Wednesday, October 21, 2015

[House Reno] #3 Shopping for materials

Gituu skali kan entri tentang rumah ni. Percayalah, bukan senang nak renovate rumah dengan kos murah. Sebab bila murah kau akan bersusah payah sikit. Bila kos mahal, ko boleh relax2 goyang kaki tetiba tadaaa siap. Gitu. But since you chose the hard way, so must do it your way. Kos kurang tapi perlukan masa, kudrat, kos minyak kete dan berfikir secara multitasking sampai termimpi2 terngigau2 apa tak cukup, apa belum complete. Tambah ngeri lagi bila ko mimpi duit dalam bank tak cukup. Pastu jatuh muflis KAH KAH. Ok tak lawak T___T

Jadi dalam entri ni aku akan cerita serba sedikit materials yang diperlukan untuk renovate. Kiranya bukan lah material wajib dibeli pun, tapi nama pon nak buat dream house kan, so nak ada jugak. Tak mampu yang mahal, beli yang murah. Dan skali lagi aku tekankan, JANGAN LAYAN CAKAP ORANG yang pandai kritik yang bukan ke arah positif. Cakap kat dia 'shut up and drive' hihi.

1. Tiles. Actually jubin ni, depends. Ada kontraktor yang belikan. Kami memang request nak beli sendiri. This was the hardest decision we've ever made dalam proses memilih jubin ni. Sebabnya, nak capai kata sepakat tu susah. Sorang nak gini, sorang nak gitu, tampa nak? HAHA. Bila tak sama taste mula lah salah sorang akan cakap 'eh renovate ni pakai duit i jugak tau jangan nak pilih ikut taste awak je' -- dan biasanya, itu ayat aku lah tu. KAHKAH. Bukan lah nak berkira2 pasal duit sangat actually, but WIFE SHOULD WINS in any ways. Especially when it comes to the kitchen area kan. Bini yang nak masak oi. Laki tau makan je. Silap2 pinggan pon tak tolong basuh :D So last skali memang tang dapur aku decide, tang bilik air MK decide. Gitu. Lagipon pakcik tu mandi 20 minit. Aku mandi 5 minit tak sampai. Hihi. Maka wajar lah dia decide anything about the toilet.

Semua jubin ni aku beli kat area puchong je, Super Ceramic. Jom tengok cuci2 mata tiles yang sempat aku tangkap gamba.

Tiles untuk wall, saiz kecik. Tak silap 10x13 inci



Yang ni pun wall tiles. MK pilih yang tengah tu untuk sebahagian daripada dinding bilik air. Price RM11.90/piece.

Yang ni cantikkkkkk sangat. Asalnya nak pilih untuk lantai bilik air. RM10/piece. Tapi sebab kena cut cost, so we chose cheaper tiles for the toilet.

They got few display areas. Quite nice.

Tiles coklat lembut (tengah) untuk lantai dapur. Price RM5.80/piece. Harga tu sebelum diskaun. Yang bawah pula design yg sama, warna kelabu lembut, untuk lantai bilik air.


Yang ni tiles untuk table top pulak. Nak yang atas tapi tak jadi. So we chose macam dalam gambar di bawah instead.

Haaa nampak teruih mama gomoks dalam gambar. Haha. Actually warna hitam berkilat dats why jadi gitu. Ada sparkling warna silver+gold. Price RM31/piece.

2. Toilet accesories. Sebenarnya untuk bilik air, cukup ada shower, mangkuk tandas dengan sinki je kan. Tapi MK beriya sikit. Nak bilik air idaman feeling2 hotel. Fineeeee. So merata2 lah hunting benda2 yang dia nak. Nak jamban best la, nak kabinet la memacam la pakcik ni. Kat kedai tiles yang sama, ada jugak jual benda2 ni. So kami beli je terus kat sini set2 bilik air.

Yang ni 1 set cermin+sink+tap+tempat letak toilettaris. Tapi tak berapa minat design dia.

Nice jugak this one, harga pon OK.

Pelbagai koleksi jamban. Mahal rupanya jamban. Nak pakai kencing berak je pon T___T

Pelbagai jenis tap jugakkkk. Padahal nak pakai untuk bagi air keluar je. So weols chose yang murah2 je. Janji hado.

Shower ayaq hujan, pilih yang bentuk 4 segi tu. Fuhhh puas mandi baq hang. Air terjun keluar macam kat waterfall. HEHE.

Yang tempat sangkut ni pon ada mcm2 jenis. Sediakan duit je :p

3. Kitchen appliances. Haa yang ni lagi lah tak wajib, tapi sebab impian MK nak bilik air macam hotel, so dapur impian aku wajib nak kena ada natey ni. Hihi. Yang ni beli kat area puchong jugak. So far this shop sold the cheapest hood and hob. Setelah mensurvey ke lebih kurang 10 buah kedai. Weols pilih brand Rubine ni sebab after study all the brands, this one is good and price boleh laaaaa jugak. Tak ada lah murah bangat. So so lah. Worth the price lah kot.


Alamak gambaq terbalik plak si hood ni.

4. Lightings. Pon beli kat puchong jugak. House of lights. Memang murah compare to other shops. Nak pergi? Boleh silakan, tapi kalau nak pergi weekend, pergi sorang2 je k. Nyesal bawak anak beranak. Sian kat anak. Orang ramai gila kot. Phew. Sini lampu dia memang banyakkkkkk sangat choice. Paling penting sistem kedai ni sistematik. Ada kaunter nombor macam kat bank lagi tau. Siap ada kaunter test lampu. Dan siap hantar barang ke kereta :D Mak like. Kipas siling pon beli kat sini jugak.




Haaa agak2 teleng tak kepala tengok lampu bersidai ni?? HUHU. Ni aku pergi pagi2 hari biasa. Masa ni cuti bersalin blom habis lagi. Kaw kaw aku beli barang2 rumah sebelum mula kerja tu. Nanti dah kerja susah lah nak pergi jadi runner kan.


Haaa amacam? Membantu tak entri ni? Kalau nak lebih detail boleh lah contact aku. Kat wassap ke email ke. Malas nak cerita details sangat pasal kedai kan. Kang jadi 40 mukasurat pulak entri ini. Plus aku da banyak lupa nama2 kedainya, ingat jalan pergi balik ke kedai je, alamat pon tak tau HAHA. Adeiii.

Have a nice day everyone!! ^_^

p/s: Eh ada lagi satu barang, pintu. Tapi lain kali lah cite huhuks.

2 comments:

  1. Best2 ada rumah sendiri..kite nk berangan dulu..harap2 dpt la rumah PPA1M tue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah ada rezeki uols tu nanti. kami pon tak sangka dapat beli rumah. walaupon rumah orang, bukan rumah baru, alhamdulillah la jugak :)

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha