Saturday, October 17, 2015

[house reno] #1 Design Your Dream House

Woot woot!

OK now since all the kids are asleep mari lah membuang masa di blog. InsyaAllah seperti yang dijanjikan, aku akan ceritakan pasal hal2 am renovation rumah di dalam blog. Secara am je lah. Nak tulis details, phew berpoluh ketiak. Sebab cerita berbulan2 nak ditulis aje nye lingkup keyboard nak taip semua hehehe. 

Jadi sementara masih fresh di ingatan, aku cerita lah serba serbi. Alkisahnya, rumah tu, kami ubahsuai bahagian belakang sahaja. Bajet ciput so buat lah gaya bajet ciput k. Jangan nak feeling duit berkepuk2 tido atas duit, lap hingus pakai duit kertas. The most important rule memang senang, ukur baju di badan sendiri. Biar lantak lah orang nak cakap apa, apsal tak buat itu, apsal tak buat ini, bla bla. Kalau ada orang cakap macam tu kau pergi tampar dia lepas tu suruh dia sign cheque kosong ko tulis amount biar dia sponsor rumah kau. Dah banyak sangat komplen itu ini kan. Haa dengan aku senang je. Sibbaek aku ni jenis telinga senang nak pekakkan dan muke buat blurrrrr je semedang. Orang pon malas dah nak komplen. Wakakaka :D :D

Bahagian depan cuma tambah plaster siling dan re-wiring balik semua electrical rumah tu. Since rumah dah lama kan. Then ada baiki atap bocor sikit. Gitu jelah. Jadi, 1st thing 1st, kena lah lakar2 design idaman korang nak cemana. Senang nak tunjuk dekat kontraktor nanti. Dia senang paham dan senang buat keje. Kalau tunjuk2 pakai air liur je nak design cemana, nanti takut ada salah faham berlaku. Cam weols ni, dah design pon ada jugak sikit miscommunication. Sebab yang melayu tak paham cina cakap, yang cina tak paham melayu cakap. Adoi lawak benar rasanya, huahua. Takpa itu bab kontrator kita cerita kat entri lain k :)

Tapi sebelum tu, sila lah lapangkan dada dan jangan expect entri ni kebabom ke apa. Sila expect the least k. Sebab macam aku cakap tadi, bajet kami sikit, so hasil pon sure sikit, tak hebat mana, tak gempak mana. Aku cuma suka nak kongsikan dalam blog, untuk bacaan umum dan panduan kot kot ada orang yg macam aku, bajet tak banyak tapi gedik sangat nak renovate kan. KAHKAH.


Ada beberapa design lah asalnya, tapi ini yang final sekali untuk bahagian bilik air tetamu. Saja gatal nak bagi bilik air ni selesa sikit sebab bilik air master serius kecik giler, so yang tu kami jelah pakai. Rasa nak best kena mandi kat bilik air no 2. Which now dah macam bilik air no 1 sebab rasa syokkk je #syoksendiri. HAHA. Jadi dalam design ni, aku dah siap2kan sekali dengan warnanya sebab senang bagi paham kat orang yang nak pasang tiles tu. Takda lah silap pasang tiles nanti. Sebab ada 3 jenis tiles yang digunakan. Gituuu. So bilik air ni boleh tengok dalam entri INI dia punya pembikinan. Haaa amacam? OK lah kot kan. Rasa kembang2 lah jugak bila kontraktor puji drawings aku buat. Dia tanya 'interior designer ke?' ecehwahhh HAHAHA. Interior designer sangattttt. Kof kof kof.


Yang ni pula design bahagian dapur. Asalnya design aku buat lain. Table top yang asal aku nak L tapi arah dia ke kanan. Tapi sebab ada satu tiang seri tak dapat dibuang, so kena lah buat table top tu hala ke kiri. Haaa. Tak paham? Tak paham takpe. Tak penting pon. HAHA. Alhamdulillah sekarang dah siap pun dapurnya. Tak sabar nak masak hehe. Yo-yo-ooo je kennn. Huhu.

Ada lagi beberapa drawings iaitu version electrical 1 rumah, version plaster siling dan version 3D untuk dapur bersama lampunya. Semua tu pun buat untuk kemudahan kontraktor nak buat kerja. Bak kata orang putih, ada black and white. Nanti tak ada lah aku nak A, dia buat B pastu dia salahkan aku tak cakap bebetul kan. So bila ada designs or sketches macam ni, dua2 pihak senang berkomunikasi. Alhamdulillah.

So amacam, ada sapa2 nak upah aku jadi #interiordesigner ke? Meh aku designkan. EKEKE :D

5 comments:

  1. Makin selesa lah ya bila dah renovate rumah ni ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada lah selesa sangat sebab saiz rumahnya sama je. Nak masak jelah rasa lebih tenang. Tempat lain sama je huhu

      Delete
  2. eh ko beli umah PUJ ke? ke umah lain ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, ni umah lain. Kat LEP. Jalan nak g pasar borong.

      Delete
  3. ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN. KAMI KONTRAKTOR RENOVATE DAN BUAT RUMAH AREA SELANGOR TERUTAMA LEMBAH KLANG. KERJA BERMUTU DAN ADA WARANTY. SILA HUBUNGI 0122528706 MAT. SEBUTHARGA/QUOTATION DAN SITE VISIT PERCUMA. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha