Thursday, October 15, 2015

Tahun Paling Merosot

Hello hello. Assalamualaikum. #tgif. Hehe nak jugak main hashtag kenn. Huhu. Anyway, Salam Maal Hijrah juga ya kawan2. Semoga tahun baru dan hari2 yang mendatang nanti semuanya yang bahagia aman damai sahaja. Aminnnnn.

Anyway, makin teruk betul prestasi menjadi seorang blogger ni. Tengok lah statistik di bawah ni. Kihkih.


Zaman kegemilangan nampaknya adalah pada tahun 2009. Zaman baru nak up jadi blogger. Sehari tak update blog rasa gataaaaaal je ketiak. HAHA. Plus pada tahun tersebut aku kawen, maka banyaklah post2 gedik sorang perempuan yang memang gedik dari azali menceritakan persediaan kawen, semasa kawen dan selepas kawen. Kalau zaman tu dah ada smartphone dan social network macam instagram, konfem ada sejuta gamba selfies aku atas pelamin WAKAKA #thisisserious :D

Tahun 2010 plak sibuk nak cerita pasal mengandung bagai. Akhir tahun plak beranak. Maka banyak la cerita mak mak yang agak jakun 1st time pregnant dan 1st time dapat bayi kihkih

2011 & 2012 masih banyak entri lagi. Semuaaaaa cerita pasal anak OFKOS. Obviously. HAHA. Masa anak sorang ala2 honeymoon lah lagi. Sempat la jugak mak berblog kennn.

Awal 2013 dapat anak lagi sorang. Haaa kau. Merudum jugak lah entri blog tu ha. Tapi gigih jugak lagi sebab masa bayi bawah 1 tahun, dia baikkk je. Tak banyak kerenah.

Ko tengok 2014 cemana. HAHAHA. Mak beranak 2. Dan dua2 anak super duper aktif masyaAllah Alhamdulillah :) Dapat update blog banyak tu pon dah syukur sgt.

Eh Eh TERpregnant plak hujung 2014. Terus senyap. Update sendu2 je sampai middle of 2015. Sibuk membuyung. Pas beranak no 3, ko rasa??


HAAAA lepas ada 3 anak, ada 3 je entri dalam masa 3 bulan setengah. Hebat tak hebat???? :D :D XD XD XD #gelakgulingguling ^___^

1 comment:

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha