Monday, October 26, 2015

[House Reno] #5 Pemasangan tiles & plaster Siling


Monday blues, anyone? Takyah blue sangat lah. Hihi. Meh cerohkan mata k. Dah sampai entri ke-5 pasal renovate rumah. Ni reno bahagian belakang je uols, kalau reno 1 rumah, wajib minimum 15 entri wakaka :D

Pasal kat mana beli tiles dah cerita kat entri lepas2 kan, now nak cerita pemasangannya pulak, dan juga pemasangan plaster siling. Orang yang buat keje ni lain2, tapi di bawah 1 kontraktor yg kami hire tu lah. Kiranya dia sub2 lah kat orang lain, which dorang semua ni di kalangan family dia juga.

Oh sebelum mula tiles tu, orang pasang tingkap dan grill dulu. Then baru tiles gitu. Pastu baru lah plaster siling.


Dalam proses pemasangan tiles @ jubin. Bleh dikatakan kerjanya memang kemas dan puas hati. Bila da siap tiles baru la rasa mcm 'rumah' sikit. Sebelum tu rasa macam tempat pembinaan terbengkalai jek. Krik krik


Lepas tu plaster siling pulak. Haaaaaaa. Plaster siling dapur sampai ruang tamu. Memang kemas tiptop. 2 hari tepat siap. So far kerja dengan staf2 uncle ni, memang semua menepati masa. Kalau kata 2 hari, memang siap 2 hari. Suka sangat. Kadang2 kami lambat nak check ke, dia yg call berkali-kali minta datang untuk confirmkan apa2. Memang ikut timeline, i like.

Pasal pemasangan pintu, tingkap dan grill pon lebih kurang sama je, tak ada gambar sebab tau2 dah siap. Yelah, masa ni aku dah start keje lepas cuti bersalin tu, so tak ada lah masa sangat nak menjenguk dorang je. Selang sehari pergi lah tengok pagi2, kul 8am dah tercongok depan rumah macam engineer site. Lepas tu baru pergi kerja. Nak pergi petang tak sempat sebab dorang kerja 8-5pm je. Aku kuar office 5.30pm. So tak dapek lah.

Pendek kata Syukur Alhamdulillah. Sebab hal2 ubahsuai rumah ni berjalan dengan lancar. Tak ada delay. Risau juga dengar cerita kontrator bawa lari duit. Minta simpangggg nauzubillah.

Now tinggal fokus nak cat, cuci dan pindah saja lagi. Minggu ni kena outstation pula. Jadi pospon dulu hal rumah. Next week baru sambung semula. Chaiyok!!

4 comments:

  1. canteknye umah diaaaaaa ♥♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la cantek sgt pon. huhuhu. wat mana wajib je. kitchen cabinet pon kene tggu data seterusnya dulu huks

      Delete
  2. Replies
    1. 'nampak' je. bila dah pindah masuk brg2 terus rasa serabut hahah

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha