jalan2 shopping kat few malls. Dan naik feri jam 1pm. Sekian sahaja percutian kami di langkawi. Rasa seronok sangat sebab plan mengejut dan semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah :)

Husband asik cakap seronok lah jom pergi lagi nak. Bila ada cuti je mesti cakap jom pergi langkawi lagi nak. Hello?? Bini awak dah membulat dekat 7 bulan ni. Koser heh nak pi jalan. Langkawi tu okay tapi sebab naik feri, so nak angkot luggage dan nak berjalan sekitar feri yang padat sendat manusia tu, erghhh tak rajin mak. Naik flight? Risau kene tembak plak. Hua hua.

Anyway, sekian sahaja. Jumpa lagi di lain entry ;)


1 comment:

  1. seronoknya gi langkawi.. salah satu tmpt yg kita tak jemu pegi hehehe.. ehem perot dah nampak la

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha