Monday, October 19, 2015

[house reno] #2 Kontraktor

Pada awalnya, kami ada 5 pilihan kontraktor. Adalah macam2 peel kontraktor iaitu:

1. Indon. Letak harga terus tinggi
2. Melayu. Harga tinggi dan extra GST
3. Melayu. Harga OK
4. India. Macam no 1
5. Cina. Harga OK SANGAT!!

Jadinya mula-mula rasa dah down sebab macam tak dapat renovate rumah. Rasa macam ALAAAA sedihnya, masuk rumah baru beli tapi buruk je sebab tak dapat mekap apa2. Semua harga mahal. Sampailah sorang kontraktor cina tu (kami panggil uncle je) bagi quotation BAEK punya. Syukurrrr sangat2. Lepas dengar harga dia rasa nak melompat tinggi2 HUHU.

Lepas je capai kata putus, terus Uncle letak tong construction tepi rumah dan mula keesokan harinya. Rasa phew berdebar gile kot nak renovate rumah. Dan terus bayar deposit. Dengan uncle ni dia minta payment sikit2. Eventhough sekarang dah siap, tapi last payment belum setel lagi. Bagus sangat. Means takdelah asik kejar duittttt je. Ada je kontraktor yang belum buat apa2 tapi payment dah berkepuk2 nak. Dengan uncle ni dia sure cakap 'bagi kita bikin dulu ma baru bagi wang' haaaaa. Sejukkk perut dengor nya. HAHA.

So antara kerja2 yang kami nak dia buat adalah:
1. Pecah dapur bahagian tepi dan belakang sampai habis semua ruang tanah. Means takda yard dah lah kat belakang.
2. Table top konkrit.
3. Pecahkan bilik stor kecil
4. Buat 1 bilik stor di dapur
5. Plaster siling hingga ruang tamu (kat bilik takde)
6. Besarkan bilik air
7. Tukar kedudukan pintu bilik no 3. Instead of hala ke ruang tamu, alih dia ke arah dapur. So takde lah terbongehhh je orang perak kata hehe

Dan antara lain yang dapat adalah:
. Pemasangan tiles semua bahagian dapur, dinding, bilik air
. Tingkap, pintu
. Percuma 3 point plug. Yang lain add-on
. Plumbing work

Tah lah macam lupa ingatan plak. HAHA. So benda2 lain kena beli lah sendiri macam dapur hood hob, sinki, tiles, wash basin, mangkuk tandas, kepala paip semua bla bla bla. Gitewww. Berapa total kosnya? Biar lah rahsia. Kalau nak tau boleh email kot. Atau nak kontek no kontraktor ke. Silakan email2 yer.

OK jom cuci mata tengok gambar :)

Sebelum ni asalnya bilik air tetamu tu dibahagi dua. Sebelah shower, sebelah toilet. So now weols combinekan then pecah dinding tepi tu tarik lebih kurang 3 kaki lagi. Keluasan toilet adalah lebih kurang 6kakix9kaki. Gituu. Besar la jugak. Puas hati nak mandikan anak2. Huhu.

Yang ni bilik no 3. Pintu asal dia belah kanan tu yang dah tampal batu bata. Tutup pintu lama dan buat pintu baru belah sini. So tak adalah bila masuk rumah terus nampak isi bilik no 3 tu haaaa.

Itu pemandangan sisi belakang rumah. Yup rumah end-lot. Tapi bukan ada extra yard pon. Sama je saiz macam rumah tengah2.

 Plan asal dapur. Seperti yang dicerita dalam entry lepas. Memula nak table top ke belah sana. Tapi sebab ada kekangan teknikal, so ubah belah kiri pulak.

Haaa kau version siap berwarna, kau hado?? EKEKEKE :D Gigih sangat iols.

Jadi, kesimpulan entri ni adalah, pilih lah kontraktor yang berpatutan, senang nak bekerjasama, boleh terima idea ko, tak buat kerja ikut sedap anak tekak dia jerrr kan. OK jumpa lagi di lain entry :)

p/s: Semalam duk mengecat rumah. Adoiiii letihnyaaa makkk huhuhu

5 comments:

  1. nanti boleh la bg no uncle cina tu

    ReplyDelete
  2. reno rumah best, tak sabar kan na tgok hasilnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak sabar plus nervous tak cukup duit O_o :p

      Delete
  3. Cik boleh share contact no chinese contractor tu? Saya pon tgh mencari.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha