Saturday, October 17, 2015

Kuliah Ustaz Amal :)

Alhamdulillah

Buat masa ini belum missed lagi kuliah Ustaz Amal yang diadakan di office pada hari Isnin selang seminggu. So lebih kurang 2 atau 3 kali sebulan. Banyak pengisian yang melekat di hati dengar bila dengar kuliah Ustaz Amal. Rasa bersyukur ada majikan yang mementingkan makanan rohani pekerja2nya. Agar mendapat manfaat lain untuk bekalan di 'sana' nanti. InsyaAllah.

Yelah, bila dah bekerjaya, sebagai mak2 pula tu, serius, bukan nak buat alasan, tapi nak pergi ke kuliah agama, bukan suatu yang mudah. Boleh dilakukan, tapi tak mudah. Biasanya, suami jelah yang ada kesempatan pergi dengar kuliah/tazkirah di surau/masjid.


Di rumah kami nanti, lebih dekat dengan surau, boleh dengar azan, tak sabar rasanya. Setiap hujung minggu dengar2nya ada kuliah agama/belajar mengaji. Mana tau ada kesempatan dapat pergi nanti kan :) :)

Dan isnin nanti, lusa, ada lagi kuliah Ustaz Amal. Semoga dipanjangkan umur untuk hadir ke ceramah Ustaz. Aminnn.

^_^

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha