Thursday, October 29, 2015

[House Reno] #6 Proses Mengecat

OK ni entry kedua terakhir pasal #syurgaCiareMk ecewah siap ada hashtag tak bleh blah :D Lepas ni (which is lambat lagi) entri pasal pindah rumah pulak. Lambat lagi lah citenye tu sebab last duduk rumah sewa 31/11/2015. Ada 1 month plus lagi gituuu.

Jadi fasa yang paling lama adalah fasa mengecat. Dah 2 minggu lebih mengecat sendiri. Sebab nak jimat kos dan nak puas hati, tapi macam penat je. Silap2 nanti give up dan upah orang jugak kot, wakakaka ^_^

My husband is really fussy about the paint colors or pattern or anything related to the walls. Pastu kemain kreatif lah nak buat gitu nak buat gini, so far rasa macam membazir je beli cat gitu cat gini nak buat gitu nak buat gini. Last2 tak siap2, duit abis beli cat jek. Huhu. Tapi biar lah asal dia gembira. Kalau ikut aku nak cat warna putih je semua. Yup I'm very simple like that. Dinding asal warna PINK okay. Errr zaman pink was sooo 5 years ago. I'm more to earthy colors nowadays. Dan untuk play safe, warna putih paling aku gemari. Biar lah anak kuat conteng pon, nanti da teruk sangat kita re-paint lah semula kan. Ape ada hal.


He's very good in QC. Setiap inci dibeleknya sebelum dicat. Which is good lah. Kalau aku lah, ada aku kesah? Aku lebih QC dalam order2 barang, check barang betul tak sama tak dengan invoice, kira2 item semua. Haaa yang tu aku hebat. We complete each other can you see that? SOOOO LOMENTIK hahahaha.



Antara dinding yang akan dicat. Rumah bahagian living room dan 3 bilik serta 1 bilik air master je yang perlu dicat. Dapur 100% using tiles so selamat dah tak perlu cat2 ni haa.



Bilik stor. Yang ni warna putih sudehhh.



Living room akan ada 3 tone warna. 1) Paling cerah. 2) Medium. 3) Dark. Jadi warna coklat di atas adalah warna medium. Untuk warna paling cerah adalah kelabu yang sangattttt lembut. Yang paling gelap plak warna dark grey bersama effect momento #nipponpaint. Haaa yang momento ni lah agak failed. Yelah, 1st time pon mengecat pastu terus buat momento plak. Sebab momento ni adalah cat speacial effect, so kalau salah teknik dia tak jadi cantik lah gitewww. So tak tau lah apa plan B si MK. Pepandai lah dia HAHAH



Haaa curlass kan. Papa dorang siap belikan berus kecik. Sebab tau anak2 dia sure teringin nak mengecat sama. Dorang pon gigih sangat mengecat. Nak ajak rehat makan pon susah. Last skali.....


.



.




.






.





ko ghase??




.


Capekkk i tell you. Balik rumah sambung tidur siap pakej berdengkur skali. Huhu. Lena betul tidurnya ;)



Haaa tengok lah situasi rumah sambil kami mengecat. Opah tolong monitor baby sambil Papa Mama Abang Kakak mengecat :) Tapi dalam gambar di atas masa baru sampai, tu abang kakak tengah layan tab tu. Dorang tak perasan lagi aktiviti mengecat masa ni. Lepas nampak mama papa duk main berus bagai, dorang pon kecoh lah nak buat sama, aduiyaiii rajin sangat anak2 mama ni :)

Okay lah, so nampaknya ada 2 minggu lagi masa untuk mengecat sebab nak pindah masuk pertengahan Nov. Tapi betul2 rasmi duduk maybe hujung bulan tu. Wuahhh tak sabar!! TAPI....






Risaukan hal taska/tadika anak2 pula. Dah laaaa banyak pulak dengar kes dera akhir2 ni. Kes terbaru dah laaa jadi kat area sini. Jadi, rasa risaunyaaa lah. Aku dah selesa dengan taska/tadika dorang skarang ni. Staff ok sangat. Yang mana kurang sikit2 tu tak pelah pejam mata je asalkan tak melibatkan dia 'usik' anak aku kan. Bukan lah tak bagi usik langsung. Macam rayyan tu faham lah, dia dah besar, di tadika. Takat cikgu marah sikit2 tu mama ok je. Budak2 kalau tak marah/tegur kesalahan dia, mana dia nak paham benda tu salah ye dok?

Selagi kebajikan anak2 mama terjaga, Alhamdulillah mama bersyukurrr pada Allah. Semoga anak2 mama sentiasa di bawah lindunganNya. Nanti nak mula mencari taska/tadika baru, harap2 sangat dapat jumpa yang rasa sejukkk je perut nak anta ke situ. Kalau tak jumpa yang memuaskan, kena lah hantar ke tempat yg sama sekarang ni. Which is more distance and more fuel cost. Demi anak2 kan... Kita cuba cari yang terbaik. InsyaAllah. Amin :)

p/s: Anyway semasa entri ni dipublishkan,
kami sekeluarga tidak berada di bumi selangor.
Berada di utara atas urusan kerja, tapi bawa
keluarga sekali. Yeayyy! A quick gateaway
to release tensionnessss hikhik :D

1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN. KAMI KONTRAKTOR RENOVATE DAN BUAT RUMAH AREA SELANGOR TERUTAMA LEMBAH KLANG. KERJA BERMUTU DAN ADA WARANTY. SILA HUBUNGI 0122528706 MAT. SEBUTHARGA/QUOTATION DAN SITE VISIT PERCUMA. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha