Friday, October 16, 2015

Aidilfitri 2015, kami berlima :D

Jangan kata Aidilfitri, Aidiladha pon dah lepas baiiii. HAHA. Tak apa lah, 1st thing 1st, gambar raya setiap tahun perlu diabadikan di dalam blog. Maka inilah.








Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

LOL.


Tak tau lah orang lain, tapi aku 'raya' awal. 15 Ramadhan lagi dah mula raya sebab mengeluarkan budak kecik tomei ni dari perut. Orang lain puasa, mak makan je. Pantang? Tak ada masalah sebab aku suka makanan pantang. Rendang segala aku dah berjaya masak dan makan seminggu sebelum bersalin. So tak ada lah meleleh ayaq lioq.

Pada hari ke-9 pantang, kami dah balik ke Terengganu. Turn raya di Terengganu. Since dah bersalin dan dah sihat sikit so weols balik la raya. Balik awal, jalan pon tak jem langsung. Masa raya biasa je, takde stress sangat sebab makanan raya kat sana bagi aku, memang sedap, tapi makanannya tak ada 'feeling raya'. Makanan raya bagi aku adalah lemang homemade, ketupat nasi & palas homemade, rendang ayam, daging masak hitam, kuah kacang & kuih2 raya tradisional. Di Terengganu makanan raya dia macam menu2 tradisional diorang lah, macam nasi dagang, nasi minyak, laksam & satay. Tang satay tu aku tak dapat nak relate sampai sekarang. Satay asal dari Terengganu ke guane??

Jadi tak adalah mencabar sangat raya di sana ketika pantang. Kalau berpantang kat Perak masa raya, aku rasa aku dah menangis meraung kat bucu bilik sebab tak tahan tengok semua makanan sesedap tu. Selamat den. Teeheeee :p

Itu jelah cerita raya kami, kiranya gambar di atas adalah sekitar 15 hari selepas bersalin. Perut pon macam ada lagi sorang bayi belum keluar kan. Choi sangat. HAHA.

OK jom tengok apa perkembangan terbaru #khairrafif nak?

Cubaan meniarap seawal 2 bulan setengah

Yiarghhhhhh. Berusaha nak lepaskan tangan kat bawah perut tu. Hehe.

Berjaya juga akhirnya, pada umur 3 bulan beberapa hari. Tapi, tangan dalam gambar ni aku yg adjust bagi hala ke mulut tu bagi dia isap jari. Kalau tak, meraung lah dia sebab panik kot, 1st time meniarap hihihi

OK, bye bye chuols XOXO :D

3 comments:

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha