Friday, October 23, 2015

[House Reno] #4 Wiring

Hola!

Ok moh cerita pasal wiring plak. Actually ini kategori tak wajib pon beriya2. Tapi since rumah tu dah berusia elok lah kita re-wiring balik apa yang patut. Tak semua tapi 90% wiring kami tukar. Plus dulu bumbung ada bocor2 sikit, so risau ada efek dia leaking dan kacau wiring kan. That's why we want to change most of it.

Kalau ikut quotation Uncle tu, memang wiring basic dah masuk untuk di dapur. Iaitu percuma 3 point lampu/kipas tak kisah la nak letak apa tapi percuma 3 je. Basically 3 cukup tapi sebab gedik2 nak lampu pelik2 dan design macam2, maka ada quotation lain lah untuk part wiring ni. Tambah plak kat ruang tamu dan bilik2 semua relocate n tambah itu ini. Gedebak gedebuk tengok bil, pitam jap gelap mata berpinar2 Y___Y


Ni gamba wiring dah siap. Tu wayar2 dah terjulur keluar ready nak pasang lampu n kipas je. Asalnya ada 2 lampu 1 kipas. Then weols tukarkan ada 3 lampu 2 kipas dan 2 wall light. Gituuu.


Haa ini lampu dan kipas dah siap pasang. Cat baru undercoat je masa ni. Nak pasang semua barang2 elektrik ni pon ada cost dia, sebijik lampu kos upah RM13. Untuk kipas upah dia RM30. So kiranya kalo udah kat dapo, stor, bilik2, ruang tamu, memang berpuluh biji lampu, dan kipas ada 5 bijik. Fitams.

Sebab tu banyak kos lain terpaksa cut cost atau cancelkan terus sebab kos wiring ni boleh tahan mahal jugak. Ingat nak buat terus lantai simen kat luar depan rumah, buat dinding batu kat luar sebab rumah tepi kan, nak la nampak secure sikit. But, we can forget that for the time being. Kena kumpul duit dulu baru boleh nak reno bahagian depan. Boleh je nak buat personal loan untuk reno terus habis luar dalam. But I don't prefer to add more loans. Nak bayar rumah sebijik pon rasa macam (-__-") inikan nak menambah loan. Oh no. Tak suka dan pening hutang sana sini. Sudah2 lah tu.

Apapon dah concerntrate renovate dalam rumah. Setel. Pasni apa2 takyah nak kecoh2 nak reno dalam rumah. Sebab rumah setingkat ni payah sikit. Bila dah duduk, susah nak reno bahagian dalam, nanti barang rosak ke hilang ke. Masa orang renovate kita pergi kerja takkan nak terconggok monitor 24jam kan. Jadi lepas ni kalau nak touch up pon bahagian luar je, tak kacau bahagian dalam lah. Apa2 pun dah rasa lega. Dah nampak macam 'rumah' sikit lepas pasang2 barang elektrik tu haaa. Hehe.

Okay lah, next entri mungkin pasal plaster siling atau....mengecat kot.. 

2 comments:

  1. Balik keje terus jengah rumah baru la tu..hehehe.. cam sgt uniform Toyota tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe. skarang ni balik keje terus pegi sana duk mengecat. gitu lah hari2 hihi.

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha