Tuesday, October 13, 2015

Renovate rumah?? :)

Alhamdulillah,

Beberapa hari sebelum bersalin, kami dengan SAHnya telah menambah HUTANG. Hahaha. Hutang selama 30 tahun dapatlah sebiji rumah, insyaAllah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pembelian rumah kami. Tak sangka sebenarnya dapat beli rumah tahun 2015 ni. Tapi rezeki dan proses semuanya berjalan lancar dan smooth je tetiba TERbeli. Cewah bleh plak TERRRRbeli kan. Ingat beli ikang sekor ke??? Huhu

Nak dijadikan cerita, dari apply loan, kawan baik aku masa sekolah kat kampung dulu yang banyak tolong, si Ima ni. Kalau takde Ima ni tak tau apa jadi kat kami. Silap2 kena tipu dengan agent ke, dapat lawyer yang ambil kesempatan ke kan. Who knows. Ima kerja di pejabat guaman hartanah dan macam2 dia tolong kami dari sekecik2 tolong submit loan sana sini dan sebesar2 hal persediaan dokumen2 penting untung SNP tu. Siapa tengah cari law firm untuk hal2 rumah, aku rekomen sangat kawan aku ni. Kalau nak contact number dia bleh email aku utk bertanyakan contact no si Ima [norhamsiah.baharuddin@gmail.com]

Jadi cukup2 je lepas bersalin lepas habis pantang, siap lah segala SNP dan boleh lah mula renovate rumah tersebut. Sebab kan rumah lama. Hampir 10 tahun usia dia. Jadi banyak juga kena touch up sebelum masuk. Rumah tu masih suci dari segi architecturenya. Belum pernah direnovate 1 apa pon. Maka, dengan duit penat lelah KWSP lah mari kita ubahsuai rumah tersebut. Uhuk.

Belum 44 hari berpantang, aku dah mula membuat lukisan2 architecture rumah tu, since I had studied serba sikit mengenai lukisan engineering ni, maka, asah la sikit bakat terpendam tu. Dulu dapat A ok Lukisan Kejuruteraan cewah.

Nanti2 lah aku kongsikan sketch2 yang aku dah buat tu kat blog ni. Nak upload skarang ni takda pulak gambanya, sebab dah transfer ke external hard disk (itupon mau celita kaaa)

 Shoping lampu

 Siap pasang pintu bilik no 3

 Bilik air 80% siap ni

Dapur in progress

Jadi keseluruhannya sekarang semua dah siap. Tinggal nak pasang lampu kipas dan cat. Itu je. Hehe. Tak sabarnya nak pindah rumah. Weeehuuu. Doakan semuanya berjalan lancar ye. Risaunya kot2 ada problem lain yg bleh menyebabkan delay untuk pindah. Huhu.

Okaylah, takmau tayang banyak2 kang orang kata menunjukkan plak. Sigh. Jadi share sikit2 sahaja. Ada rezeki nanti nak buat kenduri doa selamat masuk rumah baru. InsyaAllah....

4 comments:

  1. syoknye uols dah start renovate.. weols beli dah pun rumah last year tp belum boleh renovate lg.. selow2 jela ye dok.. lg pun x duduk situ lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe efa nti da sampai masa boleh la reno baekk punya kebabom punya design :D

      Delete
  2. Salam ciare... Alhamdulillah... Tahniah sbb berjaya nambah hutang demi kesenangan masa depan.. hik hik hik.. bagus laa dpt kumpul harta masa muda2 ni... jgn lupa post pix2 terkini nnti.. klu segan, hantor melalui email yer.. !! - KH jb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. HAHA tahniah sangattt tambah hutang :P Thanks kakhuda. Alaa mesti update punye, tp update gambo sipi2 jek ^_^

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha